Showing posts with label anak kena neb. Show all posts
Showing posts with label anak kena neb. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Neb lagi!

 Hari sabtu seawal pagi kami dah menuju ke hospital PUSRAWI..
kalau kami sakit situ la kami tuju...
mika sejak lahir serasi ubat disitu...
Lagipun situ panel ofis aku.. alhamdulillah lega la juga...

Malam tu dia takleh tido.. batuk yang teruk... nafas berbunyi
merengek gelisah dan resah dalam tido
kesian sangat.. nafas mcm ada lendir kahak...

Esok tu hubby bawak terus ke hospital...
memang kami dah agak kena amik neb lagi,...
itu jalan terbaik supaya dia cepat sembuh....


 Alhamdulillah di usia menjangkau 2 tahun 10 bulan mika dah semakin bijak...
Tak perlu mama, papa n nurse pegang dia  meronta  macam dulu..
setenang-tenangnya dia amik neb







 Anak mama yang baik.... good boy....



 Ada rahsia kenapa dia diam...

Aku ngan hubby amik gambar dia....
tunjuk kat dia... n cakap...
"waaaaaaaaaaa mika mcm ULTRAMAN la pakai mask ni...."
senyum-senyum dia dalam mask tu...
mesti dalam hati.. wah bestnya aku mcm ultraman.. ehheheh
Sorry syg mama terpaksa ckp mcm tu supaya mudah keje pakai neb tu..
untuk kebaikan mika juga.. hihi


 Sangat mudah dan cepat siap.. sebab mask tak berganjak...


Dalam 10 minit dah selesai.....


Doc kata kalau biar boleh jadi lelah.. mujur kami cepat... bukan sekali ni mika amik Neb memang tiap kali batuk berkahak ni la ubatnya bagi cepat baik... alhamdulillah da beransur sembuh....


Monday, February 20, 2012

Keranamu Ultraman...

Tq Ultraman..
awak penyelamat keadaan saya..
kalau tak pasti berlakunya pergelutan anak dan mak bapaknya
tiap kali amik neb..
tapi tidak kali ni..
alangkah leganya

mika batuk berkahak... susah nak tidur asik terjaga dan menangis
dah 2 malam mcm tu walaupun bagi ubat..
maybe susah nak bernafas sebab dia kena selsema gak..
bawa g klinik confirm doc suh amik NEB juga



my GOOD BOY sayang..
dah besar .. makin baik.. tak meronta macam dulu

elok diam sampai habis ubat






kalau tak dulu macam ni la keadaanya amik NEB... kena balut.. kena pegang  kuat.. meronta.. menangis.. tengok pun tak sampai hati.. tapi apakan daya demi nak baik..


Tapi semalam mama proud ngan mika.. mika makin bijak n baik kan...tak nangis dan meronta dah...




baik sungguh.. mama betulkan tali pun diam je,....



menjeling kat papa amik pic dia..

senang mama jaga... duduk diam je... papa pun siap relaks...

nak tau apa UMPANnya????


masa awal nurse pakaikan .. aku ngan hubby cakap macam ni..

" wahhhhhhhhh adik pakai ni macam ULTRAMAN la... ame arrr ngan otomen..."

terus dia senyum-senyum dan duduk diam je pakai mask tu.. hahah tapi masa pakai mask tu muka serius je...

tak sangka sangat berjaya dengan 1 ungkapan ayat  mcm tu... disebabkan lately dia suka sgt tengok ultraman. 1 side ada kebaikannya kan.. sebab tu allah kata setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. ehhehe

dalam fikiran dia maybe dia kata.. "yerr akula ultraman" hihihihi


mika budak baik kan.. gud boy.. cayang dia..

see.. mama tak payah pegang dia pun takpe... mudah kerja mama.....


Get well soon sayang.....


Friday, August 26, 2011

Sakit Nak Raya

 2 Malam lepas..
Bawa mika ke PUSRAWI..
Batuknya makin teruk...
Kerongkong kedengaran kahak yang banyak..

Dan memang telah ku agak
Dia kena NEB lagi...


 Awal-awal.. still cool.. mata pandang Nurse... malu nak meronta ke apa


 Dah mula rasa lain macam.. tap[i senyap je



Dia dah nak start dah... mula pegang nak buka.. Selepas dari tu.. keadaan menjadi teruk bila dia meronta-ronta taknak pakai sarung gas tu.. aku ngan hubby dah jd hulk dah pegang 2 orang.. 1 hospital dengar suara dia...terpaksa PAKSA dia abiskan ubat.. kalau tak teruk dia batuk n boleh jadi LELAH doc kata.. ishhh minta dijauhkan....



3 jenis ubat batuk dan 1 ubat lelah... aku minta vitamin kat doc sebab mika susah nak makan...



Siap dapat sampul duit raya lg dari pusrawi...



Now mika dah pun hampir sembuh.. terima kasih juga yang mendoakan kesihatanku semalam...
Hari ni last Day keje kan.. seronoknya.. tak sabar tunggu esok... Nak balik ke kampung halaman...
ada gak kawan2 dah start cuti kan.. semoga selamat perjalanan pergi dan balik nanti ya.. take care.. daaaaaaa

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah