Saturday, January 31, 2009

Renungkan...

Pendek je statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Thursday, January 29, 2009

RestKan Minda Jap...

Sekadar suka-suka... restkan minda sekejap...

Kalau perempuan lawa pendiam

Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. .

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..



KENYATAANnye kn? kn?

KETAHUiLAH LELAKi..
SESUNGGUHNYe..
SETiAP WANiTA iTU CANTiK..

Tuesday, January 27, 2009

..KeMbAli SuDah...

Alhamdulillah.. ptg td selamat sampai dr kg... sampai hajat menghadiri kenduri saudara hubby yg dekat je sebelah umah omak ehh.... masa kenduri tu hubby di lantik secara formal as a fotographer pengantin.. nanti aku update gambo kalo hubby dah download ke pc... byk jugak agenda semasa di kg... semua masa digunakan dengan baik untuk kami meng'cover' kerinduan ayah dan bonda hubby kpd anakandanya yg bongsu serta aku menantu yg bongsu nih... hehehhehe


Kat kg tiada masa nak mengupdate blog nih.. lagi pulak ketiadaan internet walopun bw balik lappy... Ketika menghirup angin segar di suatu petang 25 Januari 2009... aku teringatkan sesuatu.... sesuatu yg mengingatkan aku kepada kejadian suatu masa dulu.... ada apa dengan 25 januari tu???


Jawapannya......
.
.
.
.


25 Januari 2009....


Aku Teringat tarikh Inilah due date my second baby... AllahuAkhbar.......


Sekadar mengingati.... Aku redha atas ketentuanNya.. InsyaAllah suatu hari nanti tuhan akan makbulkan doa kami... aminnn....

Friday, January 23, 2009

Selamat Bercuti....

Minggu ni cuti panjang kan... korang mesti dah plan ke mana-mana... yerla sampai hari selasa cuti tu.... Aku lak petang ni akan bertolak balik kg hubby di perak (maybe keje half day..hahahha) .. ada kenduri kawin di sana... adoila suka sgt dia kan.. pepagi buta td dah bangun nak siapkan keje... biasala kalo nak balik kg masing2 org tu la akan lebih semangat.. hihi mcm aku gak katala kalu balik kg aku.. rasanya sanggup aku cuti hari ni... hahahahah....

Apapun aku tak kisah coz next week balik kg aku lak sebab umah mak long aku lak buat kenduri kawin... hihih.. tp hubby untung sket la lama seh cuti 4 hari ni... hihih kitorang mmg camni kira2 "eh balik kg awak banyak".. "eh balik kg sy sikit tau".. tp takdela serius sekadar gurau2 aje.... kenala balance kan nak jaga hati semua pihak.... Adatla kan kalau kawin org jauh sorang utara sorang selatan... nak wat camno dah jodoh namo eee.. patutla dulu mak aku bising masa memula aku bgtau boypren aku org perak ni la kekdahnya... dia takut anak dia kena bawa lari... hihi...

Apapun Selamat Tahun baru Cina tuk Orang Cina tp jugakla tuk org melayu yg turut mcm raya gak.... heheheh... Selamat bercuti..... daaaa

Wednesday, January 21, 2009

DeSsErt....

Menu mlm ni mkn sambal sotong, ulam pucuk ubi celur cicah sambal dgn telur masak hitam. (tiada gambo) hehe... sejak 2 menjak ni rajin lak nak masak.. ntah apa ke hangen... tak kisah lauk apapun janji ikut selera sendiri kan... so far hari2 hubby aku kata sedap sampai dah buncit perut dia ... hehehhehe.. teringat buah kiwi dlm peti ais.... apalagi potong2 n sedia tuk di makan.. nyumm..nyummmmm

Tuesday, January 20, 2009

UnTuk SaPe??



Petang td balik awal... kul 4 dah nak sampai area rumah nak balik terus cam bosan lak hubby pun lum abis keje lg... ku pusingkan stereng tekan pedal minyak menuju ke Giant... hehehe... baru teringat ada sesuatu yg aku nak kena beli... yesss Hadiah kawin staff aku... 2 org lak tuh... sorg lelaki sowang pompuan.. dua2 majlis dah lepas ... aku terlalu sibuk gamaknya sampai tak menyempat nak beli hadiah diorg.. tp apapun aku tetap ingat n mmg dah niat nak belikan sesuatu untuk mereka... yg dalam balutan sampul hijau tu album wedding, lupa lak nak snap sebelum wrap.. cantikk ooooo color ijau febret aku.. sebab tu sampul dia pun ijau (untuk staff lelaki)... n kotak besar sket tu set Bowl ceramic (untuk sraff pompuan).. besar gak... sebab akak tu suka buat laksa aku hadiah kan dia Bowl tu... nanti senang dia nak letak kuah... cehh cam perli jek kan... hihi... puas hati sampai umah balut2.. esok nak bawa.. dah tertunai hajat aku.... alhamdulillah....

Sunday, January 18, 2009

My Weekend..

Semalam aku tak ngadap blog... teruja tunggu mak dtg... kan sepupu aku nak dtg amik brg2 hantaran dia yg aku buat tempohari... yeahhh dia bawa mak aku sekali.. bestnyerrr.. ptg sabtu kami keluar ke Jalan TAR, cari tambahan barang2 yg dia nak tambah...mmm ada lg yg tak cukup rupanya.. antaranya nak tambah bakul nak isi kuih, coklat, n bekas potpouri atau bunga rampai... sikit je.... dah beli brg2 tu semua malam tu gak aku duk ngadap siapkan sebab pagi2 ahad dia dah nak balik, maybe nak siapkan or kemas2 umah apa yg patut tinggal tak brape hari lg majlis tu nak berlangsung kan...


tambahan barang-barang hantaran tu..


Seawal pagi jam 7 kami dah bertolak ke shah alam dulu... coz nak ajak mak aku ke pasar pagi shah alam... hehhe.. saje nak ajak mak shopping... lupa lak snap gambo dah teruja menyopping... dalam jam 10 selesai sudah jalan2 kat situ, mak n cousin aku pun bertolak balik ke johor, manakal aku n hubby gerak ke plaza Alam Sentral... ada sesuatu yg aku hajatkan kat sana... sebelum ke plaza kami stop jap kat tepi tasik shah alam, hirup udara pagi n bfast kat situ, hehhe ni semua mengimbau zaman bercintan cintun kat situ dulu... shahdunya la haiii... kat tepi tasik tu lerr siapkan assigment class drawing sebab aku ingat lg aku kena drawing bangunan muzium shah alam n bangunan MBSA tu... adoiila sengsara tauuu.. selagi tak siap hari2 la aku kena duk ngadap bangunan tu... hubby aku takpela dia kan fineart.. drawing sekelip mata dah siap..

huhuh
lepas pekena nasi lemak n roti canai baru gerak ke Plaza alam sentral... sonok kuar awal pagi ni orang tak ramai lg senang nak ke sana sini masa pun dapat dimanfaatkan sepenuhnya... On the way nak balik tgk race road bike depan bangunan PKNS... hahhaha ada org jeles tak dapat main beskal todayyy.. khekheeee.. terliur je la tgk basikal banyak2 tu race.. hahhaha
.. balik tu kitorg try highway baru tu higway DUKE... perghh lebih cepat n pintas jalan2 yg biasa sesak.. yang bestnye jalan tu masih lengang lg.. yerla nama pun ari ahad kalo ari biasa maybe dah ramai org yg guna....


Jam masih awal lg kul 12 dah sampai KL... baru teringat keta aku dah nak kena servis.. lagipun dah nak balik kg minggu ni kan... so singgah tempat biasa servis keta yg hubby aku kenal tokei kedai tu... siap bg limau n air mineral lg sementara tunggu tu, nak balik pun siap bg gift sebab servis kat dia, ntah camana leh kawan baik ngan hubby aku pun tak tau.. yg best nama kedai dia JIN JIN... "abang kawan ngan jin lerr, patut dia layan baik punyerrr" hehheheh


sampai umah dah penat... nak titon... ni la hasil shopping td.. terapi yg sihat tuk wanita,... hehhehe.. sambar tudung ekin tu lg... n baju t shirt santai2 shj.. cukupla.. daaaa

Friday, January 16, 2009

SEJARAH AYAT KURSI

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)


SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Thursday, January 15, 2009

...:: New Handbag..::

Kalau dah namanya pompuan kan.. beli handbag pun nak kabor... hehehheh.... dah 2 hari aku g keje tak drive sendiri... merengek minta hubby hantar.. kepala aku pening.. tp aku gagahkan nak g keje.. sebab keje berlambak kemain... kalau mc hati aku risau kat umah... kalo kat opis lambat2 pun aku buat jugak... hubby aku yg malas tak malas kena hantar gak kalo dah tgk muka aku yg seposen.... so kalau pagi dia hantar petang aku tak susahkan dia suh amik sebaliknya aku tumpang kawan opis aku yang kebetulan umah dia lalu depan opis hubby... ha kan ke senang tu... lg pulak dekat ngan JUSCO... mm memang langkah yang bijak untuk menabung di situ kan.. hahahhaha


Biasa kalau balik 5.30 aku dah leh sampai kat Jusco tu.. biasala hubby aku mmg keje takkan abis lg masa tu.. so aku tunggu dia sambil round2 kat Jusco... bila dah round nampak lak sale.. g la belek membelek.... ada promotion la plak... mmm hati sudah tersangkut pada 1 design bag ni.. lgpun lama sudah aku tak beli handbag ni..... last aku beli pun kat sogo ntah beberapa bulan ntah...



Kali ni aku beli beg yang besar sket .. sebab beg yg ada sekarang dah macam perut DORAEMON.. macam2 ada... naik lemas aku tgk... so bila besar sket ni mcm2 leh masuk.. hihi... beg yg ni aku pilih sebab lembut n nipis.. sesetengah beg tu kembung semacam walopun takde apa isi.. so yg ni sgt selesa... tp yg tak bestnya warna hitam takde.. dark brown ni je tinggal .. aku belasah je la.. sebab aku ni nak berkenan sesuatu susah sket.. ala2 cerewet.. ehhehe.. yang bestnyerr bila tanya hubby dia kata ok c n cantik.. lega la.. kalau tak cantik pada mata dia harus dia kutuk kow2.. contohnya dia akan cakap mcm ni..."apala Old fesyen la camni." tu yg paling tak sanggup aku dengar.. laki aku ni pengkritik imej yg hebat tau.. hahah.... tp ok la at least aku tau taste dia.. dan asalkan mata dia yg sedap memandang aku.. harus di ingat apa jua yg kita pakai asalkan suami suka sebab isteri adalah untuk suami... cewahhhh.. bukan orang lain kan... heheheh daaa....

Wednesday, January 14, 2009

Hasilnyerrr... Hantaran Maroon

Seperti yang dijanjikan tempohari... aku akan publishkan kalao dah siap kan... sebenarnya benda2 ni pagi ahad tu dah siap... kan aku sakit mata tak kuar ke mana-mana weekend aritu tu yg duk mengadap benda ni.. actually aku sangat suka buat benda2 ni... tp kena bahan yg cukup dan mood yg baik... hehehhe... skill ni aku belajar dr kakak2 opis lama aku masa aku kat R&D department... aku tgk satu2 camana diorg decor n cara nak create idea... kena faham konsep apa yg customer nak...lama2 aku try sikit2..

Permulaanya masa aku bertunang.. of course buat sendiri takyah nak upah2 orang kan.. masa tu hasilnya takla cantik mana tp setakat aku puas hati ok la kan... aku leh siapkan cepat if ada bahan yg cukup... Penah aku suarakan kat hubby nak berhenti keje n bukak butik aksesori ni .. tp dia tak bagi...dia suh buat sambilan je kat umah pelan2... takpela aku pendam kan dulu impian ni... manatau 1 hari nanti dah dekat2 nak pencen akan tercapai cita-cita aku ni.. buat masa ni dah banyak kali gak tempahan dari sedara mara n kawan-kawan yg penah aku buat... hasilnya takdela pro mana.. tp atas respon yg diberi kebanyakan puas hati dah buat aku tersenyum lebar... (hahahha kembang perasan jap)...


Ni la bahan-bahan yg di beli aritu... masa tu kat kg .. aku g beli n cousin aku .. yg syoknyerrr aku tunjuk je... tanya kat dia ada budget tak? if dia kata ok aku tunjuk... tunjukk... n tunjuk.. dia yg bayar.... sebabnya ni barang2 dia... hahahhaha.. kan best kalo aku dapat shopping camtu selalu... sape nak bayaukan???? hahhaha


Hasil yang tak seberapa.... kalau aku rasa tak ok.. aku panggil hubby aku, sebab dia tu kalo jd tukang comment mmg la terror... tp kali ni tak banyak komen dia kata ok... so sedap sket halwa telinga ni dengar.. dia kalo tak ok, kutuk kow2 punya.. yerla aku kena terima kenyataan apapun org komen.. hahahha bukan pro pun...

Ni semua akan mewakili hantaran pihak lelaki ke Jengka pahang raya Cina nanti... ala dari lelaki selalu biasa2 aje kan... kira orait la ni...ni pun ada lg barg tercicir dia lupa nak bagi aku bekas Al-quran... bahan ada lebih kejap je aku tempek riben... aku tak dapat ikut sebab maybe balik ke rumah mertua aku...takpela ni je sumbangan yg aku dapat buat kat dia.. nanti kenduri di umah mak long aku hujung bulan ni sure aku balik... cousin aku nak dtg amik weekend ni, sebagai upah aku tak mintak lain, tolong bawa mak aku sekali masa dia datang sini.. dah alang2 ko datang kan.. hihi. yeaaaa.... yeaaa.... ujung minggu ni mak aku datang... sukerrrrrr sangat...

Tuesday, January 13, 2009

Stop The War Stamp --- anti israel..


Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam Palestin dan hancurkanlah Rejim Zionis Yahudi Israel..amin. ..."
[lalu bacalah Surah Al-Fil]

Selamat Tinggal Kereta Turbo

Salam: kali ni entri dah x cite pasal besikal sebab dah about 3 week x ride, reson sebab cik suri x sihat so kena la temankan dia kat rumah... bosan tapi x pe la bukan selalu pon, memandangkan 2 up coming race ni aku cam x dapat masuk jer... semangat nak training pun berkurangan, Downhill Challange Bukit Cermin 2009 jatuh pada 30hb ni yng sama dengan tarikh kawin sepupu aku kat Batu Pahat... so.. err,

oh yaa bebalik pada tajuk entri, kete EVO lencer ni agak banyak gak kenangan aku epecially masa kami kawin dulu. Kami di arak menaiki kereta ni dari rumah kakak ak ke rumah mak untuk majlis bertandang di rumah aku.... rombongan pengantin ke Batu pahat dan kampung aku ke pantai remis rasanya perkhidmatanya sudah x dipertlukan lagi oleh tuanya so ada sape2 yg berminat nak bawa pulang?, heheh. Model evo 6.5 Tomi Mikinen Limited Edition, Enjin Standard Turbo Lencer Evo, Interior pun TME.. aku bukan minat sgt bab kete nie sebab tu aku x tau sangat spect2 dia yg panjang berjela.. malas..tapi minyak jimat walaupun suka-suka "tarik" dilebuhraya... buat masa ni, jentera besi ni selamat di parking bawah rumah aku selagi dia belum berjumpa tuan baru dia.....



Semua N3 di atas di karang oleh my hubby... hahaha aku cilok jek. Kereta ni mmg banyak kenangan buat kami... Lupa nak habaq tu bukan kereta kami tau... kereta 1 of my hubby best fren..

Disebabkan ramai yg bertanya harga .. dalam anggaran 89k.. tp boleh nego lg la kot. tuan punya keta ni beli dulu pun dalam 100++k rasanya... apapun condition keta ni still ok...


.....FREE FOR PALESTIN!!!.....

Sunday, January 11, 2009

On Sunday...

Mata ku semakin bengkak .... camana nak keje sok.. nak g klinik??? mm tak mau la kang doc cucuk kuarkan anasir di mata ku tu lak. sedangkan aku try cucuk sendiri sakit yg hamat... lg pun esok ada meeting penting... tp sebenarnya kepala aku pening lg ni sebab sakit mata ni pegi ke urat kepala... jam dah kul 5.. hujan renyai kat luar..ajak hubby kuar jap la g farmasi... beli ubat sapu... kalo tak kurang gak sok aku g klinik sure dapat mc tuk ari selasa... hehehhe

Pakai sempoi je.. sebab tgk mawi ekin punya citer kawin arini, so aku pun sarung jugak tudung ekin... hahahah.. ala kedai pun tak sampai 10 minit dr umah... sampai farmasi boleh lak hubby aku wat lawak.. masa aku tanya salesgirl tu ubat sakit mata n tunjuk mata boleh hubby aku cakap " ubat skodeng orang" tersenyum budak tu... hampes tul la laki aku ni.. hahahah aku wat bodo je... sib baik masa tu ada doc kat farmasi. Dia kata jangan cucuk, tunggu dia pecah sapu ubat ni time nak tido esok sure kurang dia kata... hehehhe

Aku nak masuk kedai cam segan ngan mata yang membengkak ni.. sib baik ada penyelamat... aku sarungkan cermin mata, so kurang sket ketara org nengok mata aku ni.. sok meeting sure bos aku suh cuti kang jangkit org lain.. kah kah kah (dengan harapan tu)....Ni ler ubatnya... kotaknya cinonet je.. tapi mak aii mahal dek non... 17 hennget 50 sen tau... asalkan cepat baik takde hal lg pun leh aku simpan kang kalo kena lg ke apa dah ada ubat.. tp kalo leh taakkkkkk nakk dah.... :P

Alang-alang menyelam minum air, tp aku alang-alang g farmasi singgah secret recipe... rasa nak makan cake la plak.. dah lama dah nak makan banana chocolate cake tp sebab malas nak menyinggah.. secret recipe ni bersebelahan selang beberapa kedai dari farmasi tu... sambar 1 slice je sebab my hubby tak bape suka.... yummy..yummy

mmmm yummyyy... laayaaaan.... sambil tgk resepsi mawi ekin kat palace Golden Horses.... syoknyerrrr..

Dalam banyak2 artis yg ditemuramah.. yg ni paling aku tertarik... datang juga Ina n suhaimi... yerla cerita lama.. masing2 dah ada kehidupan sendiri... dia pun dah bahagia dengan suami dan anaknya yg comel.. masing2 telah ditentukan jodoh oleh yg Maha kuasa.. hanya jalan cerita kehidupan yg agak mencabar nak bertemu jodoh masing-masing kan.. apapun semoga semuanya berbahagia dengan rumah tangga masing-masing...

Award from MAR again...

Tak tau nak cakap camana... thousand million thanx to mar (missunguviolet)... ntah kali ke berape punya award dia bg... sangat bermurah hati adik sorang ni... ok award ni aku hadiahkan kepada semua blogger yg menjengah blog aku k.... jangan segan.. tampal kat umah masing2 yerr... happy weekend...

On Saturday...

Hari ni aku tak kemana-mana ... nampaknya duk memerap di rumah.. hubby keje tp half day je...see baik kan aku duk umah.. sebenarnya ada sebab tau.. ha sila la lihat pic mata sape yg besau tu???? ayooooo....
.
.
.
.
.
.

Aku kena sakit mata la. ( aku tak skodeng sesape tau.. hahahha).. that's y aku memerap kat umah.. uwaaaa.... dia mula bengkak ari sabtu lak tu.. kalo tak free2 je aku dapat mc paling tak pun 2 hari tuk sakit mata ni kan... takpela CoBAAN... tak penah mata aku sebengkak ini... bengkak tu buat aku pening kepala berdenyut-denyut. macam nak demam, telinga lak rasa mcm berdengung.. cam dalam flight lak.. dari ptg semlm lg aku seharian meeting dah rasa tak selesa.. tp cover2 aje..... mood takleh nak kata.. like rimauuu.. nak marah aje .. hihi...


Walopun duk umah aku tak baring or tido sesaje tau... aku ada janji yg perlu dibereskan... My cousin nak kawin raya Cina ni.. dia minta tolong buatkan barang hantaran dia... Masuk kali ni yg ntah kali ke berapa da aku buat kan hantaran org.. dulu2 kawan2 rajin gak hantar kat aku suh buatkan.. aku tunang n kawin pun buat sendiri.. adik aku tunang n kawin nanti pun harus aku yg siapkan.. takla pandai mana.. aku letak ajela mana yg patut... janji diorg puas hati..

.. mmm barang2 dah settle beli ngan dia masa aku balik kg raya haji aritu.. so settle aku takyah kuar memana nak cari barang..dah lama benda2 ni ada kat umah aku cuma mood takde je nak buat... pikir2 takde masa dah... kena buat gak... along n angah (dua sepupu yg tua dr aku-kakak pengantin) dua2 kebetulan sorg baru abis pantang... angah lak masih dlm pantang.. sib baik aku tak berpantang lg.. hihi kalo tak sape nak buat hang punya hantaran ni... mak aku? makcik2 aku? diorg dah resign buat bebenda ni.. kalo kenduri diorg tau settle bab masak memasak je...


barang-barang yang perlu di hias.. aduii takde idea.. kena cari gak camana pun... huhuhu


Bila dah petang hampir suku dah buat..... aku sambung buat malam.. takleh buat terus menerus.. penat la... tangan melekit2 gam.... waktu aku tulis N3 nni semuanya hampir siap.. tp takleh nak ambik gambo.. cahaya tak bape cantik.. almaklum umah aku ni kalau malam semua lampu romantik ala2 kuning tu.. ( ni laki aku nyerr keje..lampu mentol putih ada certain part ajerkk.. adui la..) ok nanti esok aku ambil gambar yg dah siap yerr...

dah kul 1.15 a.m .. ngantuk daaa.....

Friday, January 9, 2009

''Malam Pertama Kita''

Indahnya malam pertama kita Satu hal sebagai bahan renungan Kita.. Tuk merenungkan indahnya malam pertama Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa.


Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara Hari itu...mempelai sangat dimanjakan Mandipun...harus dimandikan Seluruh badan Kita terbuka.... Tak ada sehelai benangpun menutupinya. . Tak ada sedikitpun rasa malu... Seluruh badan digosok dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih... Itulah sosok Kita.... Itulah jasad Kita waktu itu Setelah dimandikan.. , Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih Kain itu ...jarang orang memakainya.. Karena sangat terkenal bernama Kafan Wangian ditaburkan kebaju Kita... Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita Keranda pelaminan... langsung disiapkan.


Pengantin bersanding sendirian... Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga Serta rasa haru para handai taulan Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir Akad nikahnya bacaan talkin.... Berwalikan liang lahat.. Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan Dan akhirnya.... tiba masa pengantin.. Menunggu dan ditinggal sendirian, Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan Malam pertama yang indah atau meresahkan.. Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah tlah pergi..... Sang Malaikat lalu bertanya. Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur... Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur..... Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu...

Tiap hari inilah yang kita lalui.... Susah vs. Senang. Dunia semu yang mengasyikkan. . menyita perhatian kita. Sedangkan dunia nyata yang menjemukan lupa kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yang nantinya akan kita bawa kepada NYA. Mengapa susah menerima kebenaran? Apakah karena kosongnya jiwa yang tak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata? Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. .. Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju ke ''Malam Pertama Kita''

Wednesday, January 7, 2009

-@- Juadah Berbuka -@-

Balik keje letak beg terus buka fridge cari apa yg patut nak di masak, ingat lg pagi td apa hubby request nak makan. dengan pantas buat semuanya. sebab takut lewat nak buat tuk berbuka sampai umah pun dah kul 6. senang aje menu yg dia nak sayur kacang masak kicap, ayam masak lemak cili api, sambal belacan.. hubby aku ni kdg2 tak cerewet ada masa macam2 yg dia nak nyerrr.. seketul peha ayam goreng tu adalah tuk aku..cukupla kan... hihihi.. nak makan 2 org tp masak mak aiii... sebab hubby aku suka makan.. hehe


Bila dia balik dia lak yg sedia air.. mmm tastenya agak tinggi ok.. tak larat aku.. buka ngan air rambutan lg... huhuhu... tengok tu 1 jug dia buatnya... sapo nak minum byk2 tu bang oiii...

Dalam pada tu aku dari semalam nak buat pisang rebus tp semalam dah penat, so tak buat la.. tp arini tengok pisang dah masak pulak semua... separuh aku buat pisang sira.. separuh lg aku rebus nak cicah dengan kelapa+gula.. teringin dr aritu sebab hubby aku la bukak citer lama... nenek aku dulu citer dia selalu g kebun bawa bekal pisang rebus cicah kelapa tu.. dulu susah katanya, makan camtu je la selang seli ngan nasi... aku lak cakapla kat nenek aku.. eee kan sedap tu.. nenek aku kata sekrg korg rasa sedapla dulu tu la makanan yg ada... huhu sedih la plak.. so aku nak makan pisang rebus ni nak rasa jd cam org dulu2 tu... hahahha yer yerr je.. makan sekali sekala boleh la kan.. kalo hari2 mau akupun muak... jadi bersyukurla dengan keadaan yg sedia ada sekarang banyak beza dengan nenek moyang kita yg susah dulu.. aku bersyukur atas rezki yg kau berikan padaku hari ini ya Allah... Alhamdulillah...

--@ 10 Muharam @--

Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)


Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)



Jam 2 pagi aku terjaga, sebab tertido awal depan tv lak... Solat isyak belum ditunaikan.. sebab keletihan smlm tertido awal dan aku mmg dah kunci jam untuk bangun tengah mlm.. lepas solat sambung tido pindah ke bilik... hubby tak terus tido dia ada keje-kejenya yg mahu di selesaikan untuk presentation keesokan hari..... tengah lena di buai mimpi tiba-tiba hubby kejut aku dari tido.. tgk jam baru kul 5... nape lak nak suh bangun pepagi ni... rupanya dia dah siapkan makan sahur... alhamdulillah... so sweet... aku lak yg sambung tido kat meja makan ngalahkan anak kecik tunggu ibu nyerr siapkan makanan... heheh.. alah sekali sekala apa salahnya... hubby layan sepenuh hati mcm aku budak kecik... siap dia masak nasi, sayur n telur goreng ada sambal belacan lagi... kalo ikutkan hati nak minum air dan niat aje.. tp dah hubby siapkan makanan tak sampai hati makan juga temankan dia... sambil makan hubby cerita kisah 10 muharam... berborak-borak sampai ke subuh... Ya Allah beri lah aku kekuatan aku berpuasa hari ini sebab aku tak bape sihat...

Tuesday, January 6, 2009

Award : Cute's Blogger award


Award kali ni datangnya dari adik Mar lg.. missunguviolet.. memamg dia sgt rajin menghadiahkan kawan-kawan bloggernya dengan award.. sgt terima kasih yer mar...Nak dapat Award nie ada syaratnya.. iaitu kena bagitahu 10 facts tentang diri kita.. apa aku nak bgtau yerr???

  1. Me Myself : aku suka ketawa n loyar buruk ngan kekawan
  2. Anak ke 1 dari 2 orang adik-beradik
  3. Umur?? mmm 2-3 tahn lg 30 tahun kot..uwaaaa tuanyerrr..
  4. Married - 2 tahun 1 bulan 2 hari.. (wah kuat daya ingatan aku yerk...)
  5. Love to Shopping n sleeping... (pompuan)
  6. Walo pun happy go lucky kekadang aku sensitip jugak... kalo tgk citer sedih leh nagis oooo...
  7. Minat citer Hindustan.. (tp yg sekrg cam tak brape best)
  8. Hobi yg sama ngan hubby.. Travelling ( yg lain2 jarang nak sama n mmg jauh tak sama ada jugak)
  9. ada talent jd Kaunselor- kdg2 aku suka di dampingi kawan- yg bermasalah untuk share masalah ( tp kdg2 aku pun bermasalah) hua hua....
  10. luv my hubby.. yeahhh


dapat jugak aku akhiri kira mcm tag ni sbb nak amik award nih.
HUH!! loteh makcik...
aku nak award kan pada sape ek???
jaga... tepi skit.... kalo tak kena.....
ha kan dah kena .. sape yg kena???
(sape yg dah dapat sila abaikan)

1. Aleeya
2. Umie Aleysha a.k.a kak su
3. Kak Raflesia Merah
4. Kak Tie
5. Haja
6. Cendawanintim
7. Miss Si RibenMerah
8. Maswani
9. Kak Suzana
10. Misya
11. Yanie
12. Eedany



itu sahaja buat kali ini... lain kali aku bg award lain lak pd mereka yg blom dapat yerr.. daaaa



Monday, January 5, 2009

Nak share Cerita... Iktibar untuk semua

Lately byk cerita yg aku nak post tp semuanya cam biasa je... so mood pun tak berapa nak ada... tp aku tertarik dengan satu kisah ni... meh nak share ngan kawan-kawan semua...


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta W
aja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.


Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus

meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :


" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;


" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.


Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut

menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.


Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .


Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan
tetapi
ia memberi kita kekuatan,
menenangkan kita semasa
kesedihan,
dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.



Fikir-fikir kan la....

Thursday, January 1, 2009

:: @ 1-1-2009 @ ::

Malam New Year??? Kami ke mana?? mmm.. aktiviti malam new year awalnya aku ikut hubby g main badminton... nak duk umah bosan la pulak takpe la ikut pun best gak... 2 jam setengah diorg booking court sib baik ada tv kat situ aku layan tv ajerla....


Dalam kul 9.30 dah abis... hubby ajak lawat bos dia lak kat hospital ampang puteri... kalo nak balik pun awal lg... kami tapau makanan n gerak ke sana... bilik bos hubby duduk tu memamg special .. bilik premier.. dah la 1 bilik sorg siap tv bagai.. nak kuar masuk kul brape pun bebas, anak n wife dia teman sekali kat situ.... kesimpulannya bila dah borak2 jam hampir ke angka 12... kami dpt tgk serpihan bunga api dr tingkap bilik hospital ajerrr ... selebihnya tengok kat tv la.... hehhe... ok jugak.. takla aku sesak kepala nak rempuh org ramai2... skrg dah tak sama cam dulu zaman muda mudi.. hehehhe.. dah insaf kot.. khekhekhe

1 januari 2009 ... aku tak kuar, umah seharian mengemas n lepak2 kat umah... syok juga. kdg2 camtu lebih rasa tenang... hubby seperti biasa melayan basikal dia la... takpe janji bahagia... petang tu aku layan citer Anak Halal.. perghhh best la citer ni sampai nangis2 aku masa ending citer tu.... yg pastinya aku tak lekang dr tv tgk citer tu sebab???? ehemmmm sebab ada farid kamil la berlakon... hihi... hubby aku pun dah tau... dia ok jerrr... minat tak salah kan ... :P

best citer ni.... kehidupan yg banyak mengajar erti kasih sayang walaupun kekurangan ahli keluarga yg sepatutnya ada untuk membimbing mereka dalam proses pembesaran seorg anak... citer yg penuh action... ada jugak part yg buat aku geram... hehhe... apapun 4 bintang la... heheh

Kad NEw YeaR dari Yanie..

Kad ni datangnya dari teman blogger si manis Yanie.. thanx so much dear...
semoga tahun ini lebih memberi kebahagian kpd kita semua....

amin....
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah