Showing posts with label perompak jalan. Show all posts
Showing posts with label perompak jalan. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Mujur Allah Selamatkan Kami


Balik dari kampung kan kami Konvoi kereta motor kan macam dalam entry ni. maka hari selasa tu awal pagi dalam kul 9 dah bertolak balik.. hubby naik motor aku kan bawa keta.. so follow memfollow je kitorang.. sampai memana kitorang berhenti..

kami bertolak pagi sebab taknak lalui jam atau hujan petang.. manala tau ramai yang cuti sempena wesakkan.. lagipun leh rehat2 kemas rumah sebab esok tu nak kerja. Nak jadi cerita masa balik tu sampai highway kat BANGI... depan aku semuanya kereta .. adapun 1 je lori gas.. tu pun lori kecik.. laluan 3 lane... dan aku di lane tengah...

 Sedang aku syok nanyi lagu hindustan....

mika sedang tido....

TIBA..TIBA...

bummmmmmmm...

dengar bunyi dentum kuat...

terkedu terus aku..

ada batu singgah kat depan cermin keta aku..

tak tau dari mana..

yang aku nampak datang dari arah depan 2 biji.. 1 lagi kena keta depan.. dan 1 kena kereta aku.. 

lepas kena aku tergamam.. teruskan perjalanan sebab aku rasa tak berderai so biarla.. malas nak berhenti... lagipun kat highway...

nampak tak anak panah tu..... panjang lebih dari sejengkal...








semakin panjang retakan keesokan harinya bila aku bawa g ke opis...

bila balik tu bincang2 ngan hubby memang aku pelik dengan kejadian tu...

yerla takde lori takde orang potong rumput camana boleh ada batu besar penumbuk singgah kat cermin kereta aku... kereta depan aku pun kena..

rupanya kan bila aku ingat2 balik aku perasan mcm batu tu kuar dari tingkap sebuah kereta yang sengaja di lempar keluar..ya memang aku ingat.. 2-3 biji dilemparkan.. 1 kena keta depan 1 kena keta aku.. mungkin dengan tujuan nak pow atau rompak la gaknya bila kami berhenti tgh cermin pecah.. mujur aku tak berhenti kan.. kalau aku berhenti apala nasib aku ngan mika... kan sekarang banyak kes.. org baling telur mentah depan cermin kereta.. bila pasang wiper akan jd berbuih2 maka tak nampak jalan masa tu org berhenti dan rompak katanya la...


nasib baik aku tak terfikir nak berhenti langsung kan... aku jalan je terus.. masa kena tu aku call hubby dia kata jalan je terus.. kalau tak apa jadi entah kalau betul ada orang niat jahat.. Ya allah terima kasih selamat kan kami...


RM melayang .. dah la tak insured cermin  hari tu... huwaaaaaaaaaa................. takpela janji nyawa kami selamat...

pengajaran kaum wanita kalau kena apa2 jangan berhenti ya... jalan terus n keep calling ngan sesapa.



Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah