Thursday, July 31, 2008

Boringzzzz....:(

Astro kat umah buat hal lerr.... nak kata tak bayau ..uishhh tak penah misss tiap bulan n tak penah lewat pulak.. hmm ape ke heinya tak tau la... tiba2 mati kutu la.. tv kat umah ni kalo takde astro alahai mcm tgk ujan je lerrr... sbb dia punya antena husband aku nih bermurah hati dia leh tinggal kat umah lama dulu.... adoii boring lerrr jawabnya.... takde keje mengemas2 la kan.. tiba2 terjumpa CD citer jepun dulu "Maero Attack" ... sape2 yg penah tgk citer tu zaman 80an dulu tau la ... ala citer jepun aweks2 yg cun-cun main bola tampar tu.... So aku layan kejap la Cd tu.. kalo nak tgk semua mau 3 hari bari abis.. panjang yg amat.. 1 Cd dekat 4 jam... so aku tgk sekerat je kesanggupannya... sambung tgk lain hari....

Aku ingat lg zaman tu tak silap masa aku sekolah rendah... citer tu start kul 4.00-4.30 ptg tak silap... tiap2 ptg ke atau selang sehari citer tu ada... kalau belah ptg tu aku kan kena sekolah agama.. sebab pagi tu sekolah kebangsaan(sekolah rendah).Then nak jd citer ada sorg member aku ni sangat minat citer tu tau... kalo hari yg ada citer tu sure dia tak pi sekolah punya.. cikgu dah bising... tanyala apa hal dia ni seminggu 2 kali je dtg sekolah... lama2 terbongkar la pasal dia nak tgk citer tu sanggup tak pi sekolah... hahahha... ustaz aku tu panggil mak ayah dia.. pun dia tak jalan tak mau g sekolah gak.. last2 cikgu suh bg kata putus nak sekolah lg ke dak... selambernya dia berhenti sekolah... Sejak tu cikgu aku tu bg gelaran kat dia Su**** maero Attack... Kawan2 lelaki ni kan nakal bila jumpa dia masa sekolah pagi.. dukla ejek dia panggil nama tu... sungguhla kenangan citer tuh....

Ada banyak lg citer masa tu kan.. citer miss comet la... citer apalagi ek.. lupa la....kalo ptg aku ingat la citer Suria baja Hitam la.... Ultraman la... power rangers... adushhh mcm2 lagila..... layannnnnnn... hehehhehe.....

Tuesday, July 29, 2008

I'm Not SiNgle

Gimik je tu.. aku mmg la bukan single lg dah married pun... heheh tu tajuk movie yg aku tgk ngan hubby masa weekend... sebab apa tgk citer nih... sebabbbb ?????? citer ni ada farid kamil... kuang kuan kuang... Jgn jeles wahai suamiku minat je bukan apa... :P dulu pun aku penah tulis n3 dia dlm blog ni. Citer ni mmg la jiwang skit tp kelakar gak lerrr.... hubby aku terpaksa la melayankan walopun berebut dia nak tgk citer hell boy.. takpe citer tu kita layan lain hari... keh keh keh.. aku mmg kejam gak kekadang kalo nak yg 1 tu... tu je la.... hubby pun dah paham sesangatnya... sbb tu aku cyg dia.... :P



GSC Midvalley... walopun tau sini mmg ramai org... tp kat sini gak cinema yg best n selesa

Sape lak la hai interframe antara kitorg nih... hmmmm layankan jerr sbb tgh beratur panjang kan...
dah dapat......

Sangat la ramai org kalo hari minggu ni kan... takpela minat punya pasal Q je la...




Sgt puas hati tgk sbb farid kamil jd hero... Plot citer ni takdela berat sgt... tp ada gak diselitkan unsur humor takut nanti boring gak kan... arahan dan skrip oleh Pierre Andre... Filem Komedi romantik pasangan yg kena kawin paksa oleh kuarga... selebihnya kena la nengok citer nih ek... ceh tolong promote lak...

sweet couple hero & heroin



cun jugak lisa surihani nih

Lepas abis movie g shopping lak kat Jusco... huhu lg pulak ada sale... wahhh rembat la beberapa keperluan rumah...(lupa snap)..:P


Balik tu layan steak kat al ansar..... huhuhuhu sangat best melayan weekend ngan movie setelah lama giler aku tak jejak kaki ke wayang..... citer last skali aku g tgk pun adala 4 bulan lepas rasanya ... lama kan?? last movie pun tak ingat citer apa.. bukan apa masa tu hubby ajak gi pun tak terasa nak menengok sbb tgh masa tu tgh pgnant... tah masa tu takde mood kot........ huhuhu

* taip n3 kul 3 pg.. bukan sbb takleh tido tp sebb terlebih sudah tido.. lepas magrib terus landing sbb aku tak bape sihat... sakit tekak bengkak kelenjar bwh mulut dah ni .. nak telan air pun payah..... aduhai la haiii... terjaga kul 2... solat n berblogging lerrr :)

Sunday, July 27, 2008

New Page with New Life...


Awal bismillah pembuka bicara.... di lembaran baru akan bermula.....

pd kawan2 semua sila tinggalkan url blog anda kat sini... tetiba my fren list terhilang lak.. tp ada gak la yg sempat copy... tinggalkan kat sini nti aku add link semula yerrr.. bukan apa... bosan lerr tgk page yg sama.. sekali sekala tukar selera.. cam pantun laks... ok slamat berhari minggu.. aku pun nak pi shopping ni... yehaaaaaaaaaa....

Thursday, July 24, 2008

Kadang-kadang kita terlupa......:(

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Semoga ianya menjadi pedoman & panduan tuk kita bersama.... insya Allah

Monday, July 21, 2008

i'm back.........

Lama plak aku rasa tak menjengah blog ni, windu kat kekawanku semua.. tima kasih kat u oll yg byk bg sokongan pd aku yerkk..... apa taknya.. seminggu aku berpantang kat kg.. mak nak jaga aku kali ni sbb yg 1st dulu hubby yg jaga.... kali ni bebetul mak jaga@mendera... hahhaha... tiap2 pagi aku kena minum air akar kayu yg pahitnya kemain lg.. uwekkkkkkkkkk... tp nak taknak terpaksa minum.. hari 1st tu aku tak mau gak minum sbb aku antara kategori yg susah nak makan apa2 ubat... asal pahit je aku tak mau.. hahahha... nak jd citer hari 1st aku kat umah mak .. pagi selepas bfast.. abah duk belah kiri.. mak duk belah kanan.. (dlm hati ni ape ke heiii nyer nih) mak kata ' minum air tu" aku kata " tak mau la pahit gilerrr" abah lak kata... " minum cepat masa panas tak rasa sgt" aduiii dua-dua tu tunggu aku minum abiskan baru depa gerak... cehhh terseksa iwa raga... hari kedua lak mak dah siap tuang dlm cawan... then dia tgk dah abis.. siap panggil aku.. " ni ko minum ke ke buang bg kat pokok" hahhaha punyala tak caya dia aku kata dah minum abis.. hehheh....tp bila hari2 seterusnya aku dgn rela minum sbb nak jaga badan kan... dalaman ape ke halnya kt tak tau.. so maybe apa yg mak bg tu tuk kebaikan.. nak taknak telan je la sambil tutup idung ...huhuhu. abah selalu jd tukang gelak tgk gelagat aku minum ubat... ceh i'm bukan badut tau abah.... heheheh. Masa pantang ni byk tul dugaan... kat kg musim durian bila adi balik beli durian.. aduhaiii tercabar sungguh iman aku nih... aku cuit2 gak makan.. tp skit je... petang tu aku dah mula lalok cam pening.. apalagi mula tak berani dah nak langgar pantang.. makan la balik apa yg aku boleh makan je.. terpaksa la aku gigit jari tgk diorg makan durian... huhuhu siapla nanti bila aku abih pantang kang akan ku terjah durian2 itu... huhuhu

Setiap malam lak mak mesti urut 1 badan.. sapu param kat perut (param-ubat herba panas tu).. then barula aku kena balut ngan bengkung alahaiiii....bengkung tu mak buat sendiri panjangnya 12 meter.. .huhu punyala belit.. adoii kalo sorg2 tak aku terpakai nih.. sib baik mak yg balut kan...kalo ikut aku, aku pakai bengkung getah yg beli dr stokis2 tu je... dah mmg cam bersalin tul... cuma baby je takde.. sabar je la.. takpela tuk kebaikan diri sendiri patuhla apa yg mak suruh... seminggu aku kat kg sebenarnya.. aku pun pelik daaa kawan2 aku selalu kata kalo kes camnih diorg dpt mc 2 weeks... ni apsal nsb x baik dpt je la seminggu... hmmm takpe aku g klinik sambung mc lain... hahhaha...dpt la berehat lebih skit di samping buat terapi ngan mak aku nih... lg pun mental dan emosi tak stabil so aku kena kuatkan semangat dan gagahkan diri dlm semua aspek... mental dan fizikal.... walopun kg2 aku tewas... huhuhu ( nangis lagik).....

genap seminggu barula hubby dtg amik... alahai windu lerr plak...lama betul rasa... tp sib baik duk kg pun tak boring sbb mak sentiasa ada depan mata.... thanx sgt kat mak tau... love u soo much.... apapun sempat gak aku celebrate besday mak skali masa kat kg.. tertunai sudah hajat aku nak belikan mak aku cincin... suka yg amat dia.... aku rasa puas tgk mak happy.... terlupa lak nak amik gambo cincin tu takpelerrr len kali ek.... dsamping tu aku belikan gak dia sehelai tudung n handbag baru mak... mmmm apalagi bergaya sakan lerrr.. yg penting aku happy tgk mak happy... walopun aku tau dia pun sedih.... cuma dia tak tunjuk....mmmmmm

today hari 1st keje... baju2 yg aritu agak mula sendat today dah boleh dipakai semula.. berat pun dah menurun 4kg... fuhhh mendadak gak... apa taknya makan nasi putih dgn sayur2 rebus ikan pun bakar je.... pantang la kononnya kan... huhuhu.. skrg ni proses nak menyusut kan perut je.. sesape ada petua leh la share yerrr kat sini.. harap sgt bantuan bg tips aku nak menyelim telimkan badan ku semula ni.... hihiiiiii.

Friday, July 11, 2008

Dia bukan milik kami......

DaripadaNya kita diciptakan.. KepadaNya jua kita kembali. Kami hanya mampu menumpang kasih yang diberikan olehNya hanya seketika... tidak sempat dijengukkan ke dunia.. kami redha... pasti ada hikmah disebaliknya..... jiwa ibu yang merasa.... ketabahan dan kekuatan yang dikurniakan untuk hidup yang perlu diteruskan... masih lg ada suami tercinta di sisi, keluarga yang menyayangi dan kawan2 yang memahami.. kali ke 2 kami di uji.. hanya Allah yang maha mengetahui... kami redha.......
sos : hazaddeen. blogspot. com

9 pg di bahagian emergency... number 1063 byk gak kan...kertas tu dah lunyai aku kerjakan sebab lama sangat tunggu.... skit lg kalo lama aku rasa dah koyak2 kot.... kul 12.30 camtu la baru dapat jumpa doc di bilik pemeriksaan saringan.... namanya emergency ( tak kritikal) sampai ada yg kena sawan masa tu .. time nunggu tu.. terkejut gak kitorg.. sian budak tu.. sampai takleh nak bernafas...hubby tetap disisi pemberi kekuatan dan semangat... tak putus2 memberi harapan ... walopun aku dah tau apa yg bakal berdepan... setelah di teliti dan di perika berkali-kali.. confirm babyku tiada lg... diberikan number bilik.. malam tu gak segalanya akan dilakukan.. tuhan je yg tau..air mata dah kering.. hari sebelum tu dah dapat rasa.. mlm sebelum tu gak mata dh bengkak.... cam takde perasaan apa pun ada.. tawakal dan pasrah.... semuanya ketentuan Allah..
masuk wad patutnya 1st class but kes ni dia masukan kat 2nd class.. takpela.. aku lak tak suka sesorg .. takut.. yg 4 org tu pun ada 2 org je. so okayla ada gak teman bersembang... tu baju hospital tau..besar gabak rasa... jd nampak lg gumuk lak.... mlm tu hubby lak takleh tunggu.. tu pun curi-curi dia balik jam 9 dah.. kalo ikut kan sampai kul 7 je limit..masa tu lak dah sakit yg amat sgt .. dia lak dah nak kena balik.. mak guard dah round.. takpela... lgpun sian gak dia 1 hari keletihan.. aku pun kuatkan semangat apapun semua akan dilalui jugak... hubby pun x sampai hati nak tinggalkan tp takleh nak wat apala... bila dia dah balik.. sakit tu tanggung lg.. dalam jam 9.50 nurse dah dtg bg baju untuk ke bilik OT (operation teater) dan cucuk masukan air.. huhuu.. sedihnya masa tu.. tp tak mengis pun.. dlm hati sayu sgt.. yerla bilik wad mlm2 camtu dah sunyi.. nurse pun dah ngantuk2 dah.. sian lak bila tgk nurse yg nak sorong ke bilik bedah tu ngandung lak.. ( dlm hati larat gak lg dia ni.. dah keje dia gaknya).... 2 org nurse sorong aku atas katil ke bilik OT.. sayup... sepi ... sunyi.... sangat2 terasa.... wad di tingkat 11 dan bilik Ot tu tak silap tgkat 5... sepanjang perjalanan tu (jauh gak) aku diam je.. dlm hati baca ayat kursi, istighfar dan mohon pada allah segalanya dipermudahkan. tu pesan hubby sebelum dia balik.... sampai umah pun dia pesan lg... diam.. senyap... dan .....................sunyi... sayu sangat hati... sampai rasa aku ni dah mcm koma.. nurse pun tanya " u okay?" agaknya nape la dia ni tak gerak2 cakap pun tak ... mata asik pandang syiling... masa tu takde kata apa yg patut di lafazkan.. kecuali kalimah allah di dalam hati.... dah sampai bilik tu.. doc tanya tentang profile diri... dia pun cam memahami.. doc tu pun baik.. dia suh istighfar byk2.... bila dah cucuk tgn , sarung ooksigen ke mulut... doc kata "baca bismillah then tido".. aku ni terkedip2 lg... tak pejam pun.. tak pejam pun dalam hati... sekali dia masuk ubat dr tangan tu.. 1... 2... 3 second terus aku padam... (sebelum tu sempat gak ngucap 2 kalimah syahadah... serah je pada Allah...

11.30 aku dah mula tejaga... tp mata takleh buka.. samar2 dengar suara2... tp rasa cam mimpi.. senang kata cam lalok la....ada dlm 10 minit baru leh bukak mata... sakit pinggang terasa... doc dtg. tanya ada rasa nak muntah tak... x de maybe dr sebelum tu aku dah di suruh puasa.. then ubat bius tu tak bertindak balas apa2 dlm perut.. tu pun mak dah pesan awal jgn makan apa2 nanti muntah katanya... so takde masalah... sepi lg... aku sorang2 je di bilik saringan tu.. rasa nak jerit... cepatla hantar ke wad... dalam setangah jam berlalu... barula di hantar ke wad semula.. jam 12.15... kesan bius masih terasa.. tak mampu nak angkat badan... sgt lemah... teruskan tido hingga ke pagi...

kesan masuk air... tp masa ni jarum yang panjang tu dah buka... x sempat nak amik gambar pun.. sbb tgh sakit takde mood... ni pun hubby yg amik...

gelang pesakit...magazine sbg peneman sementara tunggu hubby dtg pg tu... dia gak yg beli sebelum tu.. dah lama gilerr tak layan ujang ni.. besttt masih lg kelakar.. cuma saiz kecil sedikit dr yg dulu.. harga pun ada up skit.. aku rasa kalo aku tak duk wad ni takdenyerr dah aku baca... dulu zaman sekolah je aku baca Ujang nihhh...

katil ku masa tu...
Kesan lebam kat tangan... bekas dia amik darah 4 botol tiub kecil... byk tempat dia amikk . tension tul sebab darah aku pekat katanya... so tak dapat nak sedut byk pada atu2 tempat.. cehhhh sakittt woooooooooo tau tak.... sabar je la.. dah la doc kat tnpat emergency tu agak sombong la... ada gak dia marah.. tau la awak tu penat... tp dah namanya keje dia kan.. kena la sabar.... bukan aku je.. ada gak org lain yg dia marah2.. hampeh tul.. kang aku complain kang..... cuma malas je.. sib baik doc di wad 11 semua baik2.. takde la kasar.... yg kat bawah tu je yg aku geram skit... huhuhuuuuuu... hubby pun naik angin dah masa tu cam nak ajak g sptal lain.. ahhhh aku taknak dah.. dah la tunggu lebam td.. takpela.. kita wat pekak je aku kata...

tu la dia... jam 3 ptg aku dibenarkan pulang... so now aku masih dlm cuti dan berpantang.. maybe esok akan balik ke kg... mak nak jaga.... kalo di sini.. bila hubby takde g keje.. hatiku sunyi... kang mula la perasaan ITU datang.. huhuuuuuu haru nanti ada hubby takleh g keje... apapun aku akan teruskan kehidupan seperti biasa... tiada lagi gurauan manja panggilan hubby tuk baby.. tida lagi harapan itu ini, hanya setakat ini buat kali ini semoga Allah memberi kekuatan pada kami .......dia lebih menyayangi...dia bukan milik kami, Allah meminjamkannya seketika sudah cukup nikmat bg kami dapat merasa.... semoga ada rezki di lain hari insyaAllah..


* tima kasih pada semua yang memberi sokongan moral....kawan2 ku.. luv u semua...

Wednesday, July 9, 2008

Apakah Mungkin Sejarah berulang kembali????



Today i akan di masukan ke dalam wad.. maybe buat seketika entry di sini akan sepi.... Aku mengharapkan doa dari semua agar keadaan kami selamat.... jika di izinkan Allah dia akan terus hidup bersama kami.. jika tidak mungkin ini bukan rezki buat kami.... mungkin hanya setakat ini aku menumpang kasih untuk seketika... jiwa ibu yang dapat merasa.... terlalu perit untuk dilalui untuk kali ke dua.. hanya Allah jua yang maha mengetahui.... Moga aku lebih cekal dan tabah untuk mengharungi hari2 seterusnya tanpanya.. tiada lg memori yng dapat di angankan bersama hubby.... huhhhh... apapun kalian doakan aku tuk sekelian kalinya...... terima kasih buat kawan2 yang banyak memberi semangat tak henti padaku.... sokongan kalian membuat aku sedikit kuat walopun hakikatnya aku sendiri lemah dan takut untuk menghadapi ini semua....

Saturday, July 5, 2008

kisah Hari ini & semalam...

Lama rasa tak update... seminggu ni aku tak sihat... demam, batuk selsema.. membuatkan keadaan tak mengizinkan....3 hari MC.. selasa dapat rawatan dari pakar.. alhamdulillah ada sedikit perkembangan membuatkan aku syukur padaNya.... hingga hari ni suara still sengau2 n kadang2 selsema tu datang semula... tiada ubat hospital ku telan tuk merawat batuk selsema ni memandangkan doktor pun cam tak menyarankan sgt makan ubat-ubat kimia tu cuma petua-petua tradisional yang aku amalkan antaranya minum air buah semangkuk... melegakan sedikit suhu badan.. ada gak petua dari cik siribenmerah yang mujarab... tq dear....:)... la ni batuk je kdg2 masih ada... sape ada petua share la yerr...


bad news lak.. pg tadi aku terjatuh telentang kat dapur...masa cuci pinggan then nak susun la .. tiba2 tak perasan ada air kat lantai.. terpijak adushhh apalagi terjelepuk terlentang... sempat jerit sekuat hati panggil hubby... puhhh tangan melecet, siku la paling sakit sebab aku cuba nak menahan badan.. punggung tok sah kata la... sakitnyeerrrr.. risau gak keadaan kat dalam ni... nasib baik takde bleeding atau apa2... nangis lerr memula tu risau jd apa2 kat baby... then alhamdulliah takde apa2 cuma kesakitan kat punggung n siku la... la ni rasa cam terseliuh skit kat lengan.. cam nak kena urut gaknya.... 2 hari lg aku nak check up so rasanya takyah la nak scan selalu kan lg pun perut tak sakit.. tak elok lak...kawan2 doakanla aku selamat yerrr....


Hari Jumaat hubby gi pameran diving kat PWTC.. tengok punya tengok mmg ada sale brg2 scuba ni.. so seperti yang dijanjikan aku hadiahkan hubby wetsuit tuk dia.. dah lama sebenarnya dia nak, dan dah lama gak aku berjanji tapi tak tertunai.. akhirnya kali ni ada rezki dia.. ku hadiahkan sempena hari lahir hubby aritu... diskaun pun lah tahan gak lg regenya.. takpela tak ternilai apa yang telah dia korbankan tuk aku selama ni...sepanjang aku sakit pun dia la masak tuk aku... hehehe... aku puas hati sebab tengok dia seronok n happy sgt dapat baju tu... hehheh... alamatnya pasni sure la dia nak g diving lg kang... huhuhu
wetsuit baru dia....


Citer hari ini lagi... race ahad aritu masuk dalam paper berita harian sisipan sabtu... adala termasuk skali aksi hubby.. wah apalagi petang2 buta dia g beli paper tu pun sebab kawan2 dia inform... kemain suka.. sekali tengok wakk rupanya waktu aksi jumping.. eksyen la tu kejap.. cehhh.. sib baik aritu dia takde jatuh cuma skit2 je... sebelum tu masa training cousin dia dah patah bahu masa buat jumping tu yg buat aku tambah risau...Paper di ruangan tengah sekali... 2 muka surat coverr.... masa ahad aritu aku gi gak la ikut dia bg support kan sekali sekala... jarang sekali aku gi sbb malas nak berpanas kat situ.. artis pun ada yang minat sport ni.. haritu jumpa riezman khuzaimi masa kat trek...

action thrill...


haaaaa!!! yang macam superman ni lerr dia rupanya... ceh mcm2 la aksi dia ni yang pastinya membuat kan ku risau selalu kalo dia masuk game ni... next race on ogos n desember...harap2 selamat semuanya....


gambar sekitar race ahad aritu....

. video

Bru-baru rancangan jangan tido lg pun ada kuar pasal downhill .. adlin aman ramli n riezman khuzaimi pun minat sukan ni.. trek diorg gi kat kiara yg selalu hubby gi praktice....
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah