Wednesday, July 31, 2013

Bakal menu hari ni..


Dah beli bahan-bahan
yang selebihnya dah ada di rumah
my 1st trial 
google saje resepi

Harap-harap menjadi
Jemu makan nasi
kita cari alternatif lain kan...
hehehhe


entahkan jadi entahkan tidak.. ngap saje la... kuikuikuiii 

Ketupat sebelum raya!

Menu simple semalam...
Dah buntu nak masak apa
Tak lalu makan nasi dah rasanya...
Teringat beli ketupat mini
Dan beli gak serunding daging dr opismate yang balik kelantan tempohari

Kepala pun ligat pilih menu
Makan be2 nak buat rendang ahh macam remeh je..
2 ketul ayam masak rendang baru rm5.. 
Jimat masa masakku..
So balik tu rebus ketupat dan buat cekodok pisang je...

Nak buat kuah lodeh hubby kata tak perlu
Dia nak makan lauk kering-kering je...
Ohh lagi mudah kerjaku... Hihii
Maka inilah menu iftar semalam +cekodok pisang dan air mata kucing...
masa ni tengah goreng cekodok lagi.. tu yg nampak sikit lg..

 
Alhamdulillah kenyang... Hihiii

Tuesday, July 30, 2013

Kasut lampu

Bila dah nak masuk 4 tahun umurnya
Nak memakai apapun dah pandai request
Sekalipun nak kuar pegi jalan-jalan
Pandai pilih baju mana dia nak pakai

Tanya dia nak kasut macamana raya ni
Dah request awal-awal
"danish nak kasut lampu tau mama"

Demi kehendak anak
Makpaknya usaha carikan juga bagi dia happy
Akhirnya jumpa gak...

Dahla lampu ada muzik pulak
Adoiilaaa
Kebetulan spiderman
Memang pujaan hati dia la..
Tapi kena janji ngan mama rajin buat homework n sekolah...
 Kadang-kadang angin malas dia datang dia buat perangai gak nak g sekolah...

Alhamdulillah dapat yang abang hajatkan..
Tinggal baju melayu dia je lum dapat saiz lg...
Maka belum berakhirla shopping raya sambung this week.. Hehehe

atas katil ko bawa kasut ni ya.. 
tak sabo nak pakai raya...

 
Punyala suka.. sampai pakai nak bawa tido...

kami bangun sahur dia pun bangun sebab nak pakai kasut ni...
sabo je la
anak.. oh anakk


anak happy mak pun happy.. hihi 

Wednesday, July 24, 2013

Rezeki 15 ramadhan

Dapat bubur lambuk free hari ini
Ofis gotong royong masak
Bau dia mak aihhhhhh menggugat iman...
Cik deena mok mok mesti suka gak makan bubur ni.... Heheheh

Alhamdulillah rezki....

Tuesday, July 23, 2013

Jom wrestling

Tak padan kecik adik kan...
hobi dia selalu memang suka lanyak badan orang yg tengah baring...
Semalam berwrestling dengan abang
Abang pula sifatnya bukanla mengalah
Dia dah biasa sorang
Barang-barang dia adik amik pun dia takleh share...


So semalam bila adik lanyak
Memula happy ketawa ketawa
Krsudahannya adik menagis bila abang bangun adik terjatuh..
Alahai dik.. Awak kecik lagi nak berlawan.. Tapi semangat kuat... Hihi





tak tahan bila abang cakap...
"tepila deena. . Abang rimas.... "hahaaaaa
Macam-macam kerenah anak2..... 

Tuesday, July 16, 2013

AMALAN CUKUR JAMBUL





Bidaah Orang Melayu SUMBER dari  SINI




UNTUK RENUNGAN BERSAMA
 

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 


Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 


Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. 



Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.



 Masa mika dulu buat aqiqah nak buat gak cukur jambul.. sampai berhujah2 gak ngan abah.. sebab abah tak benarkan.. baru kutau ini sebabnya... sib baik tak buat.. hih TQ abah

Monday, July 15, 2013

Adik pun sahur

Gigi pun lum ada dik
Acaner nak makan kurma....
Buat main2 je la
Takpun harap mama lenyekkan... Hihi


 
geram tengok muncung itik tu!!!

 
 
Tak masuk mulut .. ke pipi pun boleh.... 

Thursday, July 11, 2013

Berbuka 1 ramadan

Ikan, rendang daging n pajeri nenas dah beli siap-siap serta kuih....
So semalam masak 1 lauk je.. 
Masak lemak ikan masin + belimbing buluh...
Nyum.nyummmm


 
sedap masam-masam.. huhu tp bila masam beno.. adoiii


 
 Mika kalau kuah masak lemak kuning dia akan mkn banyak..
1 lagi fav dia kuih lapis...
Mama tak sempat melapis kalau balik keje...
So mama beli je ye abang...
Janji abg suka....  

abg tak posa pun.. dia kata posa tak bleh minum.. tak boleh makan.. tak boleh susu.. mama sambung tak boleh isap puting.. yg tu dia taknak posa... hahahah

 

Harini macam nak masak sambal bilis petai.... Hihihiiiii

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Salam ramadhan...
Selamat berpuasa...
Semoga kita dapat menjana pahala di bulan yang mulia ini....
In sya allah....

Thursday, July 4, 2013

Kuat jalan...

Tengok tapak kaki sape ada tanda tu....
Yang kecik tu kaki dak domok...
Macam nak gigit2 je...
Kaki abang ada tahi lalat....
Memang kuat berjalan...
Asal suh mandi tanya " mama kita nak g mana? G care4 ke?"
Memang budak bertuah...
Taula mama papa kuat berjalan gak...hhhehee
Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi... Hihi

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah