Monday, July 25, 2011

Jagung sekinchan

 Balik dari kampung semalam.. dr perak ke KL
ikut jalan lama.. tepi jalan sangatla meriah tengok orang jual buah-buah
teringat mika suka jagung
beli yg dah rebus tp mcm tak puas makan lak..
yang dah rebus sebatang RM2
hubby beli yang mentah.. tepi jalan area sekinchan mmg banyak kan..
yang beli dah rebus tu isinya memang manis.. 
dah alang2 lalu beli yg mentah ni

yang mentah ni
10 batang RM10.. boleh la kan.. janji isinya puas hati...
manisssssssssss!!!


 selonggok kami beli....


 setelah di rebus.. 5 batang je rebus.. tak muat periuk.. almaklum umat dlm umah sket jadi periuk yg ada pun kecik je...



 isinya yg gebu.. bulat2.. mantap....


 gambo blur sebab berasap lagi time ni....


 cantik isinya kan... huhuhu


 kuning cantik...



 si kenit yg suka jagung.. dah mcm squirell dia makan.. ehheheh comel jek...



 dan akhir sekali bila dah malas.....

 
mama kupaskan biji2 jagung .. dia tinggal ngap suap dalam mulut.. heheheh
banyak gak dia makan jagung semalam.. kenyang dan puas hati..........

ada yg balik ni nak cari jagung???

Dr. Halina lahirkan Sophea menerusi kaedah bersalin dalam air


Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

sumber - KOSMO!


pssstt : ramai geng blogger tengah PREGGY ni.. takde ke yg nak try kaedah ni? hihih

Sunday, July 24, 2011

Anak Dr Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina


 semua mesti ternanti-nanti anak pasangan kacak dan jelita ni kan

bit chubby pipi dr halina while she's pregnant
tp tetap maintain cute



 Sophea Isabella,
 lahir 21hb Julai 2011, 
berat 3.6 kg


maknanya baru 3 hari tak usia dia kan
tp muka matured mcm dah sebulan..
dah besar nanti mesti cute mcm mommy dia..

apapun tahniah buat dr sheikh n dr halina..

Saturday, July 23, 2011

balik kampung

plan nak balik malam tadi..
balik kampung hubby..
tapi dah dia pun keje balik dah dekat kul 10
nak berjalan malam mengantuk...


tapi sampai kul 1 pagi murai kenit aku tak henti bercakap
tak reti nak tido
kononnya nak bertolak 6 pagi..
tp tak terjaga kul 5
sudahnya kul 10 pagi ni tak bertolak lagi...


 kalau balik kampung hubby lalu highway kami mesti lalu KELLIES CASTLE ni..
kalau ikut jalan lama tak jumpa la


kenangan masa ni bebetul baru lepas kawin...
4 tahun dulu.. hehheeee


malam td godek pc banyak jumpa gambar lama..
sonoknya.. byk bahan nak buat entry nanti.. selain buat kenangan
tak hilang dalam ingatan..

Friday, July 22, 2011

Gigil 2..

 Sambungan kisah gigil 1.
haha kejadian hari yang sama...
dah malam ..tgh tgk tv aku rasa ada yg kurang pada diri...
sekali rupanya.. aku tgk
GELANG KAKI AKU TAKDE DAH KAT KAKI
erti kata lain DAH HILANG

aku jarang2 sangat pakai sebenarnya..
tah camana aritu saje2 gatal nak pakai
barang kemas yg ada skrg pun sebab abah belikan
aku kan anak pompuan sorang..
dan hantaran kahwin serba 1..
beli sendiri??? takde kot.. hahah

memang berderau darah.. nak beli bukan senang
Yang paling RALAT sebab baru je tukar kat kedai amik patern lain


Rantai kaki ni  patern lama yang ABAH belikan...
ralat pertama sebab tu abah aku yg belikan..
bila pemberian abah tu mmg adala sentimental value di situ kan


Ralat kedua sebab aku baru je tukar patern yg baru ni  baru 2 minggu ..
tup tup tau dah hilang..
tukar ni tambah duit sket je tak sampai rm200 pun
kalau beli baru mau 5-600 gak
emas dah la mencanak mahal skrg ni..

ni la patern baru yg hilang tu..



macam ayam berak kapur,
mcm kucing hilang anak aku mencari gelang ni..
malam tu aku cari sampai parking kereta..
start enjin keta mencari lg sampai ke tapak pasar malam..
bak kata mmg setiap mana aku pegi aritu aku jejaki gelang kaki ni..
sampai tak sedar aku hanya bawa hp dan kunci keta.. purse ic semua tak bawak
dah la berdua je ngan mika masa tu hubby tak balik lg...

last2 aku ada tulis kat wall fb
sib baik ada opismate bgtau..
dia kata siang tu ada kecoh2 kat opis ada org jumpa barang kemas
yang jumpa tu rupanya bos aku..
malam tu gak aku call.. hehehe punya la tak sabo..
sebab mesti takleh lena

bila dah call tu lega.
bos aku ada simpan rupanya mmg betul gelang kaki aku yg dia jumpa..
jumpa kat tangga..
putus rupanya..
apa punya ganas aku jalan.. hahahha

pasni serik dah.. tak mo pakai kat kaki..
aku nak tukar jd gelang tangan lak..
kalau jatuh ke apa leh rasa..
bukan pakai sangat pun.. sekali sekala je..
janji adooo..

senang nanti manatau ada anak pompuan.. aku wariskan jek la.. bukan waris jari hantu ya

alhamdulillah rezki aku jumpa balik rantai kaki tu.. aku siap nazar kalau jumpa gelang tu aku puasa sehari.. esok tu terus posa.. heheh.. kita doa allah tunaikan.. kita kena juga balas tanda syukur apa yg allah tunaikan..
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah