Showing posts with label resepi apam dot dot. apam polkadot. Show all posts
Showing posts with label resepi apam dot dot. apam polkadot. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Apam Angry Bird!!

Salam Jumaat..
Gila malas tul nak update sekarang ni...
angin malas dah dtg.. ada story tapi simpan dalam hati.. ahha boleh!

k la main masak-masak lagi best!

Projek masa kat kampung...
dah lama tak buat apam dot dot.. 
aritu teacher kat nursery bg mika sebiji dia tak cukup siap kat umah mintak aku lagi
kesian anak aku.. takpe mama buat lagi untuk kamu banyak2..
makan puas2 k.


tapi kali ni mama deco ikut fav mika
apam ANGRY BIRD n BEE
so macam biasala memukul telur dulu sampai kembang





bahagikan adunan ikut byk mana nak guna warna.. hahah mangkuk macam-macam pesen umah mak aku ni...


dah di bancuh dengan pelbagai warna.. aku suka betul bab ni.. main-main color.. hahah.. mak aku bebel.. leceh je kuih ko ni.. buat 2 warna sudah.. ohhh tak best la mak... harus kita bermain warna...


dak tomot ni temankan mak long dia.. setia duduk sebelah aku buat kuih.. nanti beso cha belajar buat kuih tau.. pandai masak tau... dia pulak suka la sebab dia pakai baju angry bird n maklong dia buat kuih apam angry bird pulak ya..

masukkan warna2 asas.. sebelum di deco

yang ni testing.. kukus awal.. nak tengok wwarna dulu.. hijau tu agak slow.. tak berapa cantik.. so adunan yg belum kukus harus touch up lg warna...


GEBU tak???? isi dalam..


start mendeco part by part.. memula aku buat tak jadi aku give up.. last2 adik aku yg tolong dia buat menjadi pulak.. hahaaaa


papa icha yg tekun deco muka angry bird tu.... maka dia kena kerah ngan aku tolong sampai siap.. hihih


sib baik mood dia rajin.. kalau tak mesti dah hilang g memancing... adik aku memang suka masak.. asam pedas dia ngan masak lemak cili api dia boleh tahan la sedap.. kalau aku malas2 aku suka suh dia masak... hahah


hasil deco yang belum kukus..... cute2 jek kan.. tapi terus terang cakap muka angry bird ni memang RUMIT!.. kena main satu persatu warna.. letak yg kening la.. mata la.. hidung la... tapi enjoy!!!



muka angry bird yang garang!



 Ni hubby aku punya keje.. dia pun sibuk nak join.. tapi tah apa dia merapu... lukis apa dia suka..

 tu yang muka pelik2 tu keje laki aku la tu tah apa dia lukis...






ni hasil aku yang buat.. saje try buat bee plak..  comei gak.. tapi aku agak tak sabar maka hasilnya mcm kasar jek... ada mata juling ada mata buta.. hahah nasib la...


hasil dah siap.. dpt 1 bekas.. ni nak bawak g umah mak cik aku ada kenduri tp makan anak beranak je...


hasil apam-apam yang gebu...



icha ngan mika berebut2 makan muka angry bird.. suka kuih bukan pasal kuih tu aku rasa pasal ada muka angry bird.. habis muka angry bird kena makan nak yang lain.. berlumba-lumba budak 2 tu sampai kekenayangan.. kelakar betul... takpe lepas ni mama cari idea lain lak nak lukis apa.. hahha

Wednesday, June 29, 2011

RESEPI Apam polkadot mamamika

  

 Jom kita main masak-masak..

kali ni buat kuih APAM POLKADOT

dah lama teringin nak belajar buat..

akhirnya nekad buat masa besday hubby  aritu ..

reason kedua sebab mika suka sgt kuih ni masa besday anak kawan aku aritu.. so harusla maknya belajar buat kan.. sama mcm maknya yg suka mkn kuih






Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk pun takpe
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus -
  • 150gm susu segar atau susu cair (i guna susu cair jek)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna (ikut suka)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer ikut aturan. maukan TELUR DULU..pukul sampai kembang.. then GULA.. pastu baking powder, ovellete.. dan akhir sekali tepung dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je .. Kalau tak nanti pecah apam tu



ni adunan dah siap dibahagi2kan untuk buat picit2 dot dot.. pic dr SINI sebab aku tak sempat snap aku punya adunan

ni la rupa ovalette.. ahha aku pun baru berkenalan bila belajar buat apam ni... pic ni dari SINI


 Bahagikan adunan ikut warna kesukaan..





 masukan separuh je tepung.. lepastu letak filling.. aku letak jam blueberry jek.. sedap.. pastu letak tepung semula atas dia...


 susun dalam kukus...




 hahaha bersepah tul aku buat.. ni pun sepupu aku yg bantu... kejenya remeh juga kalau main banyak warna...




 lepas tu dot la apapun nak dot.... nak letak warna ikut suka.. seronok main2 warna ni... pastu letak la huruf2 yang disukai ke.. lagi2 kalau nak tarik minat anak kan.. letak huruf pun ok...





 ni aku buat sebab nak buat spelling HAPPY BIRTHDAY PAPA...




yang ni just dot2.. letak kecik2 je sebab nanti dia kembang lorrrr

 hasilnya cute miut lerr.. geram sayang nak makan.. ahhaha




 special tuk besday hubby




 susun dlm pinggan







 untuk comel aku




 anak buah ku...





 ni aku saje takde keje.. buat mcm2 .. hahahah







ni dah last2.. hantam saje yg baki2 tu...




senang saje kan.. memang seronok buat kuih ni.. specially MAIN WARNA -WARNA . ehhe mcm budak2 lak.. nanti nak buat lagi la.. yatiechomeyl dan noor sila la mencuba ya...



Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah