Showing posts with label topping choc moist. Show all posts
Showing posts with label topping choc moist. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Resepi Topping Choc moist

 Untuk Topping  Choc moist
bahan-bahannya
300 gram choc bar
200 gram whipping cream

kalau taknak terlalu cair kurangkan whipping cream

 
 timbang dulu choc ya..


dan whipping cream tak kira la apa jenis pun.. tak nak cair sgt letak sikit je

double boiled kan sahaja..

kacau sehingga choc bar cair.. kacau hingga rata





bila dah cair tuangkan atas kek tadi...



tuang dan ratakan... tabur la sedikit choc rice sebagai penyeri.. nak letak badam pun boleh...
ikut selera masing-masing



tuang tak semenggah.. ahh lawa la tu kan.. janji rata dan sedap.. haha perasan sendiri


biasanya kalau orang meniaga pack terus dalam bekas camni kan.. aku bukan meniaga saje2 letak dalam ni untuk senang simpan dan beri pada orang











peminat kek mama dia.. belum letak topping lagi dia dah mintak.. "maaaa.. maaaaa nyakkkkk".. bila dia nampak kek tu


makan sampai licin.. huhuuu siap mintak lagi.. aku lak yg risau sebab manis.. petang sikit baru bagi lagi...


sesuai di hidang untuk hari raya nanti

ada orang nak order ke? hahah perasan.. gurau je.. belajar buat untuk makan sendiri je..

so selamat mencuba........!!!

Resepi Choc Moist mamamika

Resepi Choc moist Hari BERSIH... hahah tak pasal2
yerla dah duk umah memikir lak apa nak buat kan..
nak duduk sesaje ohhh tidak.. itu 1 perkara membosankan.
aku kena try resepi2 baru yang mana anak aku suka makan.. kuikuikuiii


so anis ini resepinya.. nanti buat tau ....

BAHAN-BAHAN

150 grm tepung gandum
200 gram gula kastor aka gula halus
200 gram minyak masak
100 gram serbuk coklat
4 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat


CARA-CARANYA
  1. Gula + serbuk coklat + minyak masak  dicampur kan dan dikacau sekali
  2. Ayak tepung + soda bikarbonat + baking powder
  3. campuran tepung di masukkan ke dalam adunan sebuk coklat dan minyak tadi
  4. last sekali masukkan telur, susu pekat dan susu cair
  5. gaul hingga sebati


ini adunan yang telah sebati.



di masukkan dalam bekas tuppaware untuk di kukus
kukus selama 40-45 minit mengikut berapa tebal kek itu di isi dalam bekas


ni hasilnya yang pertama

yang kedua.. ni naik sgt pulak sebab terlebih lama kukus


dah dikeluarkan dari bekas...


so ini hasilnya semua yang aku kukus semalam.. 2 besar dan dua bekas kecil.. ni baru kek je tau belum toppingnya..

di sebabkan semalam adalah kali pertama guna resepi manual.. aku silap step.. aku pi pukul dulu telur ngan gula.. hahah bijak.. bijak... sudahnya lain sket.. tp rasa tetap maintain..

Untuk toppingnya pula tunggu next entry
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah