Selamat hari raya semua.. alhamdulillah dah boleh online mcm biasa.. dah balik umah sendiri selepas abis berpantang n raya kat umah mak... raya tahun ni raya yang paling ala kadar sekali.. mana taknya.. tak jangka aku leh beraya.. kalau ikut planning asal raya aku dlm pantang.. so tak terpikir nak beraya.. sekali mika dah kuar awal. so mama dia leh beraya tp persiapan yg paling sederhana.. baju raya pun pakai mana ada je... takpela janji bahagia kan.. hihi...

syukur alhamdulillah tahun ni kami diberi kesempatan olehNya untuk beraya dgn buah hati kami untuk pertama kalinya.. seronok dgn kerenah dia..ni pic hari raya ke 5.. takde gambo ngan hubby pagi raya.. raya ke 4 baru dia jumpa kami.. eeeeeeeeee tak best tul.. sedih yg amat.. hubby beraya kat perak sbb hantar mak dia ke kg, aku lak thn ni tak beraya di perak coz baru abis pantang susah la nak berjalan jauh.. mika ni kalau jalan jauh malam kang meragam... maybe letih..so tahun ni pagi raya aku kat johor hubby kat perak.. sedih toksah kata la.. rasa mcm tak raya je.. sib baik family n mika ada di sisi tp tak sama kan tanpa suami di sisi.. sabau je la...

seronok dapat raya bersama... my sweet memori in my life..

pagi raya mama n mika.. penampilan raya la kononya mama mika nih.. hahahah diet lagi lagi dan lagi.. tp ramai kata dah kurus.. eheheh semanagt nih..

dah leh pakai overall pagi raya..

masa sebelum mandi kan mika pg tu.. aku trykan baju melayu dia ni.. tp kesian pulak tgk.. mcm rimas je, sebab baju tu besor beli ready made jek.. sebb terjumpa sama tema color bj family thn ni.. tp tak jd nak pakaikan kesian tgk baju tu ngan dia dah mcm kelambu.. hihihi..

mama suh dia posing dia tido lak...

masa ni on the way balik KL.. dia suka tido kalau dlm keta.. syok jek duk atas badan mama yek.. nak geget2 je rasa..badan makin berisi.. tgn n jari2 dah molat..


eksyen jek nampak pakai kemeja.. hihi.. dah mcm sarip dol kata pakcu mika,.. hahah..

bersiap nak g beraya...
k la tu je yg nyempat nak updatenyerr ni.. nanti sambung lg.. nak isi kuih dlm bekas, nak sambung kemas umah.. almaklum tinggalkan umah sebulan lebih.. mcm2 jadinya.. heheh... daaa...