Friday, August 22, 2008

Today.. 44 days...

Today sudah genap 44 hari dari tarikh itu.... doakan aku sihat hendaknya yerr...tabah n sabar untuk penantian seterusnya... insyaAllah..

wedding fifi & wedding Aziz M Osman

Fifi n Feroz.. semoga berbahagia hingga akhir hayat...







Aziz N wife... semoga berbahagia berkekalan selamanya....




Wednesday, August 20, 2008

Rombongan Cik Kiah Ke MAHA 08....

Sebenornya bukan Cik Kiah buat rombongan.. tp arini persatuan PUSPANITA buat lawatan ke MAHA...apalagi aku amik peluang la tuk sama2 sertai.. mula nak g.. pastu cam tak nak... pastu tah camana ikut gak la.. 1 bas tu pegi tp tak penuhla... :P.... Aritu ada ajak hubby tp dia kata situ panasla apala weekend cuti sekolah ramai org katanya.. igtkan ari ni tak ramai.. tp masyaAllah bas berderet2.. rombongan dr merata negeri.. sambutan hebat setiap hari.... tmpat parking punyala jauh weih.... loteh kalo jalan kaki... sesampai situ sib baik ada shuttle trak ride.. haha diorg kata dah mcm trak lembu.. tp takdela... ala-ala je... tu pun beratur panjang tuh....huhu.. dah la di tengah2 panas.. kepada sesiapa yg nak pegi tu sila la bawa payung, air, topi ke dan apa2 juga pelindung diri.. hehheh kena kuatkan mental dan fizikal.. penat nak jalan nanti....


Di sekitar kawasan parking... tu dia shuttle trak uols nampak tak.... sonok gak naik reramai.. bila lagi nak merasa kan...asik2 naik keta.. sekali dpt naik mender tu open air sonok...hahahha



Ni tag naik trum lak... ala-ala mcm nak g genting lak.. naik trum tu tuk lawat sekitar kawasan MAHA.. tp kami turun behenti tgk kat RUMAH-RUMAH NEGERI.... semua negeri ada....


With my besfren.. nor.. sian dia.. mak buyung letih pusing MAHA (dia sama-sama pgnant ngan aku sekali aritu). tp sonok jejalan ngan dia.. Masa ni dah bershopping.. tgk beg plastik kat tangan tu.. dah tak larat den nak angkut... ni la padahnya kalo hubby tak ikut sekali.. uwaaaaa... berat...

Yeahhhh.. ni la rumah negeri ku yang tercinta.... macam2 ada... tarian kuda kepang, zapin... masakan asam pedas johor... macam2 la..


Rumah Sarawak... tu dia kek lapis sarawak...cantik kan ... aku suka tengok je tp tak suka nak makan pun.... Rumah Kelantan..


Rumah Perak yang berbentuk Labu sayong

Rumah Melaka....

Rumah Selangor...

Ni masa kat umah KEDAH. Sedap sangat cip2 ni tau.. harus cuba.. paling aku suka cip nangka.. mak aii sedapnya.. tp bila nak beli abis la.. hampeh tul.... sib baik aku tak mengidam time nih.. kalo tak meleleh ayaq liur je la... cip rambutan pun sedap.. semua tu di goreng secara vakum katanya.. huhu kawan ku kata dia nak try goreng rambutan tu.. hahha takan jadiknyerrr.. agaknya kalo goreng meletup2 rambutan tu dalam kuali...

Landskap sayur-sayuran...

Cili yang segar bugar... geramnya tengok...


Tomato... eiiiiiiii geram sungguh2... semuanya freshhh


Buah Anggur Malaysia.. not bad takla masam sangat... tp tu pun org tu kata lum masak lg.. kecik je lg.. tp pengunjung dah petik2 dah.. hahhaha. bila org petik nak try rasa.. org kat situ kata apa tau.. ha tu lum masak lg... org yg memetik lak kata.. takpe nak rasa.. bila org tu dah masuk mulut... org yg jaga tu kata.. buah tu baru je disembur.. wakakakkkk tak tahan aku nak gelak.. trick ke betul tu? confius... org yg memakan lak segera meluahkan balik... keh keh keh.... yerla maybe gak trick kalo 1000 org dtg petik dah tak cantikla... yg tinggal daun anggur je yer tak... hihihi

pegaga... aku panggil pegaga gajah.. sebab dia besor2... sesuka ati aku je kan....
Masa kami nak masuk ke dewan B, kelihatan beberapa buah kereta rombongan MB JOHOR rupanya. negeri den tu....MB Datuk Abdul Ghani Othman... dia pun nak buat lawatan maybe...

jalan2 sket.. apalagi test je la makanan yg ada.. jd tester.. lelama perut pun kenyang... hihi


Udang galah.. besor kan?

Seahorse

ikan tuna yg besar.....
Pameran orkid.. tp tak sempat nak gi... aku tgk ramai makcik2 beli pokok orkid.. cecantik...


Taraaaa..... clown pun jd mangsa aku.... dia berdiri tegak je bila aku snap gambo dia.. hihi

Last sekali kami semua pegi kat booth buah-buahan... aku beli buah limau kristal, pulasan, buah salak... nak beli yang lain2 tak larat nak bawak.. nak sampai ke parking tu kena beratur lagi nak naik trum ride tu... huhuhu tak sanggup nak usung berat2 segala nih.. tp buah2 tu kira murah gakla.. manis2 belaka... huhu balik tu kaki aku sakit kepenatan di campur muka yg hangus kepanasan... hihi.. banyak gak yang aku shopping... tu nasib baik tak beli pokok2.. huhuhuuu...apapun mmg best n enjoy. pd yg belum pegi sila la jenguk ke MAHA..... heheh

* Memalam terpaksa minta urut kaki.. tak tahan kepenatan yang amat.. huhu

Monday, August 18, 2008

Award & award.... :)

Award... ohhh terharunyerr rasa... ramai yg bg i award dr minggu lepas lg.. tp minta maaf byk2 tak berkesempatan nak collect. Minggu ni sangat bz.. semuanya nak di buat masa ni sebelum nak menyambut ramadhan.. adoiii peningnyaaaa... tension.. so hari ni kumpulkan semua skali dlm 1 N3... tima kasih pd semua.. love u all...


1stly.. award ni diberikan oleh bro rizal .(dia opismate i kalo uols nak tau).. Thank you award ni coz aritu dia memerlukan sokongan semangat ketika dia tengah boring takde mood.. award ni hasil kreativiti beliau sendiri.. cantik kan.? dia mmg suka melukis....thanx bro...

2nd award from missunguviolet.. thanx dear.... akak suka nooo...

3rd from cendawanintim...


ni pun sama dr cendawanintim.. tq sgt2..luv u sis



ni plak dr cendawanintim again n haja..
huhu kreativ blogger gitew katanya.. huhu.. tang mana tak tau lerr.. apapun i appreciate it.. time kasih kekawanku.... tp yg ni aku kena bg ucapan berangan lak katanya.... huhu.. ada rules gitew nak amik award kan...

“ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN
”It has been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees


Ok.. amatlah terharunya saya menerima award yang tak di sangka2 ni.. Sebagai pendatang baru (bukan pendatang tanpa izin tau.. ) saya amatla mengalu2kan kehadiran kalian menjenguk blog saya yang tak seberapanyerr ini.... Sebagai penghargaan saya akan menghadiahkan beberapa buah kereta walkswagen lama saya kepada pengomen setia blog ini... hihihi...... okey sy nak share kan award ini kepada teman2 saya.. sekian tima kecih...:)

* bro rizal
* rafflesia merah
* leya
* kak umie
* manje
*nadia yuna
* dyla
* suara
* kak tie
* ibu kumbang

OK... HAPPY BLOGGING YA.....


Tuesday, August 12, 2008

Cinta Tiga Segi....

Penah dengar tak lagu ni? CINTA 3 SEGI...
Orang kata lagu ni dicipta oleh seorg banduan semasa permintaan terakhir beliau sebelum ....... Terhasil lagu ni katanya sebab gagal dlm bercinta then dia telah membunuh gf dia yg balik smula pd x bf lama dia.. camtu la katanya setakat yg aku tau.. tp kan lately aku suka dgr lagu ni. tak tau la nape.. melodi dia cam best... bila dgr dia nyanyi suara sedih je... skrg ni lagu ni dinyanyikan semula oleh Salem (iklim) .. tp yg original ni lg cam sayu je dengar.. so dengar la ek...


Bertahun sudah ku menunggu dirimu,
akhirnya kau menjadi milikku,
Sukarnya untuk ku melepaskanmu,
kerna kau ku cintai selalu,
tp sayang........ kehadiran kekasih lamamu,
Datang kembali mengenang cinta dahulu,
Mengapa ini semua harus berlaku,
apakah ini semua kerna diri ku,
Sedang kan aku cuma watak dalam percintaan,
Tak saggup aku melepaskanmu,
kau ibarat teperangkap di tengah lautan,
Tak tahu mana arah untuk kau menuju,
dikau pinta utk melepaskanmu terpaksa melepaskan,
Mungkinkah ini suatu pengajaran di dlm percintaan

video

Sunday, August 10, 2008

Sikit-sikit.. lama-lama banyak la.... :P














Bila aku belek-belek tabung atas meja solek rupanya dah penuh.. berat lak tu... dapat lak idea nak mengira syiling2 tu.. huh rajin je kan kalo bab duit nih.. hehhehe... korang mesti ingat aku yg menabung.. SALAH.. tu duit tabungan hubby aku.. hahahha.. tukang collect aku lerr... sbb dia tak rajin nak kira or g bank.. aku bab masuk akaun rajin lerr... dia kata amik la.. aku laju je menjalankan tugas... hihihi

Salah 1 sebab hubby aku suka menabung.. dia tak suka bawa duit syiling dlm wallet dia..berat katanya, selalunya balik keje.. seberapa byk dlm poket dia, semuanya mmg dia masuk terus dlm tabung tu.. aku ni leh di kira beberapa kali je aku sumbat duit dlm tu.. hehhehe.. sebab ke 2, dia saje nak count brape untung nya dia tak merokok.. so dia tolak tepi la kan.. lama dah dia berhenti merokok 2 tahun ada kot rasanya.. HAAA kan untung tak smoking leh masuk akaun sy.. hehehhe..












So td punyala rajin aku asingkan semua duit2 tu... masuk dlm bekas beza2 ikut nilai.. bila g bank nanti senang diorg nak count lak.. kalo lum asing nanti lambat la plak kan.. walopun dia kira ngan mesin....lama gak kalo buat sorg2 nampak skit tp byk gak la.. bila dah kira2 adala seratus lebih.. sape nak bagi free2 kan kalo tak menabung.... lepas gak belanjer dapur ptg td aku shopping.. hahha...
















Dah siap asingkan nanti kalo ada masa aku g bank .. masuk dlm akaun sendiri ... keh keh keh.. tq abang... hihihi
( nasib la dpt bini cerdik lg nakal :P) ALHAMDULLILAH REZEKI ALLAH....

Friday, August 8, 2008

Hari ini Dalam Sejarah



Cantik kan number ni.. ia tak akan berulang kali kedua atau ketiga... u olls ada tak kenangan or apa2 je cerita pada tarikh ni... meh kita share... Setahu aku tarikh ni akan bermulanya Sukan Olympic di Beijjing, China,

Thursday, August 7, 2008

Renungan Bersama...

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :


' Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan 'biasa'
dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ' ..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja ,
sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa .

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...'


Jadi renungi lah :-


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh,
hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja


2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' ,
adalah lebih baik kita tanya ' APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri
, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera,
tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum , ceria , mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja ,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan.
.kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti. ..tapi kalau kita asyik dengki mendengki. .
nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...


'mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'


Tuesday, August 5, 2008

Ops Bersih...

Today hari ops bersih.. senang kata gotong royong la..... lokasi adalah workshop student... Aku kerah semua level kena sama2 buat.. sbb diorg gak yg akan siapkan projek diorg kat situ nanti... Kalo bab kebersihan ni mmg aku fasi sket.. tak suka tgk sepah2.. kalo sepah sure aku panggil diorg bersihkan.. hehhe.. kalo bersih kan selesa nak buat keje apapun kan.... Aku jrg citer kan pasal student aku nih.. apa yg diorg buat ... sebenarnya aku mengajar diorg bab design.. nanti entry akan dtg aku akan tunjukan hasil projek final diorg dlm ni....


















Tengok tu, sangat pening kan tgk benang serabut bagai camtu... semua tu projek sem lepas.. bila sem baru dah mula.. haruss buang yg lama tu semua.... semua alatan simpan elok dlm stor.. baru puas ... mata pun sedap je memandang kan... mmg hari ni mulut aku pot pet pot pet sket la.. tp diorg tak kisah sbb dah paham aku ni camana... hehheheee...(walopun kuat membebel tp hati baik tau... uwekssss :P)





Dah siap.. bersih dan tersusun.. dah pesan kat diorg pastikan tempat masing2 jgn ada sampah... kalo ada pun bersihkan sebelum balik.. jgn nak harapkan cleaner je kan...kebersihan tanggungjawab bersama... :)

Saturday, August 2, 2008

PinDah - FASA 1 ....~~

2-3 minggu ni sesi mengemas n packing barang... adoii letih la... byk juga walopun duk be 2 nih... InsyaAllah next week dapat kunci umah baru kami... Alhamdulillah sampai gak rezki duk umah sendiri... puas dah menyewa... lepas kawin je dah pindah 2 umah.. kalo duk umah org ni nak decor over2 pun kureng kalo pindah payah lak kan.. so lepas ni bebas nak buat apa di umah sendiri.. Ala pindah pun tak jauh .. korg jgn gelak yerr.. heheehe la ni aku duk tgkat 2.. umah baru tu kat tingkat 5 .. hehehehe.. jimat tak yah sewa lori kan... so packing pun senang sket....

Kipas, lampu, heater n cat dah beli.. tunggu dapat kunci selesai cuci boleh la mulakan operasi mengecat...
Yg dah diap packing..

Balik keje smlm plan ngan hubby nak g beli cat .. senang sama2 pilih... tp biasa la sesi bertelagah tu ada dia nak itu aku nak ini... hehheheh.. tp camana pun dapat gak kata sepakat.. color apa?? nti tgk bila dah cat yer.. hihihi

Banyak pantone color ni.. rambang mata...

Yng ni pun cun gak.... pink pun cantek... adoii pening gak nak pilih kan..

Lama gak nak decide color mana nih.. hihihi.. walopun sebenarnya dah set nak color apa sampai sana jd rambang mata
Kusyuk lg memilih ni....



Hubby lak ada pilihan dia sendiri.. huhuhu.. kita wat umah colourful la..... heheh cam umah industan lak nanti heiiiii...


Dah dapat pilihan.. tokeyy kedai pun ready cari formula n bancuh color apa yg kitorg nak tu.. senang kan skrg... canggih dah..

Jotun pilihan kami... ceh tolong promote lak.. dia kata kalo conteng kat dinding leh cuci.. ceh mcm la ada budak2 ramai dlm umah tu.. takpe biar tahan lama skit kan.. puas hati... sambung pd FASA II nanti yerr... daaaaaaa
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah