Friday, November 29, 2013

Bekerjasama memunah bedak!

Si abang jadi ketua
Si adik penyokong
Apa abang buat dia bantu
Apa yang penting KERJASAMA.. kata wonderpet

Adoii abis bedak sebotol
Si kenit ni pun tak padan
Bila mama marah dia..
Dia tuding jari halus dia kat mama
Amboi marah kita balik
Bertuah tul anak... hihi

seronok kamu berdua ya... tabur lagi abg kata adik agaknya....

 
si kenit ni memang suka...

 
muka dah macam tepung gomak... 

Friday, November 22, 2013

Aurat

Salam jumaat..
Sharing is caring... :)

Thursday, November 21, 2013

Sape yang kena?

Bukan abang yang buli adik..
Adikk yang tak bleh tahan tengok abang
Pipi abang takde isi pun dia geram..

Tak sangka adik boleh cubit pipi abang macam tu... hahah adik ni lg ganas...hahahha

Monday, November 18, 2013

Kalau dah tak tahan sangat!

Adik ni spesis mama...
Kalau dah tak tahan sangat ngantuk
Tak boleh di tahan-tahan... hahha

Tak sempat mama nak posing ngan dia
Tengok-tengok pic yang disnap
Dia dah lelap rupanya...
Bertuah tul anak dara mama ni....
Rindu plak... huhuu

Tuesday, November 12, 2013

INI yang adik takut!!

 Fav abang si BEN 10 ni
bila di tekan keluar bunyi dan lampu

Tapi....

tak sangka dia menjadi ketakutan buat adik
 

 rupanya adik takut dengan maianan berbentuk patung-patung ni...
memula pelik kenapa dia nangis..
bila di tengok balik rupanya dia tenung je patung tu 
bila abang bagi kat dia dia lari dan nagis.. hahahha

apela adikk ni...

 maka mama pun buat experimen...
bila mama letak tepi katil si BEN 10 tu
confirm adik tak berani turun
heheheh

dia duk diam je atas katil...
heheh cian adik.. 
tapi senang gak keja mama
dari risau dia asik nak turun naik katil.. hahah

si domok mama...

miss u budak gemok!.. muah muahhh

 

Sunday, November 10, 2013

Gulai tempoyak

Hari minggu la dapur nak berasap kan.. hahha
Hubby request nak makan gulai tempoyak..
Cari ikan patin kat pasar x jumpa...
Dia g beli ikan jelawat katanyq...
Taram je la.. dah la aku 1st try masak menu ni..
Google n tanya kawan2 org pahang yg biasa masak gulai tempoyak ni.. heheh

Sotong udang goreng kunyit..
Ikan goreng n sayur lemak tuk budak berdua ty
Huh siap..
Masak simple2 je... sebab harini nak memunggah mengemas almari baju... heheh
Selamat menjamu selera di hari minggu...

Friday, November 8, 2013

Bila balik johor..

Makanan yg best kat johor dan jarang dijumpai sama rasanya di kl.. hahah boleh camtu...
Bukan apa tekak dari kecik dah biasa kan...
Haritu cari sangat putu piring ni...
Kat kl warna putih.. kat sana warna kuning...



 sangat sedap!
 
 ABC n Cendol Pak 'O' yang glamer di batu pahat
dari aku kecik lagi dia meniaga
rasa tetap sama
tempat je berubah-ubah sket
PISTOL kecik tu abang danish yg punya.. makan pun nak bawak menan.. adoiilaaa

 
 ni namanya mee racun
hehe jangan risau nama je racun
tapi makan tak mati.. hihi
sepupu aku blanjer aritu balik sana


 
 Soto johor

hmmm sedapnya kalau dapay makan time panas-panas camni hirup sup

macam-macam lagi ada
tapi balik haritu kami sempat cari yang ni je...
jalan-jalan cari makan edisi johor... hihi
 

Thursday, November 7, 2013

Ibu dedah pengalaman ngeri hantar anak ke taska Taman Melati


Nak baca KLIK SINI
dan

aku copy paste je dari sumber tu untuk pengajaran kita bersama






 




Anatara sedikit sorotan cerita beliau...


PERUBAHAN BULAN PERTAMA ANAK-ANAK

- ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia..
Aku malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok
(time tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )

- ANAK AKU MENANGIS MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA
Tiap-tiap pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir masalah)

- TASKA TANYA - Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO..
TASKA JAWAB - Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2.. )

Aku belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES.. tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes tiap-tiap hari minta lebih ..


PERUBAHAN BULAN KEDUA ANAK-ANAK

- SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH.. (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska.. selama ni OPAH dia yang jaga.. )

- Kakak cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa dengan kawan2 dia.. )

- Anak aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP.. "Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK.. GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat.. mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka..

- BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau HANCING.. campur dalam bag..

- ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka nak kebebasan dari di DERA..

- SARA dah mula mengigau.. tidur malam dah cakap dalam tidor ... cakap cikgu tarik rambut.. cakap sorang-sorang sampai aku naik takut..

- Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat tapi.. dok ngadu CIKGU TARIK RAMBUT..

- AKU PERGI BERUBAT DARUS SALLAM.. untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video kat atas.. JANGAN PANGGIL CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer..

PERUBAHAN BULAN KETIGA ANAK-ANAK

- Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP.." AKAK PERGI JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)

- Ada seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak merekadi sana.. cakap.. " KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak serasi.." - Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska.. tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. )

- FINAL KEPUTUSAN DICAPAI..
Satu petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. " ANAK DEMAM PANAS, SESAK NAFAS.. SEMPUT"

Berderau hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms.. " ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat.. tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia

Petang tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar anak.. dan aku tak balas..

Pengalaman mengajar aku dan HUBBY,
KEPADA IBU BAPA yang menghantar anak ke TASKA..

NASIHAT ORLYLOVE

- JANGAN LER INGAT ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK MENGADA dan MANJA depan orang..

- Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler.. check..
- Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya depan-depan cikgu .."CIKGU MANA YANG BUAT ADIK.... !! sure.. anak cakap nanti..
- Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
- Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan..
- Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang...

(SEMUA DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )

TASKA DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM
Cikgu nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA.. semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA..
pekerja.. 3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang

MOOD SEBAK...
SARA, QALESYA, BATRISYIA, MAAFKAN MAMA Sebab salah anggap dengan kalian.. dan tersalah PILIH PUSAT JAGAAN untuk kalian.. MAMA kena bekerja demi keluarga KITA, Insyaallah.. kalau ada rezeki mama, mama akan berhenti kerja dengan melakukan sesuatu.. perniagaan sambil menjaga kalian semua.. doakan mama,, ok.. IMPIAN mama memang tak nak bekerja.. mama nak besarkan anak-anak mama dengan hasil keringat mama sendiri..

BUKA LAH MATA WAHAI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT... JANGANLAH SUSAHKAN PENDAFTARAN TADIKA / TASKA untuk semua PENGASUH DAN PENGUSAHA supaya mereka senang mendaftarkan TASKA DAN TADIKA mereka. Mereka dapat di pantau..oleh JKM BERIKAN MEREKA pendidikan macam mana KAK ROSMAH nak kan anak-anak PERMATA NEGARA cemerlang dan terbilang.. Jangan lah tunggu LAPORAN baru nak buat pemeriksaan..

Share dari Blog Puan raja Norli >> http://orlyloveshop.blogspot.com/



Friday, November 1, 2013

Deena turns 1!

Deena turns 1 today!
Selamat Hari Lahir anakku Airis Nur Eirdeena...
 Semoga menjadi anak yang solehah untuk mama & papa..
bijak, sihat dan cerdas membesar...
Diberkati dan dirahmati Allah SWT Berjaya di dunia dan akhirat...aminn

We u so much!! -mama, papa & abg Danish... 1 nov



pic 1 month & 1 year
dah besar anak dara mama
manja n debot...


* teringat tahun lepas time camni mama g daftar warded
serah diri jam 8 pagi
kul 10 lebih  mama sedia dibelah perut
nak kuarkan budak tecik ni...
ooh cepatnya masa berlalu..

adik dah memapah 2-3 langkah.. maybe sket lg dah boleh bjalan..
tp 1 je lagi adik lum ada gigi..
hehe takpela adik nampak baby.. huhu
luv u so much baby deena!
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah