Friday, February 26, 2010

Upin & Ipin

Petang semalam masa aku singgah pasar malam ternampak orang jual Cd untuk budak2.. ala Cd yg mcm ada lagu2 kanak2 belajar ABC.. then mcm minat gak nak beli.. tp bila pikir balik nak ke anak aku tgk.. atau masih awal lg... so takde la beli...

Bila sampai umah dpt lak idea nak try tengok apa reaksi mika kalau aku bg dia tengok citer2 kanak2 ni...aku search youtube try cari citer Upin & Ipin..

Nak tau apa reaksi dia... sangat tak terduga aku.. aku ingat dia buat tak tau je....


Dia sangat kusyuk... yang paling tak aku sangka dia leh gelak2 dan senyum2 sorang2 bila tengok aksi2 tertentu dalam citer tu......

Memula baring elok je...



Bila dah lama baring mula nak meniarap.. tp mata tetap khusyuk tengok upin ipin lg.... rambut dah la botak cam upin ipin.. mika leh geng ngan diorang yek....


Muka serius tu tgk citer upin ipin... hmmm baby sekarang.. mcm2 ragam... hihi

Thursday, February 25, 2010

Selamat menyambut Maulidur Rasul...

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


So esok adalah hari sambutannya.. marilah kita banyakan selawat ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad.


Wednesday, February 24, 2010

My baby Doll....

Aku jumpa baby doll ni kat cat care4.... pastu aku tgk comel je then aku pun bawa balik....


hahhahahaaa.... tu citer tipu...


baby doll aku ni baby boy ni lerr.. anak aku..
malam td bawak dia g care4 sebab nak beli stock susu dan keperluan dia yg dah abis..

baru je masukan kejap dalam stroller.. lorr senyap je rupanya dah lelap..



ni lerr baby doll aku,... dah mcm anak patung yg getah tu yg buleh masukan puting botol tu dah.. aritu aku jumpa kat toy'rus.. hehehhe.. dia ni kalau ralit tgk org keliling pastu kena sorong pulak mmg takyah disuruh elok je dia lena sendiri.. tp bila sampai umah pulak mata tu elok je bulat terbuka.. huhuhu..

punya la lena sampai terpenyek2 pipi ko yer.... kalau kat umah sikit punya susah nak ditidokan...

Dari awal shopping sampai dah siap beli semua, pastu aku singgah kedai makan.. sampai balik umah dia still tido.. tp bila aku pindahkan dia atas katil..... jeng jeng jeng......... mata dia terbuka bulat tgk aku.. adoyaii... sampai kul 12.30 aku kena melayan dia barula dia tido balik...

mcm kisah pg semalam kul 4 pg dia ajak aku main2 ngan dia.. sudahnya aku terlajak tido kul 7pg baru terjaga.. lintang pukang bersiap g keje.. sampai opis pun terlewat... haru tul.. mika jgn ajak mama main2 or borak2 lg kul 4-5 pg tau.. hari2 camtu kena buang keje lak mama... hahahhaaaaaaaaaaaa

Tuesday, February 23, 2010

nyam nyam nyammm dapnya mama....

Mika dah 6 bulan.. dia dah boleh makan... sebenarnya sejak dia 5 bulan aku dah try sikit2 bg dia makan... aku kenalkan nestum beras & susu pada awalnya... memula tu susah juga dia tak berapa pandai nak makan.. tp lama2 hmmmm tak sempat suap dah menganga mulut....

bila dah mula boleh makan aku tukar plak nestum + sayuran atau nestum + buah buahan n nestum + soya ni... saje bg lain2 perisa...


Untuk breakfast biasanya aku bekalkan biskut milna ni n bila ptg aku minta babysitter bg dia nestum... bibik kata dia ni suka sgt makan...

punyala tak sabo nak tgk mika makan sendiri siap dah beli baby bites.. tp lum boleh lg coz mika takde gigi n lum pandai makn yg keras2 ni...


Alhamdulillah mika ni suka makan.. sekarang ni kalau nampak sudu n mangkuk makanan dia tu dia tak sengih2 dah... kalau aku lambat suap punyala marah... hihi kelakar la mika nih...

Tengok tu tangan dia pun sibuk nak masuk mulut sama...

nyam... nyamm sedapkan syg....

Petang semalam aku gigih nak buat bubur tuk dia... aku buat bubur nasi masukan carrot.... then aku blend sampai lumat hancur.....

ni plak.. ikan bilis aku goreng tanpa minyak n buang tulang tengah dia....

aku blend sampai jd serbuk....

serbuk ikan bilis tu dicampurkan dengan bubur carrot td, bila aku rasa sikit .. hmm baru la sedap..ada perisa.. patutl aritu aku buat bubur nasi + carrot je dia tak nak..menangis2 dia makan.. tak sedap gaknya.. dah biasa dia makn nestum sedap.. lepas ni aku nak buat stock serbuk ikan bilis tu banyak2... berselera sgt aku tgk dia makan semalam.. puas hati mama masak tau mika... nanti aku nak cari resepi lain plak.. buhbur daging + brokoli ke, bubur + kentang ke.. hmmm bersemangat nak masak bila tgk dia selera makan...

Sunday, February 21, 2010

Keluarga Mifzal Arsyad Giveaway ::^_^::


Jom Join Keluarga Mifzal Arsyad Giveaway
Aku tgk hadiahnya menarik... leh tambah koleksi cadar tu pun kalau ada rezki la.. hehehhe


Meh kt tgk syarat2nya....


1). Terbuka kepada kawan-kawan blogger sahaja..(done)
2). Wajib menjadi follower & senaraikan blog Keluarga Mifzal Arsyad di dalam bloglist memasing..(done)-dlm bloglist "mai kt tgk sape yg update"
3). Buat satu entry di blog memasing mengenai giveaway ini..(done)
4). Pamerkan banner Blog Keluarga Mifzal Arsyad di dalam entri tersebut...(done)
5). link back Blog Keluarga Mifzal Arsyad ..klik here..(done)
6). Tinggalkan link penyertaan kawan2 di entri di link tersebut..link yang ditinggalkan di entri lain tidak diambil kira..(done)
7). Hadiah ditentukan berdasarkan kepada cabutan bertuah yang akan dilakukan oleh Mifzal Arsyad & Abah Mifzal..^_^

Hadiah Cabutan Bertuah Pertama - 1 set Cadar Fantasy Saiz Queen Hadiah Cabutan Bertuah Kedua - 1 set Cadar Fantasy Saiz Single

Jika penyertaan menggalakkan..hadiah-2 mungkin akan ditambah..Insya Allah



Tempoh Giveaway ini adalah :
15 - 28 Februari 2010

Friday, February 19, 2010

MIka dah 6 bulan 10 hari...

Hari rabu aku sambung cuti lg... amik mc.. walhal sebenarnya aku mmg apply cuti saje nak rest.. tp... kebetulan pulak aku kena demam+selsema+ batuk.. mmg 1 package... hari rabu tu jugak bawa mika g pusrawi untuk injection 6 bulan.. dgn aku sekali check up dapat la MC.. heheh jimat cuti aku... hehhehe.........

harini mika dah 6 buln 10 hari... kejapnya masa berlalu rasa baru semalm aku duk menetap kat spital tu..sok lusa tgk mika dah beralan pulak.. tak sabo nya aku tunggu saat tu.. jln2 dgn dia sambil pimpin tangan... so sweet kan...

Perkembangan dia dah boleh meniarap n guling kan diri semula.. berpusing 360% kalau dia baring atau meniarap... berat dia dah naik setengah kilo... Now dah 7.3kg.. patutla tak larat aku dukung lama2... masa kena inject langsung tak nagis.. doc pun suka melayan dia... suka sgt senyum skrg ni.. kalau org panggil mula la tersengih2... takleh nampak muka aku... mesti nak ikut...

Yang paling best mika dah boleh sebut Amamamaamaaaaaa........... walaupun tak jelas betul sebutan MAMA.. tp bunyi mama tu dah ada.. tu yg paling aku happy...kalau menangis mama la yg dia sebut... indahnya saat ni tak terkata.. terima kasih ya Allah atas kurniaan ini setelah 3 thn aku menanti.. syukurrrrrrrrrrrrrrrrr alhamdulillah........

Perkembangan di kala usia 6 bulan...


suka senyum walaupun ada puting di mulut...


Dah boleh meniarap...

NI masa kat kg... panas sgt.. bila aku buka baju dia senyap pulak... leka main tali beg...


Leka main beg baju dia kat umah mak tok dia... tengok dah jauh ke bawah nak ke lantai dah turun dari tilam dia..... pandai je dia pusing badan ke bawah sikit2...


Ni yg paling best.. aksi seakan merajuk.. bila aku angkat balik naik atas tilam tak bg dia main beg... sebab dia asik nak masuk mulut tali2 beg tu... risau tali tu kotor kan.. aku bagi bear dia pun mengiring.. konon merajuk.. pastu mulut bising2 mengomel.. tgk2 tau2 senyap.. rupanya dah tido.. alahai sian dia.... .....

Thursday, February 18, 2010

Teruja.. 1st time drive Keta....

Budak ni yg teruja sebenarnya.. aku saje nak test.. apa reaksi dia bila aku ngan hubby naikan dia benda ni... selasa aritu kitorg jalan2 alamanda.. saje dah lama tak kesana.... cuci2 mata asik jalan area kl pun boring juge kan.... huhuhuh...


Sekali tu.... mak aih... pegang stereng keta kemain kuat taknak lepas... punyala suka.... aku ckp kat hubby ni testing je.. pasni jgn ajar plak.. abis syiling tabung kang melabur kat sini.. hahhahah...



Tengok tu... yang tak larat aku tgk tu siap duduk.. bangun.. duduk bangun bila benda tu bergoyang n berbunyi..... tp tangan tetap kat stereng keta.... budak2 sekrg baru 6 bulan dah pandai ni semua...

Muka org yg tgh suka... cam ni ler gaya.... sib baik aku angkat dia tak nanges.. dia tgk je benda tu terkedip2 mata... hehehhe.. mika.. mika...

Wednesday, February 17, 2010

Buai laju-laju.....

Buai laju-laju, sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab.

Buai laju-laju, setinggi dahan Teja,
Belum ke sekolah, dah tahu mengira, mengeja.

Buai laju-laju, sampai ke rumah nyonya,
Teruslah, belajar, walau sampai ke negera China.



Buai laju-laju, sampai ke senja,
Aku nak kawin dengan anak raja....
(hahahaaa ni aku tambah... mcm cerita bwg putih bwg merah tu kan..)


Apa yang mika menungkan tu.... sambil peluk bear pooh kesayangan dia... bak kata adik aku.. peluk anak ke... hehehhe






dia ni tgh memikir apa ntah.... tu tgn pakcu dia yg rajin melayan


oooo ini rupanya.. bila kena buai dia lena.. dlm mimpi mesti dpt kawin dgn anak raja.. hahahha berangan je mama ko.. anak bersunat pun belum.. kahhhhhhhhhh




Sebenarnya susah nak tidokan dia.. meragam jek.. kan aritu aku ada buat n3 dia tido duduk.. kali ni aku try masukan buaian ni.. laaaa boleh lena gak dlm keadaan camtu.... hai anak... anak....... buaian ni mak tok dia yg belikan... balik kg masa hantar mak tok CNY aritu... cucu kesanyangan mak tok n tok abah... pendek kata kat kg aku senang keje... mak n abah tak lekang nak pegang dia.. kecuali dak kecik ni tido.. tu pun tgh tido atok abah dia tunggu tepi dia.... alahaiiiiiiii...



Pipi molat... tgn mungil.. baju dah naik sendat... ni mcm nak suh mama shopping baju mika lg jer... hahahah.. alasan terbaik tuk mama dia dpt shopping..... bila dah lena betul baru aku angka tido atas tilam..... mcm2 ragam la anak aku sorg ni.....

Friday, February 12, 2010

Petua mencuci Hati...

Sebelum nak bercuti panjang ni.. meh kita share bersama info ni....

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.    
  Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
     sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
     bersih."

2.     Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
     merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
     ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
     semua perkara kebaikan.

3     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
     menenangkan minda.

4     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
     penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
     sebanyak 3X.

5.    
  Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
     sebutkan.

6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
     diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
     sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
     senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
     hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
     Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
     sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
     kejahatan.

9.       Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
     tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10.    Kekalkan wuduk.

 
11.    Bersedekah.

12.    Belanja orang makan.

13.   Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14.   Berkawan dengan ulama.

15.   Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16.   Pesan pada orang, jadi baik.

17.   Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

 

Tazkirah hari ini..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SA.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r..a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada  pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.


Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".
 

Thursday, February 11, 2010

Nak Berkenalan boleh??

 Petang semalam aku bawa mak kuar jap g care4.. saje nak jalan2 n beli brg sket... biasanya kalau jalan2 shopping mall ni aku tak bg sgt mak aku bawa handbag dia pun tak mau susah nti nak pegang barang nak pegang hanbag.. so purse n handfon dia masuk dlm beg aku je senang....

 Pic en google sekadar hiasan

Tapi balik semalam aku lupa nak keluarkan... dan pagi ni aku terbawa g keje sekali fon mak aku tu.. aku perasan pun bila ada terdengar sms  masuk.. laaa hp mak terbawa pulak... bila buka sms tu aku pun bacala... setau aku mak aku tu tak reti sgt nak guna sms2 ni... sebab mata dia tak nampak sgt..

" hi awek, boleh kita berkenalan.. saya rosman..."

wahh  ni mesti main hantar ikut nombor sesuka dia je.. sebab bila aku check dlm fon mak aku takde number tu pun...

akupun cam marah la sesuka je dia hantar sms kat fon mak aku mcm tu..

aku balas ni je
"GILA KE"
nak je aku tulis.. ni fon nenek orang la...

sib baik mak aku ada 2 fon.. hahah canggih mak... 1 nya fon sedia ada dia guna Maxis...
1 lg aku belikan number 019 yg guna 1+3 tu.. kan free kalau bergayut 4 number tu...
hubby amik 4 number, hubby, aku, mak n mertua aku.. so kitorg 4 org ni free la kalau calling2 kan.. kan ke jimat.. aku kan jenis 1 hari dekat 10 kali call mak aku.. so leh byk jimat kat situ...
Bill celcom mak aku ni pun ku yg bayarkan.. senang sket dia.. yg maxis tu sebab dia dah guna family number dgn abah .. lg pulak ramai sedara mara tau number maxis tu .. tu yg biarla pakai 2 fon pun...

sambung citer  td.. org tu balas balik " Saya rasa awak yang Gila, pepagi bg sms kat saya mcm tu" ewahh dah la kau sesat nombor main sms je kat mak aku leh marah aku balik...hmm lepas tu aku tak reply pun kuasa aku layan org tak tentu hala ni...

aku call 019 mak.. mak aku kata bukan baru ni je.. haritu tengah malam kul 2 ada org call ajak berborak... mak aku angkat tp tak kenal kan.. so mak letak la.. dia call lg ajak berborak2 nak berkenalan tgh2 malam.. sudahnya abah aku yg angkat.. padan muka.... ni mesti lelaki nak cari awek tp main hentam je number.. ada ke cara mcm tu.. geram tul aku.. aku mcm nak suh mak beli number lain je. tp mak kata susah ramai dah tau number tu.. hmmm takpela.. kalau ada yg mengacau lg siapla.. mak aku plak jd takut.. aku cuma pesan kalau ada number yg tak kenal tu yg takde dlm senarai fon mak tak payah angkat...

Wednesday, February 10, 2010

Baby Crying Contest



Jom join contest anjuran KAK PAH...

Aku teruja nak join contest ni sebab ada  1 gambo mika menangis yg aku suka sangat.. gambo ni dia mcm marah bila mama n papa suh dia posing.. muka nangis bersungguh-sungguh.. hahha pandai protes dak kecik ni tau.... gambar ni masa najlis cukur jambul dia.. la ni dah botak... hihi





NAMA : Muhammad Danish Mikhail b. Mohd Azrul
Umur dlm gambar : 5 bulan (now dah 6 bulan)

Klik kat banner sebelah kanan atas tu.. jom kita meriahkan contest ni ramai-ramai...... Tarikh tutup contest ni adalah pd 28 Februari 2010...

Mika Tak G NURSERY Seminggu....

Minggu ni kan hubby aku g Sabah kan.. maybe jumaat baru balik.. so aku awal2 dah request mak aku suh dtg sini temankan aku kat umah ngan mika.. yerla pertamanya mmg aku ni penakut.. manala tau tetiba mika menangis tengah2 mlm kan kalau aku sorang2 risau gak.. kalau hubby aku ada leh kami gilir2 dukung dia kalau dia nagis.. selalunya camtu la.. kalau dia tgh tido dia terjaga dan menagis hubby aku akan dukung pujuk2 dia sambil berzikir...lelama dia diam...

Hari sabtu aritu lg mak aku dah sampai sini tuk temankan aku.. kebetulan ada sepupu aku nak dtg umah so leh mak aku tumpang diorg skali.. dlm pada suka2 mak aku dtg aku TERLUPA bgtau nursery yg mika aku tak hantar sampai chinese new year ni... td aku dapat sms dr kak anis tokey nursery tu

" salam, ida nape danish dah 2 hari tak datang?"

Diorg semua kat nursery panggil mika dgn nama DANISH...  alamak aku rasa bersalah betul lupa bgtau...  aku bgtau la seminggu ni tak hantar sebab maktok ada dtg jaga mika coz papa dia g sabah....mmgla kalau mak aku ada jgn harap dia nak bg org lain pegang cucu dia.. hehehhe .. Apala aku ni camana leh terlupa...

Bibik yg jaga mika tu sayang sgt kat mika.. bertuah gak aku dpt penjaga yg camtu.. dah berumur..haritu aku nak keluar g JJ, tiba2 dengar org panggil " danish... danish..." rupanya bibik panggil mika.. "mau pegi mana? bibik rindu 1 hari tak jumpa danish" di ambil mika pastu di dukung peluk2 n cium2... syg dia kat mika... ngan budak lain pun dia syg tp ngan mika ni dia syg lebih ke apa aku tak tau la... yg mika pun mcm tau2 je.. bila bibik pegang dia mula dia menggelitik gedik2 suka2 sengih2 ngan bibik.. yerla sepanjang hari dia duk situ mana dia tak kenalnya kan...

Kdg2 aku kesian tgk bibik tu.. maybe dia rindu kat keluarga n anak2 dia.. mana yg ada disitu la jd saudara mara dia kan.. haritu aku hadiahkan 2 org bibik yg jaga mika tudung sorang sehelai... esok tu aku hantar mika aku tgk diorg pakai tudung yg aku belikan tu.. rasa terharu pulak... kdg2 balik keje aku belikan goreng pisang ke, kuih2 ke tuk diorg.. yerla life diorg seharian kat situ kan.. nak kuar pun maybe hujung minggu..kalau yg dah tua2 tu tak g berjalan2 sgt.. jd rutin harian diorg duk umah je... .. bila aku pikir balik sian kat diorg cari rezeki kat negara org jauh dr keluarga.. dah tua2 lak tu.. diorg tu umur lbh kurang mak aku je.. ishh takleh bayangkan kalau mak aku keje gitu.. kesian kan.. syukur la dengan apa yg aku ada sekarang leh membahagiakan mak aku selagi  hayat aku ada....

nanti la kalau ada masa aku amik gambo bibik tu tunjuk kat korang.. heheheh.. bibik kesayangan mika...

Tuesday, February 9, 2010

Pulau Mabul Sabah...

Kul 4 pagi td aku dah gerak hubby ... dia bersiap2 mandi n kul 4.30 dia dah gerak ke KLIA.. Flight kul 7.20pg.  Hubby pegi Sabah harini n maybe balik hari khamis.. sepatutnya semlm lg dah bertolak tp anak bos dia masuk wad so terpaksa tangguh ke harini.. tukar tiket takleh dah beli lain jawabnya..

Tak best tul aku tak dpt ikut.. hubby aku ke Sabah sebab temankan Bos dia nak amik lesen scuba.. hubby aku mmg dah ada lesen advanced scuba so dia temankan bos dia lerr.. diorg pegi berdua je.. bestnya la hai.. tak silap aku destinasi diorg ke Pulau Mabul dekat pulau Sipadan.. kat situ mmg cantik tempatnya kan.. ishh kalau la aku dpt ikut kan best... lenkali aku tuntut lak hubby bawa kitorg ke sana... huhuhu


Ni baru dia sorg pegi.. kalau aku ngan mika ikut tah berapa beg jadinya.. ahhahah.. 1 beg baju, 1 beg set kamera, dan 1 set tools tuk diving... selalunya diorg diving kat pulau2 d terengganu mcm pulau perhentian atau redang.. yg tu biasanya aku ikutla....

Hmm mudahan2 hubby aku selamt pegi dan balik.. aku pesan mcm2 ole-ole bila dia balik nanti... upah sebab tak dapat ikut...hihi

Monday, February 8, 2010

Tido duduk....

Anak bujang aku sekarang dh makin susah nak ditidokan kalau kat umah.. kena la dodoi mcm2 cara.. aku mmg tak ajar dia tido dlm buai sejak lahir.. pada mulanya mmg bercanggah gakla.. mak aku suh masuk buai.. aku ngan hubby mmg taknak.. sebab nanti susah nak bawa berjalan.. (mengikut pengalaman sepupu2 aku.. anak diorg takleh tido kalau takde buai) tp peliknya mik ni kalau bawa berjalan shopping mall ke apa.. walaupun dalam dukung atau dlm stroller senang je dia tido sendiri..

Budak manja.. bila kat umah puas la aku baringkan tepuk2 dia.. tp tak berapa jalan.. suh baring dia memberontak nak bangun.. sudahnya aku dudukan atas riba then tepuk2 bahu dia...

sudahnya ni la jadinya....
.
.
.
.
.
.

Anak bertuah... camni cara gaya tido pulak peelnya sekarang... huhuhu.. aku tgk apasal senyap jek.. rupanya dah tersengguk2 tido.. alahai......

bila dah bangun... buka mata.. waaaaaaaa bolat mata ko....


sekarang suka sgt senyum.. pantang nampak aku mula la tersengih2... dia da mula kenal orang sekarang.. kalau org yg tak kenal pegang dia, dia tak nangis tp mata dia asikla tgk aku... dah tau kot sape mama dia.... pic ari sabtu kat kfc jj... kemain lebor nak senyum.... cyg dia.. muah... papa pun dah nak chubby.. hahahha

Friday, February 5, 2010

Budak Botak yang manja......

MIka kan sekarang sangat manja.. masa mak aku jaga dulu dia boleh la lg baring2 diam2 sorang.. sebabnya masa tu kitorang taknak dia jd manja sgt asik nak di pegang atau di kelek.. kalau tak susah nak buat keje umah kan.. tp sejak dia duk ngan bibik kat nursery dia jadi manja..

Apa tidaknya.. bibik tu suka ngan dia .. sayang ngan dia..... aku pun tak pasti kenapa..tiap kali aku dtg hantar mika, dia mesti ambil dan dukung.. kalau ada budak lain kat dia dia letak budak tu n ambil mika.. tiap kali aku balik mika mesti dalam kendong dia tak pun atas riba.. sampai aku pesan kalau dia nagis sikit2 tu biar je dia baring... jangan di pegang sangat.. tp bibik tu jawap apa tau " kesian dik dia menangis2 minta di ambil" Aku kata dia mmg mcmtu takleh nampak org lalu lalang kat dia mesti dia angkat2 badan suh amik dia.. kalau kat umah aku biar je sebab nak buat keje umah.. kalau dah meraung kuat tu baru aku angkat...

bibik ni bukan muda tau.. dah berusia, tp baik, dia dah ada 2 org cucu dah... sebab tu dia syg budak2.. tp akak tokey nursery ni pun bagus tau.. aku tengok yang jaga baby bukan yang muda2 semua yang tua2.. maybe org tua kan penyabar.. yg muda2 jaga kat taska umur 2 tahun ke atas...

Tapi kat nursery yerla namanya pun keje jaga budak kan, dia kalau boleh taknak bg budak menangis... aku tgk bibik ni kalau mika nangis merengek sikit2 pun dia dah angkat.. sudahnya kat umah aku la kena buat keje sambil dukung dia.. kdg2 aku biar tp tak sampai hati nak bagi nagis sampai kuat2 kan.. kang jadi biru lak anak aku....



Ni dia budak manja.. kalau dia tgh nak mula mengamuk ke meragam ke kan.. aku cium je pipi dia camtu lama2 sambil bisik kat dia " nape marah2... tak baik marah2.. mika kan budak baik.." letak muka kita kat dia.. perghh terus cair dia.. hihih

senyap lama kalau kau buat camtu.. tp letih le lelama.. hihi

ni lagi aksi manja dia... kalau aku baring tepi dia.. dia mengiring mengadap aku.. sambil tu main rambut la.. picit hidung aku la.. cubit pipi aku la.. tp kadang2 sakit gak... kuat dia genggam... paling dia suka tarik rambut aku ler.. dah la rambut aku makin nipis asik gugur jek... kalau di layankan mcm ni lama ooo .. dia suka sgt... tu yg kdg2 tak dapek nak update selalu mcm dulu.. hehehhe.. tp best hilang semua stresss....

Thursday, February 4, 2010

Downhill Race

Bukan aku yg race yer.. harap maklum.. hihi tp my hubby... dia kan giler beskal ni.. ada 2 biji beskal sekrg ni... weekend baru2 ni kitorg berkampung ke JB.. aku amik mak dulu kat kg baru gerak ke JB.. stay kat rumah mak teh kat ulu tiram. hubby lak ada race kat mount austin.. tp aku tak follow malasla kan.. dengan mika yg selsema panas lak tu.. baik aku berjimba g window shopping...

kat Jb aritu sempat la aku pegi JUSCO TEBRAu.. kemain besau..puas hati ler jalan... tp tempat2 aku g ni aku tak amik gambo pun.. ntah kenapa aku malas sgt..


lepas ke jusco tu cousin aku bawa kami ke Danga bay pulak... kat danga bay tu sempat aku jenguk ke Butik ekin ME WORLD COLLECTION Tu.. saje2 je bukan beli apa pun.. cuci mata...

Ni pic dari google : sebab aku malas nak snap2 gambo kat kedai dia.. heheh

Pandangan hadapan butik.. ada jual tudung, blaus n jubah2...


Hubby terlibat dgn race tu sabtu dan ahad.. sabtu hari tuk training dan seeding.. tp malang tak berbau.. hubby aku jatuh bergolek2 plak.. ni pun jumpa gambar dr kawan2 dia.. hmm balik umah tu aku pelik gak tangan berbalut.. terkehel n terseliuh gakla.. aku dah biasa kalau dia balik tgn atau kaki berdarah.. tp kali ni berbalut pulak dah... rupanya camni la gayanya dia jatuh.. ngeri gak aku.. dah banyak kali pesan takyah la main sport yg extreme ni.. tp degil.. nak jugak.. hmmm dah jd camni sendiri yg sakit lerrr............

Tu basikal kat atas tu.. dia dah bergolek2....


Ha cuba bayangkan... dari atas tu ke bawah dia berguling2 dah mcm hindustan... batu2 keras lak tu.. adoilaaa..


Ha tengok tu siap berpapah letak anduh kat leher pulak tu.. kalau aku tak tengok gambo ni tak la aku tau teruk rupanya dia jatuh... haiiii cari penyakit tul laki aku ni.. kalau patah kan ke susah...
mmg la minat... tp kalau dah camni haru jadinya... Video dia jatuh pun ada teruk n takut aku tgk... kalau nak tgk klik sini..
......
sib baik diorg cepat bertindak bg pertolongan cemas... kawan2 di dah risau kalau tangan dia patah...


ni pic hari ahad.. dah elok dah.. hmmm keras tul tulang dia kan... tp dia tak dpt nak challenge la haritu sebab tangan dah injurt.. kalau race sebelum ni dia penah dapat top 5.. . sib baik dapat luckydraw dapat la hadiah sebiji tayar.. berbaloi la jugak dr tak dapat apa.. kalau gini gayanya tak akan aku bagi mika mewarisi basikal dia tu.. buat aku tak senang hati je... biarla mika minat benda lain pulak.. huhuhuhu

sampai sekarang tgn masih terseliuh.. nak buka n pakai baju adalah susah.. hmmm.. tgkla nanti dia nak buat x-ray ke apa.. harap2 takde apala .... jadi pengajaran.. len kali jgn nak melompat2 dlm hutan tu... huhuhu.. isnin baru balik kl kebetulan pulak cuti hari wilayah.. so aku keje selangor kenala apply cuti... hehehhe

Tuesday, February 2, 2010

Tenet yang Huru Hara...........

Lamanya tak dapat nak update blog.. masa sgt mencemburui aku.. dgn mika yg sgt cemburu jugak bila aku mengadap lappy or pc... mula la buat2 batuk.. mulala nak dukung2.. huhuhuu


Yang paling menyakitkan hati adalah streamyx aku kat umah ni.. kejap ada kejap ilang... kalau kul 7 ptg hingga kul 11mlm sure tak dapat nak connect.. setiap hari okey............. geram aku.. rasa nak potong ajek.. aku ngan hubby mcm dah decide nak tukar celcom berukband tu.. tp kitorg nak tgk jiran kitorg guna dulu.. kalau respon diorg kata ok barula kitorg POTONG streamyx ni.. keadaan ni dah 2- 3minggu.. mana aku tak hangen.. bayar tiap2 bulan tp buat hal pulak kan.. dulu aku dah komplen ok la kejap ni dia buat balik.. tp hubby kata mcm ada org lain guna line umah kitorg ni selalu sgt tak dpt n mcm ada 1 lg komputer yg boleh connection bila hubby check..mmg ada password, tp tau je la org skrg semakin bijak maybe boleh hack kan.. tp kalau guna berukband takleh la kitorg nak berwireless dlm umah .. kena gilir2 aku atau hubby nak guna... kalau tak biasanya kitorg boleh guna pd masa yg sama.. hubby layan game kat pc aku layan tenet kat lappy.. kalau broadband kena gilir2 plak.. hmm tgkla keadaan caman nanti... tp dah takleh tahan.. sebab rugi je bayar tp takleh nak guna kan.. dulu ok je ...

hmmm byk cerita tertangguh... nantila aku update pelan2.. keadaan x mengizinkan...

mood : bosan nak keje...huarghhhhhhhhhhhhhhhhh
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah