Showing posts with label nebulizer. Show all posts
Showing posts with label nebulizer. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Neb lagi!

 Hari sabtu seawal pagi kami dah menuju ke hospital PUSRAWI..
kalau kami sakit situ la kami tuju...
mika sejak lahir serasi ubat disitu...
Lagipun situ panel ofis aku.. alhamdulillah lega la juga...

Malam tu dia takleh tido.. batuk yang teruk... nafas berbunyi
merengek gelisah dan resah dalam tido
kesian sangat.. nafas mcm ada lendir kahak...

Esok tu hubby bawak terus ke hospital...
memang kami dah agak kena amik neb lagi,...
itu jalan terbaik supaya dia cepat sembuh....


 Alhamdulillah di usia menjangkau 2 tahun 10 bulan mika dah semakin bijak...
Tak perlu mama, papa n nurse pegang dia  meronta  macam dulu..
setenang-tenangnya dia amik neb







 Anak mama yang baik.... good boy....



 Ada rahsia kenapa dia diam...

Aku ngan hubby amik gambar dia....
tunjuk kat dia... n cakap...
"waaaaaaaaaaa mika mcm ULTRAMAN la pakai mask ni...."
senyum-senyum dia dalam mask tu...
mesti dalam hati.. wah bestnya aku mcm ultraman.. ehheheh
Sorry syg mama terpaksa ckp mcm tu supaya mudah keje pakai neb tu..
untuk kebaikan mika juga.. hihi


 Sangat mudah dan cepat siap.. sebab mask tak berganjak...


Dalam 10 minit dah selesai.....


Doc kata kalau biar boleh jadi lelah.. mujur kami cepat... bukan sekali ni mika amik Neb memang tiap kali batuk berkahak ni la ubatnya bagi cepat baik... alhamdulillah da beransur sembuh....


Friday, October 29, 2010

Mika kena NEB

Petang samalam aku terpaksa half day... rasa tak sedap hati sebab pagi tu badan mika masih panas. tghari balik umah bawa dia g klinik...

masa aku amik kat nursery nampak mata dia layu dan lemah je.. bila pintu nursery di buka dia nampak aku dia melambai lemah.. alahai sedihnya tengok...

Dah agak doc mesti suh dia amik neb.. nafas mika berbunyi .. banyak lendir di kerongkong... suhu badan tinggi 38.3%c. doc kata ada jangkitan kuman sama... petang tu gak kena masuk ubat kat punggung..

Masa awal-awal.. boleh tahan lagi la.. tu pun sibuk dia nak bukak menda alah tu..


nak tunggu ubat abis... meronta meraung-raung..... kalau setengah jam mask tu ada kat mulut.. setengah jam dia menangis.. tersedu teresak-esak.. tp apakan daya walaupun tak sanggup tengok dia menjerit tp aku lg tak sanggup tengok dia sakit...

bila dia batuk muka sampai naik urat.. merah padam macam takleh nak bernafas... huh panik gak aku ngan hubby.. 2 hari lg appoiment semula ke spital.. petang tu duk minta suh duk wad nak suh amik neb kerap. tp aku lak minta balik umah dan janji akan dtg hari2 untuk amik neb.. yerla kalau boleh taknakla kena tahan wad...


dan malam pula kami sekali lg berkejar ke hospital semula sebab mika muntah-muntah.. tunggu next entry ya..





Thursday, August 26, 2010

Mika bertarung dengan ubat

Malam td kami pegi lg atas appoiment yg doc bg semalam.. lepas berbuka di jln ampang terus ke Pusrawi.. sampai-sampai tunjuk surat appoiment terus ke belakang.. mika sedia nak kena sedut gas... meh kita tengok...


2 orang nurse tengah pujuk-pujuk dia... dia pun elok je dia lg masa tu.. nurse semalam pun dah kenal mika.. "ooo adik yg menangis semalam ek, hari ni nangis lagi tak?" so mereka dah kenal n tau camana kejadian hari sebelumnya mika terjerit2 meraung 1 bangunan leh dengar...

oleh kerana nurse dah tau mika ni kuat meronta.. mereka siap2 nak bedung mika dulu sebelum letak nebulizer tu...


masa ni still ok.. nurse dah tinggalkan kitorang tunggu dia n kawal sendiri....

Masa ni plak dia dah mula tengok muka aku.. tengok muka hubby.... dia senyap adala dlm 4-5 minit kot.. lepas tu start meronta...

Tengok baring pun dah senget dr tempat asal. dia dah mula meronta.. selepas amik gambo ni.. dia meronta kuat.. abis terbarai kain bedung tu.. ubat pun tumpah sket.... kuat betul mika ni...tak padan kecik ngan kudrat yg dia ada...

lepas tu jumpa doc.. doc cuma pesan kalau leh jgn tido beraircond sgt, jangan bg benda2 sejuk.. kalau batuk lama paling kuat pun 2 hari kena terus bawa g klinik.. alat penyedut gas tu pun dia suh kami bw balik.. lenkali dtg leh bawa n guna.. kalau tak kena bayar lain plak..

hari ni dia beransur ok.. cuma dia masih batuk... mcm2 aku pesan kat bibik suh tengok2 dia... hmmm tima kasih semua doakan mika ya...
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah