Thursday, September 30, 2010

Ingatkan dia MERAJUK...

seminggu raya aku dah cashoutkan pendapatan nuffnang.. walaupun tak banyak tp boleh la.. tak sampai la rubu riban mcm org lain.. aku pun sekadar bloggerr kelas ke3 lg kot.. hihi.. banyak lg yg tak tau dan baru belajar


lepas cash outkan aritu nuffnang menyepi lama gak.. aku ingatkan nuffnang merajuk tp hari ni bila tengok dah banyak campaign rupanya tp BE belum ada lg.. tp ok la rasa happy sket.. jumlah baru RM2 .. baru nak mula balik bila dah zero kan akaun aritu...


semua ni campain... BE bila nak muncul ni.. harap2 ada la lepas ni.. nuffnang janganla merajuk ya.. sila la bertandang ke blog mika ni lg.. apapun TQ NUFFNANG.. sape nak bagi kan????



Kes bayi mati lagi di rumah pengasuh

aduhai.. dah mcm musim plak.. dlm bulan ni je dah banyak citer cam ni.. buat kita tak betah duduk nak g keje.. kdg2 risau juga keselamatan anak sendiri kan.. minta2 di jauhkan la...


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemui mati dalam buaian di rumah pengasuhnya di kawasan perumahan, di Jalan Dutamas di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pengasuh wanita berusia 50 tahun, dikatakan sedang mendodoikan Danish Noor Rasmazi sebelum mendapati bayi berkenaan tidak bergerak dan bertindak menelefon bapanya. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bapa Danish yang bekerja sebagai pegawai bank bergegas pulang ke rumah dan membawa anaknya itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Laporan perubatan mengesahkan Danish sudah meninggal dunia sebelum beliau dibawa ke HKL. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian secara mengejut sementara menunggu laporan ujian air kencing dan darah Danish daripada pihak hospital, katanya. Zakaria berkata, Danish ditinggalkan bersama pengasuhnya sejak sebulan lalu, selepas ibunya yang bekerja sebagai jururawat baru saja memulakan tugas sebaik saja habis berpantang.

Katanya, hasil laporan bedah siasat menunjukkan tiada kesan kecederaan fizikal luaran dan dalaman pada badan bayi itu. Bagaimanapun, katanya, polis akan menjalankan siasatan sebaik saja menerima laporan ujian air kencing dan darah mangsa. - bharian

baby helmet

kat giant setiawan jumpa helmet budak ni... meh test kat mika...

cute la... sama color lak ngan puting mika.. matching la....

meh kita rempit.............

mamaaaaaaaaaaaaa... i hate this helmet.. so rimasssss............


ahhahah... daaaa

Wednesday, September 29, 2010

kalau dah anak lelaki

kalau dah duduk dalam kereta dah tak boleh duduk diam atas riba mama... samada duduk kat lantai bawah kaki mama dia sibuk nak lari ikut papa... tau dia nak apa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dia nak stereng.. dia putar2 konon2.. masa ni keta tak gerak la... kdg2 masa gerak ahubby letak aku jerit marah.. bahaya kan... sekarang kalau dpt apa2 benda kat tangan dia pusing2kan mcm pegang stereng...




tu apa lagi dia godek.. dia tekan wiper .. takpun lampu signal.. dia suka tolak 2 benda tu...

mama geram letak atas dahsboard.. ha ami8k ko.... terus diam takleh wat apa... my notty boy.... muahh


souveniur orang kawen..

member opis aku baru je selamat melangsungkan majlis kawen raya ke 7 tak silap kat perak.. aku tak dpt dtg coz aku masih beraya kat johor.. kesian dia...

Minggu ni dia dah masuk keje... dia bg gift ni kat aku.. suka lak aku tengok...



sekarang ni makin creative souveniur org kawen kan.. masa zaman aku dulu paling glamer pun kipas tangan tu la... la ni dah mcm2...


purse mengkuang.. aku n hubby dia bgi.. dalam tu ada gula2 n choc... sweet jek ada ribbon kat tengah... leh guna pasni.. ada sesape nak order kad kawen or paperbag kawen, fotografi, leh tengok kat blog hubby aku ek klik SINI.. insya allah ada diskaun kalau cakap kawan blog aku.. hehehhehe




Jamuan raya Kementerian

Lupakan kisah semalam.. nanti otak aku dah stabil aku sharekan citer pada sesiapa yg berkenaan ya...

Semalam aku dah la sakit kepala... migrain memikirkan hal yg mmg aku geram sgt2... semalam setengah hari je kat opis... kul 1 aku gerak g HQ ada jamuan kementerian.. sebenarnya aku malas nak gi.. tp hubby aku lak call kata dah sampai sana coz dia pun dapat jemputan.. tp lum sempat aku sampai dia dah blah plak sebab ada keje urgent.. sudahnya aku sampai awal terpaksa tunggu kawan2 lain.. sebab aku drive sendiri diorg yg lain naik keta opis...

kul 1.45 aku dah sampai aku duduk dulu tengok diorg prepare makanan.. setiap agensi sediakan juadah masing2.. agensi aku sponsor tempat so takyah sediakan makanan...hihi.. tau ke kat mana ni? kraftangan msia jln conlay la HQ aku...

semua pakai baju raya cantik2... aku mulanya nak balik tukar baju.. tp malas la redah je.. aku pun plan nak duduk kejap je...
Kat luar ni ada pentas artis2 menyanyi.. sathiya, angelin tan.. ntah sape lg aku tak tunggu lama.. tp pentas kat dalam ada m daud kilau, naser wahab mr.os.. n ramai lagi la...

meja VVIP.. ada menteri dtg kan...



mcm2 makanan.. ni yg last aku rasa.. sebelum2 tu dah belasah ketupat lemang n rendang....

pentas luar.. masa ni lum ramai orang..



tempat juadah..


aku jumpa dodol lembik.. pergghhhh my peberet.. aku tak suka dodol yg keras leh potong2 tu.. aku suka dodol yg leh tarik2 lembik ni.. sedap oooo.. nyum nyumm.....

rasanya ada nampak blogger kak ina (diarihatiku).. tp was2 nak panggil2 takut salah orang.. ehheheh.. kak ina kalau betul ada kat jamuan semalam sila reply ya.. heheheh








Tuesday, September 28, 2010

jiwa kacau

nak tulis n3 tp hilang arah..

jiwa kacau .. hati bergelora...

terbuku di dada...

susah nak cerita...

tunggula bila dah reda



geram kat seseorang yg tak paham bahasa... aku tak ganggu hidup dia kenapa dia suka ria ganggu hidup aku... ko tunggu la masa kalau aku dah tak tahan...

rasanya kena buat ntry private kan..

Monday, September 27, 2010

Dia pun Nak masak

Bila mama masak.. dia melalak2 kat depan.. nak suh dia teman dia tengok tv... bila mama letak kat dapur dia pun sama nak jd chef...


sudu, senduk semua terabur...

paling suka main sudu plastik... tak tau la apa yg best.. nanti beso pandai masak leh masakan tuk mama plak ek mika...


Asam Pedas Ikan sembilang


Ada sape suka ikan sembilang?? saya suka.. sedap isinya.. ni sembilang laut tau.. last week hubby pegi tengok projek kerang dia kat perak.. aku pesan suh dia beli la apa2 seafood bawa balik.. sekali dia beli ikan sembilang ni.. bukan senang gak nak masak ikan ni kalau tak pandai kan... ada sedikit hanyir la....



2 kilo dia beli.. mak aihh banyak la pulak.... dalam kepala dah terpikir asam pedas je dah.. mmg lazat.. tp kalau umah bertua aku dia buat gulai cam kari tp aku lg suka masak asam pedas.. goreng pun sodap....


hubby beli ikan dah siap siang.. aku siap call mak tanya cara nak masak ikan ni dgn betul.. kalau tak dia akan hanyir.. mak bg petua nak hilangkan hanyior ikan ni.. PERAP ASAM JAWA DAN LIMAU CAMPUR MINYAK MAKAN.. perap dalam setangah jam baru cuci.. insya allah hanyir hilang....


Berasap lg dalam kuali...

dah siap.. mmg menyelerakan... aku siap letak daun kantan +daun kesum.. makan dgn pucuk ubi rebus.. terbaekkkkkkkk!!! nyum nyumm...

ada pulak org pi cari asam pedas lunch ni karang.. hihih

Pancake melayu





Penah tengok pancake melayu.. ha meh aku tunjuk...


Letak adunan atas daun pisang...

bakar sampai garing...


Dah siap panceke melayu akau.. aka lempeng pisang.. senang je.. hihihi


boleh di makan ketika menonton tv.... ni dia peminat setia pancake buatan tangan mama dia...

tak cukup 1 tangan guna dua2 tangan dia makan.. sedap sgt ke syg...


makan lagi.. sedap la mama...


tertib dia makan.. tak tumpah.. sampai abis licin.. dan kesannya kepada mika.. dia sgt lawas hari tu sebab makan lempeng pisang.. ehhehehehhe


Mata tetap tgk tv.. tangan tetap masukan makanan dlm mulut.. sukerrr tengok dia makan.... ada sesapa teringin???? hihi


Sunday, September 26, 2010

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

Bila raya.. aksi anak2 la membuatkan kita terhibur kan.. nak snap pic anak2 mcm2 aksi.. yang penting memori pagi raya dengan baju melayu atau kurung... camtu gak aku.. tak lepas nak rakam aksi mika dgn baju melayu siap bersongkok samping..

Dan kebetulan jumpa contest ni.. teruja nak join.. sape nak join klik banner ni ya...




Saya join 2 kategori ya... 1st is my SON...

1A - Little Muslim (1 hari - 3 tahun)
Aksi mika pagi raya siap bersongkok sampin dengan baju melayu..


NAMA : MUHAMMAD DANISH MIKHAIL
UMUR : 1 thn 2 bulan
KATEGORI : 1A (Little Muslim)
HARAPAN : Lahirmu kedunia memberi sinar baru pada mama dan papa.. harapan kami semoga mika menjadi anak yang soleh dan berguna di masa hadapan.. anak yang menjaga kami di hari tua dan yang paling penting mika adalah Anak yang akan mendoakan kami bila kami tiada dunia ini lagi...


1B - Little Muslimah (1 hari - 3 tahun)

My niece.. alesya baru 4 bulan.. tapi maklong gayakan alesya pakai tudung.. alesya diam je.. kami semua geram tgk icha comel pakai tudung.. eeeeee ...


NAMA : Nurfathiah alesya
UMUR : 4 bulan
KATEGORI : 1B (Little Muslimah)
HARAPAN : Semoga Alesya menjadi anak yang solehah, anak yang bijak pandai yang mampu merubah kuargamu dimasa hadapan...insyaAllah

NAK TAG :

intan MAMA KHALISH
anis Ummi Ukail
Isya ibu iffah
ET ibu Dania









Saturday, September 25, 2010

mika & sudu






saksikan video budak manja

nangis tanpa sebab bersama sudunya....



Friday, September 24, 2010

Bayi 3 bulan meninggal tercekik susu

baru dengar berita kat tv3..aduhai.. kecuaian pengasuh.. ditinggalkan anak sekecil tu minum susu sendiri dalam buaian.. takde akal ke pengasuh tu.. dia pulak pegi memasak.... kalau jadi kat anak dia macamana??? apa yg ko rasa...

eeeeeeeeeeeee geram betul la.. nak jaga budak, jaga la bebetul.. patutnya kalau dia nak masak pun kenala ada orang lain pantau budak tu . ni lg pulak ditinggalkan budak tu minum sendiri.. budak 3bulan mana reti nak pegang botol ke apa... eee stupid la... aku mmg mcm takleh terima je...

Kesian mak ayah bayi tu.. moga mereka sekeluarga tabah dengan dugaan ini...kepada pengasuh di luar sana (yang jenis lalai ni)... fikirkanla tanggungjawab yang dipikul, bukan duit semata..nyawa yang kita jaga... apatah lg anak org lak tu..mereka menaruh kepercayaan sewaktu meninggalkan anak-anak mereka dibawah jagaan kamu... hanya kecuaian sekelip mata hilang nyawa. fikirkanlah...



PUTRAJAYA, 24 Sept -- Seorang bayi perempuan yang berusia tiga bulan menemui ajal yang dikatakan akibat tercekik botol susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu. Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur. Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi kerja.

"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut. "Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri. "Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya. "Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya. Mohd Fairuz berkata Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia. Selain Farisha, pengasuh tersebut yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi. Fairuz berkata beliau menganggap kejadian tersebut sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.
"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya. - Bernama


APA KOMEN KORANG???

Makan-makan jamuan raya

Acara makan-makan ni simple je sebelum acara jamuan bebetul peringat HQ nanti.. masing2 bawa makanan masing-masing. ada yg bawa satay, lontong, nasi impit, lemang, kuih raya... just nak makan kawan2 di lorong bilik opis ni je...

Aku bawa buah duku, kuih raya n puding cocktail.. puding aku kejap je dah lansai abis.. makan sejuk2 kan sedap.. nak buat lebih malam td tepung custard lak dah abis.. hmm buat mana yg ada je la...


Ni la lorong akademik.. yang mana salah satunya ada bilik aku.. dan makanan ni pun terhidang depan bilik aku.. jd senang aku kuar masuk.. ehheheh


dgn opismate aku.. aku yg warna oren tu lerrr... pic depan bilik opis aku.. tak penah aku bergambo kat sini... pertama kali ... malu la nak posing tak pasal2 kan.. student tgk jatuh reputasi.. hahah.. ni ada sebab takpe.. tu pun malu-malu meowwwwww...

Ramai jamuan start kul 10.30 dan sampai waktu lunch.. waktu lunch aku dah merayap kuar pi jalan2 cuci mata.. terbeli lak bunga hiasan... ehhehe. TERRRRR tu... hahahhaha.. fompuannnnn



Kuih Raya

Ni la kuih raya kat umah aku,.. nasib baik letak kat meja tinggi.. kalau meja bawah aku rasa dah lama pecah mika kerjakan.. ada 8.. banyak plak biskut.. ni pun ada yg tak isi lg.. sebab malas nak kuarkan semua.. balik dr kampung aritu mak bg lg kuih.. mak aku rajin buat kuih.. dia bg kuih sarang semut, semperit, kuih sugi dan maruku.. tetiba dah jd banyak tak campur lg biskut2 yang aku beli aritu..



Isi 8 balang je... ada lagi tak masuk bekas.. malas letak banyak2.. sape nak makan..


2 malam lepas adalah kawan2 hubby dtg beraya.. kawan2 aku belum lg.. lgpun minggu keje kan.. tak tau la weekend nanti kalau ada org nak dtg.. kalau takde aku je la makan anak beranak sampai abis.. larat ke.... tengok je kuih tu tak lalu pun nak makan ..hahahhahah..

Ada sape2 nak dtg umah meh la.. tolong perabihkan kuih2 aku ni...


Hari ni ada jamuan opis... aku bawa kuih2 raya aku.. lagi bagus bagi cepat abis... mlm td aku buat puding coctail.. ala jamuan ala2 pot luck.. masing2 bawa makanan.. mesti merah ni.. jap lg kul 11 ada jamuan.. best!!!


Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah