Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Monday, December 15, 2014

baby bam bam





 asslamualaikum....

nak bersihkan sawang..
blog mama dah berkurun tak update...
bz bila ber anak 3.. keje lg.. hahhaha
nak share pic budak bam bam...
tak lama lagi dia nak setahun dah...
 
 budak demok yang manja.. sangat berbeza dengan abang dan kakak.. asik nak berkepit je ngan mama...
abaikan dia pakai suar kakak.. ni papa punya keje,.. suar pink pun bantai sarung kat adik... adik pasrah je....






 pic raya haji...


Tembam kan saya.. sama macam yg dalam gambar kat baju saya...
9kg 11 bulan ++
takpe mama saya kuat dukung saya walaupun lenguh...
saya dah ada 5 batang gigi...
doakan saya cepat boleh berjalan.... daaaaaa

Monday, June 3, 2013

Keluarga atau Kerjaya????

 Kalau boleh keluarga adalah no 1 dan segalanya
tapi apakan daya....


kala ni.. hati benar2 dilema..
sejak lahirkan deena
1st time mama akan tinggalkan dia minggu ni
kursus 4  hari di PD

Nak tinggalkan deena ngan papa adalah tak sama
kalau mama tinggalkan abg dengan papa mcm dulu
deena sangat manja dengan mama
tidur malam tak boleh tanpa mama
lagi-lagi dia bf malam
kami dah try 3 malam papa tidurkan dia..
dia menangis meraung tak nak


sungguh hati mama sedih

mama solat pun dia dah menagis bengkak mata camni
apatah lagi kalau mama tak de nanti
tak dapat mama bayangkan

Nak di tolak kursus tu memangla boleh
walaupun kesan risiko mama kena tanggung
tahla kepala betul2 serabut tuk buat pilihan
kursus atau anak.............. dalam hati memang anak
tapi apakan daya.. aku hanya pekerja biasa...


kalau korang camana nak buat?
apa pendapat kawan-kawan?


deena ni perangainya taknak dengan orang
walaupun dengan papa dia... nak pun kejap2 je
dengan pengasuh okla... tp takkan malam nak tinggal dengan diorang
sememangnya orang tak mau..
huhuhuuuuuu pening kepalaku....

Sunday, March 17, 2013

Selamat malam!

Sajecdera adik...
Dua bukan suka pakai topi-topi ni...
Hahaaa muka dah penuh x muat dah topi baby tu...
Baby tua bawah tu nak interframe gak!


baby tua 

Friday, March 1, 2013

Syahdu di pagi Jumaat..

Pagi tadi sambil aku bersiap...
Si abang peluk kaki mama dengan erat....
 Dan dia tengok muka mama dengan syahdu lalu berkata " mama tak payahla pegi kije "

Aku " tak bolehla... Mama kena pegi keje nak cari duit.... Nanti abang nak mainan mama takde duit nak beli"
Lantas dia pun berjalan mencari sesuatu...


Rupanya dia mencapai tabung bear dia...
"mama ni abang ada kuit (duit)"



Ni la tabung dia yang papa selalu suh dia masukkan duit syiling...
nak bagi mama suruh mama tak pegi keje
 kamu sungguh sweet!


Alahai comelnya kamu sayang...
 sanggup korban duit tabung nak suruh mama tak pegi keje ya...
sayu sgt hati mama tengok keletah abang pagi-pagi tadi...
Nanti la tunggu mama cuti kita spent masa sama-sama okey,... mama bawa abang jalan-jalan



ni la budak yg tak bagi mama g kije...


 
Ni plak peneman mama setiap pagi pegi keje...
anak yang baik.. alhamdulillah seminggu lebih pegi dan balik drive bersama adik
adik tak penah meragam lagi
semoga allah permudahkan semua urusan kita... aminnn
 


Mama sayang abang & adik sangat-sangat!!! 

Friday, February 15, 2013

babysitter oh babysitter... HELPppppppppppp

Helppppppppp
anyone boleh bantu

sy sedang mencari babysitter baru untuk deena
wat masa ni dia masih dijaga di nursery
but ada story mory mama nak tukar baby sitter dia..

Kalau ada sape tau pls email me shinbi3@gmail.com 
nak di area taman melawati, kemensah or taman permata atau kawasan sekitar yag berdekatan. kalau boleh nak tukar awal bulan depan... kalau ada sesiapa tau ada orang leh jaga baby bgtau ya...
dah puas tanya sana sini...
 harap2 dapatla jumpa babysitter yg baik boleh jaga my baby...
 rindu dak bam bam ni,....


hati tak senang duduk di opis teringat dia...
ya allah kau lindungila anak-anakku amin... tq kawan-kawan..

Tuesday, May 22, 2012

Bagaimana Rasulullah Mendidik Anak?



Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

 

Wajah anak bertuahku yang main plastecin menjadi lollipop!



Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.




Tahap Kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.



Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.



Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.







Semoga kita dapat mendidik amanah Allah ini dengan sebaiknya... aminnnnnnnnnnn

Thursday, May 10, 2012

akummmm ooo akummm....

Apa yang anda fikirkan melihat gambar ini????


Hehe pic ni hubby MMS kat aku.... mika sibuk nak g umah jiran tingkat bawah... nak main dengan anak kawan kami...  rumah my friend aka jiran juga... kebetulan haritu hubby buat kuew teow ladna...  Dia tapaukan sekali nak hantar juadah... bagi anak2 makan sama-sama...

Si kenit ni sibuk nak bawak.. hubby perhati je apa dia nak buat... Dengan tangan sebelah mangkuk tingkat ( berat jugala bg dia) sebelah tangan nak bawa kapal terbang... dengan mulut hisap puting....


sampai umah jiran.... "akummmm akummmmmm acin.... acin (nama anak jiran)........" hahahhah sangat sweet... ruginya mama tak tengok masa tu....


Besar sikit lagi senang la mama ada posmen leh hantar apa-apa rumah jiran di bulan puasa.. heheh


Saturday, March 17, 2012

sayu.....



sedih..
hari ni layan mika puas2


esok mak tok dah nak ambil dia
malam esok mama dah nak fly
camana la nanti seminggu tak pandang wajah kesayangan ni

tak sanggup lalui hari tanpa dia


peluk cium puas-puas hari ni.....
 sayu tul  hati nak tinggal dia..lum pegi dah rasa nak nangis...huhuhu

Tuesday, March 6, 2012

Jaga kulit

Setiap hari ada je akal baru...
aku perhati jek budak kecik ni
apa dia nak buat..
dia nampak losyen then minta buka
ok kita tengok je

oo tau rupanya tuang losyen kat tangan



oo dah keluar la


meh kita sapu....


ratakan pada kulit.. pic ni aku tak leh tahan kemain lagi dia menyapu kat tapak tangan


Tuang tangan kiri pulak...



ok kaki pula.... semua nak sapu......



Pandai mika tiru mama kan... selama ni tgk mama pakai losyen jd pembelajaran kat dia... esok akal apa pula lagi.. mama tungguuuuuuuuu

Friday, March 2, 2012

Back from school..

Nak sangat bawak sendiri beg dia kan
heheh sama tinggi dengan tuan.. camana ni
meleret ke lantai juga nampaknya


cute bawak beg sendiri.. tapi dah penat heret je.. adoii

gaya dah ada.. tp kat mulut tu melekat juga.. bila nak putuskan hubungan ngan ateng adik tu.. huhuhu


everyday i mss u syg...


Thursday, February 16, 2012

Present from papa... Reward 4 mika....

 Dah lama papa berjanji
nak belikan motor atau kereta mainan tuk mika
tapi tak tunai-tunai
mama tolong mika push papa.. khekhekhe ( ke mama dia yg lebih ni) haha
last week masa kat kampung ronda-ronda kat BP mall
tengok 1 kedai toys ni .. harga macam berpatutan dr tempat lain

sms papa.. sebab masa tu papa kat penang
Apa kata kita belikan mika motor mainan ni since birthday dia dulu cuma wat party je hadiahnya non ado.. sebab hadiah dia dapat pun dah berlambak..
papa mood tengah baik sebab dia dapat konvoi ke penang ngan kawan-kawan dia sedangkan kami kat kampung.. bila papa bagi green light mama apalagi terus suh mika pilih.. khikhikhiii


 Bila suh pilih kemain belek dia satu -persatu.. teruja yang amat...


 papa kata yang putih cantik.. tapi takde stock dah.. mama tengok macam motor polis trafic la pulak



 Rasanya masa ni dia tengah rambang mata.. semua dia nak try.. semua dia nak pegang.. kami tengok je aksi dia.. cute pun ada...



 lastly mama tolong buat pilihan.. warna hitam.. nampak smart.. hihi dah tanya mika nak warna-warna apa.. hehe dia ngikut je. so budak china ni tolong adjustkan speed kaki tu supaya senang pijak..



 Dia dah tak sabo tunggu cina tu godek motor dia..


Ok mari kita test.. kalau mika pandai bawak baru mama beli.. heheh



 mak tok risau je.. sebab dia bawak suka hati dia.. dinding pun nak langgar...


 penuh perasaan mencuba kan...


ada gaya tak macam papa...


ok pilih yang ni la mama...


nak bawa balik.. kita nak masuk dalam troli dia tak bagi... dia nak naik gak.. sudahnya pakcu dia yang kena sorong dia.. selamber je dia naik sampai keta dalam BP mall tu.. dah pakcik2 guard org2 kat situ menegur.. mika... mikaaaa....







Like father like son.... apapun TQ papa... hadiah tuk mika.... lepas ni jangan lupa hadiah tuk mama pulak k... hahahahhah (jangan pening-pening .... :P)

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday~~~ Makin Parah

Tengokla sendiri apa sudah jadi...

makin di larang.. makin buat aksi comel...

bukan 1.. 2 sekali dia sumbat...

saje bagi mama geram kan!!!





buat muka comel...



hallloooooooo mama.. jangan marah-marah..









posing lagi





Mama jangan pening kepala ya.. sian mama.. sedapla mama puting ni.. nak buat camana... hihi


Tahun depan mahu g skul.. buangla puting tu yer sayang...



Mama sayang mika ketat-ketat... muahhhhhhhhhhhhhhh


Wednesday, December 28, 2011

Ada sape Rindu tak??


 Ada Sape Rindu mika  tak?
Mika balik kampung jumpa adik  icha
hihihi






 Wordless wednesday.......


mama  masih penat...
badan nak demam
esok baru masuk opis... huhuhuhu



Wednesday, November 23, 2011

Patutla sunyi.......

Biasanya petang balik dari nursery aku mestikan bukakan mika TV
Masa tu la dia nak layan kartun.. upin ipin TV9 6.45 ptg
bukan saje bg dia ngadap tv..
Masa tu la aku nak berkemas, nak mandi segala bagai..
Kalau tak bukakan tv mula la dia buat keje lain takpun merengek itu ini

semalam aku mandi aku biarkan dia sendiri tengok tv.
selalunya kalau 5 minit tgk aku takde mula la memanggil takpun ketuk pintu bilik air...
tapi semalam agak pelik.. apesal budak ni senyap jek...
rupanya...
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

..

.




Lorrr dia dah membuta.. mimpi sampai ke china... ni mesti kat nursery tak tido siang... penat sangat la tu

dia tido kul 6.50 sampai ke 10 malam..

lepas tu masak la melayan ..
bangun-bangun terus bersilat..
aku mata dah ngantuk .. makanya papa dia la melayan sampai 2.30 pagi baru tido..
tah apa 2 beranak tu buat pun tak tau..
sebab maknya dah belayar dulu... hihihi


bahaya kalau dia tido awal.. tengah malam bangun dia bermain.. huhuhu




Tuesday, October 25, 2011

Anak-anak sekarang

Bertuah anak-anak sekarang kan..
mengikuti peredaran masa dengan dunia IT

yerla zaman kita kalau ada ipad pun mungkin kita merasa...
rezki mereka dapat rasa kecik2 berbanding kita dulu
Mama start pakai HP pun masa zaman kat U tau beli pun 2nd hand awalnya
tu pun dah semester 3 baru ada..
hasil kumpul duit sendiri..


ANAK BERTUAH aku... layan youtube Upin Upin




siap dengan bantal ngan air tepi tu..



macam orang besar la kamu.. meniarap layan movie upin ipin.. mata tak berkelip kalau tengok upin tu.. kalau leh nak masuk jd pelakon sama citer tu gaknya



Kesian laptop mama dah jadi laptop awak... tengokla keypad pun dah tercabut-cabut... sape mau ganti??? huhu ... harus claim kat papa... hahaaa tak pasal2 papa yg kena...




 BERTUAH ANAK-ANAK sekarang kan..

kecik2 dah ada yg merasa ifone, ipad.. segala bagai.. aku yg tua ni pun lum de rezki lg nak pakai tu semua... khikhikhiihkhi... banyak keperluan lain yg perlu didahulukan dan di utamakan... kalau ada lebih baru la boleh fikir2kan nak beli gadget2 canggih tu semua....


Sunday, October 16, 2011

Rindu????


 Dah lama Tak enterframe pic sendiri...

Ada orang rindu ke???
Perasan  sendiri...  :P

me n  my nyawa  buah hati......

My Mikhail penguat semangat hari-hariku...

Terima Kasih Ya Allah..


Friday, September 23, 2011

Kerenah Anak Orang dan Anak sendiri

 Di rumah kita la Ibu kitala guru pada anak sendiri
Di tempat kerja.. kitala Tenaga pengajar dan kitala juga ibu kepada anak orang..

nampak macam serupa.. tapi ianya adalah berbeza...
di rumah 1 kerenah je kita nak hadapi.. anak sendiri yg memang lahir dari zuriat kita sendiri.. kita yang membentuk mereka.....


Di tempat kerja.. pelbagai ragam,.. pelbagai kerenah.... walaupun anak orang tapi dah menjadi tanggungjawab mereka di bawah pengawasan kita.. kadangkala bertindak sebagai kaunselor... rata-rata student ku ramai perempuan.. memang banyak betul kerenahnya... jangan kata pelajar lelaki je NAKAL.. pompuan pun sama naiknya.. kadang-kadang tak terjangkau dek akal nak menanganinya...
Tapi ada hikmahnya.. di sebalik itu aku menjadi semakin dewasa mengenali setiap kerenah manusia..

Mendidik anak orang yg biasa... sederhana dan anak orang kaya... mencabar dengan pelbagai gayanya... ada yang payah nak ditegur.. almaklum la anak orang kaya.. Tujuan kita sama.. belajar tak kira la miskin atau kaya... walaupun aku bukan mengajar bukan di peringkat sekolah.. mendidik anak remaja juga adalah zon yang sangat mencabar... semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi...


 Berkat mendidik anak orang  semoga Allah permudahkan mendidik anakku sendiri...


 semoga dia jadi anak yang mendengar kata... bijak dan soleh....



Mata layu nak tidur... hihi



 Minggu ni aku menghadapi pelbagai masalah pelajar... macam ragam manusia.. membuatkan kita semakin hari semakin dewasa... Ya Allah kau lindungi la anak-anakku nanti.. aminnnn
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah