Friday, February 3, 2012

Depan mata

 Pagi ni.. saat ni.. ketika ini
Mika ada depan mata aku
mika ikut mama gi opis..
hati mcam berat sgt nak hantar ke nursery
kepala masih benjol.. tapi dah surut sikit la
takut jatuh lg atau budak2 lain terlanggar dia..
kalau dia demam ke apa aku leh tau sebab dia depan mata aku
kalau keadaan tak OK maybe aku half day..

 mama belikan breakfast


 mika suka bihun




 sib baik dia nak makan.. ada selera



nak kenyit mata kat mama ya...



 dia depan mata senang nak pantau kalau dia ada demam atau muntah.. hope mika takde apa-apala terima kasih semua kawan2 mama yang mendoakan mika...


aku tak lalu nak makan.. tengok dia makan dah cukup kenyang... ntah.. terkejut lagi kot...

Luluh hati mama.....

Balik keje  pesan kat hubby suh ambil mika dari nursery
sebab aku rasa macam aku lewat sket..
tapi bila dah nak sampai rumah hubby kata dia pun baru nak sampai..maknaya aku yang akan sampai umah dulu... 
hati rasa lain macam tak sedap hati
aku pun melangkahkan kaki ke Nursery
Dari  jauh aku nampak pintu nursey  terbuka

Dari jauh juga terlihat anakku duduk atas kerusi kecil
dalam  hati..."baik pulak anak aku harini nak duduk diam"
selalunya aku ambil dia mesti dia tengah main-main

Akupun bersuara.."danishhhhhhhhhhhh"
panggil  manja dia
aku perasan mata dia kuyu lari kearah aku

"Ya Allah kepala anak aku"! apa dah  jadi ni"
Pengasuh sibuk cerita apa yang berlaku..
Jantung aku mcm dah berdegup kencang...


benjol dah tinggi bukit..  biru aku tengok...

Kisahnya  2-3 org budak sebaya dia makan.. duduk  atas meja paras budak2 tu...
duduknya DIATAS MEJA ya... meja saiz budak2 yang rendah tu..
diorang  suapkan budak bertiga ni termasuk mika...
lepas makan pengasuh maybe g cuci tangan...mika lak terus main atas meja..entah macamana maybe dia berlari-lari atas  meja...yerla mesti dia ingat macam LANTAI..leh lari suka hati..
sekali berdentum...ke lantai jatuhnya...

MIKA JATUH DARI ATAS MEJA TERSEMBAM KE LANTAI....

aduhaiii..aku paling risau  bab kepala terhantuk ni tau..kepala sangat sensitif for me!!!


 Dalam pic ni tak berapa nampak bengkaknya..walhal bengkak dia sgt tinggi dan membiru sebelum dituam..

Masa aku ambil diorang tengah tuam ais kat kepala mika..mata dia pun aku nampak kuyu dan sembapmaybe menangis yang teramat sebab sakit...

lepas  dengar penjelasan diorang aku  pun tanyala macam2 apa terjadi... hati memang rasa nak marah..tapi aku terkedu!.

Ada some words aku  TAK  SUKA DENGAR...
"saya kena bagitau akak  dulu sbelum akak bgtau kak A...(owner).."

bagitau atau tidak, terang-terang kepala anak aku benjol..aku tetap report pada owner taska...
aku punya hak!

memangla kita boleh kata benda dah nak jadi.. tapi mungkin boleh diatasi...

Dari  jauh nampak kelibat hubby melangkah kearah kami yang masih depan nursery..
aku panggil dia supaya dekat cepat sikit tengok mika yg benjol ni..
aku dah nampak muka hubby berubah.. dia diam..terus kami  beredar...

sampai depan pintu lif..hubby rasa benjolan mika.. macam lembik..hubby buat spekulasi macam-macam... itula inila... aku ni tak boleh dengar benda  bukan2..depan pintu lif aku tak kira ada orang ke tak..aku yg melalak... aku takut kemungkinan-kemungkinan tak elok jadi pada mika...

dari bawah..masuk lif sampai  rumah aku menangis teresak-esak tengok mika macam tu...


Sampai rumah hubby call owner taska dan sms dia... aku tak boleh  nak cakap sebab  aku dah menangis  macam apa..segenap  tubuh mika  akubelek.. mata dia aku nampak ada merah... ambil ais tuam bengkak  dia..

Tapi yerla budak... rasa macam dia ok sket mulala dah nak main-main...



Tinggi sebelah dahi mika...


Hingga saat ni bengkak dia  ada surut sket tapi masih berbenjol.. dia tido aku demah dengan asam jawa..

Lebam sebelah....

aku tak pasti nak hantar mika ke nursey atau tak pagi esok ni..atau aku rasa nak bawa dia ke opis..lagipun hari jumaat maybe kejap je pun kat opis.. berat  hati aku nak hantar ke nursery lg sebab benjol dia belum baik.. takut budak-budak lain  terlanggar dia atau apa... aku nak dia depan mata aku



memang boleh jadi macam-macamkan  kalau  terlepas pandang seminitt dua... entahla hati aku memang luluh tengok mika bengkak kepala dengan mata sembap menangis kesakitan...  Ya allah kau lindungila anakku dari segala musibah...amin




bukan kata jatuh,,,kalau boleh nyamuk sekor pun tak bagi nak gigit dia... tapi............apakan daya

Thursday, February 2, 2012

Wordless Thusday ~~~~ si Kumbang mama...

Bawakan baju ni ke nursery..
petang nak ambil dia kemain comel lg pakai baju ni.. 
dah alama ada tapi jarang2 pakai..

nak balik semua kawan-kawan lambai dia n cakap..
"babai si KUMBANG"
Hahahaha cute je bebudak ni

yg si kenit pun kemain lg suka.. babai kumbang.. cakap balik
layan pic je la

mata tengok tv


berangan jap

kacau la mama ni nak makan cornflakes


tengok cartoon sambil makan cornflakes.. mata ke lain tangan ke lain




kalau tengok kartun memenag kusyuk!!!



tak sabar tunggu 1 hari lagi... minggu depan akan bercuti balik kampung.. nak g berurut sekali.. weuuuuuuuuuuu

Wednesday, February 1, 2012

Gadget Dapur Cik suri edisi 1..

haha tajuk yang mengada + ntah apa-apa..

sambung entry ikea lg..
tak abis ngan barang menyopping
Tak plan nak beli
tapi dan nampak jadi TERRRRRBELI...
sangat mengada kan.. tape janji ianya memang berguna

ni dia






Gigih aku pasang sendiri ngan mika.. dia sibuk nak pasang skru jugak.. huhu dasar anak lelaki suka pomen-pomen main skru bagai.. akhirnya siap gak mama ko pasang tanpa bantuan papa.. hihi.. ala senang je pun..


Mari test Gantung... seeee cute tak my SPICE RACK!!! ni namanya ngengada saje nak cecantik.. mak aku kata umah ko ni macam main PONDOK-PONDOK.. beli bekas kecik2 mcm nak main-main.. kadang-kadang dia ebbel-bebel tengok bebenda pelik kat umah aku.. tapi kalau yg best dia request suh belikan tuk dia sekali.. hihihihi.. demi mak takpe .. aku sanggup...



suka tengok balang kecil2 yang comel tu...


tak isi pun lagi isi-isi dalamannya.. nak isi lada hitam, jintan, ketumbar, bunga lawang.. hahahha ntah apa lagi aku nak isi nanti kena korek dalam peti ais.. tengok apa yang ada aku nak sumbat..

Yang sebenornya suka benda-benda macamni sebab hati HAPPY bila masuk dapur...


huhuhuhu hubbyku bila la KC kita nak dpt ni.. masih lum lengkap lagi sepenuhnya..... so nak melawo2 lg di dapur belum boleh lagi ye.. i tak sabo nak jd masterchef ni.. hihi semoga Allah murahkan rezki kami pada tahun ini hendaknya.. aminnnn



Tak sama Tapi serasi..

apa yang anda nampak melalui pic bawah ni?

Ada dua jenis fastfood yang berbeza...
KFC dan MC Donalds

Hubby suka MC D 
aku suka KFC

teka mika suka apa dan ikut sape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Of course ikut mama dia.... 
hihi memang anak  mama la kamu ni.. 
ehhehe semua nak ikut mama... i like... 
hihihi so boleh sekepala ngan mama bila besor nanti..



tak masak semalam sebab hubby kata dia tapau KFC bawa balik.. tapi rupanya beli Mcd untuk dia..
minat tak sama tapi kami tetap serasi..
bak kata DR. FADHILAH KAMSAH.. Pasangan yang tak sama minatnya tu yang serasi.. sebab dia tak boring suka benda yang sama.. hihi kata dia la.. dan macam tu la jadi kat aku ngan hubby.. apa dia suka aku tak suka yang dia suka aku lak tak suka.. kena bincang or perang dulu nak capai kata sepakat.. ahhah tapi takpe tetap bahagia.. hihihi



psst: syokla kome hari ni hari wilayah kan.. KL cuti.. laki aku pun cuti .. syoknyaaaaaaa duk umah jaga anak ye.. hehehheh

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah