Monday, January 14, 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar

Indahnya ayat-ayat suci Allah...





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Guna kaki pun boleh...

Senang je kan..mata tengok tv
Malas nak bangun
Hayun adik guna kaki je
Abang la abang.....

Saturday, January 12, 2013

Jaga adik

Mood baik.. Tengok tv sambil makan keropok
Adik nangis panggil mama...
Mood tak baik hayun bouncher adik laju2..
Buat mama kecut perut...

Salam hujung mingu

Thursday, January 10, 2013

SOGO Warehouse Clearance!!!



 Wow!!!

Nampak menarik!!!
Cepat sape nak gi terjah...

Pic kredit to FB SOGO








Rasa nak cari kasut keje... babai kasut preggy






 Rasa nak shopping baju gegurl... huhuhuu



Takmo serbu Sogo weekend sure ramai gilerrr.... huhuhu

sape nak pegi silakan... sales baru bermula.... :)

Tuesday, January 1, 2013

1.1.2013 - Bermandikan MUNTAH

Selamat tahun baru 2013
Tiada apa yang baru kecuali nombor yang berganjak 


Baca di wall fb masing-masing menikmati malam sambutan tahun baru..

bunga api??
tiada lagi dalam kamus hidupku
duduk di rumah melayan anak-anak lebih indah
dapat juga melihat percikan bunga api dr celah jendela sahaja..

malam hujung tahun smalam hinggala masuk awal tahun baru harini
aku bermandikan MUNTAH
Kesian abang mika..
demam cirit birit dan muntah


dah di bawa ke klinik
ciritnya dah kurang
tapi muntahnya menjadi-jadi
memang tak tido lena malam tadi..
kesian dia muntah membuak-buak...
mengaduh sakit perut
makan apapun habis semua keluar

bergilir-gilir melayan dia..
kejap dia nak air masak...dia nak susu,, nak nasi
yerla abis isi perut keluar mesti dia lapar
tapi lepas makan muntah balik
kalau ikutkan tak boleh bagi susu
tapi dah merayu kesian pula

di saat ni dah kurang sket muntah
Semoga anak mama sihat hendaknya
esok dah nak mula sekolah.. tentu dia dah tak sabar
tapi kalau tak sembuh postpone la nampaknya


Azam tahun baru?
semoga aku menjadi manusia lebih sempurna dan lebih baik dari sebelumnya untuk dunia dan akhirat.. amin...
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah