Menu pagi raya, mak buat ketupat, kuah kacang, ayam masak merah, kuah lodeh, serunding.. hmmm menyelerakan sungguh.... tahun ni makcik aku (mak nab) depan umah mak buat korban.. so tahun ni dapat tengok lagi lembu di tumbangkan. beberapa tahun dulu dapat tengok kat umah atok.

penyembilhan di buat di depan rumah mak nab.. Orang masjid datang selepas sembahyang raya dalam kul 10.30... meriah ... ramai yang datang nak tengok.. masa tu kat kampung aku ada 4-5 rumah juga buat korban...
mu-mula proses mengikat ke-empat kaki lembu, lembu tu agak meronta gak sebelum di tumbangkan.. tak semena-mena jadi garang. nasib baik ramai yang pegang tali.. akhirnya selamat gak di tumbangkan.Ada yang tolong menggali lubang untuk tempat penyembelihan.. tujuanya supaya darah sembilhan tu terus ke dalam lubang dan boleh terus di timbus dengan tanah..
Aku tengok dari dalam rumah... masa tengah sembelih tu darah memancut-mancut.. terketar2 badan lembu tu nak habis nyawa...
dah selamat pun tertanggal kepala lembu... seterusnya sesi melapah kulit dari badan lembu...
dh nak selesai.. my abah n adik tolong pegang kaki lembu je... kemudian di potong daging untuk di agih-agihkan...semalam mak buat sup kaki lembu,.. adik aku la yg suka sgt. tp aku tak beani makan banyak sangat ... minyak lemak dia banyak...
malam td bertolak kul 10 dari kg dan sampai KL dalam jam 1. hari ni keje mcm biasa... hmmm penatnya tp hati gembira dapat beraya ngan kuarga...
** insya Allah tahun depan ada rezki kami sekeluarga plak nak buat korban...








