Friday, March 2, 2012

Back from school..

Nak sangat bawak sendiri beg dia kan
heheh sama tinggi dengan tuan.. camana ni
meleret ke lantai juga nampaknya


cute bawak beg sendiri.. tapi dah penat heret je.. adoii

gaya dah ada.. tp kat mulut tu melekat juga.. bila nak putuskan hubungan ngan ateng adik tu.. huhuhu


everyday i mss u syg...


Thursday, March 1, 2012

Mawi n Princess...~~

Abi Mawi bersama cahaya matanya
CAHAYA MALAIKA nama di beri... 
comelnya la hai..
sedondon dengan abi ya....


 Ikut muka sape ya?

baby semua comel kan......




Pengasuh tampal Mulut budak!




PUTRAJAYA - Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengasuh yang bertindak menampal mulut, muka dan tangan anak asuhannya dengan pita pelekat semata-mata untuk memaksa kanak2 itu diam memakan diri apabila dia ditahan baru2 ini.

Pengasuh berusia awal 20-an itu ditahan pada pukul 4 petang pada 23 nOvember lalu di sebuah taska di Presint 14 di sini selepas pOlis menerima satu lapOran daripada ibu Raif Alfian Farid Alfian, 18 bulan.

Kejadian tersebut telah berlarutan sejak OgOs lalu tetapi hanya diketahui ibu mangsa, Hazlina Rahmat, 29 apabila dia dimaklumkan Oleh penjaga kepada kanak2 lain yg turut menghantar anak mereka ke situ 18 nOvember lalu.

Hazlina ditunjukkan sekeping gambar di mana tertera imej anaknya yg sedang menangis dgn mulut, muka serta tgn nya dilekat dan diikat dgn pita pelekat.

Difahamkan taska tersebut mempunyai 5 pengasuh yg mengasuh lebih 30 Orang kanak2 berusia antara 2 bulan hingga 6 tahun dengan kadar bayaran RM300 sebulan.

Hazlina mendakwa, walaupun masih belum pandai bertutur, Raif seakan cuba memberitahunya sesuatu kerana kerap menangis dan menendangnya setiap kali hendak ke taska tersebut.

“Anak saya akan menangis @ merengek kerana dia trauma setiap kali ternampak benda yg dilekatkan dgn pita pelekat.”

“Saya cuba bersemuka dgn pemilik taska namun dia menafikannya sehinggalah saya membuat lapOran pOlis.”

Dakwa Hazlina, terdapat kanak2 lain yg turut dilayan dgn buruk seperti tgn mereka dimasukkan ke dlm laci & dibiarkan menyusu sendiri.

sumber: Kosmo 30 nOv. 2010



Ni pun kes terbaru yg bayi di tampal mulut bedung camni... serius la ibu mana yg boleh tengok la keadaan camni... tak sanggup!


Kalau tak sabar jangan jaga budak! tu je la aku nak cakap.. kalau takleh pikul amanah orang jangan ambil tanggungjawab ini.. kita hantar berbayar bukan free.. mengharap kan anak kita dijaga elok.. 

Serius kalau anak aku la.. (mintak dijauhkan la nauzubillah) memang aku luku2 kepala pengasuh yang buat tu.. tau tak nak kuarkan sorang tu bukan senang.. suka hati buat anak orang macam tu... emo aku tengok berita-berita camni...!!!!!!!! 

5S kini tersusun rapi

5S la sangat aku kan..
tang ni je.. part lain bersepah2 paper tak terkemas..
work student pun bertimpa-timpa

tapi yang ni dah leh cuci mata...


khekhekhe ni koleksi di opis.. lum kat umah lg.. ayarkkkkkkkkkkkkkkkkk
Tapi kasut lama je pun.. dlm keta ada 2-3 pasang jugak kot
(abaikan slipper toilet tu)




nampak banyak.. tapi pakai yang aku suka aje.. ahhah.. patutla laki den pening..@#$%^&*()



Anak Kunci Syurga

Lama dah terperap entry ni
Kami anak beranak g ceramah Ustaz Azhar Idrus
Di Masjid Al Ridhuan Ulu kelang 28 Januari lepas
Tajuk Ceramah sgt menarik  " Anak Kunci Syurga"

Dari rumah lepas maghrib kalau ikutkan 10 minit dah sampai
tapi rupanya jalan jam..
punyala ramai peminat Uztaz idrus ni



Siapkan anak bujang ku
baju ni untie zila bg dari morrocco
dah lama simpan
sekarang dah muat

 jubah berseluar



 mula-mula dia mcm tak selesa  asik suh bukak je.






 mama pun pakai jubah hadiah dr papa

Jubah ni kenangan bg mama..
Jubah ni papa belikan masa kami bertunang
masa tu tahun 2006 papa pegi umrah sebelum kami kawen
sekarang ni baru mama pakai (sbb kain dia keras n tebal sket)
hihi lama simpan kan


sampai-sana memang takde tempat la dlm masjid..
tegok kat luar ni pun penuh dah.
siap pasang skrin di luar

lepas ceramah jemaah sembahyang isyak.. sampai ke luar-luar kawasan.. atas batu dan tanah



Budak tu solat beralaskan kertas..  masa ni aku melayan mika makan.. tepi-tepi tu banyak gerai makanan




1st time bawak mika gi dengar ceramah.. pengalaman .. papa kata belom boleh bawa lagi kot... dia berjalan sana sini.. pastu bola dia baling lak kena orang depan.. alahai.... macam-macam kerenah.. papa kata lepas ni tunggu dia besar sket la baru boleh bawa.. nak kipas.. nak air.. nak macam-macam la.. beg mama dah mcm doremon rasanya penuh barang-barang dia je...


Seronok sangat dengar uztaz ni ceramah.. kelakar.. dan banyak ilmu dapat.. uztaz byk menjawab pertanyaan soalan yang orang ramai tujukan pada dia melalui FB je.. antara yang aku dpt Makruh sembahyang pakai telekung yang jarang menampakkan tubuh.. ada peluang nak pegi lagi.. tapi memang sesak sgt la.. pengaruh besar juga uztaz azhar Idrus ni kan..


Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah