Showing posts with label cosway. Show all posts
Showing posts with label cosway. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Cute baby hanger!

 Mentang-mentang baby girl nak gak hanger pink ye??
Takla stock dia jual memang ada pink je pun hihihihi

Memang nak cari sangat hanger yang boleh jimat space
bila ada baby banyak la baju dia kan.. 
dengan mitten n booties lagi..
Bila buku katalog cosway dah lama sangat berkenan
tunggu masa je nak beli..
pegi beberapa stokis pun tak semua ada..

namun berkat tunggu punya tunggu akhirnya dapat juga

Sangat best n cun...
semangat mama nak basuh baju deena... masa lepas pantang aku ajak hubby g beli benda ni
sebab aku ahli cosway tiap bulan dapat katalog belek apa barang yang best nak di beli
beli tuk keperluan keluarga je pun...


dah siap pasang
Hubby la tolong pasang
ingatkan rendah rupanya tinggi juga
ni dalam keadaan bertutup
konsep payung...



 Bila dah kembang... terbuka tadaaaa
Ada 3 layer
Sangat berguna nak sidai baju-baju baby
nak -nak bila hari hujan



Mai kita test....



Ni bahagian atas...
Yang ada klip penyepit tu leh gantung mitten n booties...
hahah comel kan..



Bahagian bawah... banyak helai gak leh sidai... ni dia baju dak mok mok tu...


eee taip entry ni teringat dia... rindunyaaaaaaaaaaa


Mesti ada yang nak tau harga kan...
ni aku beli kat Cosway je


Harga seperti di bawah ni....
nak guna ID cosway aku bgtau je..
sebab aku ahli tapi just untuk pakai sendiri je..

Thursday, July 1, 2010

Digital scale Cosway

Ok meh nak citer.. cerita dr seorang dealer cosway.. tp kalau korang beli aku mmg tak amik apa2 untung apapun.. camana harga kat buku camtu la yg aku bgtau ya... sumpah tak tipu.. hihihi

Ni harganya ya :
Ni harga dari buku.. harga sebenar RM 189.00.. tetapi kalau ada 3 kupon cosway harganya 79.90 dan kalau nak murah lg 25 kupon harganya rm39.00 kalau nak free terus kena ada 60 kupon.. nak dapat 1 kupon kena beli brg yg bernilai 30 hengget. 60 hengget 2 kupon.

kalau aku ada kupon boleh aku bg .. tp kupon aku dah habis aku guna.. sebab aku beli digital scale ni guna pakage yg 25 kupon then aku tambah 39.00.. berjanggut gak aku duk kumpul kupon tu.. lama ooo sebab nak kena bayar murah.. ada sorang kawan aku beli dengan 3 kupon dia hanya tambah rm79.90.. tp kalau ada yg dah berkenan sgt tu.. boleh gak pikir2kan nak beli ya...
ni dari buku sebenar..


Tolong cosway promote company.. hehheheh


masih di dalam kotak lg.. tak sabo dah nak rasmi.. mika pun sibuk gak nak tolong buka..

Di datangkan dengan buku panduan kegunaan dan warranty 1 tahun...


Ni la rupanya digital scale aku.. sebelum nak guna kita kena settingkan beberapa perkara.. lelaki atau perempuan, umur dan tinggi.. baru dia leh analisis.

then bila dah timbang baru kita tahu berapa berat kita, berapa lemak, berapa air dalam badan... jisim body dan muscle.. aku rasa mmg tak rugi sangat2 aku beli.. dapat ukuran yg sangat tepat... tanpa ragu2...


Sangat berpuas hati.. aku bukan sahaja dapat ukur berat tp aku tau dah berapa lemak dan berapa kandungan air dalam badan.. keputusannya badan aku banyak air dari lemak.. dan agak di kategorikan gemuk sebab tak padan dengan ketinggian... yg kelakarnya dia ada keluar gambar ikon kurus, gemuk, terlebih berat dan obes... adala gambo2 ikon cartun tu yg gambarkan diri kita bila kita timbang... hubby aku pun dpt ikon gemuk padahal dia takde la gemok cuma tak padan ngan tinggi kot..

alhamdulillah akhirnya tercapai gak hajat aku nak beli menda ni.. ada sape berminat???? email me ok.. hihi


Wednesday, June 30, 2010

yang di idam dah dapat

Tengahari td waktu lunch aku g tesco.. .. ada benda yag aku nak dah lama... tp baru kini dalam genggaman....



yeaaa ni dia DIGITAL Scale cosway... senang nak pantau berat badan lepas ni.. konon nak buat program diet kan.. harap2 berjaya...



pic kredit to en google lg ... gambar scale yg aku beli tak sempat snap.. ada dalam kereta..


pic google
kelebihan scale ni dia boleh menganalisis badan menggunakan teknologi "Bioelektrik impedans Analisi (BIA) iaitu untuk mengukur berat badan, lemak badan, air dalam badan, jisim otot badan dan jisim tulang badan dan kalori. info dri buku manual.. tp balik ni aku nak study cara guna..

penimbang yg ada sekarang ni dah rosak.. alang-alang nak membeli biarla aku puas hati.. jenuh tau aku kumpul kupon cosway ni sebab nak beli dengan harga yg murah dr harga asal.. akhirnya dapat juga... (harap2 program aku berjaya.. nak2 pulak kalau hubby support $$$$ hahahah(yg ni kena mintak okeh).. hihi

Ada sape berminat nak beli meh order kat aku.. hihihi



Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah