Tuesday, January 31, 2012

Jadual Tido Kucar kacir..

2-3 hari ni aku tak paham jadual tido mika
sejak kecik dia memang susah nak tido awal kalau malam
jam kul 12 macam pukul 8 bagi dia..
Masih kuat nak main bola..
berlari ke dapur ke depan
masih nak bergurau senda
sedangkan kita kadang-kadang ngantuk.. layankan juga

penah gak di paksa tido awal
gelapkan lampu
tapi dalam gelap pun dia boleh main tangan dia..
dalam gelap dia terkebil-kebil still tak tido walaupun kita paksa


Isnin - aku tido awal.. hubby yang layan mika sebab hubby ada keje..
aku sedar kul 2 tak tido lagi... 
aku cuba tidokan dia turun ke katil keluar bilik
so biar la lagi
kali ke2 terjaga aku tengok dia berdiri tepi katil sambil ketuk2 tangan aku.. tengok jam kul brape nak tau...

5.15pagi.....

budak 2 tahun lebih ni masih tak tido..
dengan hubby aku sekali tak tido sebab dia tgh siapkan keje
ya allah budak ni.. aku ambik dia tidokan.. akhirnya tewas gak.. 
kat nursery tak tau la kul brape dia tido..


malam tadi hubby paksa tido awal
tu pun melalak2 nangis macam orang kena rotan
taknak tido

Akhirnya tewas gak kul 12 berjaya tido..

tapi....


Dia bangun kul 4 pagi.. pulak dah

dia minta air... (susu).. ok hubby buatkan
dia ikut ke dapur
tetiba dia minta bukakan tv
paaa nak B (tv.. nak boboi)
suh tido balik taknak.. menagis-nangis..
hubby ke dapur buat mee goreng kot.. lapar katanya (ni papa dia yg lapar)
dah siap tu ajak mika makan
mika g bilik kejut aku

"mamaaa.. ngun ngun"
aku jawab  " nape dik" dia tarik2 tgn aku
aku bangun gakla g hall sian lak dia dah tarik2 tangan
"maaaaa papa wat weh"
dlm hati aku rajin plak la bapak ko ni buat kuih pepagi buta..hahahh
bila genyeh2 mata la .. mee la bukan kuih
nak tak nak aku sambung tido depan tv sambil temankan dia makan
kali ke dua terjaga kul 6.20.. bangun nak mandi.. mika still tak tido
mandikan dia dan terus hantar g nursery


aku rasa punca-punca semua ni dioa banyak tido siang
kalau tido siang aku kejutkan kalau dia tido lama sangat
sebab taknak malam dia susah tido
tapi bila aku kejutkan tengok camana rupa dia..

hubby rajin layan berjaga malam sebab dia waktu pagi tak terkocoh kacah mcm aku kena kejar punch card... dia keje sendiri.. so siang dia leh adjust masa kerja dia.. 


hahahah ni dia budak sukar tido malam tp suka tido siang

aku cabut puting dia.. dia boleh tido duduk pulak kan.. tido mata tak berapa rapat macam aku.. hah mak aku kata degil.. hope taklah.. tp aku memang degil gak kot.. hihihi



elok je duduk kan.. walhal dia tido.. gerak-gerak tak mau bangun

steady je tangan siap ampuh bagi badan balance


kejut kan lagi.. gerak-gerakkan badan dia.. dia boleh lending lak kat tepi sofa kan.. bertuah tul anak aku ni...

anak korang camana? susah tido malam tak..

plan aku hari ni.. nak ajak dia main-main sampai penat.. pastu dah penat mesti dia nak tido awal.. hihi harap-harap berjaya...







Happykan hati di pagi yang hujan..

Dah berhari-hari tunggu
tapi tak muncul-muncul
Tunggu juga lagi
Takde juga lagi


hmmmm nampaknya lum ada rezki
maka buat keputusan drastik


cashkan jugak pendapatan NUFFNANG ni walaupun seciput
Merajukkk sudah... hahah

kali ke 3 cashkan nuffnang dengan amount yang paling ciput sebab malas nak tunggu

sudah zeroooooooooo

Tunggu la bila dia nak bagi BE lagi


huhuh Nuffnang Komengaaaaaaaaaaa... cepatla bg BE kat sy.. huhuhu



Buat keje gila bila bosan dan boring.. huhuhu hujannnnnnnnnnn kat luar



Monday, January 30, 2012

My NEW Bookshelf


Sambung story

Wishlist tahun lepas yang di bawa ke tahun ini
Memenuhkan gadget rumah lagi..
Alhamdulillah dapat juga dilaksanakan pada awal tahun
semoga impian yang lain dipermudahkan oleh Allah.. aminn

mai kt tgk.. hasil ke ikea...


pepaham je la kalau beli kat ikea ni.. semua pasang sendiri..

Tuan umah baca instruction... jangan salah pasang cik abang.. hihi.. kul 1 pagi dia pasang benda ni malam minggu aritu.. aku kena la teman.. tolong pegang tu tolong masukkan ni.. hehe kenala tolong sebab dah tunaikan permintaan bini.. hihi

Tadaaaa dah siap pasang.. my new BOOKSHELF.. dah lama nak beli rak buku warna putih ni... selalunya tengok harga mahal je.. kali ni rasa mcm murah la pulak.. ke sebab CNY.. ikea wat murah hihi... hubby kata nyesal lak beli 1 kalau tau beli 2.. sebab tinggi dan byk part leh letak.. buku-buku dalam kotak dr zaman study dulu leh la susun sini pas ni..


Bilik kecik yang jadi bilik komputer hubby tu kami cadang buat bilik bacaan skali.. tapi bilik tu mcam stor dah banyak sangat barang2 motor dan basikal hubby..

tapi kan.. belum sempat aku susun buku.. dia dah testing susun barang-barang ni...

GRRRRRRRRRRRRRRRRRR



Boleh lak barang basikal n motor letak dulu ya.. nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Takpe saje test dulu.. lepas ni semangat nak susun buku... bila dah tersusun cantik dan kemas semangat nak membaca kan.. (haha mcm la rajin sgt)  rasanya nak penuhkan rak ni.. kalau tak muat leh beli 1 lagi...


sukerrrrrrrrrrrrrrrrr sangat2.. alhamdulillah..  Masih lum sempat lag i susun buku-buku di rak tu..






Sunday, January 29, 2012

Ke IKEA...

 Sabtu atau Ahad masa untuk papa luangkan masa bawa kami jalan-jalan
sebab papa nak cover masa dia outing ride dengan kawan-kawan dia
bila tanya nak kemana?
Harusla mama cari idea sebaik mungkin
so semalam kami ke IKEA....

Senyum sampai telinga bila papa kata OK..



Baru sampai..anak manja papa.. nak berdukung je..ada masa dia malas nak jalan.lupa... semalam boleh lak terlupa nak bawa stroller... heheh nasibla papa..



Cuci mata tengok design KItchen.. coz KC kat umah kami kan nak tukar sebab aritu pecah dinding YARD.. maka survey2  design juga...survey saje bukan beli kat sini...


Kaunter bar  tertutup.. nice gak kan.. leh tutup pandangan hall ke dapur..hihi.. saje2 cari idea


Anak tokey testing sofa... amboiii kemain syok ya....


test meja study lak..kalau ok request kat papa ya...  saje mika ni..nampak kawan menulis kat situ  dia nak juga.. mam yer..yer jer..




Sempat menjeling....


Ini aim mama untuk seterusnya..  takat ni blom boleh beli lagi.. tunggu dana papa cukup...hihi

huhu tak sabar nak bawa balik... tp lum masanya..


dah kul 2 baru rasa lapar..lunch kat sana..

Baca doa sebelum makan.. so sweet sayang... Mika makan spagetthi..sedap rupanya..tak pedas.. mika makan sampai nak habis...


Nak makan sendiri..pantang kalau di suap terus taknak makan nanti..hmm biorkan je la...


Salmon pilihan hati papa...



Salmon n mushromm soup..


Ha amik setongkol ayam sekor.. kami saje nak try... rm 15.80 sahaja tak silap.. share 3 beranak




Hasil rembatan cuci mata semalam.. salah satunya  tertunai impian wishlist untuk 2012.. sukerr.... tq papa...

apa dia? tunggu next entry.. hihi

Saturday, January 28, 2012

Ceramah Uztaz Azhar Idrus malam ini...

 Kalau ada kelapangan jomlah kita luangkan masa....
ke ...
Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus
Venue : Masjid Ar-Ridhuan, Ulu Kelang.
Time : After Maghrib Prayer

kepada semua yang berada di lembah kelang dan yang berada di kawasan yang sewaktu dengannya. Bersama-sama kita menambah ilmu pengetahuan dan pahala dalam menuju ke destinasi terakhir kita sebagai manusia di muka bumi Allah.
 
Kalau diizinkan Allah mika nak jumpa uztaz  Azhar malam ni..insya Allah...:)
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah