Mari kita share INFO ini.. aku minta izin uztaz Nor amin untuk dipaparkan di blog untuk kita kongsikan bersama...
Soalan
Apa hukumnya kita menggantung gambar  bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?
Jawapannya
Menggantungkan gambar yang bernyawa di  dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar  keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang  haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam  rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk  memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :
Dari 'Aisyah r.a katanya,  dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala  Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka  pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda  tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada  Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali  bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya  sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah  SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya  dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis  itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya  gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)
Berkata Imam Manawi :  Yang  dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh  sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg  tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan  dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada  penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah  ia dari seseorang anak Adam.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau  patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau  sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan  gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata  hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.
Hal di atas beza  dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video.  Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar  fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi  unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut  dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan  pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :
"Hukum  gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut  tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan  gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan  kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang  diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah  berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."
Pandangan saya, gambar manusia atau  makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram  sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas.
Di haruskan gambar  dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa  seperti gambar pemandangan,  masjid, rumah, kereta dan seumpamanya.  Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk  digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan,  mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir  dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai  kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Jom Exchange LINK...
- 
Your Link/
 
Disclaimer
Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.








Post a Comment
2 bebelan kawanku:
tq atas peringatan...:))
thanx for the info dear....hurmmmm...memang tak boleh lah kan gantung gambar2 nih