Showing posts with label my wedding. Show all posts
Showing posts with label my wedding. Show all posts

Wednesday, December 3, 2008

::~~2 Years Ago~~::

2 Tahun lalu pada tarikh keramat ini, aku sedang sibuk di hari bahagia ku... tarikh yang menamatkan zaman single ku... heheh. semuanya berlaku pada tarikh ini. hari pernikahan dan persandingan di jalankan pada hari yang sama. Ini berikutan untuk memudahkan segala urusan memandangkan kuarga hubby dtg dr utara ke selatan..--Perak ke Johor. kalau buat pd hari yg berlainan akan melibatkan banyak benda yg perlu difikirkan.

Jam 9.30 bertolak ke masjid yg berdekatan dr rumahku, abah, saudara mara, dan sahabat handai mengiringi. mak tak dapat hadir sama sebab keuzuran pompuan, lagipun aku tau mak sebenarnya tak sanggup nak ikut sama.. Sure dia tak leh tahan tgk aku menikah gaknya. sebab sebelum bertolak tu, masa bersalaman ngan mak air mata dia dah tumpah dulu. kalau dia ikut skali aku sure banjir masjid tu.. heheheh. Yerla aku kan anak pompuan sorang. tentunya mak agak berat nak melepaskan walaupun sudah sampai seru dan adat kehidupan manusia untuk berumahtangga.

Jam 10, Tok kadi menikahkan kami, bukan dengan sekali lafaz, tp dua kali yer.. heheh aku tau hubby gugup. maybe dengan ramai org di keliling debaran semakin la terasa gaknya..


Upacara membatalkan air sembahyang serta pemberian dr hubby di sarungkan kepadaku..


Dalam jam 3 petang hubby di arak ke rumah. Adat di Johor tau-tau jerla, penah dengar kan adat "TOL" tu... sebelum hubby nak sampai ke pelamin aku rasa ada 4 tol dia kena lalu.. hihihi kah kah kah... tp sebelum tu aku dah bgtau awal2 supaya family dia tk terkejut pulak kan.... ada pencak silat gak di luar sebelum masuk umah. macam2 daaa.. ikut jerla.... sangat meriah masa tu dengan sedara mara punya hal.

Aku yg kat atas pelamin tu pun dah kepanasan tunggu... nak masuk umah kena tol, depan pelamin pun kena tol. siapla makcik2 aku berpantun2 la bagai. sabo jerla.. ada gak aku bisik pelan.. "dahler tu, dah kepanasan ni, hihi" bukan panas sebenarnya MALU.. ahhahah

Alahai teringat dulu-dulu rasa nak bersanding balik.. hahahah.. selim melim masa tu.. tgk sekrg ado la bezanya.. hahahahha

Selesai bersanding makan beradap la pulak.. lepas pada tu baru la sesi bergambar dgn kuarga.. tak larat dah kepenatan. selesai dlm jam 5 cam tula... hari RAJA SEHARI....sehari je okeh... hehehe

Itulah peristiwa yg berlaku pada tarikh hari ini 3 Disember 2006

HAPPY 2ND ANNIVERSARY Honey.. Love u So much!!!


Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah