Friday, December 31, 2010

TUDUNG GIVEAWAY akan berakhir..


Tepat jam 12 malam sewaktu semua orang tengah menjerit countdown welcome New Year dan pada waktu yang sama juga MY TUDUNG GIVEAWAY will be closed.. Tq for everyone joined my giveaway...


WELCOME 2011


Esok dah tahun baru.. esok juga adalah sama seperti hari-hari biasa.. cuma bilangan number tarikh yang berbeza...

TAHUN INI ADALAH KENANGAN...
TAHUN HADAPAN ADALAH HARAPAN...

kalau dulu aku ngan hubby selalu juga celebrate new year di luar... tapi 2tahun kebelakangan ni kami lebih selesa di rumah, jauh dari hiruk pikuk jeritan... sangat berbeza kan.. nak pula usia dah mencecah angka 3...huwaaaaaaaaaaaaa.. tua dah weh... (tp ada org x caya..hahha perasan lebih)

malam ni berdua ngan mika.. sangatla memboringkan.. budakkecik tu leka ngan mainan dia.. sesekali layan dia, ketawa terkekeh-kekeh.. hubby tak sampai2 lg dr perak ada urusan keje... call x dpt2 lak.. menambah kerisauan orang je... buat kita xsenang duduk.. dah sampai mana?dah makan ke? ishhh mmg tak senang selagi dia x jawab call. tersilent ke..selalunya camtula dah silent masa solat lupa on balikk........................... eeeeeeeeeeeee tensionnya!!





Last Day 2010

Today 31.12.2010
Esok dah tahun baru....
Apa azam baru 2011?
Ohhh macam-macam dalam kepala aku...
moga tahun depan adalah lebih baik dari tahun ini..

Pegi mana cuti hari ni?
Mama n mika di rumah saje..
sebab papa ada urusan keje..
hajat nak balik kg tak kesampaian nampaknya...
taktaula kalau malam nti hati papa terbuka nak balik..
tu pun kalau dia tak penatla...

harini adalah hari MENGEMAS UMAH..yang dah macam kapal korek terbalik...
tengok je la sendiri keje anak bujang aku..

mama dah susun tepi meja habis dia punggah...



semua dia nak main... kejap yang itu..kejap yang ini...

flash card baru beli diteraburkan 1 rumah...

wohoooooooooooo... ni la baru namanya anak lelaki....
Mika "mama marah"
mama " tak mama ...tak marah mainla sampai puas...."
dia dah tido nanti baru mama kemas.... (sambil urut dada)...hehhehehehhehe


harini juga last day my TUDUNG GIVEAWAY... :)

Tudung Giveaway

~~~STICKY MODE~~~


Mamamika buat giveaway lagi....
Sempena 4th my Wedding Anniversarry pd 3 Dis 2010...



Syarat-syaratnya senang ajerrr...

1. Mesti Follower blog MAMAMIKA dan Blog De' Chantique Boutique & Blog CONTEST MIKA dan masukan dalam bloglist anda.


2.Buat entry tajuk "TUDUNG GIVEAWAY" . Letak banner berserta link giveaway ni.

4. Letak banner comel ni di sidebar blog anda.

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan atau lebih.. TOP REFFERER akan mendapat hadiah misteri...... lagi ramai anda tag.. lebih banyak peluang anda boleh menang... setiap penyertaan kena BERITAHU SIAPA REFFERER ANDA ya...

6. Tinggalkan link entry anda pada entry ini sahaja.


Tarikh akhir giveaway pada 31 Dis 2010

Budak comel dalam gambo atas tu yang akan buat cabutan bertuah. 3 nama akan diberi hadiah... Dan.. 1 orang REFFERER Tertinggi akan mendapat hadiah misteri..

HADIAH?????? Giveaway tudung... hadiah mesti tudung kan.....




Grand Prize : pic tudung di atas... 2 lg hadiah akan diupload kemudian..sekiranya ramai penyertaan hadiah akan di tambah.. mungkin ramai yang akan dapat.. ehhehe

Jom ramai-ramai join!!!!

Thursday, December 30, 2010

1 hari lagi TUDUNG GIVEAWAY akan ditutup!! .. hurry!!!!!!!

1 hari lagi nak ke tahun baru... 1 hari lagi gak TUDUNG GIVEAWAY akan ditutup..

alhamdulillah sambutan agak menggalakkan... lebih dari setaus orang menjoinkan diri... ehheheh

korang jangan risau aku akan bg hadiah lebih dri 3 seperti yang aku janjikan.. sebab galakan korang terhadap giveaway ni.. aku nak tambahkan hadiah.. insyaAllah tunggu entry hadiah minggu depan.. hehehhe


sape tak join lg sila cepat!!.. hehehehh

rasanya dah ada nama REFFERER tertinggi dah.. hehehheh rahsiaa. syhhhhhhhhhhhhhhhhhh


Anak aku pun nak NAIK SEKOLAH ke??

Orang sibuk anak naik sekolah aku pun mcm ada anak sekolah je.. semalam belikan mika beg UPIN IPIN.. kebetulan jumpa yang murah... sebenarnya ni beg pampers g nursery jek.. lgpun beg lama tali dah tak elok... dah alang2 jumpa si upin punya beg.. beli lerr...

tengokla aksi peminat upin ipin ni...


Masa aku bagi beg ni kat dia.. dah tersengih-sengih nampak muka si upin tu kat beg... tengokla dia menatap beg tu.. mcm kenal benor....



tak puas tengok.. tatap jek..



Mata tengok iklan TV tangan tetap pegang beg.. aku cuba ambil dia tak bagi...

Bila mama trykan sarung.. wahhhhh sedang elok pulak tak labuh sgt...


Kesana sini dengan beg upin.. aku tarik nak buka sikit punya dia kepit.. lawak lak..

tengok tv pun bawak..

pegi kat akuarium pun bawak...


harini dia g school bawa beg ni.. td hubby MMS nanti aku tunjuk.. kelakar dah mcm budak 3-4 tahun.. walhal baru setahun 4 bulan ya....


Akibat RINDU...

Ni ke cara orang ubat rindu?????????? di deranya papa dia.. hahah rasakan

Actually hari selasa mika tak jumpa papa dia... pagi dia tido lagi aku dah hantar nursery... petang aku amik dia balik umah hubby balik lewat.. malam tu kami tunggu punya tunggu hubby tak balik jugak.. tengok jam dah kul 11.. tengok lagi dah nak dekat kul 12.. call dia kata kejap lg tp tak sampai-sampai... memang dia tengah bz ada keje urgent minggu ni...


sudahnya kesian tgk mika bawa masuk tido.. makanya hari selasa tu dia tak jumpa papa dia... so semalam rabu aku pesan kat hubby tolong la balik awal.. aku kesian kat mika.. dia mcm mencari2.. kalau pintu bunyi dia berlari mcm ingat papa dia balik.. kesian sungguh...

So semalam jam 8 juga baru hubby balik sampai umah. tu pun ajku suh cepat sebab bola dah nak start... moment yg paling aku sedih tengok bila hubby buka kunci pintu umah.. mika kelam kabut bangun... meluru ke pintu.. pastu nangis esak-esak... mcm jejak kasih tak jumpa bertahun... yang papa dia boleh sengih-sengih pulak.. kesian kat anak dia... mika manja ngan papa.. kalau mama lewat balik mika takde lak nagis ek.. ooo tak aci ni.. hahah sentap di situ...

yerla ngan akau manja gak.. nak tido cari gak.. nyelit gak bawah ketiak mama dia nih.. heheheh apapaun luangkan la masa walaupun sminit untuk anak.. dia tau erti kasih sayang...





Jangan lerr berangan nak jadi Aweks KHAIRUL FAHMI


Sejak team Malaysia menang semalam mesti ramai aweks2 yg tergila-gilakan antara pemain tersebut kan.. adatla kan.. tetiba femess terus walaupun bukan artis....

Antara yang mendapat perhatian iala khairul FAHMI Che mat selaku keeper team MALAYSIA...

Boleh tahan hensem gakla mamat ni.. mcm korean pun ada...

Tapi Janganla berangan sgt yerr kerana beliau sudah ada AWEKS, Elia namanya.. boleh tahan orangnya.... heheh tak caya KLIK SINI.. hehheheheheh saje je kan... :) apapun semangat MALAYSIA BOLEH pasti ada!!!




Esok CUTI yeay!!!!

TQ PM.. Esok cuti umum sempena kemenangan MALAYSIA... horeyyyyyyyyy!!!

Esok cadangnya nak balik johor..
aku tak tau la kenapa aku rasa nak balik sangat.. aku rasa nak jumpa abah sangat-sangat... tapi tak tau la boleh ke tak..

time aku free selalunya hubby pasti bz.. aku pelik betul kalau nak balik kg aku punya la berperang sekarang ni.. dulu senang jek... payah betul... hangin jek.... takpe ada lori ada bas.. tunggu je la....

mode sentap sekarang ni...

Wednesday, December 29, 2010

go malaysia go...

seram sejuk tgk game diorang ni..hubby aku terjerit2 bila indon x masuk goal.. terkejut mika tgk papa dia.... okeh teruskan menonton... n janganlupa doakan kemenangan MALAYSIA....!!

MALAYSIA BOLEH!!!!!



Dah lama Tak Tayang Budak ni

Hellooo..... hi kawan2 blogger mak long.. nama sy alesya a.k.a icha .... saya sekarang dah masuk 6 bulan...


anak buah aku yg sorang ni pasal melawa.. berjalan no 1 anak dara ni tau.. sekarang dah leh bawa ke shopping complex.. tengok muka happy dia dapat jalan-jalan.. dulu dia kan sensitif susah nak bawa jalan... now dah besar dah ok dah.... puting tu dia pakai nak tido jek.. dia tak macam mika tegar penghisap puting.. heheheh



icha n mama dia.. icha mcm muka maklong.. cuma 1 je mak long tak sepet.. hihi.. yang tu icha ikut mama dia.. heheheh icha ni banyak muka adik aku... tp perangai jgn ko tiru perangai papa ko ek cha.. cepat sentap... ehhehehhe


My notty

2 mlm lepas g care4 tak bawak stroller.. sebab dak kecik ni dah boleh jalan lgpun malas nak usung...

tapi sampai sana buat peel lak taknak JALAN... nak dukung je pun tak larat n payah nak bawak barang... makanya dudukla dlm troli.. hubby siap bawakan bantal yg ada dlm keta untuk buat alas kepala...

boleh rilex2 santai pulak dalam ni ek mika... syok ke kena sorong????



jadi Pilot troli.. dah mcm ketua kapal.. berdiri hujung troli tengok kiri kanan...

mama belikan buku.. dia leka membelek tengok gambo..

wah baca paham jek kan.. walhal tengok gambo.. selak page by page... hihihihiiiii.. orang lalu lalang duk pandang2 jek.... hmm he's my notty.. my sayang.. my buah hati.....


Tuesday, December 28, 2010

Pendapatan sampingan selain NUFFNANG



me tau pasal HEART BEAT ni dari blog Miza Yusof.. Tq miza sebab sudi kongsikan benda ni...

so turn me lak share ngan kawan-kawan lain...

Yang pentingnya ianya tak menganggu status gliterrati nuffnang.. pasal hal ni saya rujuk di blog mama zhafran... bolek klik SINI untuk membaca lebih lanjut...


Nampak tak logo mcm ni kat atas dan tepi my blog.. kalau u olls nak register boleh klik jugak banner bawah ni or SINI


setiap pada pengunjung yang datang ke blog kita n klick banner tu akan menambah pendapatan account heartbeat... sambil menyelam minum air kan... bukan susah pun.. jom ramai-ramai register!!!


Klik banner atas tu ya kalau nak join... daaaaaaaa


ada sesape nak TUTORIAL NI TAK?? ehhehe (macam rajin sgt jek aku)

Masuk Bakul tolong ANGKATKAN!!!

Hahaaaa ni peribahasa baru.... special untuk mika...

Tengokla ragam anak bujangku.. semakin macam2.. memang buat kita terhibur... haritu mak ada sini.. kononnya nak picnic.. sekali pagi sabtu tu hujan.. dah kuarkan bakul tu tp cancel la.. lupa nak simpan semula...

Sekali aku g dapur tengok mika dah masuk sebelah kaki dalam bakul.. aku jerit panggil mak "makkkkkkkkkkk tengok cucu mak ni, apa dia buat".. mak dtg tgk sekali mak aku cakap.. " laaaaa tadi mak yang ajar dia sekali tapi mak yang masukan.. dia ingat pulak." kuang kuang kuang.. patutla mak tok yg ajar sekali.. terus dia ingat & nak masuk lagi buat sendiri.. cepat betul dia ingat...


mentang-mentang badan ko kecik lagi kan mika...



happy2 dapat duduk dalam bakul yek..... tak lama la bakul mama tu jawabnya.. pecah jugak kang...

tengokla kaki dia molek je dalam tu... bertuah punya anak.. dah sepupu dia melayan main tolak2 bakul tu pulak.... kejap je la main pun.. aku amik simpan.. kang pecah tak memasal.... kena beli lain.. banyak lg mainan ko leh main mika.. hihi


Monday, December 27, 2010

Berbaloi pegi stadium...

Yeaaa semua orang tau... Malam td MALAYSIA menang VS Indonesia kan.. 3-0.... takyah story la..

Dan semalam juga la tetiba hubby aku jd giler bola lak.. walhal selalu kalau tengok bola kat umah dia yang tido dulu sebelum bola habis... actually dia bukanla kaki bola...

tapi semalam ikut kawan-kawan la punya citer... tapi nasib baik la berbaloi.. pegi dengan dptnya kemenangan.. cuba kalau kalah.. hehehehhe

Bukan main lagi dia update kat fb.. semangat lebih.. dah la petang semalam aku dera dia dulu sebelum g tengok bola kena bawa mika n mama jalan-jalan dulu.. sib baik dia bawa g IKEA.. so takde hal lepas tu nak tengok bola... hahahahhah aci tak.. hmmm mesti aci punya sebab mama n mika kena tinggal kat umah je tak dapat ikut papa g tengok bola... hahahha

apapun congrats team malaysia.. yang kelakarnya.. 3 tiga gol tu aku sorak kat umah time bergayut ngan mak.. hahah bila aku goal.. mak kata hah goal lg.. walhal kami tengah sembang dalam fon sambil tengok bola... hahahha kelakar plak...




Sunday, December 26, 2010

500 BLOG!!


Selalu duk intai-intai jek blog ABG BEN ni... intai-intai malu-malu meowwwwwwww nak tegur...


Tapi kali ni sangat teringin nak join pencarian 500 blog ni.. menarik!!!

Nak tau syarat sila klik banner atas tu...

penyertaan yang bersyaratkan

Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda dan tujuan jadi blogger ..

my name eida a.k.a mamamika... mama kepada seorang anak teruna bernama mika (danish mikhail). periang, peramah, pemarah juga kadang-kadang almaklum kerjaya pendidik kadangkala memerlukan kesabaran yang tinggi. happy go lucky sesiapa yang benar-benar mengenali..

berblog adalah my hobby. its like my diary meluahkan rasa isi hati... perjalanan kehidupan tercatat disini.. bila nak ingat-ingat kembali just klik je kat sini... dapat ramai kenalan yang boleh berkongsi terutamanya mommy2, mama2 n sesama ibu kat alam cyber ni..... senang kata boleh release la tulis blog ni....

Done abg ben.. harap2 tersenarai antara 500 BLOG ni....



Kesian MAK.... Si pencuri makanlah ko duit HARAM tu...



malam jumaat mak sampai dengan makcik ke rumah aku... sabtu bawa diorang jalan2 KL.. mak cik kononnya nak shopping barang sekolah anak dia... so kami ke JLN TAR...

Sampai sana kami singgah 1 kedai mak nak beli penyangkut tudung... aku pun beli sekali.. so mak kata dia bayarkan dulu sebab aku dukung mika pa
yah nak kuarkan beg.. pastu jalan la ke depan.. ada la dalam 5minit. mak kata nak beli baju..mak pun seluk poket seluar dia... tetiba muka dia panik!!! purse dia hilang!!! dah takde dalam poket..

Aku apalagi..patah balik setiap tempat langkah tempat yang kami lalu aku perhati betul-betul sampaila kedai yang kami beli barang tu... tapi tetap takde.. yang peliknya masa aku mencari2 meja tudung si penjual tu.. ada sorang kakak tu tanya.. "dik hilang beg duit ke?" aku katala ya..
Aku ingatkan dia jumpa purse mak..rupanya kakak tu hilang juga di tempat yang sama....!! damn!!!

sahla ni bukan mak tercicir..maybe penyeluk saku... kakak tu hilang purse dalam handbag dia.... maybe kena seluk.. tapi mak aku TAK BAWA handbag pun just purse kecik je... letak kat poket kanan.. sebab mmg aku pesan mak kalau nak jalan2 camtu better jgn bawa handbag..akupun semlm tak bawa handbag..just bawa backpack susu mika dalam tu juga aku letak purse aku...


pic : google.. sekadar hiasan..


setelah puas 2-3 kalikami cari tempat yang sama tak jumpa..terus ke balai polis masjid india buat report... sekali dalam balaikan...... BERDERET orang buat report..hilang purse... sahla ramai penyeluk saku kat situ... sangat pelik sebab mak aku tak rasa pun orang seluk..tp dia pasti dia dah masukan purse dlm poket dia...

hmmm mmg takde rezki mak..sib baik dalam tu ada IC je..duit adalah dalam RM 200++. nampak mak sedih gilerrrr... sebab dia RALAT.. duit tu duit aku bagi dia kata.. baru dia nak buat belanja... pada kita yang BEKERJA maybe rasa duit tu takseberapa jumlahnya.. tapi mcm surirumah mcm mak maybe duit tu macam2 boleh guna.. seba dia takde mata pencarian harap anak dan suami yang beri...

Aku pujuk gak mak.. nanti aku ganti duit tu.. dia seboleh-boleh taknak.. takut menyusahkan aku.. pada aku DUIT BOLEH DICARI... KEGEMBIRAAN dia yang hilang takleh nak ganti.... tak sanggup tengok mak SEDIH... bulan ni aku kena berjimatla skit.. tapi takpe DEMI mak.. aku tak kisah.. Allah pasti balas kan...

Kepada si pencuri..kenyangla ko semalam..berapa orang yang dah kena maybe beribu la dia dapat...ada makcik sebelum aku semalam hilang 500 dengan mcm2 kadbank... ada budak remaja semalam..menangis2 dalam balai.. ntah brape pulak la si pencuri tu dapat...

Mungkin semalam kau gembira dapat duit yang banyak.. tapi di akhirat nanti menangisla kau mencari pemangsa yang kau curi....

..........Berhati-hatila walau dimana-mana sahaja... penjenayah di sekeliling kita...............




Friday, December 24, 2010

MeNu PeTaNg Hari

Bukan petang ni ya.. petang yang lepas2 ntah bila punya petang...hihihi kan aritu teringin sgt kari kepala ikan..ni sebab sembang ngan member opis aku la ni masa kursus haritu..hihihi

Maka misi mencari kepala ikan merah..kalau petang2 bayang ikan pun payahla nak jumpa.. maka pergi la menggagau ke pasar malam...

Taraaaaa sudah dapat kepala ikan merah yang di belah dua...

Freshhh lagi ni...



Maka gulai kari kepala ikan sudah siap....

Kari ikan makan cicah cekodok kosong tau..bukan dengan NASI.. ni permintaan hubbyku.... hmm layan gak sedap... cekodok cicah kari....

tak caya SILA la cuba..... hehehhehehe




Tiba-tiba Aku lucky - Tak masuk bertanding pun

2 hari lepas.. Skynet (pos segera tu) call aku kata nak hantar barang.. dia tanya ada sesiapa kat rumah tak.. aku kata hubby ku ada.. sebab dia buat keje kat umah haritu... tanya budak skynet tu.. hantar barang apa.. dia kata tak tau ada bungkusan dari ASTRO...

masa lepas cakap ngan budak tu aku pun ingat maybe gift kecik2 je kot.. so ignore je la..

tapi sekali Hubby aku MMS

Wahh dapat hadiah ni.. back packer dan CD muzikal P ramlee...


Tak tengok lg pun CD ni.. mika asik layan kartun jek.. ahhaha

Ni la surat ASTRO tu katanya sebab langgan learning Channel ...pastu diorang buat lucky draw..walhal aku takde isi borang apapun atau jawab soklan diorang tetiba nama aku terpilih sebagai SPECIAL PRIZE WINNER.. alhamdulillah rezki tak terduga.. thank you Allah...thank you Allah.. (nyanyi mcm maher zain ek).. syukur..

pssttttttt : Astro mcm tau2 je i nak makan angin tahun depan.. langkawi n Sabah tunggggggggggguuuuuuuuuuu




Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah