Saturday, April 30, 2011

Rita Rudaini selamat Melahirkan Anak Ke 2...



Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat.

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang.Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihat

Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.

Kali terakhir orang ramai melihat keadaan Rita yang sarat mengandung ketika dia muncul sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 3 April lalu di Genting Highlands, Pahang.

Sumber berita Mstar.




tahniah buat mereka...

Pencuri line Wireless




Semangat nak update...

line tenet laju...

kini baru aku tau..

rupanya ramai yang curi line wireless rumah aku

ada password tp pasword standard...

kebetulan anak buah ada kat rumah..

aku suh anak buah aku check...

rupanya ada 4-5 org penempel line tenet umah aku...


patutla slow gilerrr selama ni...

kalau malam toksah kata la...kadang2 takleh accses langsung..

alhamdulillah lepas ni takde lg..

gudbye pencuri...



hari ada 2 kenduri... tp mcm malas nak gi..hihi

Friday, April 29, 2011

Jumaat yang Suram

Nyaris-nyaris aku tak g keje,....

sedar-sedar awal pagi jam 6.30 gosok2 mata..

tu pun terjaga sebab mika nak susu...

tp dalam kepala otak aku leh terpikir camni..

"hari ni hari sabtu ke ha?"

pikir2 balik eh arini jumaat la.....

langkah longlai g mandi.. kena g keje rupanya arini....

mood nak cuti jek..

tp seriusly aku ingat arini ari sabtu... hahha tah apa merepek...

awal pagi jumaat suram mendung jek kan.. hujan renyai2 nak g opis td

kawan2 aku minta tolong kalian doakan anak sahabat baik aku NOOR.. ibu aiman..

hari ni kemungkinan anak dia kena sunat .. umur baru 2 tahun 4 bulan..

anak yg comel dan sihat sebelum ni...

ada masalah sikit maka kena sunat awal.. hati ibu mana tak sedih dan risau.. nak menjaganya ni nanti juga 1 hal.. budak lg kan..

doakan moga segala urusan aiman berjalan lancar dan selamat...

ada sesape kawan blogger kenal NOOR

doakan kalian untuk mereka hanya allah yg balas..

terima kasih

Thursday, April 28, 2011

Turn AKU??


ramainya kawan-kawan sekelilingku yang pregnant...

kanan kiri orang peggy... terdetik juga cemburu rasa di hati...

kebanyakan anak-anak sama baya ngan anak aku Mikhail..

semua dah preggy balik....

antara kawan2 bloggerku yang pregnant...

  1. Intan mama khalish dah dapat adik Jaz
  2. anis ummi ukail dah dapat adik inani
  3. ET dah dapat ammar izz
  4. Sue mama zayyan dah dapat adik damia
  5. cha umi oni
  6. eima mama fahim
  7. lyna mama ariff
  8. kak fieza mama irfan
  9. amys ummi amir
  10. nad mama zakwan
  11. eija mama zaquan
  12. Lyn mama Qistina
  13. Linda kawan opis
  14. yan ex housemate

ramai kan


ada lagi tak yang tertinggal???

ingat lagi tak kehamilan aku dari entry ni REZEKI DARI ALLAH


semua datangnya dari allah kan..



kalau baby aku ada lagi kan dah 22 minggu dah aku sekarang ni...

Lilypie Pregnancy tickers


sebab due date bersalin kalau ikutkan 31 OGOS 2011... cantik jek tarikh ek..

tapi semuanya tak kesampaian..

takpela tunggu rezeki lain...

semua ada hikmahnya...




Wednesday, April 27, 2011

Bicycle baby carrier

Ni semua angkara hobi papa.. kami semua terjebak....

mana taknya.. tiap2 minggu dia kuar ride...

aku mesti membebel..

yerla dia duk kuar seharian ngan kawan2 kami be2 kena tinggal.. mana aci...

hubby nak bawa aku je.. mana boleh.. mika nak tinggal mana???

so jalan penyelesaian yang dia cari..

beli benda ni..


Basikal punya baby seat... selamat dengan ciri-ciri keselamatan... nasib baik ada..

aku ingat mesti mahal benda ni .. tp agak berpatutan la.. mungkin ada yg nak tau kan.. akupun 1st time nampak benda ni kat kedai bila ikut hubby..

memula hubby tanya harganya rm170 sekali carrier besi bawah... tp setelah aku yg TAWAR dapat rm140... pelik hubby aku leh tawar byk.. ehheh kena ada cara la ayat kan kat tokey kedai.. hihi bab tawar menawar serah pada aku..

jom kita test kat mika...


setting letak kaki.. yer la kalau takde menda ni kang kaki masuk kat lidi tu naya oooo,....




test duduk.. wah dia jakun teruja gak...


pegi beli helmet kat care4 jek murah.. kat kedai beskal lg mahal plak.. sbb brand kot.. mika suka kuning.. so mama pilihkan kuning...


suka ke???


papa adjust kan kaki...


setting 2 basikal.. untuk pegi ride di hari ahad tu..



nak tido pun pegang helmet dia... memula suh pakai tak nak.. bila mama ngan pakai test depan dia.. baru nak pakai...


nantikan entry ride kami ke air terjun kemensah ya....



:)

Tuesday, April 26, 2011

Video pertunangan ashraf mulim dan Dayana


Bertuah sungguh dayana....
diraikan penuh meriah majlis pertunangannya..
dengarnya anak perempuan seorang..
tu yang meriah... solehah bijak pulak....

meh kita tgk video pertunangan mereka...


so sweet


Junior Drummer

Weekend teman hubby g ofis..

ada customer nak jumpa...

sementara papa layan customer mama layan mika dulu kat set jamming papa ni


jom layan....



cari port.. pandai lak menyelit masuk situ....



wahhh cari kayu stick plak......


wooooooooooooooooo tau ketuk plak drum tu.....



wah ada bunyi.... macam best nak ketuk lagi la....



tak sampai.. so mama dudukan dia...


ada gaya tak???? junior drummer.. harus papa ajar nanti eh....


testing 1... 2... 3............



wahhh ketuk yg atas pulak....





my junior drummerrr... nanti nak suh gak hubby ajar mika manatau pandai.. ehheheh

dulu masa study selalu ikut hubby g jamming kat seksyen 13 shah alam.. anak tokey jamming tu 3-4 tahun dah pandai main drum... teruja tul tengok...

insya allah kalau mika dapat catch up nak suh hubby ajar mika...

saje sebagai hobi... hihi


go go.. mika

Monday, April 25, 2011

Kami Mencari...




Ada sape nak jual tak Quicksmart Stroller ni?

atau tau kat mana ada jual..

hubby sibuk nak beli stroller yg ni tuk mika..

yang ni lbh ringan dan boleh fold...

yang lama SCR 6 tu dah bungkus simpan..

nak bawa jalan terlalu berat dan dengan mika dah tak sesuai dah..

dulu masa baby boleh la.. now nak cari yang ni sebab senang nak travel... mika ni kadang2 taknak jalan.. asik nak berdukung jek.. anyone yg tau please inform me ya... email pun boleh (shinbi3@gmail.com) .. tq ya...

Sunday, April 24, 2011

baby Rider



Hari ni enjoy sesangat....

ride sampai air terjun kemensah...

1 untuk mama..1 untuk papa...mika??? tungguuuuu


ride dari rumah je.. sebab dekat dengan rumah..

1st time ride bawa mika.. dan aku aktif semula selepas bersara sejak bersalinkan mika

dulu sebelum pregnant selalu gak ikut hubby ride



hari ni penat yang amat..

rasa nak tercabut kaki..

tp enjoy... next week ride lagi...

citer penuh esokya.. masih kepenatan... huhuhuhu


Saturday, April 23, 2011

Gambar tunang Ashraf Muslim..aka uztaz amirul


Suka sangat tengok citer uztaz amirul kan..

dia la ashraf muslim..

selamat bertunang ashraf dan dayana..

syawal nanti mereka akan diijabkabulkan..


kredit to the fotografer studio n galerry..

jumpa gambar ni di fb beliau...

ramai la peminat pompuan dia yg menangis..hehheheh


.

Friday, April 22, 2011

Resepi LEMPENG Mika..

Jangan ada yg ketawakan aku buat entry resepi lempeng yek...

ada yang bertanya resepi rentetan entry ni Lempeng kuali SEDAP

idokla pandai sgt tp try jekla janji leh makan...

sebab apa dulu masa memula aku blajo tepon mak aku juga camana mak buat lempeng manis tu..

mak aku jawab camni " alahai ko ni.. aku sambil tido pun leh buat "

hahahah (maknanya mak aku perli aku la tu..)

tp nak citer dulu camana mak aku training aku duduk dapur.. hahahah

aku mmg sorg anak pompuan tunggal..

walaupun aku sorang tapi dulu2 kalau time mak aku masak jek aku mesti kena panggil duduk dapur .. itu ada la wajib.. jangan harap la mak aku masak aku dapat meniarap depan TV.. minta maaf la sure kena bebel setahun... ( tapi aku pelik tgk sepupu aku yg pompuan skrg mak diorg takde panggil masuk dapur pun.. sudahnya dah 17 tahun pun tahu goreng telor jek...) ada bagusnya didikan mak aku.. tp.. . mak bukan ajar aku masak sgt pun.. tp aku jd pembantu je.. kejap2 suh amik gula.. kejap2 suh amik garam... kejap2 suh amik itu ini..

dulu aku selalu merungut.. mak ni asik suh tolong amik itu ini jek bukan ajar masak pun..

mak aku jawab.. tak payah ajar ko tengok je mak buat ni...

maka hari2 aku kena ngadap mak aku masak dan menjadi budak suruhan amik itu ini..

tp dari situ la aku blajo sebenarnya...


ok dah abis aku merepek.. meh letak resepi lempeng sebab ada yg bertanya...

aku panggil lempeng manis jek.. fav aku dari kecik.. masa pantang aritu petang2 mak aku bg aku mkn lempeng ni gak minum dgn air kopi.. nikmatnya kalau air tangan mak kan..


bahan
  1. tepung gandum (suku paket) tak pandai nak sukat.. ikut nak buat byk mana
  2. air suam
  3. garam hujung sudu (sikit je)
  4. gula 4-5 sudu makan

cara-caranya

bancuh air suam dengan garam sket... kemudian gaulkan gula pula dengan tepung.. masukan air garam td dlm tepung.. kacau hingga rata.. bancuh cair sahaja.. untuk dpt lempeng yang lembut.. tp jgn cair sangat.. kalau nak rasa lagi lemak masukkan susu cair sket...

dah siap boleh la goreng.. senang jek kan..

goreng kuali yg panas titikan minyak sket jek...
tadaaa... dah siap....

selamat mencuba




.

Mood ke hutan

selalu orang tulis mood ke laut..

kali ni mood aku ke hutan la plak...

biar masuk hutan cari batu belah batu bertangkup...

bawa hati..

tgh down..

terasa hati...

pengorbanan tak dihargai..

walaupun buat dengan seikhlas hati..

takpe tuhan maha mengetahui...

akan tunjuk kebenarannya nanti....


:(


bayi 19 bulan mati di dera KEKASIH ibu...!!!



Disimbah air panas


TAHAN...suspek ditahan selepas ibu mangsa buat laporan polis.
TAHAN...suspek ditahan selepas ibu mangsa buat laporan polis.



BANTU SIASATAN...ibu mangsa dipercayai baru  beberapa bulan menjaga mangsa daripada ibu saudara mangsa.
BANTU SIASATAN...ibu mangsa dipercayai baru beberapa bulan menjaga mangsa daripada ibu saudara mangsa.

AMPANG: Seorang bayi lelaki berusia 19 bulan mati dalam keadaan menyedihkan dengan kesan lebam serta melecur di beberapa bahagian badan, dipercayai akibat disimbah air panas oleh teman lelaki ibunya di Taman Ampang Indah di sini, semalam.

Mangsa, Law Hong Jun dikatakan baru beberapa bulan berada di bawah jagaan ibunya yang berusia 24 tahun. Sebelum ini dia dijaga ibu saudaranya yang juga kakak kepada bapa mangsa.

Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, dia diberitahu mengenai kematian Hong Jun selepas dimaklumkan ibu mangsa kira-kira jam 2 petang semalam.

“Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku tapi saya dimaklumkan pihak hospital anak saudara saya mati akibat didera. Ada kesan lebam dan melecur seperti disimbah air panas pada badannya.


“Saya tak tahu kenapa dia diperlakukan begitu kejam sedangkan dia masih kecil,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Ampang di sini, semalam.


Wanita itu berkata, sejak dilahirkan mangsa berada di bawah jagaannya di Gombak selepas adiknya (bapa mangsa) dipenjarakan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Gila kan!!! mcm tu nak jadi laki.. perangai cam syaitan.. budak besar tu tau apala.. tak berperi kemanusiaan langsung.... kucing pun sayangkan anak!!!!

Thursday, April 21, 2011

Lempeng kuali sedap... haha

kuali ke lempeng yang sedap????

hahah sebanarnya sebab guna kuali baru beli kat langkawi.. tak sedap pun jadi sedap...

kah kahhhkahhhh

tp mmg murah dan bagusnya mmg tak melekat.. mana lagi kalau tak beli kat idaman suri...

oo cerita langkawi mmg tertangguh asik membizi citer lain.. hihi


kuali pant baru.. hahah.. senang tak melekat.. hahah

buat hari weekend..



buat dalam 10 keping.. hanya lempeng manis je.. just letak gula sket...


lawan cicah sambal sardin.. perghhhhhhhh dah lama tak makan sardin mmg sedap kan.. letak bawang banyak sket...

menu bfast weekend aritu..



menjadi kegilaan hubby.. mika suka sgt mkn lempeng sekeping dia leh makan sorang sambil main2... nasi tak nak.. lempeng nak pulak...

2-3 kali aku kena buat lagi lepas tu.. hubby ngan mika dah suka sgt.. ada sekali tu dah petang hubby berebut ngan mika.. yang kelakar mika siap bawa lari pinggan tak bagi papa dia makan.. hahahah mmg lawak.. mana dpt akal pun tak tau.. papa dia lak merengek ckp tak dpt lempeng mika bawa lari..... huh laku sungguh lempeng mama...

kalau meniaga laku jual kat 2 beranak ni.. hahahhahahahha


.

Akibat Gedik di tengah Malam!

Balik sekolah semalam

nak gelak tengok muka mcm tepung gomak...

kemain putih melepak...

comot2.. tp aku suka plak tgk dia comot.. baget comel.. hahah




kakak pengasuh buat rambut pacak kat mika....


tengok upin la apalagi sambil memerut....

kisah menggedik tu mlm hari sebelumnya.. jam dah nak dekat kul 1 tp dia makin ligat.. makin lasak.. makin menggedik..... 1 pagi tu la.. nak berjoget nak terjerit2.. nak menyanyi.. waktu yang sangat aktif...

pasang youtube lagu ana rafali , jangan berpacaran tu.. kemain dia ligat berjoget lompat2 atas katil... sudahnya terlanggar dan tercium dinding.. mencurah2 darah kuar dari bibir dia..

bibir bawah mika pecah.. aku dengan panik tengok darah mika kuar.. lap2 kuar lagi... call hubby yg kebetulan tak balik lg.. mika lak leh jilat2 darah dia.. adoii la... lagi aku lap lg darah kuar.. bawa g toilet cuci baru kurang sket...



bibir bawah pecah.. dalam sakit2 tu puting tetap isap gak... nak nangis tp kejap je nagisnya...


kan dah lebam.. tu la makin malam makin menggedik... tiap2 malam mika tido lewat.. kadang2 aku ngantuk gak kat opis... susah na tidokan dia.. mcm malam td kul 2 baru dia tido... aduhaiiii dah tutup lampu semua bagi gelap pun dia masih boleh duduk atau berdiri dalam gelap sambil bercakap2.. pening gak aku... layan jek la...



Wednesday, April 20, 2011

Hadiah birthday dari sahabat

Hari ni entry hadiah sesaje nampaknya...

mcm la ramai benor bagi hadiah..

takla saje je.. menghargai pemberian sahabat...

yang kenal di alam blogger sahaja..

jumpa pun tak penah... hari-hari kami

bersua tanpa wajah
berbicara tanpa suara

camtu la ibaratnya...


rabu lepas dapat parcel ni...

rasanya dalam hati takde order apa2.. nape ada parcel plak..



hati memberontak nak tau apa isinya.. janganla sang katak.. hihi



suspen ni... siap ada potongan kertas...


ya itu dia isi di dalamnya...


sekotak coklat homemade yang cantik... sampai sayang aku nak makan.. hehehhe

di order oleh cha sebagai hadiah lahir aku.. di blog GEEJAA lalu di poskan pada aku..


thank u to my dearie cha aka ummioni.. mehla singgah blog dia yg pencinta hijau seperti aku juga..


cha yg chomel. ... (sorry akak curik gambar mu dik) opss bukan anak dara tau.. anak dah nak masuk 2.. tp muka awet muda... hihihi.. tq tau cha.. appreciate it!!!



.

Hadiah Birthday dari Orang tersayang..



ini bukan entry show off yek..

sekadar menghargai pemberian dr tersayang

sape lg kalau bukan suami sendiri.. hihi

dah lama teringin nak beli benda ni.. selalu cakap kat hubby...

nak beli sendiri tak terbeli-beli...

akhirnya hubby juga yg capaikan impian aku ni...

dalam pek kecil ni




cantik pakaging merah meletops ni....





Hasil barang di dalam.. jam yg ku idam-idamkan.. ni la kot jam aku yg paling mahal.. kalau nak beli sendiri mahal2 mmg idokla.. thanx so much to my hubby.. agaknya selalu sgt tgk aku duk intai kat kedai jam tu.. kesian agaknya... hihihi


tukang tilik jam mama.... mika kan dah ada jam upin ipin .. cukup lerr.. jgn usik jam mama tau.. syg tu papa yg bagi...



Sudah pun di pakai.... tq so much to my hubby , merealisasikan impian bini dia ni.... cayang awak... hehheheh

kalau senang-senang lawat la blog my hubby.. tp dah agak bersawang lerr.. klik SINI ek... be friend pun takpe.. jd follower dia.. hih tolong promote lak.. :P


... nanti besday u i cari hadiah best2 gak mcm yg u nak.. tp jgn mahal2 sgt yek... hahahhahah aci tak.. brg sendiri nak yg mahal yg laki nak diskaun plak... takde la acah je.. sekadar ikut kemampuan... tp kalau besday dia selalu aku pening nak bg apa.. kalau tanya dia nak apa.. dia sendiri tak tau nak apa.. tapi kalau dia cakap mesti yg mahal2... juling biji mata dengornya.. heheheh




.
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah