Tuesday, July 16, 2013

AMALAN CUKUR JAMBUL





Bidaah Orang Melayu SUMBER dari  SINI




UNTUK RENUNGAN BERSAMA
 

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 


Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 


Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. 



Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.



 Masa mika dulu buat aqiqah nak buat gak cukur jambul.. sampai berhujah2 gak ngan abah.. sebab abah tak benarkan.. baru kutau ini sebabnya... sib baik tak buat.. hih TQ abah

Monday, July 15, 2013

Adik pun sahur

Gigi pun lum ada dik
Acaner nak makan kurma....
Buat main2 je la
Takpun harap mama lenyekkan... Hihi


 
geram tengok muncung itik tu!!!

 
 
Tak masuk mulut .. ke pipi pun boleh.... 

Thursday, July 11, 2013

Berbuka 1 ramadan

Ikan, rendang daging n pajeri nenas dah beli siap-siap serta kuih....
So semalam masak 1 lauk je.. 
Masak lemak ikan masin + belimbing buluh...
Nyum.nyummmm


 
sedap masam-masam.. huhu tp bila masam beno.. adoiii


 
 Mika kalau kuah masak lemak kuning dia akan mkn banyak..
1 lagi fav dia kuih lapis...
Mama tak sempat melapis kalau balik keje...
So mama beli je ye abang...
Janji abg suka....  

abg tak posa pun.. dia kata posa tak bleh minum.. tak boleh makan.. tak boleh susu.. mama sambung tak boleh isap puting.. yg tu dia taknak posa... hahahah

 

Harini macam nak masak sambal bilis petai.... Hihihiiiii

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Salam ramadhan...
Selamat berpuasa...
Semoga kita dapat menjana pahala di bulan yang mulia ini....
In sya allah....

Thursday, July 4, 2013

Kuat jalan...

Tengok tapak kaki sape ada tanda tu....
Yang kecik tu kaki dak domok...
Macam nak gigit2 je...
Kaki abang ada tahi lalat....
Memang kuat berjalan...
Asal suh mandi tanya " mama kita nak g mana? G care4 ke?"
Memang budak bertuah...
Taula mama papa kuat berjalan gak...hhhehee
Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi... Hihi

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah