Thursday, March 31, 2011

Cerita perjalanan Balik KL berdua

Sambungan kisah haritu.... yang kitorang balik berdua tu.. hahahha.. jangan ada yg jemu lak.. kah kahhhh.. kena tulis gak kat sini.. sebab ni la kenangan aku ngan mika masa dia kecik.. betul tak.. sebab ini la 1st timenya pun bagi DIRI aku SENDIRI...

bertolak jam 8.30 pagi.. sebab aku target nak kena sampai KL sebelum kul 12... sebab petang tu kul 2 dah nak kena bertolak ke Terengganu... maka balikla kami 2 beranak seawal pagi... lagipun pagi jalan tak jam dan tak panas sangat...



tengok budak sebelah tu.. asyikkk tengok upin.... ikat seat belt kat perut... duduk ikut suka dia.. aku bawa perlahan dan berhati-hati..



umpan waktu balik.. banyak ball sebenarnya kat bawah kaki tu.. tapi ini yang di pegang... janji ada puting.. janji ada upin... pegang ball dengan senyap agak lama...

pertengahan jalan kat melaka aku berhenti sebab mcm letih.. rest jap beli air ngan sikit makanan.. bagi mika makan dan minum supaya dia leka lagi...


dah nak dekat TOL sungai besi baru mika tido dengan mulut comot ngan coklat... perasaan lega sebab dah sampai KL dalam kul 11.30...

balik rumah kemas2 baju apa yang patut .. lepas zohor hubby hantar ke opis dan bertolak ke Terengganu..

sampai sekarang mcm tak percaya aku boleh bawa mika sendiri balik kg drive.. kalau ikutkan dia mcm budak lain juga yang melasak.. sepanjang perjalanan ada juga dia merengek nak duduk atas aku.. nak g ke stereng.. tp akibat umpanan yang macam2 dan suara aku yang macam PETIR gak kalau dia nak mula lasak buat dia terbantut.. ahhahahah.. (garang gak tau mamamika :P)

so finish la kisah tu...

yatiechomeyl nak tunjuk gambar carseat baby tu ek.. email kat eida.. shinbi3@gmail.com.. tq yatie..


Isteri mengidam BUAH KELOR kena belasah!! banyak songeh katanya

Aku 1st time dengar nama buah Kelor ni...

bila seacrh nila rupanya

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.

“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.


“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


sumber sini


apala suami buat camtu kan... sayang binimasa suka jek..tak patut betul...

Wednesday, March 30, 2011

Sape yang adik ni???






Sape yang adik ni???

baby tua aku ni pulak yang duduk dalam walker..
dulu tak puas duk dalam walker ke mika??
selalu suka rebut barang ngan alesya.. alesya gakla yg selalu ngalah...



tu walker mika bagi turun pakai kat icha.. nak letak kat umah pun sempit jek.. nanti kalau ada adik baru amik balik.. ala adik beradik tak kemana pun kan.. pakai je la sesama... alesya pun tak lama dah nak boleh jalan dah tak pakai.. benda tu pun elok jek lagi...



yang adik tu tunggula kat bawah duduk kat lantai.. si abang pot pet pot pet merapu bahasa dia...



alesya duk tercopong dengar abang merapu... dah pandai jalan pun nak duk dalam tu .. apala abg mika ni kan...


icha kira waktu berapa minit lagi abg leh duduk dalam tu.. pas ni icha plak k....

ternganga tengok abang mika...

dia skrang dah 10 bulan dah boleh duduk.. tapi takleh duduk sendiri.. kena kita dudukan.. tapi dah memapah.. mungkin raya nanti dahleh jalan.. tak sabar nak tunggu dia berlari2 ngan mika...


2 cucu maktok ngan atok abah.. sepasang.. anak pun sepasang.. kan elok main sama-sama...

alesya pandai nak berkawan.. tp mika suka buat dekkk jek.. cian alesya.. apala abg mika nih.. hehheheh

Temankan Mama

2 petang semalam..

rasa nak g cuci kereta..

dah tak tahan sangat tengok kereta yang boleh buat papan tulis tu.. kotor sangat

call hubby dia bz.. kul 5.30 masih di putrajaya

aku dah nak sampai rumah.. ahh malasla tunggu dia...nanti lewat plak..
balik rumah amik mika.. terus keluar semula...
hantar kereta ke car wash yang dekat ngan umah..

sementara tunggu keta siap g singgah kedai makan depan carwash tu.. bolehla basahkan tekak sekali kan...

ni bukan basahkan tekak.. tapi penuhkan perut juga.. hihi.. mama makan mee bandung.. mika pun layan juga.. suka sangat makan mee.. terus elok duduk senyap makan.. kalau tak asik nak turun dari kerusi nak kejar kucing.. adoii kalau tak berpeluh la ketiak mama dia nak mengejor dia...

order Fries kat dia.. dia taknak.. mee mama jugak yang dia nak.. maka fries tak abis tu bawak balik la..
budak kecik ni bawa fries dia yang di tapau...


saje bagi dia pegang plastik fries tu.. nak tengok dia buang ke tak.. alhamdulillah dia tak buang.. dia bawa sepanjang jalan.. kelakar lak tengok...



yang ni dia berlari tau.. sebab dia dengar bunyi kucing bergaduh.. dia takut... sambil cakap "maaa maaaa.........." yang aku pun berlari sama nak tangkap gambo dia.. dalam pada berlari plastik tu dia tak buang gak.. tetap pegang. hahahah


sandal tak bawak.. balik nursery pakai je la kasut yg ada dalam keta.. hahah.. pakai ngan baju tido lak tu...


Dah penat lari yang mcam kena kejar kucing tu.. pandai cari port nak duduk... kelakar sungguh.. dah duduk tu siap buka plastik tu makan fries.. aku mmg nak gelak tengok gelagat dia... kecik tp dah cerdik leh berfikir... mika.. mika... tq teman mama cuci kereta ok... :)

Tuesday, March 29, 2011

Sponsor kad PEMENANG Mika GA

Kepada semua pemenang Mika Simple Giveaway...

anda ada yang tak bagi alamat detail lagi pada saya..

HADIAH dah nak pos ni... hihi

sila bagi segera ya.. yang dah bagi ada 2 nama je ni..

nak tau pemenang KLIK SINI

GA kali ni ada sponsor kad dari seseorang tangan yang kreatif..
dia suka melukis.. apa saje.. hasil tanggannya nampak berseni...

sape lagi kalau bukan UMMI ONI aka syasya @ CHA..

tq so much my laling... sembang2 pastu dia kata nak sponsor kad sbg hadiah.. bagai orang ngantuk disorongkan bantal ler mamamika ni..
siap pos dah pada mamamika.. tq tau cha.. jasamu di kenang.. hehhehe

lihat la hasilnya..


hasil dari tangan cha yang melukis.. potong-potong dan tampal.. nak harap mamamika.. janganla harap.. ehheheh rajin sungguh cha ni..

3 kad hasil dr tangan cha

pada yg belum bagi nama sila email segera sebelum jumaat tau.. kalau tak hadiah bg kat orang lain pulak.. heheh


PERJALANAN KE KAMPUNG BERDUA

Haritu kan cerita bagaimana aku balik kampung berdua sahaja ngan mika..
hubby ada keje urgent.. aku pulak ada kenduri di kampung yang memang kena pegi... anak mak andak aku kawin.. dan mmg dah lama janji akan balik.. tak boleh tidak.. mengenangkan mak andak aku byk bersusah payah masa aku kawin..

gagahkan diri bawa keta sendiri dengan bawa mika..
selalunya jalan dekat2 boleh la..
tapi kali ni paling amat mencabar dengan penuh kerisauan..
tapi gagahkan diri dan kuatkan semangat..
kalau ikutkan hubby mmg tak berapa nak bagi..
tp dia pun tawakal sebab dia takleh nak luangkan masa waktu tu..
mak pulak of coz sangat risau....

perjalanan KL ke BATU PAHAT ambil masa dalam 3 jam.. tu kira speed gakla..lambat-lambat pun 4 jam la...

meh saksikan apa yang mika buat sepanjang jalan..



itu dia.. duduk macam orang besar pakai SEAT BELT.. kalau duduk dalam carseat memang taknak.. dia meraung-raung nak keluar.. sudahnya mcm ni la.. budak umur setahun setengah perangai mcm org beso...

umpan air kotak.....





inilah UMPAN UTAMA.. CD UPIN IPIN ni memang WAJIB pasang sepanjang jalan dari KL ke batu pahat.. biorpun aku dah hafal skrip.. biorpun telinga ku menanah biorpun tekak ku mual.. layankan jek.. janji dia SENYAP.. itu yang penting... hahhaha



Dah sampai pertengahan jalan.. masa tu kat ayer keroh.. berhenti kat hentian jejantas ayer keroh.. budak kecik ni memerut lak.. aduhai.. berhenti jap.. siap baca2 buku lagi.. walhal nak cuci berak dia.. cuci berak dia.. pastu singgah kedai.. meraung lak nak bola... huhu tak beli.. sebab kat umah banyak dah bola.. umpan beli benda lain...


Sambung perjalanan.. dia pow mama mini piano tu.. makan biskut... jalan lagi.. sepanjang jalan mmg aku umpan air, makanan , mainan dan upin ipin... huhuhu sudah tau ragam dia..



Finally sampai kat TOL PAGOH.. dia sudah lena kekenyangan... lega yang amat.. dalam 40 minit kuar higway pagoh aku sampaila ke rumah mak.... lega sangat-sangat...

nak nangis terharu pun ada masa dah sampai tu.. terasa diri INDEPENDENt.. kita boleh kalau kita nak.. memang tak boleh kalau kita taknak.. nak seribu daya kan bak kata pepatah.. camtu la juga aku... hahah perasan...


selesai citer perjalanan balik.. . janji dah sampai sana hati sudah lega.. perjalnan balik KL tunggu pulak kisahnya.. heheh


MOTOR pinjam



amacam..ada style tak???

memang ada..

tapi kat muluttu buat hilang macho kan..

hahhaha yg tu tak dapek nak nolong dah.,..


pinjam motor abang adib.. anak sepupu mama..


anak mama ni ketot kecikla..kaki pun ngam ngam jek sampai...

nanti besday mika mintak papa yek...


tapi rasanya mika lebih minat kereta kot.. sebab dia suka stereng...

tunggu mika pandai mintak baru beli ek.. hehheheh



Monday, March 28, 2011

Mereka sudah bergelar DATO

Tahniah buat mereka berdua

DATO M NASIR

DATO RAMLI M. S
Menurut Gua.com.my, Seniman M.Nasir dikurniakan gelaran Dato’ oleh Istana Pahang . penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar.


bertuah kan.. anda bila pulak?

aku???

jangan la mimpi tapi kalau rezki sape tau kan.. hehehhe




Buah Hatiku

Selain mereka berdua kechentaan hatiku...



Budak ni jugak adalah chinta hatiku..

yang dah macam anak aku gak

kira anak pompuan aku la.. menumpang kasih rasa ada anak perempuan sebelum dapat anak pompuan sendiri.. hehehe..

buah hati mak long.. alesya....

lama tak enterframe icha dlm blog mak long..


saya sudah 8 bulan.. saya sudah pandai duduk...


balik kampung last week dapat jumpa dia kejap jek.. sebab aku kena balik kl awal..

sedih rasa.. rindu tak hilang lg..

dia suka tengok apa abg mika buat.. dia nak berkawan tp abg buat tak tau jek.. tunggu la icha pandai jalan icha kejar abg kan..

kemain lagi bersiap nak g kenduri..





mak tok n cucu pompuan kesayangan...
(rasa nak geget2 pipi dia)


inilah buah hati aku selain mika & papa

mak, abah & icha...

ohh rindunya diorang..

tak sabar nak tunggu diorang dtg KL sabtu ni...

tak sabar gak nak HOLIDAY.. hoyeaaaaaaa



Sunday, March 27, 2011

Baju tido

Morning....

saje melayan mika..

suka tengok dia pakai baju tido ni malam tadi...

my cousin belikan kat kelantan.. sana murah kan...

nanti nak beli lg baju tido camni..mika pakai saiz 1 ni ngam2 jek.. beli saiz 2 longgar n labuh pulak

risau mika makin kudut..susah nak suruh makan..

vitamin dah bagi.. tp camtu gak.. huh


sekarang suka sepahkan kain yang dah lipat..

aduhai nak nagis mama ... sabo je la...



Saturday, March 26, 2011

Mama balik papa pegi

Bosannya harini..

mama balik dari outstation

papa plak pegi semalam..

maybe balik arini tapi maybe tengah malam baru sampai

arghhhhhhhh

rindunya nak bersama sekeluarga...

dah 2 minggu camni.. mujurla minggu depan kami nak g holiday....

leh spent time together....

penatla kerja..kerja..kerja...

harini layan mika duk umah je...

u olls?


Friday, March 25, 2011

KEPUTUSAN PEMENANG MIKA SIMPLE GIVEAWAY

Sorry buat semua peserta tertunggu...
tuan blog bz duk kesana sini..
nak mengumukan pun asik tertangguh2..
jangan mareee ek..

so diumumkan pemenang dengan hadiah yang tak seberapa tu...


so now roll who's the winner




pemenangnya
.
.
.
.
43. Atie@ejay







tempat kedua
.
.
.
.
.
.
.
2. Cik Ewun









tempat ke 3
.
.
.
.

55. nea Flerida /nil

congrats to all the winners..

sent email alamat pada saya at shinbi3@gmail.com



Salam Hari Jumaat

Assalamualaikum

hari yang ceria...

mood yang baik...

pagi yang indah...

so kejap lagi nak umum PEMENANG my GA...

tunggu ya...

renungan bersama di pagi jumaat..

Dari ABU HURAIRAH ra
Nabi saw bersabda

"Apabila tiba hari jumaat
Malaikat2 berada di tiap tiap pintu masjid
Mereka menulis satu demi satu
mengikut turutan yg perlu.
Bila imam telah duduk -akan berkhutbah
Lalu mereka menutup buku nya
dan mereka mendengar pengajaran (khuttbah)"

Thursday, March 24, 2011

Budak yang kena Tinggal

Assalamualaikum....

yuhuuu... harini baru masuk opis.. semalam magrib baru sampai dari Terengganu... 5 hari kat sana.. dah mcm 5 tahun rasanya.. aduhaiiiiii.. dlm hati memberontak nak balik walaupun syokk duk makan kopok lekor kat sana hihihih

meh la tengok Budak monyok dan manja sepanjang kena tinggal ngan mama dia.. papa MMS setiap hari.. inila paling lama aku tinggal mika... memang sedih sangat rasa.. sejak dia lahir jarang aku outstation yang agak lama.....

apa yg kami perasan dia tak berapa nak makan masa mama dia takde.. mudah merajuk dan moody.. yerla nak cakap tak reti.. protes je la diri sendiri...



minum susu pun nak bertenggek ngan papa dia... walhal opah dia (mak mertua) ada kat umah ngan dia... tp dia taknak menangis2.. papa gak dia nak..



tengok tv pun atas riba papa....



ni waktu bangun pagi.. muka monyok... opah tegur pun marah... tak leh di sentuh...

pic ni gelap.. setiap malam nak tidokan dia papa layankan upin ipin kat laptop..

Malam td dia dah melepas rindu ngan mama ... dipeluk2.. ajak wrestling.. suka dan ketawa-ketawa... sampai mak mertuiaku cakap.. "haaa arini baru dengar suara dia ketawa.. kalau tak merengek jek.. malam td mmg melayan dia je la... agaknya dlm hati manala mama aku pegi tak balik-balik.. hehhe alhamdulillah tengok dia dah ceria balik...


minta maaf pada semua peserta mika simple Giveaway ya.. tertanguh-tangguh nak umumkan... insya allah esok keputusannya akan diumumkan.. tungguuuuuuuuuuuuuuuu ya

Monday, March 21, 2011

LIVE from Taman Tamadun Islam terengganu

sabtu malam dah sampai sini. Stay kat chendering. Now attend symposium 3rd Asean textiles traditional. Maybe rabu atau khamis baru balik. X dpt nak update gambo coz update guna hp je. Lappy x bw.

Mika kat umah ngan hubby ngan opah dia. Tp report dr hubby mika sgt sensitif, moody je. Dgn opah pun dia xnak. Smlm hubby keje. Mak mertua duk calling2 je. Sebab mika mengamuk me.nangis sgt lama. Tak mahu dipujuk. Akhirnya hubby balik umah nak keje pun x senang hati. Sudahnya hari ni hantar nursery tp meragam gak bila hubby tinggalkan menangis meraung.

Nampaknya dia nak ngan mama n papa je.

Aduhai sianya anak aku. Balik ni kena cuti spent time dgn dia nampaknya.

Rindu anak ku.. Cepatla hari rabu. Huhuhu

Saturday, March 19, 2011

perjalanan hari ini

gerak dari Batu pahat 9 pagi

jam 11.30 dah sampai KL


packing baju beg lain


jam 2 bertolak ke Terengganu...

off my blog until wednesday...


kesian cinta hati ku kena tinggal...

mama pegi keje okeh syg....


yang pastinya aku berjaya menjadi WANITA BESI dalam masa 3 hari ni

demi KELUARGA...

demi KERJAYA...


ceritanya nantikan balik dr terengganu nanti ya... hehhehe

doakan perjalanan ku selamat..aminn

Thursday, March 17, 2011

Mahu pulang........



Maka hari ini bermula la perjalananku dengan si kenit ni ke kampung..


doakan kami selamat sampai okeh..

tq all


nak bawak menan dia....

bye bye

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah