Friday, March 7, 2008

Mari LaH Mari Kita MenGunDi....




Buatlah pilihan yang bijak…

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar

DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..



Apapun Selamat Menunaikan kewaipan anda semua pada negara ku MALAYSIA yang TERCINTA...

Wednesday, March 5, 2008

;;...Raja Nazrin bakal timang cahaya mata..;;




IPOH 4 Mac - Berita Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim bakal dikurniakan cahaya mata sulung pada bulan depan membawa keceriaan kepada rakyat Perak yang sudah lama menunggu kehadiran pewaris baru dalam keluarga diraja itu.

Khabar gembira itu juga menjadi tajuk perbualan utama orang ramai di kedai kopi dan pejabat di negeri ini selepas bermingguminggu asyik bersembang mengenai isu-isu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-12.

Rata-rata rakyat Perak yang ditemui menyatakan rasa syukur sebaik sahaja mengetahui berita gembira itu sambil mendoakan agar Zara selamat melahirkan bayinya nanti.
Ketua Bahagian Latihan/Sukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Sub Inspektor Abdul Halim Yaakob, 53, berkata, beliau mewakili semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di negeri ini mengucapkan tahniah kepada Raja Nazrin dan isteri kerana bakal dikurniakan cahaya mata sulung.

"Walaupun belum mengetahui jantina bakal bayi ini tetapi kami sebagai rakyat Perak yang setia terhadap keluarga diraja tetap menerima berita ini dengan perasaan cukup gembira.
"Inilah khabar gembira yang ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata setelah sekian lama berharap untuk melihat bakal pewaris takhta kerajaan Perak. Cahaya mata dilahirkan ini akan memberi sinar kepada keluarga diraja dan rakyat jelata," katanya.
Seorang petugas bahagian akaun di sebuah syarikat swasta, Mohd. Mansor Shariff, 51, pula mendoakan agar cahaya mata sulung Raja Nazrin dan Zara adalah seorang putera agar baginda boleh mewarisi takhta daripada ayahandanya pada masa depan.
Selain itu, katanya, putera tersebut juga diharap mewarisi ciri-ciri kepimpinan dan keperibadian tinggi seperti ayahandanya.

"Raja Nazrin bukan sahaja kacak tetapi baginda cukup istimewa kerana mempunyai latar belakang akademik yang tinggi dan berjiwa rakyat. Doa saya semoga anakandanya diperturunkan perwatakan terpuji seperti itu," katanya bangga kerana beliau dilahirkan di Kampung Menang Panjang, Kuala Kangsar yang terkenal sebagai Bandar Diraja.
Pembantu sebuah kedai makan, Norintan Sulaiman, 28, mendoakan agar Zara selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada bulan depan tanpa menghadapi sebarang masalah.
Beliau berharap bayi yang dilahirkan sekiranya puteri akan mewarisi kecantikan bondanya manakala putera menyerupai wajah ayahandanya

utusan


** Sure baby diorg ni cute mute kan... all my fren doakan aku dapat baby tahun ni ya setelah 4 bulan aku rest.... kalo ada rezki & diizinkan Allah.. Aminnnn...

Saturday, March 1, 2008

;; Sport;;


N3 makanan, masak2 n travel je kuar kan.. ok kita bersukan skit bg balance... baru la sihat.. last nite follow my hubby g court. selalunya mmg ada ikut tp tak join.. ataupun stay duk umah je. tp mlm td nak join gak la sebab geng dia pun sorg je selalunya kalau ramai geng2 dia tu yg malas. so smlm dia just janji ngan azhar (our fren) je kot bila sampai tengok2 dia je yg ada.. separuh masa hubby dah stop coz kaki dia injured ride aritu tak baik lg.. so aku pun continue la dia punya game.. fuhh berpeluh habis... lama tak main badminton ni syok gak.. patutla hubbyku gian kalo tak dapat ke court tarik muka muncung.. hehehhe so next time leh la aku follow lg.. but now tangan tgh sakit. maybe tarik otot2 yg dah tegang tak lama tak bersukan.. hihi.. majulah sukan tuk diri sendiri dulu la yerrr... :)

:: MaSaK-maSak Day::

Dalam kuali lg...... skit lg masak lerrr..



Hari Jumaat adalah hari makan-makan day kat opis...ni idea kat ecah opismate lerrr.... .tp bukan kitorg masak kat opis... masing-masing bawak lauk g opis n kaum2 hawa ni makan ler beramai-ramai time lunch 12.30 tu sbb jumaat kan time rest tu panjang.. (opis gomen) hehe.... dah 2-3 minggu gak program ni.. last week buat agar-agar buah n asam pedas ikan... so minggu ni tak tau nak masak apa so dapat lak idea buat lak ayam masak merah... hmmm.. kalo nak masak ni kena bangun awal skit lerr dr biasa... huhu korban tido gak tu... apapun semua tu dah prepare dr malam la...so pepagi senang terus tumis je... best gak mcm2 menu opismate yg lain.. yg pasti setiap minggu semua sedap2 belaka la. ada sambal tempoyak(kak ecah) .. masak lemak cili api (kak ecah anid) .. ikan sweet sour (nor)... jelly strawberry ( kak diana) n ramai lg la ... tak dapat den nak sebut semuanya ... hihii... semua sedap2.... nyum..nyum...

Thursday, February 28, 2008

DeMI MaSa...... RenuNgan SeketiKa



Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh:Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Dzuhur:Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..

Asar:Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib:Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya':Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Sekadar ingat mengingatkan ...
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah