Friday, January 27, 2012

Menu 1 pagi

Masih kisah cuti CNY
Duk umah saje makanya malam tido lambat
kalau hari keje jangan harapla aku nak masak pepagi buta tu... baik membuta.. hihi

hubby request nak lempeng
adoii.. dah malas sebenornya..
Tanya dia balik.. " papa cuba tengok jam"
ala takpe.. tak ngantuk lg.. maka aku ngan malas2 pun kul 1 ke dapur gak bila orang dah request nak makan.. kesian pulak..


Lempeng 1 pagi.. bancuh sikit je.. dapat la 8 keping gak.. kuali comel yang tak payah pakai minyak ni.. syok gak masak.. tak melekat..



Sebab nampak kari ikan ni la dia nak lempeng.. siang tu aku masak kari ikan ngan sambal sotong..


siap!!

Lempeng cicah kari ikan dan sambal sotong

mmg lapau hubby ku dari 8 keping tinggal sekeping je dia tak abis.. kenyang dah ..
mana taknya 7 keping dia hentam... aku mkn gakla sikit2.. tptak berani byk2 pasal dah tengah mlm ooo
kang makanan semua bertukar menjadi lemak tepu... hihihi




Banyak lg citer CNY tp asik opending je.. mood makin kelaut nak taip entry skrg ni.. hahah

Thursday, January 26, 2012

Sembahyang Cara Dia..

I'm so glad Yesterday..

Buat pertama kalinya mika denga azan magrib kat tv dia cakap...

" maaa.. maaaa awwah kebar" 2x dia ulang
Maknanya dia kata ALLAHUAKBAR..
memang aku terkejut sebab mika ni dia belum pandai cakap sangat..
dia cakap yang satu-satu perkataan sikit2 je lagi..
"nak air" 
akit
bit (cubit) papa dia la suka buat
tinga, kaki, angan.. ambut
adala sikit2 lagi yang lain aku lupa...


masa mama nak semayang magrib dia sibuk nak jugak.. belum sempat pakaikan seluar dah lari.. 


mama baru nak start sembahyang dia sah sujud.. Sujud dia kadang-kadang menonggeng.. kadang2 meniarap macam ni.. sambil tu mulut kumat kamit baca.. konon2 sujud la tu... tengok kaki memanjang je.. badan susut.. susah no nak makan..

sampai abis mama sembahyang dia main keta sorang2..
bila nak doa sibuk nak bertenggek atas riba



Baring atas riba mama... sambil nak baca doa sama-sama.. tangan cumil je rapat-rapat.. rasa nak gigit-gigit... hahah

lama sikit baca doa mula la nak pegang kereta la.. apa la.. buat-buat gatal hidung la...


hmm lama-lama malas dah... sibuk ngan keta kecik dia...



Mika satu-satunya harapan mama buat masa ni.. mama doa supaya mika jadi anak yang SOLEH.... yang akan mendoakan mama bila mama dah takde nanti ok syg... aminnnnnnnnnnnnn


Wednesday, January 25, 2012

Cuti CNY kami...

semua orang buat entry jalan-jalan sempena CNY..
kami tak kemana-mana pun
balik kampung pun tidak.. holiday pun tidak..
Just menikmati indahnya 4 hari duduk di rumah... 
kemas umah alih2 perabot.. 
masak-masak main pondok2 kat dapur.. hah
nikmati bestnya duduk umah di hari cuti yang panjang...
hahaaaaa .. sebab kami jarang ada masa macam tu..
selalunya cuti panjang sket je zoommm hilang balik kampung takpun berjalan merata

kami tak balik kampung sebab ada plan lain minggu depan..
yang kena balik kampung sebab ada kenduri..
so alang2 takkan nak balik 2 kali kan..
bocor lak poket.. hihi

Hari Sabtu just lepak-lepak kat Jusco AU2 sebab nak makan johny's
AHAD jalan-jalan semata-mata nak g sec recipe kat Wangsa Walk
ISNIN camping kat kemensah (belakang umah je) -- nanti ada entry
Selasa .. duk umah Cuci kereta bersama-sama... hihi

simple tapi happy sebab aktiviti bersama family




Ying sang anak beranak kat Johny's petang sebelum raya...hahahah
sibuk je nak raya gak kan..
saje ajak hubby mkn johny's teringat-ringat sup dia.. hihi


Ni mama la teringin nak makan kek.. tapi banana choc cake dah abis kar WW
laris sungguh CNY ni.. makanya amikla bluberry cheescake..


Kat SR dia punya mulut mak aih... maaaa nak kek nak kek.. tapi pelat la...
aduhaii anakk aku


kat umah pun dia yang sibuk nak..


tapi bila dah buka... dia tak makan sikit pun... mama ngan papa yang bedal.. tu pun dah muak.. sebab aku sebenarnya tak berapa suka cheese tapi tah camana leh beli yang ni plak.. sebab nampak mcm menarik..

sepotong pun share sebab hubby pun tak berapa suka kek.. sib baik beli sepotong je kalau sebiji?? ada sedekah kat jiran2 gaknya.. hihi


Seronok tengok entry orang bercuti sana sini CNY kan....






Tuesday, January 24, 2012

Dessert of The Day.... Peach Triflle....


 Cuaca panas...
Rasa nak sejukkan tekak...
Bahan semua ada..
just bancuh saje...

Tadaaaa dah siap....

Simple je.... just ada buah peach je kat umah.....







minum  petang ni... sejuk-sejuk...yummy...............



banyak lak..leh bagi jiran sket....:)

Akibat dedah AURAT di facebook.......

Untuk renungan kita bersama

kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...

selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya...

jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....
dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya....

Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...al-fatihah!
 
 
Sumber FB
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah