Wednesday, March 31, 2010

CABUTAN BERTUAH MYBABYSHOPONLINE


Join Contest lg.. Kali ni cuba nasib tuk LUCKY DRAW plak..

mudah jer nak join contest ni....

so guys...syarat2 untuk menjoinkan diri untuk Cabutan Bertuah adalah :

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE;

3) letak banner di side bar anda dan link kan ke thread ni

4) Mestilah dan wajib jadi follower 2 blog ini http://mybabyshoponline.blogspot.com dan http://permatabonda08.blogspot.com (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

5) Tarikh tutup adalah 04 aPRIL 2010, jam 1.00 am);

jadi apa tunggu lagi....

Gatsby Deodorant Street Fair


Rata-rata aku tengok ramai yg buat entry nak join Gatsby Deodorant Street Fair ni.. Diorg buat kat Timesquare. dekat je ngan umah aku pun mmg boleh pegi sgt2. actually aku pun dpt invitation ni dr nuffnang.. tp SEDIH la.. aku tak dapat join.. Kebetulan hari yg sama sepupu aku kawen kat JB.. kalau tak memang nak pegi sangat-sangat.. mesti dpt jumpa ramai geng blogger kat sana. Dah la tu ada lucky draw n hadiah2 menarik lak tu...huhuhuhu. cedinya...

Dan kebetulan jugak diorg buat pada 17 APRIL... That Day is my BIRTHDAY tau.. adoiyaiiii... semuanya secara kebetulan.. hmmm takpela takde rezki nak join... maybe next time.. apapun tq nuffnang coz invite me... huk huk huk huk


Tuesday, March 30, 2010

Buat Duit lagi... Cepat sape nak...:P

klik banner ni kalau korang nak join gak...


Hahahaha.. kali ni lain pulak.. janji tak kuar modal apa salahnya kita cuba kan.. Kalau aritu geostring kali nin MYLOOK plak.. meh aku nak share ngan korang..

My look ni sama mcm YAHOO atau GOOGLE tempat korang nak search atau cari apa-apa maklumat...

Jangan risau yg ni pun TAK PAYAH KUAR MODAL... bila korang SEARCH pun dah dapat bayaran... tp LIMITED 5 kali je sehari.. kali yg ke 6 tu dia tak bg duit dah.. heheh meh aku tolong calculate kan ya..

1x Search =rm 0.22 (dua puluh dua sen ya)
5x search = rm 1.10

So daripada korang search tak dapat apa2 hari2 tu kan.. dapat 5 kali sehari n kali la 30 hari .. kira la sendiri.. hehehheheh.. so apalagi meh klik SINI.. join n register je tak susah..

"Contest Aksi Menarik Si Comel Bersama Floater" Sempena 1st Birthday HNI

Dah ujung2 tarikh tutup baru aku nak join contest ni.. takpela sekadar mencuba kan... hahah mika la mangsa mama tuk masuk join contest. Contest kali ni anjuran iz-Aan sempena 1st birthday anak teruna nya...



kLIK pADA BANNER DI ATAS NI UNTUK KETERANGAN LANJUT

Pic yang di taruhkan sempena "Contest si comel bersama Floater " ni dia gambau anak kesayangan aku nih... ni dia




NAMA : MUHAMMAD DANISH MIKHAIL
UMUR : 7 BULAN 1/2
pic ni diambil last week

Orang lain terkodek2 main air.. yg dia ni siap bersila kaki dalam floater tu.. ehheh tunggula sket masa lg pandai kot...


Meh kita tgk syarat2nya...


1. Terbuka kepada kesemua blogger yang mengetahui atau terjumpa atau terbaca atau terikut atau sebagainya mengenai blog ini-OK

2. Sudi menjadi FOLLOWER di blog ini (sukarela ye...dah jadi cam kebiasaan plak, kalu wat contest mesti jadi follower..bukan per, senang nak review blog peserta nanti...) DONE

3. Add kan LINK blog ini pada blog memasing. DONE

4. Add LINK contest ini di entry memasing DONE

5. Add kan banner contest di side bar blog memasing.
************************
Cara-cara untuk menyertainya ialah:-
1. Sila uploadkan SEKEPING gambar aksi menarik si comel anda bersama floater. Si comel hendaklah berumur kurang dari 4 tahun semasa gambar itu di ambil. DONE

2. Nyatakan nama anak anda dan umur beliau pada ketika itu DONE

3. Sila tinggalkan link penyertaan anda di entry ini agar mudah untuk saya buat semakan. DONE

Tarikh tutup penyertaan: 31 Mac 2010

Monday, March 29, 2010

Panca Sitara...

Harini sangat kepenatan.. mlm td kul 12.30 baru balik dr kg hubby di perak... mika sepanjang jalan tido.. bangun kejap bila minum susu.. budak ni kalau dlm keta mmg tido spesis mama dia.. keturunan kan.. sian la kat papa terpaksa akur dgn habit kami anak beranak yg sama ni.. hehehhe

Kat kg tok pah mika buat kenduri nak masuk umah baru... seronok dia ramai yg melayan.. sepupu2 semua dah besar dia la yg paling kecik takat ni.. manja la dia.. kejap kang kat tangan org ni.. kejap kat tgn yg lain pulak.. tp mata aku tetap monitor kemana anak aku org pegang.. ehheheh... bukan apa kalau budak2 yg dukung dia aku risau kalau jatuh ke apa... yer la dalam seronok2 bermain kan...

Kat kg aku g kedai saje try belikan mika spek mata ni... hahahha tp bila pakai cute plak... tp takleh pakai lama jap g dia nak buka n masuk mulut.. mula2 dia mmg pelik.. bila pakai mulut nak ternganga.. hahah semua duk ketawakan dia... meh layan pic.. mama nak story mory pun tengah letih lg ni...


memula terjungkit spek tu sebab dia tak biasa nak lekat kat idung dia tu.. hahha

nak pose tengok kamera la plak... ceh ceh ceh lepas ni nyanyi bila larut mlm k.. :P

ok sket bila dia tak pegang sebab aku kena pegang tgn dia...


ha ni dia si montel.. sejak aku pelbagaikan bubur nasi dia.. letak ayam letak brocolli.. ni la hasilnya..... muka dia makin montel kan.. badan pun dah naik berisi.. ni yg sedap tuk di gomol2.. hahahhahah.. setiap hari aku bekalkan bubur nasi yg aku masak dr umah.. walopun bibik mika leh masakan tp aku rasa lebih terjamin masak sendiri.. makin suka dia makan.. nyummm nyummmmmmm gud boy,.... nanti mama belikan spek mata lain yg lg cute miut okeh...



::~ MAMA MIKA BIRTHDAY GIVEAWAY ~::

NI ENTRY MELEKAT SAMPAI 17 APRIL YA..... NEXT ENTRY SCROLL KE BAWAH...



Assalamualaikum....

Buat pertama kalinya blog ni nak buat giveaway memandangkan sambutan follower yang semakin menggalakan.. terima kasih pada semua sahabat blog yg sudi menjengah blog saya yg tak seberapa atau dalam kata lain entah apa-apa... ehheheh

Menjelangnya bulan April adalah bulan yg sy tunggu2 setiap tahun sebab ..

17 APRIL adalah My birthday...

Dengan itu saya berbesar hati nak adakan giveaway ni buat sahabat2 semua..

Senang ajer tak perlu susah-susah..

SYARATNYA...

1. menjadi FOLLOWER BLOG INI... Klik je atas tu kan.. macam kat gambar bawah ni...


2. Add kan link blog ni dlm blog anda..
3. war-warkan entry ni di blog anda seperti tajuk di atas...
4. Pemenang yang di pilih adalah berdasarkan 3 visitor tertinggi yang di counted kan seperti pic di bawah ni..
5. anda perlu la Sign in di bahagian follower atas tu barulah akan tertera nickname n pic blog anda di gadget bawah ni.. kalau tak sign in maknanya lawatan anda tak masukla dalam counted visitor di bawah ni...
6. 2 Hadiah cabutan bertuah juga di beri kepada penyertaan anda. (akan dicabut oleh anakanda mikhail)

7. tinggalkan komen sape yg join ya giveaway ni ...
Sila abaikan nama tuan punya blog yg tertera di atas sekali tu ya.. setakat ni adik SYAMIMI tu la di tempat pertama sebab dia dah sign in.. so anda apalagi jgn tunggu.. senang je ni...

HADIAH akan beritahu dlm entry berikutnya.. kemungkinan berkaitan aksesori wanita.. nanti saya uploadkan apa hadiahnya ya...

jom ramai2...

TARIKH AKHIR dikira ADALAH 30 APRIL 2010 jam 12 mlm..


N3 ni sticky mode hingga 19 april..

Saturday, March 27, 2010

Teruskan usaha...

Salam semua... nampaknya persaingan visitor conted semakin sengit... terima kasih atas sokongan kalian terhadap giveaway ni...

Jangan putus asa ye.. ada byk masa lg untuk anda menentukannya.. semuanya di hujung jari anda sahaja...

Ehehhhh ada plak terselit iklan nuffang.. kalau korang baik hati lg budiman... sila la klik di situ moga murah rezki korang hehehhehe

Kedudukan TERKINI.. di dahului oleh anis, rose, zaikulim. ayu n sarah.. tq to all.. yang lain2 tu jgn putus asa.. ada byk masa lagi anda hendak mencaras... hehehhehe apapun semuanya mengikut kegigihan masing2 la ya... Gud Luck!!!

Dari semasa ke semasa mamamika ankan updated satu persatu HADIAH giveaway ni... tungggggggggggggggggggggggggggguuuuu ya....

Friday, March 26, 2010

Sponsor mamamika giveaway

Hadiah-hadiah MAMAMIKA BIRTHDAY GIVEAWAY pada awalnya adalah di plan oleh aku sendiri.. tetapi apabila didapati sambutan agak menggalakan MY hubby bermurah hati untuk "sponsor" hadiah yang di berikan kepada pemenang..

Dengan itu Hadiah bukan sahaja diberi pada pemenang 1, 2 & 3 Visitor tertinggi akan di tambah lg kepada tempat ke 4 & 5 Visitor tertinggi...

Thanx to My hubby, kalau ada kelapangan Sila la Singgah ke BLOG beliau dan apakata korang link kan juga blog dia dan menjadi follower.. manatau dia nak buat contest ntah2 lg menarik hadiah yg diatawarkan.... KLIK SINI untuk ke blog dia ya...

Antara hadiah misteri di tempat pertama yg menanti ini dia... Bottle Umbrella.. (ada hadiah menarik lg yg lain belum dipaparkan)

Di bawah ni adalah diantara Contoh bottle umbrella ni.. untuk hadiah giveaway ni aku belum pilih lg warna apa yg sesuai..tapi menarik kan payung ni.. unik.So apa tunggu lagi meriahkan la ranking visitor korang ya.. (Kalau atau menang di tangan anda yg menentukan).. :P selamat mencuba...


pic from google.. sebab pic sebenar hadiah ni masih lg dikedai...hehheh

Wednesday, March 24, 2010

Meeting..

Harini dr pagi sampai petang meeting... so mlm nanti la blogwalking atau update.. huhuhu

bosannya.. tak suka nak meeting2 ni...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Dia Tido AWAL....

Dah 2 hari mika tido awal.. dari kul 8 mlm sampai pagi esok...akan terjaga bila nak susu tp tu pun mata terpejam sambil minum, pastu tido balik.

Jam baru kul 8 dia dah cranky nak tido.. bila aku bg susu letak atas katil, buka kipas atau air- cond sure abis je susu dia terus tetido.. senang gak nak tido kan dia sekarang berbanding dulu yg sememangnya problem...

Bila dia tido awal aku plak dah bosan.. kalau tak selalunya leh main2 ngan dia tak pun menyakat dia.. boleh tengok dia gelak2, senyum2 takpun nagis.. bila dia tido aku tetap belek2 muka dia.. ehheheh

Bila pakai aircond siap2 selimutkan dia.. tp dia ni bukan jenis suka selimut kejap je tu.. pastu siapla kaki dia jentak2 sampai selimut tu tanggal dr badan dia...


Bila terlalu ngantuk, puting kat mulut tu dengan sendirinya tanggal..


Akupun wat la keje bila dia tido. kemas baju dia ke nursery, basuh baju ke , tgk tv ke takpun layan fb lerr.. then sesekali aku tengok dia kat bilik.... tapi kan cam pelik...???

Aku tanya hubby ada tgk dia ke td.?? hubby kata takde.. abih sape yg masukan puting kat mulut dia??? hhahahha jawapannya dia sendiri yg dlm tak sedar aku rasa masukan sendiri puting kat mulut dia... heheh so cute.. senang la mama kalau mika leh masukan sendiri puting time tido takla mama tercari2 bila mika nangis tengah2 malam.. hihihi bijak anak mama.. :P

Tuesday, March 23, 2010

Sape Nak Duit Free.. Mai register aje.. so easy...

Perasan tak banner kat atas tu bawah dr follower blog ni... Selalunya aku tak mudah sgt percaya duit2 free2 ni .. lagi2 nak kena kuar modal.. alahai pikir 80x kali kan.. tp yg ni aku dpt dr mail seorang kawan... nampaknya sgt mudah.. aku sesaje nak cuba..

  • Tidak memerlukan modal
  • Hanya perlu Register sahaja
  • Selepas register terus dikreditkan $10 dalam akaun
  • then bila ada yg register baru masukla $1 ke akaun kita
  • So promote ajer la
  • Tak caya sila cuba..
  • takyah kuar modal tak aper...
  • Boleh cash out bila akaun dah capai $100
kalau nak try klik kat banner tu....
sesiapa yg nak register kena guna email SELAIN akaun yahoo.. ex gmail atau hotmail boleh la..



Maila kawan2 kita cuba je.. jgn lepaskan peluang... hihi

Wajah baru...

Aku bosan dgn template lama.. susah nak loading kan.. tak tau camana nak ubah yg backgraound ada color pink tu.. puas aku godek dia tak ilang gak.. ntah mana dulu aku paste.. walaupon ada layout baru dia tetap tak mau ilang.. hmm lantak la.. sape2 yg susah nak load page aku bgtau ye... ha ni wajah baru.. green n white faberet color aku.. nampak bersih fresh n suci je kan.. sejuk sket mata aku memandang.. ehheheh


opsss check nama di entry bawah ya.. sesiapa yg diveri award n tag.. heheh

happy blogging...

Monday, March 22, 2010

Award dr Sue MAMA ALYA

Thanx Sue.. lama betul tak dapat tag ke award camni..berkurun gaklerrr.. ssekali menjawab apa salahnya.. kalau yg susah2 tu alamak lambat la nak menjawabnya.. actually yg ni simple je...


apapun nak ucap thanx dulu untuk AWARD BEATIFUL BLOGGER NI.. perasan i kejap.. hihi




Syarat-syarat seperti di bawah:

1. Thank & link the person
that gave you the award.
:: OK dah::

2. Pass this award onto 15
bloggers you’ve recently
discovered and think are fantastic.

  1. mzira
  2. kak su mama aisy n alesha
  3. haja mama dihah n ammar
  4. yatiechomel
  5. catlina mama eein
  6. iyraribenmerah
  7. dyla mama inas
  8. azie
  9. wani ummi aqif
  10. anis ummi ukail n uzma
  11. kak idalara
  12. dj epoi
  13. ibu alia kayisah
  14. isya ibu iffah
  15. intan mama khalish
(pening aku cari nama nak di tag huhuhu) kalau dah buat sebelum ni sila abaikan ya..


3. Contact said Blogs and let them know
they’ve won the award
Okeh..nanti kalau ada masa i buzz diorg

4. State 7 things about yourself.

1. suka wat lawak
2. happy go lucky
3. suka menyakat
4. kdg2 ada baran sket kot.. hihi
5. suka shopping
6. suka window shopping gak
7. independent

haaa dah abih dah.. teruskan mengetag ya.. hihi

Project Alpha Kembali Lagi dengan Musim Kedua!

To reward blogs for good campaign performance, Nuffnang will now be giving out bonus earnings for blogs that achieve a CTR (Click-through ratio) of 0.2% or higher on new campaigns that run on their blog. This figure is based on average industry standards.



Adakah anda masih ingat pada siri rancangan realiti dalam talian Project Alpha yang telah ditayangkan pada bulan September lepas? Kini ia telah kembali semula dengan siri musim kedua! Nantikan kemunculan blogger-blogger terpilih seperti Azwan Ali serta selebriti-selebriti lain seperti Fouziah Gous, Diana Danielle, Syafinaz, Mawi, Hans Isaac dan banyak lagi!

Musim kedua Project Alpha akan berlangsung pada 19 April 2010, tetapi sebelum itu, sila ikuti perkara di bawah bagi membuka minat anda terhadap musim kedua ini:

  • Kami mempunyai laman web baru untuk Project Alpha di http://projectalpha.com.my! Anda boleh mendapat pelbagai maklumat mengenai semua blogger terpilih yang muncul dalam siri rancangan ini, serta anda juga dapat menonton episod-episod rancangan yang sedang disiarkan. Kami telah pun menyediakan beberapa video belakang-tabir di sana.
  • Mari sertai pertandingan Instant Cash Blogging! Setiap minggu, kami akan memberikan sebuah topik kepada anda di halaman http://projectalpha.com.my/instant-cash-blogging untuk anda tuliskan di dalam blog masing-masing. Jika artikel blog anda di antara 100 artikel pertama yang memenuhi syarat kriteria yang dinyatakan, anda berpeluang mendapat RM20 yang akan dikredit masuk ke dalam akaun Nuffnang anda. Begitu mudah sekali!
  • Sertailah halaman Facebook peminat Project Alpha! Kami sentiasa memberikan maklumat terkini kepada anda mengenai semua aktiviti berkaitan Project Alpha di situ :)

Project Alpha musim kedua bakal menjadi sebuah lagi musim yang menarik, kami berasa tidak sabar untuk menunggu tarikh penyiarannya! Adakah anda turut menjadi sebahagian daripada Project Alpha?

Project Alpha dibawa khas kepada anda oleh Adidas Action 3, dan disokong oleh P1 dan MAS. lebih lanjut anda boleh KLIK SINI

Sunday, March 21, 2010

~ SLEEPING CUTIE CONTEST ~



Salam..

Mika nak join contest lg.. kali ni nak join contest yg mama zakwan buat.. salam kenal dr mama mika untuk mama zakwan ya... moga kita leh kenal n share2 info lepas ni...



gambo tido mika yg mama dia paling suka...sambil peluk bear dia tertido atas buaian..





Nama : Muhammad Danish Mikhail b. Mohd Azrul
Tarikh Lahir : 07-08-09
email : shinbi3@gmail.com

Lagu dodoi.. biasanya ni yg aku nyanyi kat dia..

Laillahaillallah.. muhammadur rasullullah... nanyi sampai dia lena

Adakala lagu ni plak..

Tang kucuk tang mama..

budak bucuk kesayangan mama..
cayang mama cayang papa...

Moga kali ni ada rezki mika.. insyaallah.. join suka-suka.. sape nak join meh klik SINI


Friday, March 19, 2010

ReNungkANlahh waHai WANITA...

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diri
sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihatRasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulmenangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yangdilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun- ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannyasendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya
sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganyapekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yangrupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnyasementara malikat memukulnya dengan pentung
dari api neraka," kata Nabi. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa
mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dankalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan
inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Moral : kita renung2kan la diri kita sebagai WANITA

Thursday, March 18, 2010

Dah boleh duduk..

Kisah petang smlm.. kan papa mika nak makan pizza kan... so balik keje aku amik mika n tunggu papa kat umah.. sebab kalau boleh malas nak kuar malam.. before magrib nak balik n malam leh rest kat umah...

Sementara tunggu papa sampai umah aku layan Fb dulu kat depan tv.. mika merengek2 nak duduk atas riba.. ok la aku amik n duduk kan atas riba akun baru dia senyap. tapi kan aku pelik apasal budak ni senyap semacam.. selalunya tangan atau kaki dia sure duk sepak2 laptop aku, tgn lak sibuk nak capai keyboard.. tp kali ni diam jek...


aku pun tunduk sket nak tengok la apa yg terjadi...
.
.
.

.



Lorrr budak ni boleh dia tido sambil duduk... keturunan betul budak ni.. hahah cam aku la tu.. aku diamana2 pun can sleep.. dia pun camtu senang tido.. cuma meragam sket bila nak tido biasanya.. tp sekarang ni tido malam pun senang.. takpe tepuk2 bagai nak rak.. hanya aku baring mengiring peluk dia n berbual2 ngan dia.. lama2 dengan sendiri dia leh lelap.. alhamdulillah senang jaga mika ni...

haha lari dr tajuk lak...

semalam dr umah ke pizza tu dia tido.. so aku just dukung je la.. malas bawa stroller.. tp bila time nak makan dia bangun pulak.. alamak susah plak kan.. hubby kata cuba kita dudukan kat baby chair.. aku tgk baby chair tu pun selesa sebab ada kusyen support so tak sakit la baby..

sekali ha tengok...!!!Dia dengan bannganya leh duduk sendiri dah... tp kalau atas lantai aku tak berani biar dia sendiri, masih blum stabil lg nak duduk sendiri.. atas kerusi ni takpe ada suppport dr belakang..

Eksyen betul bila papa pegang tangan dia pun dia mcm tak bg .. tu tangan siap landing lagi atas pemegang...

tapi lama2 bila dah penat ni la jadinya.. bersandar juga.. pic ni aku suka sgt.. cair hati tengok dia.cute jek buat muka manja dia.... hahahah cayang anak mama... hati gembira setiap hari melihat perkembangan baru dia.. moga mika terus sihat dan membesar dengan cerdik ya... mama n papa luv u...

Wednesday, March 17, 2010

Susu

Dah alama aku pikirkan topik ni.. harini aku nak minta pendapat kaum2 ibu mengenai susu ni...
Tak dinafikan susu ibu adalah yg terbaik di dunia.. tidak ada yg setanding dengannya.. tapi tidak semua ibu mampu menyusukan anaknya seperti yg di kehendaki.. faktor2 hormon dan faktor tertentu mempangaruhi samada ibu mampu menyusukan anaknya selama mana yg terdaya...

Bagi aku sendiri aku mempunyai masalah penyusuan ni.. pada awalnya susu mmg ada.. tp disebabkan n..ple pendek jadi adalah sukar anak aku nak menyusu walaupun aku ada ada beli alat bantuan puting tu.. bila anak tak puas menyusu mula la mengamuk kan.. so jalan terbaik adalah aku pam atau perah susu untuk dibekalkan pada anak..

masa dalam pantang dapatla bg fresh perahan pada anak.. bila aku keje aku dah start buat stock.. tu pun nasib ada hari yg banyak leh capai 20ml kalau hari yg merundum adala 12 ml.. tgk keadaan aku.. penah sekali aku bz yg amat dah petang baru dpt perah punyala sakit hingga bengkak...
Pic ni kenangan stock perahan susu aku.. tak banyak mana mcm org lain tp cukupla untuk anak ketika aku tinggalkan pegi keje.. masa tu mika masih l;g dibawah jagaan mak aku..



ni perahan masa kat opis.. leh capai 7.5ml sebelah kanan shj.. kiri tak berapa ada.. kdg2 1-2ml je dpt kalau belah kiri..

kadang 7 ml.. ada masanya dpt 4-5 ml je.. aku dah makan segala pemakanan yg boleh mebantu pengeluaran susu.. tp ikutla adakala ianya membantu juga..

Sebenarnya kan aku rindu sgt saat ni.. bila anak berdakap pada ibu ketika menyusu.. so touching... ni pun aku paksa mika suh minum gak.. adala kejap dia nak.. tak sampai 5 minit mula la dia menolak sebab tak byk dpt susah dia nak sedut kot...

Ada kisah disebalik cerita susu ni.. masa awal2 dulu kan susu badan tak berapa nak ada.. suh la hubby aku carikan susu supaya dapat back up bila tak cukup.. aku ni tanya la kawan2.. then dia g la cari.. bila tanya farmasi tu dia baginya susu ni.. kitorg pun campurla susu masa tak cukup kan.. bila dah beli 2-3 tin baru tau susu ni tuk baby yg problem je.. sib baik anak aku tak apa2.. huhuhu..

Mika mula campur susu pada usia 4 bulan.. sebab susu badan aku dah makin berkurangan masa tu.. then bila usianya 5 bulan dah fully guna susu formula.. sedih rasa tak dapat bagi dia lama susu badan.. dia sgt suka susu badan.. laju dia minum.. masa mula campur susu tu dia menunjukkan reaksi tak suka sgt pada susu FM. dah lapar sgt dia minum juga. sian dia...

Ni la susu memula hubby beli enfalac warna purple ni.. salah rupanya..


Bila ada kawan yg bagitau barula tukar ke langkah 1 warna hijau ni

Dan haritu bila dia mengalami cirit birit doc suggest lg aku tukar susu ISOMIL pulak .. sebab katanya susu enfalac ni panas tak sesuai ngan mika..

dan sekarang mika dah guna susu ni.. susu soya.. tp sampai bila dia nak minum susu ni ya.. kesian pulak.. ada yg kata susu soya ni tak berapa sedap.. sian plak dia.. mmg lain sket rasanya.. memula mmg dia tak berapa nak minum.. tp lelama ok plak..

Ada sesiapa boleh bg pendapat susu apa fm mana yg bagus untuk baby ni.. aku sgt memerlukan pendapat kalian. tq ya...

ada sedikit penambahan pertanyaan.. boleh ke aku selang seli bg mika minum isomil ngan enfalac ni ada effect tak ek? sbb minum isomil tunggu 1-2 hari baru dia berak... huhu pastu keras sket la plak... :P

Pizza chunky Loaded


Ada orang mengidam nak makan pizza ni petang ni..
heheh sape lagi kalau bukan laki den..
ni terpengaruh iklan la ni..
balik nanti amik mika zasss terus gi ...
hehehhe mama n mika of coz happy...
Tq papa lenkali ngidam la yg best2 lg..
leh kitorg tumpang 4 kaki..
khikhikhikhiiii

(dah mcm pantun yg tah berapa kerat plak)

Tuesday, March 16, 2010

March Contest!! Dapatkan Tudung Ika dengan PERCUMA beserta wang bernilai RM50RM100!

Kali ni nak join contest ni plak..

Sebagai menyambut sebulan KhazisBoutique beroperasi, mereka ingin memberikan 2 tudung Ika beserta wang RM50 RM100 untuk 2 pemenang bertuah. Tudung Ika bernilai RM35 + RM100, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM135. Menariksangat rasanya..

so apalagi mari kita meriahkannya mana tau ada rezeki nak memakai tudung ika nih...
contest akan berakhir pada 200310

Nak tau lanjut meh klik SINI



Mika gigit Mickey...

Hari Ahad kami ke shah alam.. Hubby yg nak g tengok trek baru dia kat puncak alam.. aku apalagi amik peluang la nak g pasar pagi carboot sale kat seksyen 13 tu.. lama tul aku tak g.. sejak mika lahir aku dah takde pegi situ.. aku suka g pasar pagi tu.. paling besar n mcm2 barang ada... kalau nak beli tudung biasanya aku ke situ la.. banyak gerai n mcm2 pilihan.. puas hati.. lagipun mak n abah ada dtg nak tgk cucu kesayangan yg saket neh.. mak kat kg sebenarnya sampai tak lalu makan bila dengar mika sakit... tak boleh tahan dia mesti dtg...

Mika bila ada maktok mmg kena kepit je la..kejap2 kang atok nak pegang, kejap nati mak tok pulak.. bila dlm keta pun duk ngan maktok la.. manja betul.. maktok pulak sayang kemain mcm menatang minyak yg penuh.. aku duk perhati je la...

Tengok lerrr tali tu tak lepas pegang dr tangan dia.. teruja betul.. dlm keta pun sibuk nak main.

Masa jalan kat pasar pagi tu aku nampak la budak2 pegang belon plastik ni, mcm2 rupa, spongebob la, spiderman la, doreamon la.. aku tgk mika tak putus pandang atas tengok menda tu.. hati ibu of coz tak sampai hati kan.. walopun dia tak pandai mintak aku belikan lerrr... dah beli tu ikat la kat stroller.. sekali hambek ko..... meraung2 nak pegang belon tu.. bila bagi abis dia gigit2 belon tu.. tak cukup dengan tu.. menjerit2 dia geram.. alamak 1 masalah rupanya.. aksi dia mcm terlampau suka pastu terlampau geram.. akhirnya pegang menda tu dengan terjerit2 dan menangis.. dah mak aku marah plak aku beli menda tu.. hahahha.. apala mika ni main je la takyah la nangis2 jerit2 bagai.. ehheheheh

Sampai kat umah atok ikat kan kat walker dia.. ha apalagi.. ek hulu ke hilir dengan si mickey ni.. abis di gigit2 kaki mickey tu.. bila mickey tu melayang2 jauh sket dr dia mula la terjerit sebab tak dapat nak pegang... mikaaa... mika...... anak bertuah sungguh...

Monday, March 15, 2010

Senak kepala...


Ada ke senak kepala.. orang lain senak perut aku senak kepala... huh .. Arini kan aku baru naik keje setelah aku berholiday duk spital ngan mika minggu lepas.. apalagi banyak la keje2 terbengkalai... tp kira ok lg la...

Minggu lepas kat umah anak aku sakit.. arini student aku lak sakit.. dia ada apendix.. baru lepas operate 3 bulan lepas.. tp takleh keje berat.. perut dia sakit.. dah aku jd tukang urut sama.. kejap dia kata sakit kepala.. pastu perut .. pastu masa dia g toilet jatuh lak dlm toilet.. kaki kejang pulak.. setengah hari gak menguruskan dia.. nak hantar spital tak mau.. dah mkn ubat katanya... bul;an lepas pun aku bawa dia g spital.. masa tu lg panik dia sejuk.. pastu sakit dada katanya.. last2 pengsan atas riba aku.. adoiyaiii.. huru hara gak...

hal keje lak .. mcm2 bukan senang nak mentadbir org kan.. msg2 adala karektor masing2... hm... kdg2 benda2 camni wat aku lemah.. dah lama aku pikir nak buat keje lain yg duk di umah .. tp pakan daya.. byk lg komitmen yg perlu diselesaikan.. harap2 la aku boleh handle semua ni dengan penuh kesabaran.. tension tul..

minggu lepas aku duk ngadap mika 24 jam kat spital kepala aku rasa free sgt2. lg pulak duk ngadap anak 24 jam.. hilang segala masalah.. tp bila start keje.. mula kepala aku serabut cam sabut kelapa.. hmmmm sabau je la... nak wat camana nak pencen awal pun baru 5 tahun keje.. hahahhahah jgn berangan lerrrrrrrr

Saturday, March 13, 2010

Baby chair

Siang td kami ke jusco nak beli brg sket.. kalau ke sini aku tak penah miss pegi tmpat barangan baby.. kali ni ada new arrival gadget 4 baby.. BABY CHAIR ni.. aku berkenan sgt.. tp harga agak boleh tahan mahalnya.. rm179 rasa kalau tak silap.. selalunya aku tak kesah sgt.. tp kali ni bila try mika duduk alamak sgt comfortable la.. baby yg belum duduk mcm mika pun stabil duk dlm tu.. kalau ke tepi pun ok lg.. boleh menyokong badan baby..tempat sandar pun agak tinggi.. mcm safety jugak..

NI dia model baby jusco yg tak berbayar.. hihi

Aku berkenan sgt warna baby chair ni... coz i like green... tgk mika suka je duk dlm tu..

Muka teruja..
Tp sorry sayang .. mama takleh beli .. nti kalau harga da murah n kalau ada sale ok la kot.. di saat2 gaji yg lmbt lagi ni just tgk2 je la dulu boleh la... takpun cuba mika g gesek2 pipi ngan papa.. manatau papa cair hati nak beli tuk mika.. hihihi...
Apapun aku minat baby chair ni.. cantik kan...

Friday, March 12, 2010

Mika dah discharge...

CAYA DAH BALIK UMAH....






BORAK2 NGAN PAPA SEBELUM BALIK......

saya happy nak balik ni... cepatla papa....


Hj mikail posing dulu mcm bos kecik...




Alhamdulillah... mlm td kul 10 mika dah kuar wad.. bila buka jarum kat tangan tu suka tul dia.. bebas nak bermain....



tengokla muka org happy yg amat.. sampai ternganga2 mulut... tak sabar nak balik umah...
k la mama saya nak kemas umah ptg n maktok nak sampai.. nti mama saya update lg ya... mika ucap tima kasih lg semua yg doakan mika hingga sembuh ya.. isnin nti mika kena jumpa doc semula.... daaaa
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah