3 hari cuti berlalu begitu pantas rasanya.. Sabtu g attend wedding bestfren kami masa study dulu, nti ada masa aku update n3 kenduri tu, mak abah pun ada dtg umah skali.. mm ahad tu kami jejalan shopping d shah alam... today isnin, mak abah dah balik.. mm kejapnya je la rasa... pejam celik dah 3 hari.. adui la esok nak keje... sesuatu yg .. mmmm pepaham je la...
Ptg td kami ke care4 cari brg dapur sket, balik tu hubby tak terus ke rumah kami jalan2 area AIR TERJUN KEMENSAH dekat ngan kg kemensah, walaupun dekat sgt dgn kawasan rumah kami tp seingat aku baru 2-3 kali kami round2 situ.. Hari ini baru aku tau situ ada chalet2 yg boleh di sewa oleh pengunjung.. air terjun tu taklah hebat sgt mcm air terjun ulu yam ke, desaru ke, tp ok la setakat nak riadah ptg2 kan... tgk mcm best aje...
View lankskap ni tak brape clear tp depan tempat ni la kami duk bentang tikar sambil makan spagetti yg dibeli di care4 td.. heheh.. mcm picnic lak... Yang menariknya siap ada air dari bukit yg dibuatkan salur, mm mcm mata air la.. laju dan bersih... sukanya aku tgk... siap dibuatkan pankin tempat basuhan baju mcm org dulu2 basuh baju tepi sungai tu..(tp kat situ takdela org membasuh baju kan.. hihi)
Chalet nya kecil aje.. tp cukupla kalo sekeluarga dapat merehatkan diri sambil anak-anak layan mandi air sungai tu... tak kurang gak ada yg buat BBQ.. tu yg kami rasa planning yg baik tuk akan dtg nak buat BBQ maybe ngan family or kekawan... senang dekat je ngan umah.. takyah nak g jejajuh...Sambil relax2 tu hubby aku menjeling beberapa org rider yg duk gigih kayuh besikal.. hehe jeles la tu... apalagi pasni kayuh la kat situ.. senang skit dekat ngan umah ... takdela seharian aku nunggu kat umah kalo dia g ride jauh2...:P
Menghirup udara segar di tepi sungai sambil makan spagetti..hihi... layannnnnnnnn......
Sekadar ingin berkongsi... aku pun tak tau.. yg aku tau isi minyak then jalan.. sampai masa g servis... lain2 hubby aku yg tengokan.. hihihi
1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )
4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...
5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem
6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau
7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race
- kejar.. jgn tak kejar
8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)
9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin
10. Berkongsi kereta
11. Naik motor (4 lejang)
12. Naik Basikal
13. Naik pengangkutan awam
14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)
16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog
17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak
19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah
20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)
21. Guna engin Electric (pakai bateri)
22. Gunakan tenaga solar
23. Kurangkan penggunaan air-con,
24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)
26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)
27. Loweredkan kereta anda
28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan
angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.
31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.
32.. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja.
Penggunaan minyak bergantung kepada
weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....
34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
35. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
36. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
37. Perbanyakkan stesen Petronas
38. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
Dari ptg semalam aku gagahkan diri siapkan keje2 di opis... tgahari tu kepala dah berdenyut-denyut.... tp tahankan jerla... balik keje smlm terus flat... baring aje... air mata meleleh kuar pun tak sedar.. berdenyut sgt kepala ni... mlm td pun hubby yg masak nak makan apapun tak lalu...request ikan bilis masak asam je yg aku rasa nak mkn... haha lauk pelik n mudah sahaja.... hubby goreng telur pun tak lalu nak makan... tp lauk msak asam ni sedap oo.. makan ngan nasi panas... org tersayang masakan dengan penuh kasih syg kan sodap... heheh
Pagi td dah bersiap nak g keje.. masa iron tudung kepala dah berdenyut balik... alamak aiii camano ni.. kang tgh drive kepala weng weng lak... akhirnya aku tewas... kena baring gak... kenala g amik mc arini.. la ni duk umah baring aje ngadap tv... adoilaaa... nak domam pun ado... adoiii sakit kepala....
Dah lama kak su bg tag nih tp tak menyempat je nak buat... lately very de bz.. banyak keje kat opis yg membuatkan aku stress ... bila balik umah jenguk2 camtu je blog nih... tp tetap round blog kekawan.. pastu sure aku dah terlelap sebelum waktunya.. hihihi... di kesempatan mata yg agak boleh tahan ni aku nak buat tag kak su ni...
Here are the rules*
-List these rules on your blog.
-Share 7 facts about yourself on your blog.
-Tell 6 unspectacular quirks of yours.
-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
-Link the person who tagged you.
-Leave a comment for each blogger.
7 even facts 'bout me :
- Satu-satunya anak pompouan mak n abah...
- bini orang... hahhah
- suka tido, suka gelak, suka loyar buruk....:P
- punya seorang adik shj...
- humble... aku boleh jalan2 or shopping sesorang pun tak kisah janji aku happy...
- ex student Art n Design Uitm
- now lecturer yg suka pot pet pot pet.... hehe nasib la korgg student ku yg mana terkena...
(aku tak brape ada idea nak describe diri sendiri.. )
6ix unspectacular quirks about me :- kdg2 keras kepala... apa yg aku nak aku mesti dapatkan... (mak kata aku degil.. tp degil tu kdg2 bagus gak... dulu mak suh sambung form 6 tahan aku keje klinik aje sbb tetap tunggu gak result masuk U.. siap mak aku dah buatkan baju tuk form 6 .. takdenyerr aku nak pegi..hihi sabo je la mak)
- tak suka lipat kain.. tp dah terpaksa lipat gakla... hahahah
- mudah gak nangis walopun kena sakat ngan laki aku.. tu hobi dia yg aku takleh nak wat apa.... huhu
- suka nyakat budak2 sampai nangis....wakaka...
- suka gak belek muka if ada jerawat tak sempatnyerr dia nak membeso aku dah lenyek2...
- mudah tertido.. dulu kat hostel kekawan paling nyampah kalo borak ngan aku.. tau2 aku senyap tak layan diorg rupanya aku dah membuta....hihihi
ok itu sahaja tag kali ni aku tak panjangkan kepada sesiapa, tp sesape yg nak buat dipersilakan dan sgt di alu-alukan..... tak berape nak ada idea.. tu aje la kisahnya.....
Disclaimer
Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.