Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Lauk posa Day 7

Dah hari keberapa aku baru post kan... mmg aku makan kat luar atau beli tp aku masak juga ye.. ikut angin lalu la... kalau rajin masak semua.. kalau tak berapa rajin.. ada masak ada beli.. tp kalau tak rajin langsung aku beli la.. dan kalau malas tahap gaban.. makan kat luor.. hahahhah boleh camtu... boleh je janji sepakat laki bini.. :P



Lauk aku masak aritu teringin makan sambal sotong... hah hambik.. aku beli sotong segar aku masak aku mkn puas2.. ratah lauk.. sayur sawi masak air dan masak lemak cili api ayam.. hmm nyum nyum....

Aku mmg perasan tiap aku g dapur mika mesti nangis dia paling tak suka aku kat dapur walaupun aku basuh pinggan dan dia sorang2 depan tv ngan mainan dia.. kalau aku letak dapur habis barang dia punggah atau pun dia mengutip. duduk dlm walker plak dia meraung nak keluar..

Masa aku masak mika meraung2 kat depan tv.. ulang alik dia ke dapur.. dia sampai dapur (merangkak) aku hantar dia balik ke depan.. dia merengek nak aku teman dia tengok tv atau duduk dekat ngan dia... kejap2 aku g dapur.. kejap2 aku duduk kat dia.. bila masa nak siap lauk aku.. sudahnya aku bior je dia nagis.. ala nangis ala2 manja je.. bila meraung bebetul baru aku g kat dia.. hahahha.. tu la mika dpt mama brutal... :P

siap masak aku bagi dia sebotol dudukan atas riba.. hah susu banyak lg mata dah pejam.. anak manja la ..


Wednesday, January 7, 2009

--@ 10 Muharam @--

Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)


Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)



Jam 2 pagi aku terjaga, sebab tertido awal depan tv lak... Solat isyak belum ditunaikan.. sebab keletihan smlm tertido awal dan aku mmg dah kunci jam untuk bangun tengah mlm.. lepas solat sambung tido pindah ke bilik... hubby tak terus tido dia ada keje-kejenya yg mahu di selesaikan untuk presentation keesokan hari..... tengah lena di buai mimpi tiba-tiba hubby kejut aku dari tido.. tgk jam baru kul 5... nape lak nak suh bangun pepagi ni... rupanya dia dah siapkan makan sahur... alhamdulillah... so sweet... aku lak yg sambung tido kat meja makan ngalahkan anak kecik tunggu ibu nyerr siapkan makanan... heheh.. alah sekali sekala apa salahnya... hubby layan sepenuh hati mcm aku budak kecik... siap dia masak nasi, sayur n telur goreng ada sambal belacan lagi... kalo ikutkan hati nak minum air dan niat aje.. tp dah hubby siapkan makanan tak sampai hati makan juga temankan dia... sambil makan hubby cerita kisah 10 muharam... berborak-borak sampai ke subuh... Ya Allah beri lah aku kekuatan aku berpuasa hari ini sebab aku tak bape sihat...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah