Showing posts with label tanah runtuh. Show all posts
Showing posts with label tanah runtuh. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Tanah runtuh -Rumah anak-anak yatim Tertimbus

Hujan sangat lebat kat KL petang td...

mika yang  tido depan  tv boleh berlari terkedek-kedek  beralih tempat ke bilik  naik atas katil..

 sedang aku menikmati minum petang...

cempedak goreng

sambil baca news kat internet 
opismate bagi cempedak semalam



24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat


2011/05/21

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini. 
Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis. 
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. - BERNAMA


sumber SINI


Sama-sama kita  doakan anak-anak ini  terselamat.... sesungguhnya kita harus bersyukur..sedang  kita bersenang-senang bersama keluarga ada orang yang ditimpa  musibah.. kita  juga tidak tahu apa pula ketentuan nasib kita akan datang... moga allah memelihara kita... aminnnnnnnnnnnn

Tuesday, November 3, 2009

Hoyeaaaaaaaaaaaaaaaaa.. CUTI!!!!

Hari ni dengan rasminya aku MENCUTIKAN diri.. hehehhe.. sebenarnya berlaku BENCANA ALAM... jalan yang aku nak lalu menuju ke opis tu berlaku kejadian TANAH RUNTUH di SELAYANG HEIGHT... aku rasa sebab perumahan yg baru naik kat situ lg pulak sekarang ni hari-hari hujan...

elok je aku drive sampai kat selayang jalan dah stuck jam giler.. aku ingatkan ada accident... jalan menuju ke rawang dah jem.. jalan dah tutup.. masa jam tu pun kekawan aku dah call dah tanya2 nak lalu mana...kalau aku nak lalu higway kuar sg buloh pun agak tak baloi.. mau tengahari baru sampai.. memandangkan bos aku pun patah balik.. aku lagi la harus ikut.. heheheh



Ni waktu aku dah patah balik... jalan dah berderet kereta.. helikopter pun dah berlegar2 tengok kawasan...


Memasing kawan2 aku yg dtg dr arah KL pun patah balik.. memasing cuti lerr... :P aku pun dgn hati gumbira nak balik main ngan mika.. yea yea... Mr hubby sila luangkan diri anda jom kita g jalan-jalan.. kuikuikuikuiiiii

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah