Showing posts with label konvoi motorbike. Show all posts
Showing posts with label konvoi motorbike. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

Krabi!



Cuti Hari Malaysia kami tak kemana-mana
Yang holidaynya hanya Mr. Hubby
dia konvoi Ke Krabi dengan geng motor
huh tension je.. nak taknak bagi takpela sesekali
sib baik mak datang sini leh teman tuk 3 hari
tak la sunyi..


 Sib baik dia g ngan motor.. kalau tak kami nak je follow...
huwaaa mama ngan mika nak holiday juga,............ mana aci camni..
Nak tuntut gak nanti



   
cenderahati tuk kami 3 beranak.. papa.. mama n mika.. huhu
Orang lelaki yang pegi mana de shopping sangat.. mujur ada gak yang dia beli hihi
1 lagi dia beli FM.. tapi pic takde plak..

Krabi cantik kan.. bila la aku plak dapat ke sana...

Thursday, February 16, 2012

Present from papa... Reward 4 mika....

 Dah lama papa berjanji
nak belikan motor atau kereta mainan tuk mika
tapi tak tunai-tunai
mama tolong mika push papa.. khekhekhe ( ke mama dia yg lebih ni) haha
last week masa kat kampung ronda-ronda kat BP mall
tengok 1 kedai toys ni .. harga macam berpatutan dr tempat lain

sms papa.. sebab masa tu papa kat penang
Apa kata kita belikan mika motor mainan ni since birthday dia dulu cuma wat party je hadiahnya non ado.. sebab hadiah dia dapat pun dah berlambak..
papa mood tengah baik sebab dia dapat konvoi ke penang ngan kawan-kawan dia sedangkan kami kat kampung.. bila papa bagi green light mama apalagi terus suh mika pilih.. khikhikhiii


 Bila suh pilih kemain belek dia satu -persatu.. teruja yang amat...


 papa kata yang putih cantik.. tapi takde stock dah.. mama tengok macam motor polis trafic la pulak



 Rasanya masa ni dia tengah rambang mata.. semua dia nak try.. semua dia nak pegang.. kami tengok je aksi dia.. cute pun ada...



 lastly mama tolong buat pilihan.. warna hitam.. nampak smart.. hihi dah tanya mika nak warna-warna apa.. hehe dia ngikut je. so budak china ni tolong adjustkan speed kaki tu supaya senang pijak..



 Dia dah tak sabo tunggu cina tu godek motor dia..


Ok mari kita test.. kalau mika pandai bawak baru mama beli.. heheh



 mak tok risau je.. sebab dia bawak suka hati dia.. dinding pun nak langgar...


 penuh perasaan mencuba kan...


ada gaya tak macam papa...


ok pilih yang ni la mama...


nak bawa balik.. kita nak masuk dalam troli dia tak bagi... dia nak naik gak.. sudahnya pakcu dia yang kena sorong dia.. selamber je dia naik sampai keta dalam BP mall tu.. dah pakcik2 guard org2 kat situ menegur.. mika... mikaaaa....







Like father like son.... apapun TQ papa... hadiah tuk mika.... lepas ni jangan lupa hadiah tuk mama pulak k... hahahahhah (jangan pening-pening .... :P)

Friday, May 20, 2011

Konvoi kereta & MOTORBIKE

Balik kampung baru ni kami konvoi...
tapi kereta dan motor...
aku bawa mika naik keta...
hubby naik motor.. boleh camtu???


dia nak try jalan jauh motor dia.. yerla beli pun bukan motor baru.. second hand.. nak tau gak ok ke tak conditionnya.. nak jalan dekat2 tak feel katanya... nak tak nak aku ikut kan je la keinginan dia... so gerak petang jumaat dah nak dekat magrib.. jalan nak ke sungai besi dah la jam.. hubby aku sampai dulu.. kami dah set check point kat stesen minyak BP selepas tol sungai besi tuk solat maghrib.


keta dan motor nak balik kampung....




tengok la dua beranak ni... makan2 tepi tu.. tunggu turn mama solat dulu papa tunggu mika.. then papa solat mama tunggu mika plak.....




hubby jalan depan aku jalan belakang... aku takleh laju2.. aku kan bawa mika.. dah la ada masa dia nak bangun la apa la. nasib baik selebihnya aku bagi dia layan tengok upin ipin...




konon2 nak snap tp tak nampak lerrrr.. dah malam....


banyak kali berhenti.. check point kedua hentian seremban....


check point ketiga hentian ayer keroh.. kat situ mika memerut lak.. hmm tukar pampers bagai... teruskan perjalanan berhenti lak kat lepas tol pagoh... hubby kata takleh jalan terus dia pun lenguh... hihi lagipun tak biasa motor baru kan...


dalam jam 11 gak kami sampai kampung.. alhamdulillah.. tak syok la drive sendiri.. aku takleh tido macam selalu aku buat tuuuuuuuuuuuuu.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


ada cerita perjalanan balik KL tu.. nanti sambung k.


kami macam kura-kura ngan arnab.. hubby sampai hentian je mesti tunggu aku.. call suh berhenti.. dia dah leh isap2 rokok dah rileks... eeeeee kalau leh nak naik je sama ngan dia.. tp mika nak sumbat mana..... hahahhaha
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah