Friday, July 31, 2009

Hamper dan sesuatu????

Harini rezki anak mana... dal kul 3 td pihak pengurusan hospital dtg hantar hamper sempena sambutan jubli perak spital ni yg ke 25 tahun.. tp yg peliknya tak semua orang dapat.. yang terpilih sahaja...atau maybe sebab baby n mama dah lama sangat duk sini kot.. hihih tu namanya rezki anak mama ni murah kan... alhamdulillah...


nhamper bersama minum ptg....


Pagi td doc dah dtg check up.. then dia bgtau sesuatu yg aku mmg nanti-nantikan... doc dah bgtau suh mama n papa baby decide tarikh untuk jumpa anak mama ni... so kena bincang tunggu hubby dtg lepas keje ptg ni.. tp aku pun tak tau hari mana yg patut.. sebaiknya aku minta juga suggestion dari doc hari apakah yg elok bagi aku dan baby....

Menurut doc dia cadangkan hari jumaat.. mengikut kiraan mingguan kehamilan masa tu genap 38 weeks.. bayi dah cukup matang n ready tuk deliver... n satu lg dia kata FRIDAY is a good day in ISLAM. yer betull... akupun terpikir2 gak.. seminggu lg duk sini.. insya allah aku akan kuatkan semangat tuk bertahan.. tp hal ni kena bincang balik ngan hubby... bila kubelek2 kalendar hari jumaat tu bersamaan 07-08-09.. huhu tarikh yang sangat cantikkan... heheh pandai tul doc ni... (kebetulan).. so ni semua masih dalam perbincangan... if sebelum tarikh tu aku dah keluarkan tanda-tanda sama ada air atau darah.. operation dibuat secara emergency la.. apapun kita hanya merancang tuhan yang menentukan kan.... yang penting semuanya selamat.. aminnnn

DOAKAN KAMI SELAMAT YER... berdebar-debar menanti tarikh itu.. huhuuu............


jom kita amalkan selawat shifa' ni... besar manfaatnya...

Mee Goleng.....

Hari-hari makan menu hospital jemu jugak kan.. masakannya kira ok la.. tp kalau ulang-ulang yg sama adalah jemu kan.. semalam rasa nak makan mee goreng.. yeaaa dah dapat....alhamdulillah...


Tiap hari waktu hubby melawat ni la kerojenyerrr... layan game zuma... hihihi.. dag brape stage dah... tak abis-abis lg...



Khuyukkk tu.............. kalau tak menang boleh sampai tension2... hahahaha apadaaa..........

Hari ni dah hari jumaat.. sok sabtu.. lusa ahad,.... esok nenek yg strok tu dah boleh discharge, sama gak ngan budak depan katil aku ni yg migrain pun dah boleh balik.... aku masih lg disini... huwaaa.. huhuhu hari-hari keje menghitung hari.... dah 2 kali jumaat aku kat sini.. hope minggu depan dah boleh balik ngan baby kan... hehehhe... baby .. mom n dad are waiting for you... huhuhu.... luv u baby...

Thursday, July 30, 2009

Terubat sedikit kerinduan....

Ni la kekdahnya bila takde wat apa kan.. dr asik duduk, baring, mengelamun ke apa.. ngadap blog pun lg baguih.. huhuhuhu .. smlm mmg aku down sgt2.. tp Alhamdulillah hubby n kawan2 semua byk bg semangat kan.. sekurang-kurangnya aku dah ok sket arini.. tima kasih semua...

Kerinduan nak balik umah semakin hari semakin meluap-luap.. apala jadinya.. hehe walopun tau takkan la hubby aku nak buat sepah kan.. tp yerla pompuan ngan lelaki kalau kat umah kan beza... hihihi.. tak kisahla pa jadik pun... tp aku tau hubby aku ni ada masa2nya rajin gak mengemas.. tp bab lipat kain ke apa ke maybe kureng la sket kan...

hubby snap kan gambo2 kat umah.... hehhee..

pokok-pokok aku n ikan sihat2 jek nampaknya.. ciann dia... ikan2 tu belaan my hubby.. tahan lama gak ikan ni..

pokok-pokok ni fav aku.. sebab cute jek kecik2.. umah aku mmg kureng ngan bunga2 mati.. tp kami suka pokok2 hidup.. bunga2 artificial ni ada tp kurang la... ntahla tak tau nape...

bergumbira je ikan-ikan nih..

lagi...
pokok ni bila ada ikan dalam balang tu gemok lak dia...



pokok kat luar.. pokok pandan tu kakak ipar aku yg beri.. makin gemuk sejak hubby letak baja..senang nak masak apa2 kan... pokok mas cotek tu hubby beli kat jusco... dia sayang sgt pokok tu...

ni bongsai comel ni abang ipar aku yg kat sg buloh tu beri.. umah dia banyak sgt pokok2 camnih.. dah minat kan.. hubby aku lak tiap kali g umah dia ade keje merembat pokok abg dia je.. ada sekali tu pokok tu cantik sgt.. tp hubby aku bela mati plak.. syg betol...


umah kami simple aje... Hubby mmg suka tanam pokok2.. kalau umah kami ada halaman tentu dah banyak pokok depan umah.. insyaallah ada rezki beli umah yg ada halaman lak ek abg.. huhuhu manala tau rezki anak kan.. hehehhe

Jom Kita Share!!

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi..

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati....

Wednesday, July 29, 2009

Mental Down!!

pic.. ihsan en. google...

Susah nak diceritakan di sini.. tp hari ni mental aku benar-benar down... banyak benda yg ada dalam fikiran... huhuhuu.. moga tuhan kuat dan tabahkan hatiku meniti hari yang mendatang.... aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.............

Stock kala boring !!

Tengahari smlm budak2 opis dtg melawat aku... huhu.. staf2 lelaki yg blom menziarah tu segan nak lawat aku so yg pomfuan2 iteww telah menemankan mereka.. hehe thanx kat korang... masa diorg dtg tu ada sorg kakak kirimkan sebuah novel kat aku.. dia kata baca la kalau boring2.. maybe nanti kalau dah boring sgt boleh gak aku baca... insyaAllah la kalau lambat lg nak operatenyerrr....

Aku rasa dah lama betul tak baca novel.. takde masa.. hihi.. kalau dah ngadap sesebuah buku aku ni jenis tak buat keje lain dah.. mesti nak baca sampai abis,.. ingat dulu masa sekolah mak cukup marah kalau nampak aku baca novel ni.. takleh buat keje lain selagi tak abis baca... hahhaha.. penah jugak nyorok disebalik buku matematik tp dalamnya novel.. hihi tp kantoi ngan mak aku.. kuikuikuiii dah la masa tu nak SPM... hahha aku mmg nakal sket...

Petang tu plak hubby dtg dengan mcm2 yg dibawanya.. stock makanan tuk aku.. dia taknak anak bini dia ni tak makan.... huhu hari2 makan makanan spital jemu gak kan... kalau kat umah leh la aku masak lg apa yg aku teringin.. bila dah duk sini.. mmmm takde apa dah terbayang.. bayangkan muka baby je la bila nak jenguk dunia.. hihi


Ni la keadaan dalam almari besi tepi katil aku ni... hahaahaaa hubby kata dah mcm peti ais... tu pun ada buah-buahan yg org bawa tak masuk dalam ni... td ada nurse perli.. "uiii banyaknyerr barang" aku jawab balik.. " dah lama sgt kak duk sini, mana tak banyaknya..." aku ngadu kat hubby.. hubby kata... " jangan sampai kita buat 7 Eleven atau tesco kat situ kang" hahahha... marah dia nurse perli2 bini dia ni.. hihi ... ala aku tak kisah pun walaupun ada sket terasa.. hihi...

Thanx lg kat hubby.. ingat gak dia beli air kelapa.. beli kat Jusco lg murah dr kedai biasa... comel lak tu... senang nak minum.. kulit dah dibersihkan.. tinggal cucuk straw n minum.. pandai gak laki aku shopping without me... masa nak belah nak makan isi tu hubby just ketuk kat dinding je dah terbelah dua.. hehe kat spital mana nak cari parang or pisau kan.. heheh

Air kelapa ni mmg sedap .. fresshh... harganya hanya RM2.49 sen sahaja... dapatkan di Jusco berhampiran yerrr


Dan dia ingat juga my feberet... big apple ni.. sebelum bersalin ni makanla katanya.. nti lama kena pantang kan.. huhuhuuu beberapa hari je lagi dapat menikmati makanan fav kan.. thanx yek abg... esok genap my pregnancy 37 weeks... masih menanti-nanti bila doc nak bg date ni????? so nervous...

Tuesday, July 28, 2009

.. Buah Delima ..

Sejak dari awal pregnant aku memamng cari buah delima ni.. kalau tak silap dapat buah ni masa kandungan 4 bulan tp masa tu dapat yg tak brape elok sgt .. beli kat jln masjid india sebab dah terjumpa kan .. kbeli je la.. tp isinya kurang memuaskan masa tu.. Banyak kali gak aku ngan hubby tercari-cari buah ni.. time kita cari mmg la payah kan nak jumpa kan... kalau tak cari mesti senang jumpa.. biasala tu kan...


Minggu lepas masa aku duk di wad ni staff ku datang melawat.. diorg bawa buah-buahan.. tp dalam banyak2 buah tu aku ternampak buah delima ni.. alhamdulillah rezki tuk baby... bila mama tak cakap tp orang bawakan tuk baby mama nih... isi dia elok sgt merah n manis... bila ku tanya kat mana diorg dapat buah ni.. hmm kat pasar borong selayang banyak katanya.. alahai nape la aku tak tanya diorg dulu yek. kalau tak mesti berulang kali aku makan buah ni... hehehhe.. takpela ni pun dah rezki... dapat gak merasa...


Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6) Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Saidina Ali ada berkata: “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”.


Antara khasiat buah delima ni bbagi ibu dan perkembangan fetusnya buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
-Baik untuk mengubati batuk
-Dapat mengubat radang usus
-Mengurangkan panas badan
-Mengatasi jantung berdebar
-Menghalang pembentukan sel kanser
-Mencantikkan kulit
-Mencegah dari nyanyuk
-Memberi tenaga
-Elok untuk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
-Elok untuk sistem penghadaman
-Mengurangkan berat badan
-Prevent morning sickness( utk org mengandung)
-Memperelokkan rahim
-Ubat cacing iaitu alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing yang melekat pada
dinding usus manusia melepaskan pegangannya
-Mengubat buasir iaitu airnya disapu kebahagian yang bengkak beberapa kali sehingga sembuh

sumber : google

Monday, July 27, 2009

Hari demi hari...

TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TAK PUTUS BAGI SEMANGAT PADA SAYA.... KOMEN_KOMEN YANG DITINGGALKAN SEDIKIT SEBANYAK MENGUATKAN LG SEMANGATKU DI SINI.. CAYANG SEMUA......HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALASNYA.....



Masih lg cerita episod di hospital ni yer.. jgn ada yg jemu.. selagi tak kuar dr sini .. ini je la ceritanya tiap entry.. huhu... meniti hari lagi di sini..


Menu pagi... tp biasanya aku kuarang minum teh ni takut angin.. tukar pada milo.. tp tu hubby bawakan dr umah...

Tiap pagi adik2 nurse yg comel2 akan kemaskan n tukar cadar aku tiap hari.. huhuhu tu bantal cute mak yg buat tuk baby tp aku dah bedal pakai dulu.. :P geram cute sgt...


hari minggu aritu.. camni la keadaannya.. bilik 4 bedded ni tinggal aku sorang.. ari sabtu ramai yg discharge dr sini.. masa tu toksah nak kata apala.. betapa sedihnya aku.. takde kawan... siap berdoa harap2 adala org masuk wad aritu.. ptg sabtu tu ada sorg nenek yg kena lelah masuk sini.. lega la hati aku kejap.. janji ada kawan dlm bilik ni kan.. tp dalam kul 1 pagi dia dah cam tenat.. masa tu ak dah tido dengar bunyi bising2... rupanya nenek tu dah kena tolak ke ICU.. huhu dr saat tu mata taknak lelap la sebab tau tinggal sorang kan... tido jap pun asik terjaga tgk jam bila la nak pagi.. almaklum aku ni penakut yer... sib baik HP aku ni leh connect ngan radio.. so pasang radio tutup muka ngan bantal sampai pagi.. huhuhu.... dah nak jadi mak orang pun penakut kan... :P



Muka pun dah sembap duk sini tak kuar2.... kulit naik kering duk dlam aircond berapa puluh jam ntah....

Time hubby ada dia ajak aku tgk tv kat luar ni.. tp kalau ramai orang malas la kan.. segan... kalau hubby takde, takdenyerr aku nak g tgk tv sesorang kat luar ni.. baik aku memerap kat katil sendiri.. huhuhu...

Pagi td doc ada buat CTG tp blom ada contraction n dia ada bgtau maybe nak buat operation tu sama ada hujung minggu ni atau awal minggu depan tengok pada keadaan baby... tp minggu ni dah cukup 37 weeks.. alhamdulillah. biarla berkorban sket janji baby sihat .... walaupun mmg sengsara oo duk spital lelama camnih.. sabo je la yng boleh aku ungkapkan... harap2 lg cepat lg baik sebab leh balik awal.. hihihi

kawan-kawan terus doakan aku yerr.. makin dekat harinya semakin berdebar...macam-macam perasaan berbaur.. terima kasih tak terhingga pada semua.. harap semuanya berjalan lancar dan selamat kan.... aminnnn

Sunday, July 26, 2009

Kasih suami ....

Setiap ptg lepas habis keje, hubby pasti dtg jenguk aku kat sini... rutinnya setiap hari ulang alik ke sini, kalau tak jumpa sehari mcm setahun oooo.. hihih.. disebabkan aku amik bilik 4 bedded hubby takleh la bermalam skali kat sini.. kdg2 sampai kul 10 dia teman.. kdg2 sampai 10.30.. tp so far nurse2 kat sini tak penah pun cakap kasar or halau ke apa.. semuanya murah dengan senyuman... setiap sapaan dimulakan dengan salam.. mmg islamik tempat ni.. tu yg aku ngan hubby decide nak bersalin disini... smlm pun org sebelah katil aku nak buat D&C.. sebelum disorong ke bilik bedah, stuffnurse bacakan doa baru ditolak katil tu.. shahdu je aku dengar...

Aku mmg dah rindu sgt nak balik umah.. tp hubby selalu bg semangat.. dia kata " lg seronok nanti balik ngan baby, " huhu mmg betul tp dah tak tahan bila masuk hari ke 6 nih..akhirnya ptg td nangis gak aku merengek nak balik... hahhahah.. ntah apa2..

Ni la rutin hubby sebelum pulang ke rumah.. dipakaikan aku sweater, di stokinkan kaki, diselimutkan baru dia pulang... terharu sgt.. pengorbanannya hanya Allah yg membalasnya.. aku bersyukur susah senang kami bersama hendaknya sampai akhir hayat.....

Friday, July 24, 2009

Bermula kehidupan di wad..

21 Julai.. Bermula la kehidupan ku di sini pula.. di katil ini sehingga kini... hanya tuhan yg tahu... setiap hari menanti... menanti baby, anakku yg akan lahir dan menanti hari dibenarkan pulang.. tp apakan daya... doc tetap tak bg gak .. org depan dan tepi aku silih berganti.. aku juga tetap disini dan disini....




katil ni la tempat beristirehat aku seminggu 2 nih.. huhu shahdunya... sehari ok lg.. 2 hari ok lg. 3 hari ... dah mula sayu.. 4 hari dah mula sunyi.. 5 hari dah mula bosan.. 6 hari.. 7 hari.. dan ntahkan yg bila pasti.. huwaaaaaaaaaaaaaa.. tuhan kuatkanla hati aku...


Paling shahdu kan bila dah nak mahgrib hubby tak dtg lg... masa tu mula la rasa mcm2.. sedih, sunyi, kdg2 termenangis.. huhuuuu hati ni tuhan je yg tau.. kalaula doc bg aku rest kat umah alangkah bahagianya....


makanan kat sini alhamdulillah ok..

Not bad gakla.. tp tang bfast 2 keping roti ngan jem jek.. huhu.. agak tak cukup tuk aku ngan baby.. sekeping baby sekeping mama.. kul 10 kang baby memberontak lerrr. hehhehe.. kuikukuiii sib baik hubby belikan mcm2... :P

Tingkap sepi ini yg menjadi peneman kala sunyi... tp bukan nampak apapun.. sebelah pun ada bangunan... jalan tak nampak pun.. dah beberapa hari aku tak melihat dunia luarr.. adoiii laaa....


Sejak semalam lak aku diserang demam, selsema n batuk.. awal2 aku masuk sini aku sihat walafiat.. hubby sendiri pun perasan sejak awal aku mengandung aku tak penah demam or batuk atau selsema.. kuasa tuhan... inila pertama kalinya aku demam sepanjang pregnant..

Tp bila org yg masuk ke bilik ni ada yg demam ada yg batuk.. last2 ngan aku2 skali la demam... punya hazab kalau batuk.. kena tahan perut.. kalau tak sakit.. sian kat baby tersentak2 nanti dia... arini doc bg ubat selsema ngan demam.. tp aku rasa semacam je baby aktif bila aku makan ubat tu.. bila aku tido sampai leh terjaga sebab sentakan baby.. takut juga kan..

Mlm td takleh tido sebab batuk.. tgk jam baru kul 2.. tgk jam lg baru kul 3.. terasa lambat betul nak ke pagi... bila hari cerah.. barula aku ceria... menjelang malam aku sunyi sgt... tp mlm td ada rasa marah pun ada.. tatkala aku baru boleh nak lelapkan mata.. sorang nurse datang kejutkan aku dalam kul 2.30.. "puan, puan ada rasa sakit tak? (maksud dia perut-if any contraction) " aku ni mamai2 bangun.. jawabla takde... dalam hati kan terpikir.. kalau aku rasa sakit sure la aku panggil nurse kan.. dah la lepas tu aku takleh tido... seksanya la hai nak lelap balik... ni nurse ni ape ke hal la tanya ku mcm ni sedang aku nyeyak tido td...pelik aku... huh!!!

Rutin harian kat sini.. jam 5.30 pg nurse akan dtg check Bp... then kalau ada demam check jugak.. ok lelap2 balik.. kang kul 6.20 dtg lg nurse dr labour room check jantung baby.. kdg2 aku tunggu nurse ke 2 dtg baru mandi n solat subuh.. yer. aku mandi pepagi tu terus.. bila doc dtg check aku dah bersih n wangi takde la kusut masai kan.. tu yg mak pesan. aku ingat sgt.. sampai budak depan katil aku tanya.. "akak mandi pepagi ni tak sejuk ke?" aku jawabla kan ada heater... hihi.. bilik ni mmg diakui sejuk pun tau.. aircond dia mak aiiii. walupun dah tutup still sejuk.. tp badan org pregnant kan panas kan... ok lg laa...

kul 7.30 or 8 baru diorg hantar breakfast n ubat.. aku kena makan ubat yg kurangkan contraction.. sebab doc nak jugak aku tunggu 37 weeks. masa tu paru2 baby dah cukup matang katanya.. sebolehnya dia nak aku normal.. bagus gak doc ni.. ada doc yg tak menyabar kan.. terus2 je nak Czer kan.. sbebab tu doc aku ni pakar no 1 sakit puan kat spital nih.. alhamdulillah walaupun pada awalnya aku tak kenal n tau sgt pun background dia.. dah berpuluh tahun dia keje sini...cara dia sgt Pro.. walaupun skit penerangan dia yg kdg2 buat aku tak puas hati.. tp dia pakar dalam membuat keputusan dan penilaian.. so aku kena la dengar apa2 pun jugak suggestion dia supaya tak menyesal di kemudian hari kan...

smlm bila aku minta nak balik dr doc.. dia leh wat lawak ngan aku.. "awak sekarang tahanan ISA sy, kalau nak balik pun awak jalan2 bilik ni, balik semula atas katil ni.. adoila sabo je la aku.. sengih je la... harap2 doc bg la aku cuti sehari dua tuk balik umah.. tak tahan rindu nak duk umah sendiri... syahhhduuu oooooooooooo.. sian hubby aku asik ulang alik sini.. balik umah pun sunyi sepi katanya... waaaaaaaaaaa

kawan2 doakan la aku selagi masih disini yer... terima kasih semua.... jasa kalian Allah yg membalasnya.. aminnnnnnnnnnnn

Tuesday, July 21, 2009

Di Labour Room

Terima kasih pada semua yang mendoakan saya... sorry tak dapat nak jalan2 n reply komen semua.. sebab internet kat sini agak lembap .. hihih ni pun nak update bertahun dpt masuk pic... maaf yek....


Thanx so much to my hubby yg sangat2 memahami.. hari ni hari ke 4 aku di wad.. bosan tu toksah nak kata la... baring .. duduk.. termenung.. tido... nangisss....... uwaaaaaaaaaaaa (kdg2 jek) .. semua ada.

Hari ni hubby belikan celcom broadband... seminggu 20 hengget.. ok la kan.. sementara kau duk sini je... dia memahami sgtla aku ni asik call2 dia bila nak dtg.. bila nak dtg.. yerla faham gak diapun ada keje nak kena buat.. kang takdo duit mana nak cekau bayar bil spital ni semua kan.. sian abg......

Yea... leh online...

Lappy ni sorok2 gak.. time nurse dah abis check baru aku On... tp ada nurse penah nampak dia ok jek... hihih...

ok nak citer memula aku di warded dalam labour room pada hari isnin 20 julai 2009 jam 11 pg...

Tangan dah kena tag...


Debar tau duk dalam labour room dah mcm real nak bersalin dah... padahal lum lg kan... doc suh aku duk semalaman kat situ senang nak pantau katanya.. aduhai la.. tp duk situ hubby leh teman skali malam2.. heheh sib baik.. kalau tak mau nagis duk bilik sorang2 camtu kan...

Masa dalam bilik tu 2-3 kali sehari kena buat CTG ni.. mmg ada contraction sebab tu doc tahan aku.. tp aku tak rasa sebab baby tu duk melintang... tu yg buat doc risau sebab aku tak rasa apa2 nanti baby lemas lak kan..

Yang ni doc tak peribadi sy yg tak bertauliah sgt... hehe mcm tau2 je dia baca graf tu.. main agak2 je la kan doc papa....

Bila dah maghrib suasana sunyi... perasaan bercampur baur... hanya bacaan ayat suci dapat menenangkan hati....


Dah penat baring pulak... sian hubby malam tu dia teman aku, tido dia atas kerusi.. takpela kan papa susah senang kita sama2... keesokan harinya aku dah dapat masuk wad biasa.. alhamdulilah.. sekurang2nya kat wad ada kawan.. kat bilik ni sorang2 huhu leh blurr otak... nanti aku sambung citer di wad yerr.. ni pun citer simple2 je.. kang nurse dtg plak.. hehhe.. k daaa

thanx semua yg mendoakan ya.. maybe sampai minggu depan aku masih ditahan di wad... doc tak bg balik uwaaaaaaaaaaa.....

aku di warded

kala ni aku tgh tbaring kat wad. Smlm lepas check up doc suh aku admit terus ke labour room. Tp bukan nak operate pun lg. Dia nak pantau n nak aku rest. Kena buat Ctg lg. So far baby tetap melintang n heart bit dia ok. Masa check smlm perut aku tegang doc target ada contraction. Mmg ada tp skit je.

Mlm td dah smlman aku stay kat labour room. Sib baik hubby leh temankan. Tp now dah transfer ke wad. Alahai boringnya asik terbaring. Update ni pun guna hp. Sib baik leh online jap dapat free broadband for 30days. Lega. Tp x leh nak upload pic.

Tak taula smpai bila kena duk sini. X larat di lanta kebosanan. Nak kata doc nak czer dia kata tunggu baby matang. Adoila.. Doc sy nak balik!!

Monday, July 20, 2009

... Puding Cint@ ...

Minggu-minggu terakhir pregnancy ni, nak melunaskan hajat tekak ni.. hehehe.. walaupun diri ku dah semakin berat dan tak sekuat dulu, tp ku gagahkan jua demi selera yang asik teringat-ingat nak makan puding buah ni.. dah lama teringin... ni la namanya Puding Cint@.. sape nak .. meh la cuba!!!


Sangat sedap makan di waktu minumj petang.. letak ais lg la sedap.. perghhhh (sendiri buat mesti kata sedap.. hahahha)



Resepi puding...

1 cawan tepung castard
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
5 cawan air
gula ikut selera.. jgn manis-manis sgt..

Campurkan ke semua bahan dia atas api yg sederhana.. kacau hingga likat.. bila dah mendidih masukkan ke dalam acuan n sejukkan dlm fridge...


Acuan ikut selera masing2 yerr.. hehehe

RESEPI kuah cocktail..

1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan tin susu cair)
1 tin buah coctail
Gula ikut selera... (manis2 buah je)
1 biji telur ( kalau nak letak.. aku tak letak pun)

Campurkan semua dan didihkan.. simpan dlm fride.. makan sejuk2.. letak ais lg sedap... senang je kan... num nyummmm
hmmmmm.. Alhamdulillah.. pas ni dah tak teringat2 lg dah.... senang jek.. tp sebab tak cuba tu yg memula rasa susah jek.. asikla bertangguh,,, bila mak ngan makcik ku dtg semlm aku buat ler... leh hidang kat tetamu sekali kan.. nyumm.. nyummmmmmmmmmmmmm
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah