Friday, March 21, 2008

::..Hati...::

Nape malam ni aku sedih tetiba.... td saje baca blog kekawan aku teringat balik blog viruspadu yg leya bgtau dulu.. baca blog dia psl baby alesya mmg sedih sgt2... dia mmg tabah... mmg air mata jatuh tak semena2 baca blog dia.. teringat kat babyku gak..(adoi nangis lg).. biarpun 5 bulan telah berlalu, biarpun ada org yg lebih teruk nasibnya dr aku... biarpun org kata dugaan kecil untukku.. Hanya tuhan yg tau apa yg aku rasa... (hati ibu) ...aku redha atas ketentuanNya... ni semua dugaan untuk kami.. Ada juga insan yg tidak memahami hati kecilku, ada kalanya aku tak kisah..tp kdg2 ada masa-masanya aku sedih bila teringat.. dan ada masa-masanya aku sensitif bila org sebut pasal baby, ada masa-masanya aku jeles tengok baby kawan-kawan, ada masa-masanya aku benci pertanyaan bertalu-talu psl baby, ada masa-masanya sindiran sinis buatku psl hal ni, ada masa-masanya aku cemburu sangat-sangat..dan. .... tp tuhan kuatkan semangat aku... aku mohon padaMu ya Allah moga hari-hari yg mendatang lebih baik untukku..amin...

Wednesday, March 19, 2008

;;...Salam Maulidur Rasul...;;



Selamat menyambut maulidur rasul 1429h. Marila kita hayati bersama serba sedikit kisah sejarah kelahiran nabi junjungan kita. Bersalawatla untuk Baginda....

Bulan Rabiul Awal merupakan bulan ketiga dalam takwim hijrah. Bulan ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam) telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiul Awal. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12
Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat
Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat
pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Lihat la betapa besar ganjaran kita meraikan hari kelahiran nabi junjungan kita.

Marila kita perbanyakan selawat dan salam ke atas nabi. Moga kita mendapat syafaat di kemudian hari.

wikipedia

Tuesday, March 18, 2008

;;Award;;


Bukan Grammy Award, bukan academy award, bukan oscar award..... hihi.. just gimik.. ni hanya bestfren award.. teddy bear cute ni from abg rizal as my close fren, also blogger fren n my also my ofismate... me n hubby mmg kenal dia. 1 day tetiba dia kata nak bg something.. hahaaaa ni mesti ada sesuatu rupa-rupanya tedy bear cute ni.. bukan apa.. just for happening blogers fren. mcm main tukar2 hadiah jerk... so bunga rose tu pun aku cilok dgn cara halal kat bilik opis dia n sangkutkan bear yg comel tu kat my room... ahakss cute kan.. tp kalo kat umah aku byk bear pooh present from hubby... apapun thanx bro.. i appreciate it. kalao ada apa2 lg yg best tu pas2 lg ler kat i yerk....

bear kempen senyum dah ada geng skrg ni.. hikhikhik...



Ni lak award for my best fren... bukan award la present sesuka jerk.. aku beli mug ni sebab unik moo tu.. 1 aku bg kat abg rizal, n another 1 for NOR my best fren kat library.. hehe... walopun benda ni simple tp aku menghargai persahabatan ngan korang... all the best.. yg lain2 tu bukan tak best fren.. tp setakat ni yg ni la dulu.. if ada lg idea aku aku pas pada fren2 yg lain2 lak k... apapun i love all my fren n my bloggers fren... lepas ni insya allah i will choose bloogers fren award.. tunggguu sapa yg kena hehehhe....adiosss....

Sunday, March 16, 2008

:: My FaV.. .. YumMy....::



Mmmm my fav.. chinabon.. tp malangnya aku tak ingat nama bun ni coz aku jarang gi membeli hanya memakannya..kalau tak silap nama nyer cinnamon classic roll kot... of course my hubby lerr yg selalu kena beli.. dia yg kenal kan aku benda ni n dia gak yg terpaksa membeli setiap kali aku rasa nak makan.. hihi thanx honey... rasa rempah skit but so yummy... kdg2 dia bg cam kuah pie apple tu tgk tempatla ada yg tak bg pun.. apapun lets try... sodap tuh... hihihii

tiap kali hubby gi low yat sure aku pesan chinabon ni.. hehe.. tp kedai2 dekat umah takde lerr kedai chinabon ni.. huhu.. apapun skali skala ok la kan...



NYUM...................... NYUM.... Nyummmmmm...Yummmmmyyy


Tuesday, March 11, 2008

PuTeRi ReFoRmAsi... NURUL IZZAH..

Pastinya ramai yg kenal dengan Puteri Reformasi ni kan.. yezzz NURUL IZZAH Anwar... bukan je rupa je yg cantik tp dia ni pun lemah lembut orangnya. Seorang anak yg tabah dan sentiasa mempertahankan ayahnya dan meneruskan perjuangan. Aku minat bukan sebab dia menang baru2 ni dalam Pilihanraya.. tp dah lama gak aku megikuti kisah hidup dia... seorang yg tabah tatkala dugaan melanda dlm kuarganya.... sentiasa berada di sisi ibu dan meneruskan tanggungjawab pd kuarga dan adik2 sbg anak yg sulung.. kejadian yg melibatkan DS Anwar sewaktu dia sedang study kat UNITEN .. tepaksa di tangguh demi kuarga, memikul tanggungjawab bersama ibunya... beliau sgt tabah...









Riak wajah yang tenang tidak siapa yg tahu apa yg tersirat di hatinya... bersemangat terus melangkah di tambah lg dengan dorongan suami tercinta...
























Congrate izzah... bersama2 datuk syarizat... saingannya dalam pilihanraya
graduation day izzah... masa ni dia tgh pgnant tau.. tp still cute lg kan...maintain..
with her baby.. Nur Safiyah Raja Shahir... sure baby dia ni cute nanti kan.. tgkla mama & papanya ....

BABY NUR SAFIYAH...
















mensyukuri kemenagan beliau dalam PKR baru-baru ni...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah