Showing posts with label mengidam. Show all posts
Showing posts with label mengidam. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Isteri mengidam BUAH KELOR kena belasah!! banyak songeh katanya

Aku 1st time dengar nama buah Kelor ni...

bila seacrh nila rupanya

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.

“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.


“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


sumber sini


apala suami buat camtu kan... sayang binimasa suka jek..tak patut betul...

Monday, April 6, 2009

Alhamdulillah... tercapai hajat...

Dari N3 sup hingga ke n3 sup jugak akhirnya baru terupdated.... banyak cerita sebenarnya weekend lalu.. tp lum kesempatan nak update... nanti pelan2 aku try update yerkk.... hari ni hari yg sgt memenatkan... minggu ni my family dtg umah.. sonok sgt2.... so pagi td masa aku nak gerak g keje mak abah n adik pun gerak bertolak balik kg... jam 5.30 dah bangun siapkan bfast semua... ingatkan aku dah awal rupanya mak lagi awal... dah siap mandi bagai kul 5 tu.. tu la mak aku... rutin hariannya takde la sibuk mana tp telah menjadi rutinnya bangun awal pagi kalau dia sihat...

so hari ni keje cam biasa.. kalau ikutkan hari ni ada appoiment presentation di Bangi jam 2 ptg.. kul 11 nak gerak dah tp hari ni kan hujan so terlewat sket gerak coz driver tersekat dlm jam.. 12.30 baru gerak... huh jalan jam yg amat... takleh nak kata sebab banjir kat KL... aku leh siap tido2 bagai dlm keta... lg la syok kat luar tu hujan kan... bila tgk jam dah kul 2 tp kami masih stuck sebelum tol sg. besi lg.. aduhai... makan pun belum ni.. sian kat baby... sib baik pg td sempat gak bfast ngan mak semua...

Sampai kat bangi dah 2.35.. nak tak nak masuk terus sbb presentation dah start.. aduhaiii. kepala dah pening.. lg plak dgr soalan bertubi2,.... huhu control..control... jam 4 baru minum ptg... alamak kuih saje.. kalau dah kat majlis gitu takan nak makan banyak... control lg di situ.. huhu...sabar je la... perut dah berkeroncong dah... jam 5 baru selesai.... on the way balik singgah petronas beli makanan apa yg patut alas perut... sib baik balik tu tak jam.. syukur sgt.. tu pun minta driver hantar terus ke umah.. sebab dah tak tahan kepala pening yg amat.. keta aku tinggal kat opis... huhu harap2 selamat la...


Balik terus baring apa tak hengat.. mata dah berair kepala pusing n pening.. call hubby ckp perut dah masuk angin... nak bangun pun tak larat... huh lama gak tunggu dia sampai.. tp baby n mama tetap sabar menanti...

Dan akhirnya hubby tunaikan hajat kami dr minggu lalu....
.
.
.
.
.
.
.


SUP CENDAWAN. yang kat kedai sodap tu... huhuh



DAGING GORENG KUNYIT n TELUR DADAR
(ni dah separuh jalan kena ngap.. heheh)



Semestinya nasi bungkus... sebab aku dah tak larat giler nak bangun.... huhu
hihi.. tak abis pun kalau makan sorang so harus la hubby teman makan walopun nasi sebungkus... dia tau mesti tak abis... yg pastinya sup cendawan n daging grg kuyit tu sgt marvelous, kalau dah teringin tu dapat makan sikit pun jadi la kan..... Tq 4 my hubby.. luv u forever n ever...:)...
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah