Wednesday, April 21, 2010

Senarai 2nd stage PESERTA MAMAMIKA BIRTHDAY GIVEAWAY

Haritu dah update peserta hingga ke senarai 24 pada stage 1.. kali ni nak update lg penyertaan sehingga tarikh hari ini iaitu 21/4/2010.. bermakna ada 9 hari lg untuk kawan2 di luar sana yang join my giveaway ni.. tarikh tutup 30 April sambutan amat menggalakan... syukur... ramai suppoters.. camni lainkali aku nak buat contest lain plak.. seronok pulak duk buat contest kan.. selalunya asik join org punya contest jek...

Ok aku ni suka merepek.. senarai di sambung semula.. haritu dapat seramai 24 peserta.. so no selanjutnya adalah 25.. agak2 NAMA siapa Agaknya yang bertuah di cabut oleh MIKA yer.....

25. Siti
26. Zai kulim
27. Diraumiwalid
28. Ibu Ayra
29. ieyza
30. Yana Nuar
31. Cicakgirl
32. Asya
33. miemiey
34. Faris

Ok yang lain taknak join ke cabutan bertuah ni.. senang ajer.. just buat 1 entry dan tinggalkan pada entry giveaway mamamika ni.. Nampaknya ramai peserta wanita.. hadiahnya pun saya dah beli.. takla mahal2 tp insyaallah anda suka.. sekiranya ada peserta lelaki akan diusahakan hadiah yang bersesuain untuk lelaki ya...

nak update hadiah asik tak menyempat... minta maaf yek..

selain tu aku dah penat update kan hadiah payung bitol yg unik tu untuk hadiah visitors tertinggi.. ada masa lagi anda nak rebut peluang...

ni dia link entry HADIAH yang penah aku buat untuk visitors tertinggi.. 2 visitors tertingghi akan dapat payung ni.. 3, 4, dan 5 ada hadiah saguhati... tunggu ya..


Pic latest permintaan leeya yg dah lama tak tengok aku.. hahahha.. sejak ada mika duk ralit amik gambo mika je.. malas dah nak amik gambo sendiri mcm dulu.. ahhahahahha.. leeya jom join giveaway mika.. hihi

Try ,.. Test .. Cuba.. Haha

Ahad haritu kami kat kg kan.. pepagi buta hubby ajak breakfast asam pedas.. mmg ada tempat feberet dia kat pekan bt pahat tu.. dulu mak n abah try bawa dia bfast situ last2.. dia dah ketagih tiap kali balik kampung aku nak breakfast kat situ.. bagus lak leh kitorg jalan2....


Lepas breakfast bawa mak n abah beli brg dapur... kami ke care4.. sampai care4 mika pun baru bangun tido... nampak la benda minatang mainan ni.. aku pe lg letak atas tu masukan coin...

mata buntang lepas bangun tido bila dapat duduk atas tu.. suka betul mak tok ngan atok abah dia melayan.. heheh.. kalau kami kuar ngan atok n mak tok dia.. aku n hubby senang sket sebab diorg mesti tak lepas pegang cucu diorg ni.. yerla rindu katanya kan....

sampai kat section toys aku try letak dia atas permainan ni.. nak tengok aksi dia...

Wah tangan dia laju je menggodek itu ini atas benda tu.. tp yg susahnya dia lum pandai duduk lagi ngan stabil.. kejap2 kang senget ke kiri tak pun ke kanan.. so hubby kata tunggu dia dah besar sket baru boleh nak beli... hahahah so mika try puas2 ok..

semua diabelek...

pandai mika main yerk.. nti minta kat papa tau... mama tolong tunjuk jek.. hehehehhe


dah penat.. tido kat dada atok... atok suka sgt dia tido peluk atok... wahh manja ya.. tunggula 2 bulan lg sepupu mika kuar.. atok sayang cucu perempuan atok plak.. tp mak tok kata mika tetap di hati mak tok... ehheheh cucu sulung tentunya kesayangan kan,.....

Tuesday, April 20, 2010

Sakit perut vs gugur

Hari ni betu2l dugaan.. tak tau la semalam makan apa.. makan biasa2 aje.. tp hari ni perut memulas2 jek.. keluar masuk tandas tp takde apa yg nak dibuang.. dah dehydrate rasa.. tp posa.. takpe tahan2.. semua ni ujian... banyak lagi nak ganti puasa masa berpantang sebulan tu.. huhu

mlm ni hubby kata nak buat suprise party besday aku ( bukan party apa just kuar reramai makan-makan).. dia invite kawan2 dia.. tp yg bestnya dah tak suprise sebab aku dah tau.. ahahahhaaa.. tp tak sure lg ntah jadi ke tak .. tunggula suprise sgt yg diorg plan .. kalau menjadi ok gak ler... hehehhe

tajuk kat atas tu jangan ingat aku yg gugur ya.. hahah bg aku rest 2 k 3 tahun dulu .. hahahhah

Sian kat sorg staff aku, dia nak kena buat DNC harini. baru kawin terus disahkan pregnant.. awal2 haritu dia ada dtg jumpa aku tanya hal2 pregnancy ni.. sebab bila dia check up doc kata kandungan dia cacat.. terkejut gak aku dengar walhal kandungan masa tu baru 6 minggu camana leh detect ya? tak tau la tu semua kepakaran doc kan.... budak ni banyak tanya pengalaman aku sebab aku dah 2 kali gugur kan.. so dia nak tanya sakit ke DNC tu.. aku hanya mampu bg semangat dan bukan menakutkan dia.. mungkin tuhan nak uji dan mungkin dia akan bg yg lebih baik dari ini.. tu je yg mampu ku katakan..

dan semalam dia g check up lg.. usia kandungan 9 minggu.. rupanya doc sahkan dkendunganya jenis kandungan anggur.. iaitu kandungan tak menjadi.. aku try search kandungan anggur ni dan ni serba sedikit info yg boleh kita kongsi..

Kandungan molar atau anggur berlaku apabila terdapat kecacatan pada kormosom yang menghalang kehamilan ini berkembang seperti biasa. Ia berlaku kerana genetik telur yang tidak lengkap menyebabkan sperma membahagi dengan sendirinya dan dengan secara tidak normal. Ini menyebabkan rahim membesar dengan cepatnya mengakibatkan pendarahan dalam rahim dan dari faraj.

Gejala dan tanda

Gejala dan tanda (symptom) kandungan molar:

  • Pendarahan dari faraj
  • Loya dan muntah yang luar biasa
  • Sakit tiroid akibat hormone berlebihan
  • Hormone hCH yang tinggi
  • Tiada degupan jantung atau tiada janin
  • Rahim yang membesar dengan cepat
  • Darah tinggi sebelum usia kandungan 24 minggu
  • Keluar tisu yang berupa anggur dari faraj
  • Ultrasounds menunjukkan ‘snow-storm effect’ dalam rahim.

Bagaimana ia dirawat?

Tidak semua wanita mengalami kesemua tanda di atas dalam masa yang sama. Kadang-kadang agak sukar bagi doktor anda membuat diagnosa klinikal yang tepat disebabkan tanda-tanda yang tidak jelas. Tetapi sekiranya ujian darah menunjukan hCG yang terlalu tinggi, diagnosa kandungan molar akan dapat dibuat senang.

Selalunya doktor akan melakukan prosedur menyedut dalam dan cuba membuang sebanyak mungkin tisu-tisu yang ada di dalam rahim kerana sekiranya ia tertinggal terlalu banyak, ia mungkin merebak semula. Ujian seterusnya untuk memastikan yang tahap hormon hCG dalam ukuran yang normal dengan mengambil ujian darah di klinik untuk selama beberapa minggu.

Wanita akan dinasihatkan untuk tidak hamil sekurang-kurangnya satu tahun selepas hormon kembali normal untuk memastikan anda bebas sepenuhnya dari penyakit ini. Peluang untuk anda mengandung normal adalah tinggi walau bagaimanapun risiko untuk mendapatkan molar untuk kali kedua ialah 1-2%

BAHAYA KANDUNGAN ANGGUR

Bahaya kandungan anggur
Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi


MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah. Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.
Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlaku. Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggur
Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja. Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut.

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG. Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama


Dari kisah dia ni aku teringat mak aku.. dulu selepas adik aku.. mak pregnant 3 kali gugur.. sebab kandungannya juga kandungan anggur. masa tu kandungan mak masuk 4 bulan.. dulu mana ada nak g scan2 kan.. tau2 bleeding rupanya perut yg kembung tu kandungan anggur.. kalau tak sekarang ni aku 5 beradik.. yg ada kini aku berdua ngan adik lelaki.. syukur la ada juga sebagai penyambung zuriat mak dan abah...

Hangen 1 badan...

Arini aku posa.. patutnya aku kena sabar kan.. tp sabar gak la... yg aku geram kat sorang of my student aku.. dah la final assessment lg sebulan.. byk projek tak siap.. dah 2-3 hari aku turun bengkel or studio dia takde.. dia selalu bg alasan sakit kepala or demam.. memula aku percaya tp lelama aku rasa mcm kena tipu..

Pagi ni takde gak lg bila aku buat kela.. aku tanya kawan2 kata tak tau. dah la dia sorg je budak lelaki dlm kelas tu.. tp dia punya malas mak aihhh ngalahkan jaga 10 student dia punya susah.
so aku buat spotcheck kat surau manala tau dia lepak situ.. tp bila aku tanya warden kolej rupanya dia MEMBUTA sesuka hati dia... wahhhh senangny hati kau ya.. nanti kalau dia FAILED aku yg kena menjawab dengan bos... sebelum aku kena menjawab meh kau jawab kat aku apa masalah ko yer budak.. kalau kawin dah leh jd bapak budak dah... huhu

orangnya kemas, lembut, ada auww sket.. (biasanya org gini rajin kan) tp yang ni punyala pemalas nauzubillah.. dah la final yer.. taknak grade agaknya.. kalau taknak ckp awal2 takde la aku hari2 keje mencari dia suh siapkan projek... uii betul2 mnguji kesabaran la budak ni.. cepatla kau abis belajo tak poneng kepalao den... huhu

Majlis Kenduri 17/4

Kenduri kawen ni kat JB taman Ulu tiram.. anak mak teh aku.. adik mak aku n of coz cousin aku (pengantin lelaki). seronok dan meriah sebab dah lama tak buat kenduri .. last pun kawin adik aku tahun lepas... paling best jumpa sepupu sepapat masa ni la nak bergurau senda.. nasib la sape yg kena ngan aku loyar buruk ni.. sepupu2 aku ramai lelaki.. pada awalnya aku 3 org je pompuan.. tp la ni dah bertambah la bilangannya.. adala dalam 10 orng..

Jumaat malam haritu aku bertolak dlm kul 10 mlm.. adik aku tunggu kat hentian machap then kitorg gerak sekali sebab diorg tak tau jalan.. sampai dalam kul 3 pagi gak kat sana.. mak aku punya takleh tido tunggu cucu tersayang dia ni.. sama gak ngan abah.. sampai2 mika lak buat hal punya manja taknak tido.. takleh usik sket merengek.. ngengada tul dia tau ada org manjakan dia.. adik aku asikla melayan mika.. dr kul 3 sampai kul 5 baru mika tido.. aku dah membuta dah.. sebab ramai inang n dayang yg melayan mika.. heheh lega kejap....



di hari kenduri.. tema warna brown.. anak mak teh aku ni 3 org semua lelaki.. ni yg sulong.

berinai dan makan beradap..

Cuba korang teka apa yg anak bujang aku kusyuk sgt tengok tu?????

ooo mika tgk awek flower girl tengah bersiap ya.... pandai ek....

majlis potong kek....cantik kek ni.. aku tumpang potong sebab on that day besday aku kan.. hahahha tak malu... lantak lerr sepupu aku je..

manja ngan tok abah...

masa hari kenduri sibuk org pegang mika bawa sana sini.. tp aku ni mesti pantau kat mana dia.. ada1 ketika tu aku cari2 mika tak jumpa, memula aku nampak pakcik aku pegang dia tp takde... puas gak turun naik umah tgk bawah khemah.. pastu tanya abah nampak mika tak?? abah kata tak nampak.. ahh sudah.. aku dah risau... abah punya risau sana sini dia call orang tanya nampak mika tak... kelakar pulak.. walhal rupanya anak aku punya suka main dgn pakcik dia katbawah pokok.. patutla tak nampak.. tp aku nampak abah punya risau masa tu... cucu kesayangan la namanya kan...




adik aku mendera dia.. tgh minum pun kena pakai spek mata.. hehehhehe.. sabtu petang tu balik batu pahat umah mak.. ahadptg kami balik Kl semula.... sekejap sgtkatumah kg.. tak puas rasa.. aku nak cuti isnin lama sket tp hubby lak ada keje so tak dapek la....
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah