Wednesday, September 11, 2013

Tuesday, September 10, 2013

Cara mencuci kemaluan dengan betul


 OPSSSS ini bukan entry lucah ye... sekadar ingin berkongsi apa yang aku baca... wallahualam.. yang mana baik kita kita cuba sharekan untuk pengetahuan bersama

 Sos email


 


Cara mencuci kemaluan dengan betul

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.


Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….

kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.
 — withMaa Husna.

Monday, September 9, 2013

Pokok klapak senget!


Rambut adik dah makan panjang walaupun ciput...
Dah nampak ikal2 curly..
Mama geram tengok tak sabar nak ikat..
Walaupun punyala azab nak pegang kepala dia..
Dia tak suka... Hhhahahaaa
Suka tak suka mama nak ikat juga... Hhhehhe
Maka dapatla toncet kecik lg sikit tu...
Sebab rambut adik sikit.. Hehhe 





Semua benda kalau boleh nak masuk mulut...
rindu adik..3 huhu 

Wednesday, September 4, 2013

WW Wednesday~~~ Nyawa-nyawaku.. ...

Keriangan mereka penawar hati...

adik dah pandai bergurau dengan abang...
Semakin hari semakin bijak...
dah boleh bermain bersama...

suka sgt mama tatap pic ni.. 
Rindu plak pada diorang..
Cepat la jam berputar nak balik keje... huhuhu

Monday, September 2, 2013

HELMET OH hELMET!

 Tq papa belikan abang helmet!
abang suka sangat-sangat
pagi-pagi atau petang kadang-kadang papa hantar dan ambil dia sekolah naik motor
sekolah abang tak jauh dari rumah
5 minit je kot camtu dari rumah
tapi demi keselamatan papa belikan dia helmet




 test pakai





 makin kecik muka abang dalam helmet tu...

weekend aritu gi breakfast anak beranak  dekat-dekat rumah.. 
naik motor je
mama pun lama dah tak naik motor
jom kita ronda-ronda

TAPI!!!

bila sampai kedai makan
boleh pulak dia taknak buka helmet tu!!!

tengok aksi dia..
orang kedai pun senyum
sebabnya?????








 Dia makan mee ni sampai abis TAPI maintain tetap pakai helmet.. mana orang tak senyum tengok dia.. hehe lawak la abang ni....


 Domok takde helmet pakai topi abang je la ye...


Balik sekolah mama ambil dia, dalam keta pun nak pakai helmet
mood jakun lg.. nanti lama-lama jemu la tu  

 
my domok-domok.. dia tengok je keletah abang yang macam-macam tu...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah