Pic from google
Tatkala kita bergema melaung kegembiraan menyambut tahun baru yang tiba, ada yang meratapi kehilangan insan tersayang.
Pelakon Faizal Yusop meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Islam pada pukul 1.45 tengah hari ini kerana serangan jantung.
Faizal, 33, meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang hamil lima bulan dan anak sulung Mohd. Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana.
Menurut abang arwah, Shaipul Yusop, Faizal jatuh di bilik air sekitar pukul 9.00 pagi ini dan mula tidak sedarkan diri.
Mereka kemudian membawanya ke Pusrawi dan terus ke Unit Rawatan Rapi.
"Arwah sempat menatap wajah anak sulungnya yang dibawa oleh bekas isteri, Siti Nurdiana pagi tadi," kata Shaipul.
Janazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves pada pukul 10.00 pagi esok.
Juadah akhir
Malam tadi arwah sempat menjamu keluarganya makan malam di Restoran Sekincan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa. Jamuan itu sebagai meraikan kedatangan tahun baru.
Sementara itu Siti Nordiana atau Nana mula berasa kelainan pada bekas suaminya itu yang mula bercakap perkara yang pelik.
"Dua minggu lalu arwah menelefon saya untuk bercakap dengan anak kami. Saya membuat aplikasi pembesar suara.
"Dia pesan kepada anak kami supaya menjaga saya dengan baik.
"Saya rasa lain macam bila dia berpesan kepada anak saya macam itu. Rupa-rupanya dia nak menginggalkan kami," kata Nana ketika ditemui di Pusrawi petang ini.
Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dirahmati Allah SWT. Al Fatihah.
artikel dari sumber mangga online..
Kematian tidak mengenal usia.. bersiap sediakah kita menemui pencipta kita??
Post a Comment
8 bebelan kawanku:
tuelah...terkejut jugak...
betul tu eida..akak pun terkejut bila hubby bgtau..macam tak percaya..usia muda...baru sangat jumpa dia main bola hari tu...a few days before wedding baru dia...innalillah...semoga allah tempatkan dia di sisi orang yang soleh...
happy new year eida...semoga tahun baru ni lebih bermakna hendaknya
tgk berita terkejut sbb tgh layan citer tiramisu arwah ada berlakon...
dah tiba ajal..sian wife dia tgh pregnant 5 bln
ptt jdkan ikhtibar utk kita kan.. nk mati tk kira usia.. al-fatihah utk arwah
al fatihah
uwaaaa.. takot.
kt ofis saye ade sorang mude2 da meninggal.
lagi sorang baru je masuk icu.
mude jugak2. takottt..
ya Allah, ampunkan dosekuuu..
mmg terkejut gak bila baca berita ttg kematian faizal ni..muda pulak tu lagi..mmg takut rasanya..ajal &maut ni x kira dimana2, siapa dan bila..moga kita semue semakin dekat dengan NYA!
tu la..terkejut sgt pasal berita kematian faizal..ramai lelaki muda meninggal sebab jantung kan huhuuh
alfatihah