Thursday, May 31, 2012

My hensem!!


My Hero!!!!


Sudah pandai melawa


kalau nak gi berjalan suh touch up rambut dia
Rambut nak tegak2 ....
Rambut nak ambut otoman mama....

papa yg dress up kan... siap bergel bagai....

 2 tahun 9 bulan
bulan 8 ni besday ke 3 tahun

sedang potty train oleh papa.. kadang-kadang berjaya
kadang2 kantoi terbabas.. hihi



Nak berjalan melaram dengan beg angry bird dia...
tapi kejap je pakainya pun... dalam ada botol susu dan pampers
eratttttttttt mama.. erat means BERAT... ahhaha


cyg cangat cama kamu!!!!




Tuesday, May 29, 2012

Bubur Candil...


Asalnya nak buat bubur cacar petang semalam...
tapi bila aku google nama bubur ni bubur candil rupanya..
yang ada tepung pulut bulat2 di uli2 tu
ada juga orang panggil butir nangka ya.. ntah aku pun tak tau
ni pun 1st time try
selalunya tau ngap je.. kuikikuiiiiiii


lets try sesama

untuk tepung yang bulat2 tu just ni je ramuannya
Tepung pulut (ikut suka nak buat banyak mana)
air
sedikit garam

gaul dan uli sampai boleh digentel2 
bahagikan beberapa bahagian  dan bancuh la ikut kesukaan warna memasing..
nak je aku bubuh warna biru ke purple smlm
tp kang takut orang nak makan... hahah




 so aku bahagi 3 bahagian ni  je.. putih pink dan hijau.. 
hijau mesti warna utama coz my fav kan... hihi



panaskan air dan gentel masukkan je...
mana yang terapung tu dah masak ler tu




yang dah siap masak... macam2 pattern ada.. mana taknya sambil gentel sambil tengok seindah Sakura tu... hahhahah mata kelain tangan ke lain



sambil tu potong dadu ubi keledek ni.. potong kecik2 bagi comey.. hihihi
masak keledek... masukkan gula melaka . gula pasir n santan....






tadaaaaaaaaaaaaaa... dah siap.... lepas la rasa nak makan tu kan....



tiap2 hari ada je benda nak try buat.. kali pertama cuba ni ok la.. tp tak cukup memuskan.. lenkai nak gentle tepung tu molek2 sket... hihihi.. buat kuah santan putih pun ok.. tp aku suka yg letak gula melaka ni... hihi.... nyumnyummm makan bila sejuk2 kan.....

Kenapa?




 huhu nuffnang oh nuffnang
dah 3 hari awak merajuk....

kenapa???
kenapa??? kenapa????


status gliterrati bertukar pada ordinary...
saya dah hantar surat cinta kat awak...
harap awak reply ya...
huhuhu


sadis lorrr aritu elok je BE punya amount sekali dia betukar ordinary terus merundum BE pastu jd ME pulak tu.. rugi i tau......



takpela bukan rezki kali ni... redhaaaaaaaaaaaaaaa... hihihii

Monday, May 28, 2012

Alesya turns 2 today!!


 Happy birhtday to u alesya syg...
sudah 2 tahun hari ini

satu-satunya anak buah aku
anak buah dah mcm anak aku juga..
sebab kami 2 beradik je.. anak adik anak aku juga
sama syg lagi2 anak aku lelaki anak dia pompuan
sama-sama tumpang kasih syg....
kadang2 shopping barang mika kalau nampak baju yg cute mute beli gak sama tuk alesya.. geram baju gegirl cantik2 kan....


 ni besday dia tahun lepas masa masa setahun... geram tengok.. bam bam cute



 kek besday alesya tahun lepas buat kat umah mak tok.. tahun ni umah nenek sana pulak kan...




alesya n papa dia... ala pic ngan mama dia  takde plak skali...



budak ni walaupun umur muda dr mika tapi mulut lebih petah... geram sgt2.. budak pompuan mmg cepat bercakap rasanya kan.. mika ada lg bahasa jerman dia.. icha sgt rapat ngan abah... atok selalu jd mangsa dia ajak main bola... heheheh



Tahun ni tak pasti dapat dtg majlis icha atau tak.. huhu sedihnya.... apapun mak long doakan icha jadi anak yg solehah dan cerdik.. beljo pandai2 ya.. kami semua sayang alesya..... muahhhhhhhhhhhh

Sunday, May 27, 2012

mee goreng basah


breakfast apa pagi ni.?... 

disebabkan tengahari ni nak g makan kenduri
aku buat mee goreng basah je untuk breakfast pagi ni...
jempyt makan.....

Friday, May 25, 2012

Suka Tolo....

Mika sangat suka makan telur rebus
hari-hari akan cakap " mama nak lo"
dulu dia panggil telur ni " kokok ayam"
tah mana dia dapat perkataan tu...


telur akan dimakan yang bahagian putih je
yang kuning dia akan buang

mama kagum mika dah pandai buang kulit telur sendiri
saje papa test bagi kat dia yang tak buang kulit lagi..
meh kita tengok...








Jari jemari comel sedang mengupas kulit telur... habis carpet mama.. suka hati dia je nak buang kat mana.. dah sedia pinggan pun dia tabur suka hati..



muncung muncung mulut bercerita....


Dah siap... boleh makan........................


Mika seorang pemilih makanan.. fav dia takat ni, telur, ayam goreng, air milo...yang lain2 nak makan kena paksa... huhuh  badan pun cekudut je....


Thursday, May 24, 2012

Agar-agar Santan gula melaka

 Selalu mak yang buat...
aku tinggal nak makan je....
Tapi bila giliran aku jadi mak...
kena buat pulak la untuk anak...
ahahahha padahal tekak sendiri yang nak makan
ni la bila mak berjauhan.. 
berdikari la ko nak makan apa yang rasa nak makan


Meh kita try buat sendiri...

Resepinya:

10g serbuk agar-agar (1 paket agar-agar)
1seketul gula melaka
1/4 cawan gula putih
1150 ml air (1100ml)
1/2 biji kelapa (perah 2 cawan santan
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan agar-agar sampai larut 
masukkan gula dan daun pandan
bila gula sudah larut Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.



 ni agar-agar saya,.... saje nak guna bekas baru beli.. hahah nak bg nampak cun




 layer santan terlebih pulak sebab aku terletak 2 biji telur.. mak kata sebiji pun dah cukup untuk sukatan 1 paket agar-agar.. takpe ni cubaan kali pertama...


bila sejuk memang yummy............. sedap je lalu kat tekak.. heheheh


selamat mencuba...

Dahaga!

Sedapnya kalau dapat air tembikai ais di kala tengah panas macam ni... tekak keringnya rasa...




air...air... airrrrrrrrrrrr

Wednesday, May 23, 2012

Homemade Banana Split!

 My fav Banana split ni..
Kalau kat secret recipe atau johny's mau mahal gak'
Meh kita try buat sendiri

buat masa hujung minggu aritu kat umah



 Beli aiskrim yang ada 3 perasa.. baru ada umphhhh sket.. dpt rasa lain-lain sekaligus...



 

 Sediakan pisang dan pinggan atau mangkuk yang sesuai...






 
 buat 3 scoop aiskrim 3 perasa, potongkan pisang, kalau nak best letakkan coklat cair di atasnya atau taburkan coklat rice atau kacang / badam... kat dalam peti ada coklat rice je.. maka tabur je la nak bagi cun sket.... 


pisang tu retak pulak pasal dah lembik sket.. ahhaha.. takpe la tak cun pun sendiri makan.. heheheh yang penting yummmyyyyyyyyyyyy!!!


sedap kan kalau dapat makan petang-petang panas-panas ni.. ummmmmmmmmmmmpph


Alfatihah buat Arwah Norma


 Alfatihah buat arwah Norma yang telah kembali kerahmatullah jam 1 pagi tadi....
Sesiapa yang mengikuti blog kak moon taula kisah sedih mereka ini..

sesungguhnya begitu hebat ujian Allah buat mereka..
Semoga roh aarwah tenang di sana..


 arwah ketika meniti hari-hari terakhir beliau...

pic kredit tu blog kak moon (kak moon izinkan sy pinjam pic ni ya)
sesape yang tertinggal kisahnya boleh klik ke blog kak moon




Arwah meninggalkan suami tercinta dan anak yang comel si Rafiq..

semoga rafiq mendoakan untuk arwah ibunya bila besar nanti.. kepada suaminya Talib semoga beliau tabah dengan ujian Allah ini... dan salam takziah buat seluruh keluarga kak moon..

Homemade sandwich

Homemade sandwich...




Tq my hubby sedia bekal breakfast to me hari ini
Sandwich sardine....yummyyyyyyy

Tuesday, May 22, 2012

Bagaimana Rasulullah Mendidik Anak?



Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

 

Wajah anak bertuahku yang main plastecin menjadi lollipop!



Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.




Tahap Kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.



Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.



Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.







Semoga kita dapat mendidik amanah Allah ini dengan sebaiknya... aminnnnnnnnnnn

Kucing Dengki!


Sangat cute pic ni....

Muka selamber rock si kucing menuangkan frieskies dia dalam mangkuk makanan si baby... hihi


huwaaaaaaaaaaa abis rosak makanan saya... meowwwwwwwwwwwwwww ni jahat la... huhuhu


Monday, May 21, 2012

Cinta IT.... berhati-hati.....

Bersua tanpa wajah
berbicara tanpa suara....

Cinta dunia siber.. hanya melalui alam maya
sape penah lalui mcam ni...

ada juga yg bertemu jodoh kan


tapi hati-hati....


jangan sampai jadi macam ni.. kehekhekheeee




Hiburan petang di kala sakit kepala... weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


Di sebalik Langsir???

Cuba perhati betul-betul.....


besarkan biji mata anda....


sape dpt apakah di sebaliklangsir.. 

penglihatan dia ok lagi la tu.. heheheh





nyawwwwwwwwwwwwwwwww.... comel kan.....


psttttttttttttt ni bukan kucing i ye... i takut nak pegang kucing.. hahah trauma penah kena cakar.. ahhaha




mood swing... meeting lagi... dah jd kerja hakiki aku nampaknya... huhu bosan.... :P

Sunday, May 20, 2012

Nasi lemak buah Bidara..

Morning....
Salam pagi ahad
menu breakfast today merangkap makan lunch

Bangun awal coz mata takleh nak lelap lagi..
hidung tersumbat
nak tido pun  tak selesa..
makanya ke dapur la kita...
tengok apa yang ada... masakla jawapnya...




set nasi lemak pagi ni...




  
 Sambal tumis udang...





 Telur rebus fav mika....





 Ikan bilis goreng



 

 Timun yang freshhhhhhh





sedia untuk dimakan....nyum...nyummmmmmmmmmmmmmm





Salam takziah di pagi ahad ini buat keluarga sahabatku Noor.. kerana kehilangan anak buahnya yang baru 3 hari lahir akibat jangkitan kuman di jantungnya.... dan alfatihah juga buat saudaraku di kampung yang kehilangan anaknya kerana kemalangan jalanraya.......alfatihah.........  semoga allah tabahkan hati keluarga2 mereka yang diberikan ujiannya ini...ingatla sedang kita bergembira ada mereka yang sedang berduka....... subhanallah...semua atas kekuasaanNya.....

Friday, May 18, 2012

ultraman berSELUAR POLKADOT!... huhu

 Ultraman sekarang dah tak pakai seluar Merah atau Biru tau
Ultraman sekarang dah pakai seluar POLKADOT

si kenit aku ni la punya keje..

mentransfer seluar dia kepada ultraman dyna dia..

boleh dia bukak seluar dia
dan bertukar kepada ultraman yg memakainya...


Berusaha membetulkan seluar kepada ultraman




Tengokla.. tuan punya seluar sanggup TAK berseluar......





Bila suruh dia pakai seluar gak mengamuk taknak...

kerenah dia kadang-kadang suka tak pakai seluar.. pandai bukak sendiri.. mujur tak buka pampers sekali....


anak..... anakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Tazkirah Jumaat.... SOLAT

Salam Jumaat





Ambil Iktibar dari gambar ini....

Renung-renungkan bersama.....




Thursday, May 17, 2012

Lemak manis.....



Mangga lemak manis yang sejuk.................... ranggup dan manis..

nyummmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Nasi Goreng kampong!!

Mc today
pening kepala terlampau
sebab bersin tak henti
selsema terukkkk


huhuhuhu

dah bersiap pagi td..
tp berat sangat kepala sebab bersin dan selsema
makanya simpan semula baju n baring

teingat nasi goreng kampung ala-ala nenek..hihi



sebab apa ala-ala nenek..??? teringat nenek aku buat nasi goreng rencahnya tumbuk guna lesung...lagi sedap..tak sama guna blender..... buat guna cili padi. ikan bilis jangan hancur sangat... tumis sampai garing...........mmm umphhhhhhhhhhhhhhhhh


jemput makan semua.... ni yg terdaya nak masak pun....pening kepalaaaaaaaaaaaaa


mika sangat suka nasi goreng!!

Wednesday, May 16, 2012

Rezeki hari ini...

Alhamdulillah.. rezeki hari ini

dapat parcel..
hadiah tudung dari kedai kak SITI


hijau lagi uuu.. huhu baju manala aku nak match kan ni.. ehhe takpe yg penting free.. sedap pakai lak tu... aritu sesaje tolong vote yanmie.. dpt pula hadiah .. tq ya yan and kak siti




Dapat makan kek sempena HARI GURU juga........ blueberry choc cake.. (sape g beli ni mcm tau je fav saya.. hihihi)  diorang raikan bersama en Salikin kelas fesyen.. dapat la semua guru2 meraikan sesama... termasuk i dapat tempiasnya... hehhe alhamdulillah.. terima kasih ya semua...


alhamdulillah atas rezkimu Allah... :)


Selamat Hari Guru


16 mei 
Selamat Hari Guru
kepada semua guru guru malaysia

semua rakan rakan yang bergelar guru
anis aka bakal besanku... hihi
kepada diri sendiri juga..... adik beradik cikgi juga

semoga kita berjaya mendidik anak bangsa menjadi anak anak masa depan yang lebih cemerlang..... insyaAllah...ll

Tuesday, May 15, 2012

Tension!!!!!!!!!



Keje apa yang tak tension? 
keje apa yang tak susah?
semua ada kisah masing-masing
adakala susah adakala senang dan happy

 lately aku down ngan keje-keje aku...
bertimpa-timpa tu standard la
tapi kalau dah over... sakit kepala
Stresssssssss terlampau!!!!

kadangkala rasa nak RESIGN
fikir balik memang takkan boleh...
Tapi kadang-kadang memang tak tertanggung stress
bila ada orang yang tak faham apa yang kita buat
Susah nak puaskan hati semua orang
nobody perfect!!
 but try la fahami masalah orang lain sama... 

kalau dia punya idea dan pandangan yang baik silakan..
Bukan terus perlekehkan atau buat org rasa down..

Arghhhhhhhhhhhhhhhh papa cepatla bagi greenlight berhenti keje
i tak sabo nak duduk umah aje.. hahahha (mimpi je la aku buat masa ni)



tengok muka buah hati ni lagi bagus... hilang kejap rasa stress... ya allah terima kasih kurniakan aku si comel ini.. alhamdulillahhhhhhhhhhhh...kau permudahkan la segala urusan ku.. aminnnnnnnnnnn



sekadar luahan hati yang KUSUT!!!


Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah