Monday, January 11, 2010

Ubat selsema tak sesuai untuk bayi?????

Actually mika semalam demam n selsema.. ni 1st time dia kena selsema.. kesian aku tengok duk merengek2 je dia.. maybe kepala dia pening kot kan.. aku bawa g klinik doc bg ubat selsema+batuk... aku bg gak la.. memang aku tengok ada kurangnya.. tapikan aku tak sedap hati bila kawan bgtau yg ubat selsema tak sesuai tuk budak below 2years ni... n aku search gak kat internet mmg ada artikel tu....

tgk ni...


Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun, demikian penemuan terbaru Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

Susulan itu, Bernama melaporkan, PBKD memutuskan untuk mengehadkan penggunaan produk untuk merawat batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman.

Amaran keselamatan seperti "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun" wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan, katanya dalam satu kenyataan.

Produk-produk terlibat adalah sediaan cecair melalui mulut yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.


Tambah pegawai kanan kementerian itu, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan jika diberi melebihi dos yang disarankan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," Eisah dipetik berkata semalam.

Tambahnya lagi, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema yang dialami kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema daripada jangkitan virus boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya seperti dilaporkan.

DAN AKU TERJUMPA LAK ARTIKEL KISAH INI............

KIsah Norain..
nak cite sikit.. kisah benar berlaku pada anak saudara saya... masa tu usia dia
baru 3 minggu. adik ipar saya berpantang di rumah ibunya yang juga didiami
oleh anak2 saudaranya yang lain. nak jadi cerita, anak2 saudaranya demam
selsema + batuk. mereka bawa pegi jumpa klinik izham somewhere kat ampang..
kat taman sri ampang ke atau dekat2 situlah... doktor bagi ubat demam, batuk
dan selsema, and sukatan is 2.5ml... remember ye.. baby baru 3 minggu...


bila adik saya pergi kerja, dan isterinya bagi ubat kat baby, baby dia tak lama
lepas tu jadi biru sebab tak leh bernafas. jantung terlalu lemah sebab semua
ubat tu ubat yang mengantuk and most probably over dosed..(kata dr ampang
puteri)... adik saya bergegas pulang, baby dah lembik.. sepanjang jalan buat
cpu.. masa tu hospital terdekat was ampang puteri.. terus masuk icu 5 hari...
kena rm14k...


duit tak pe la lagi... tapi bila kuar icupun masih kena guna bantuan oksigen.
dok kat wad biasa dekat 2-3 minggu. bila adik saya pergi balik ke klinik
izham, dan bagitau apa yang berlaku, mereka tak nak bertanggungjawab, malah
rekod tu ditukar kalau tak silap saya..


pendek kata, kalau anak yang masih baby sakit, lebih baik bawa jumpa pakar.
biarlah mahal sikit, janji dapat perhatian yang sewajarnya dan dose ubat diberi
dengan betul...


sekarang... anak saudara saya tu 'lembab' sedikit.... dah la anak sulung...
hmmmmmmm... berhati-hatilah. ..


wallahualam. ..



So akupun risau la kan...
Aku nak share cuba langkah ni pula.. cara tradisional.. yg penting anak selamat kan...

1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit - Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi . untuk mengeringkan hingus

2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

11 bebelan kawanku:

Ummi Shira (AshAnas) said...

Anas pun kena selesema skrg... shira mmg tak kasik ubat klinik kt die... just biar die sembuh sendiri. bila nmpk teruk br kasik minum madu asli sket...

Anonymous said...

eda bb eda br masuk 5 bln kan...rsnye dia batuk tu sbb tukar bln...bb su pun klau tukar bln mesti batuk...mmg x digalakkan g klinik swasta klau nk pegi terus jmpa Dr. kt gomen or g hospital je terus...tp mcm bb su pegi jgk swasta tp just nk tau dia punye paru2 ok ke x....hope bb eda cepat sembuh

Nurmala Mazlan said...

adeh!!! doc swasta ni mmg tau.. dia belasah je janji masyuk kan..adeh!!! tak kan dia x tau ubat batuk baik utk bb ke tak kan?

amiys said...

alamak.. amir pun kena selsema gak.. hingus dok meleleh.. dok kasi ubat kaler oren n 1 lg kaler jernih.. jangkit dgn abah dia la ni.. tetibe cam nyesal bg amir mkn ubat.. huhu...

@e_da said...

ash anas.. ida kalau tau mmg tak bagi... sib baik baru bg beberapa kali je...

sueliana.. mika ni kalau beralih bulan dia berak2.. lain pulak.. demam jarang2...

Nurmala.. tu la diorg yg penting masyukk je kan.. kita ni mmg tak tau... sib baik cepat dapat info


amys.. ida pun nyesal.. kalau tau mmg tak bagi... takut plak kan..

meza said...

ada petua lain. tp ni kawan yg praktik. sapu vicks kat kedua-dua tapak kaki time nk tido malam. Sok tu, dah lega sikit.

@e_da said...

prettyrain tima kasih beri info kat sy....

fuadnis said...

thanks kak eida bg info ni..tp nis sdiri tak berani bawak baby g klinik2 biasa ni..nis mmg bawak baby g jumpa pakar..dah namanye pun baby kan..kecik lagi..takutla macam2..pakar lebih arif tentang penyakit yg ada..dah dia lebih arif ubat yg sesuai..

Unknown said...

emm betul ke bahaya?? aduh.. takutnye lah, aritu sy de bg gak fatin ubat selsema sbb selsema die teruk.. emm pas ni kene lebih berhati2 lah!

u-look_apin2 said...

akupun ada tengok kat berita bhw ubat batuk & selsema tak sesuai ngan baby..tp hairan masi lagi diberi bila gi hospital @ klinik swasta..nak tanya kat siapa je...sesuai tak baby under 2 yrs disapu dgn VICS kat tapak kaki...sbb kat botol dibagi tau tak sesuai bagi baby under 2 yrs...nak buat tapi tak berani pula..

u-look_apin2 said...

sesuai tak VICS disapu kat tapak kaki baby under 2 yrs...sbb label mgatakan tak sesuai under 2 yrs...nak buat juga ngan baby tapi tak berani..

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah