Wednesday, January 27, 2010
Mika With Legging....
Banyak dah brg aku beli online stokin la, sterilzer, bottle n yang ni paling menarik mata aku.. legging... aku mula cari legging sebab aku suka pakaikan mika rompers.. kesian tengok kaki dia sejuk tu yg start try berleggingkan mika nih.. tp cute la plak..
T shirt2 ni kebetulan aku beli masa Jcard day.. sgt berbaloi tau.. yg mana mahal2 semua terjual di bawah harga 10hengget.. kain berkualiti tu pasal aku suka pergi sales Jcard Day... ada yg aku shopping sebelum mika lahir lg... so skrg ni cuma matchkan ajer... baby boy pun leh bergaya kan...
Ni legging panda (busha legging.. belang2 hitam.. hubby aku suka sgt tgk mika pakai legging.. Ha tu ler jangan marah kalau i shopping menyopping tau.. anak u gak yg comel. kehkhekheeeeeeeee
Ni legging sampai stokin.. selalunya aku pakaikan ngan rompers tp keluar mlm leh pakai ngan tshirt gak...
Yang ni simple je sebab aku pakaikan dengan rompers yg colourful senang nak match dgn apa2 warna rompers dia... ada pic bear kat tepi buku lali... nampak cekci la mika pakai yg ni.. hehehe.. kaki dia mmg suka bersilang kalau baring telentang.. ada style tu... kalau aku atau hubby cuba turunkan kaki dia mesti dia naik n silangkan balik kaki dia.. ehhehe pandai gitu ek
Yang ni biru belang2.. nampak cartoon monkey kat punggung bila meniarap.. nanti bila dia dah merangkak lg cute nampak punggung dia gedik2.. hehehhehe
Yang ni design frog.. last week kuar jumpa yatt... suka sgt yatt ngan mika.. dia pun tak lama lg dah nak meletup dah next month.. tp maintain cute mummy.. perut dia comel jek...
setakat ni tu lerr koleksi legging mika.. takleh beli banyak2 nanti cepat besor takleh pakai pulak.... tu pun ada yg aku beli saiz besar boleh tahan lama pakai.. sebab badan dia nampak gaya cepat baik gak.. perut dah buncit... dah nampak berisi.. yang penting mika sihat ya... muahhh cyg mama!!!
pssst : aku shopping legging ni kat blog ni http://qairakidscollection.blogspot.com/
Tuesday, January 26, 2010
KE bz ian Terlampau....
The latest si botak aku.. makin botak makin bolat muka ekau mika... ni lepas balik klinik kena cucuk 5 bulan.. sib baik nagis sikit je...doc pujuk2 terus senyap n ketawa2...
mak aku hari2 call tak leh tahan rindu kat dia... aku lupa nak story.. mika aku dah start hantar ke nurseru masa umur dia 4 bulan setengah... akhirnya mak melepaskan juga aku menjaga mika sendiri.. tp tuhan je la yg tau ... masa aku nak balik dari kampung mak menangis semahu-mahunya.. aku pulak jadi tak sampai hati.. tp aku cekalkan hati.. aku nak jaga juga mika susah senang sendiri... mmg aku kesian gak kat mak tp apakan daya.. seperti di n3 sebelum ni ada yg mengatakan.. salah seorang akhirnya perlu berkorban...
Dalam aku perjalanan aku balik KL mak tak henti nangis adik aku kata.. bukan mak je.. aku pun meraung sama.. sebab tak sampai hati.. dah sampai melaka tu rasa nak hantar balik mika bagi kat mak.. tp aku tahankan juga...
Yang paling kesian abah kata mak sampai mengigau2 tengah2 malam cari mika masa tido.. aduhai la.. sedih aku dengar tp alhamdulillah mak boleh terima.. untuk permulaan haritu aku kerap balik kampung seminggu sekali untuk mengurangkan kerinduan mak pada mika... alhamdulillah semuanya dah ok... so minggu ni aku dah janji nak balik kg sebab hubby nak g JB ada race mountain bike dia.. aku mestila follow.. heheh.. mak hari2 dah call mengira hari... kesian mak..
okla nanti aku sambung citer mika kat nursery... daa........
Saturday, January 23, 2010
Alfatihah...Sultan JOhor telah mangkat...
Alfatihah untuk Sultan negeriku yang telah mangkat...
Moga rohnya dicucuri rahmat.. insyaAllah..........
Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas
dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
di sini malam ini.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April
1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong kelapan.
sos : malaysiakini
Wednesday, January 20, 2010
MC.. MIGRAIN....
mlm td aku tak leh nak buka mata rumah aku nampak berpusing2... kesian mika dia tetido sendiri tanpa didodoi.. sib baik dia ok.. sebenarnya mmg aku stress.. stress tekanan keje.. mmg mcm2 masalah.. biasanya aku ok.. tp kali ni maybe aku terlalu memikir sampai tahap camni yg aku dapat... dah tak tahan.. nagis.. tp tak tahan gak sakit kepala... berdenyut2..
sib baik ada ubat penawar aku ni ha.. aku tgk muka dia buat aku lega sket... walaupun tekanan itu masih ada...
bila tgk muka dia.. dia dah mula suka senyum... mula2 malu2...
pastu buat muka serius lak....
bila kita agah2 dia... dah mula melebar mulutnya.... ketawa terkekek2 kekek...
dan sekarang dah pandai nak mengejek... wah wah wah dah mcm2 perangai dah yer.. tp inila yg buat aku terhibur... cayang anak mama..... mucuk-mucuk muahhhhhhhhhhh
Sekarang ni budak kecik ni tgh tido leh aku layan tenet.. kepala pun dah ok sket telan ponstan... uhhuhuhuhu
* aku rasa malas giler nak g keje... stresssssssss melanda.. huaghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Tuesday, January 19, 2010
Food poisoning...
2 hari cuti ni mmg nak update tp tak menyempat gak.. pendrive tertinggal kat opis... 2 hari gak kami laki bini x sihat .. silap makan rasanya.. yg aku ingat kitorang last makan sup cendawan beli kat kedai.. sehari lepas tu hubby aku sakit perut sampai nak demam.. sengal2 badan... aku ok lg ... tapi esoknya aku plak kena.. huh letih badan n lesu jadinya nak buat apapun tak jadi.. terbaring je la.... tu yg weekend pun tak sempat nak updated... ni ada kesempatan sket aku update la blog yg dah bersawang ni.. banyak aktiviti yg dah basi...
yang aku publish ni pun cerita minggu lepas kami g kenduri kesyukuran kawan hubby nak sambut baby... dekat ngan umah aku... so mika pun of course la ikut sekali...
Budak ni aku makin geram sebab pipi dia makin tembam sejak berkepala botak ni..... pandai dah buat mulut camtu.. elok je dia landing kat papa dia.. masa tu dia tangah ralit tengok budak2 besar main kejar2.. agaknya kalau dia dah boleh berlari mau dia pun join bebudak tu.... aku perati dia suka pandang orang keliling dia.. tu boleh buat dia leka n senyap.. dia pantang kalau takde orang baru mulut dia bising suh kita temankan dia.... tu pasal kalau aku kat umah ngan dia aku kena la menempek dekat ngan mata dia.. buat keje time dia tido.. kalau dia berjaga berlari2 gak curi masa buat keje time mood dia baik....
Tengok la kerenah yg suka main puting.. puting tu dia buat main kuar masuk mulut dia.. satu lg perangai tak suka nak duduk.. asikla nak berdiri kalau kita pegang .. dia buat la keras kaki dia tu nanti... balik kenduri kepenatan.. tidur ngan papa... mementang la baju dia "my daddy my super hero" banggala kejap papa dia sebab mika nak dengan dia.. mika ni kadangkala tak mau ngan papa dia.. kalau nampak aku mula buat cemik muka nak ikut aku sampai hubby aku kecik ati nape mika tak mau ngan papa.. hahahhahaaaaaaaaaaaa....
Wednesday, January 13, 2010
Tazkirah Pagi.. pesanan Dr Fadhilah Kamsah...
Salams, for sharing.....
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"..........
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..
Insya Allah
Allahu Akbar !
Monday, January 11, 2010
Ubat selsema tak sesuai untuk bayi?????
tgk ni...
Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun, demikian penemuan terbaru Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.
Susulan itu, Bernama melaporkan, PBKD memutuskan untuk mengehadkan penggunaan produk untuk merawat batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman.
Amaran keselamatan seperti "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun" wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan, katanya dalam satu kenyataan.
Produk-produk terlibat adalah sediaan cecair melalui mulut yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.
Tambah pegawai kanan kementerian itu, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.
Pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan jika diberi melebihi dos yang disarankan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif sama.
"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," Eisah dipetik berkata semalam.
Tambahnya lagi, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema yang dialami kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.
"Selesema daripada jangkitan virus boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya seperti dilaporkan.
DAN AKU TERJUMPA LAK ARTIKEL KISAH INI............
KIsah Norain..
nak cite sikit.. kisah benar berlaku pada anak saudara saya... masa tu usia dia
baru 3 minggu. adik ipar saya berpantang di rumah ibunya yang juga didiami
oleh anak2 saudaranya yang lain. nak jadi cerita, anak2 saudaranya demam
selsema + batuk. mereka bawa pegi jumpa klinik izham somewhere kat ampang..
kat taman sri ampang ke atau dekat2 situlah... doktor bagi ubat demam, batuk
dan selsema, and sukatan is 2.5ml... remember ye.. baby baru 3 minggu...
bila adik saya pergi kerja, dan isterinya bagi ubat kat baby, baby dia tak lama
lepas tu jadi biru sebab tak leh bernafas. jantung terlalu lemah sebab semua
ubat tu ubat yang mengantuk and most probably over dosed..(kata dr ampang
puteri)... adik saya bergegas pulang, baby dah lembik.. sepanjang jalan buat
cpu.. masa tu hospital terdekat was ampang puteri.. terus masuk icu 5 hari...
kena rm14k...
duit tak pe la lagi... tapi bila kuar icupun masih kena guna bantuan oksigen.
dok kat wad biasa dekat 2-3 minggu. bila adik saya pergi balik ke klinik
izham, dan bagitau apa yang berlaku, mereka tak nak bertanggungjawab, malah
rekod tu ditukar kalau tak silap saya..
pendek kata, kalau anak yang masih baby sakit, lebih baik bawa jumpa pakar.
biarlah mahal sikit, janji dapat perhatian yang sewajarnya dan dose ubat diberi
dengan betul...
sekarang... anak saudara saya tu 'lembab' sedikit.... dah la anak sulung...
hmmmmmmm... berhati-hatilah. ..
wallahualam. ..
So akupun risau la kan...
Aku nak share cuba langkah ni pula.. cara tradisional.. yg penting anak selamat kan...
1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit - Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi . untuk mengeringkan hingus
2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
3.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.
Saturday, January 9, 2010
Khusyuk!!!!!!!!
Korang agak2 apa dua beranak ni khusyuk sangat??????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OOoooo ni rupanya.. patut la senyap.... yg si bapa di suruh jaga anak kejap.. tp ini hasilnya... demi kerana nak main game jugak dibawaknya sekali budak kecik tu................ yang si kecik tu pun tak padan ngan kecik mcm pandai n tau je game tu apa.. kemain khusyuk tak berbunyi suaranya tgk apa yg bapa dia buat... huhu anakku jgn esok besau ko jgn nak main game jek.. mama rotan kang kalau taknak belajo.. ngan papa2 dia sekali.... ehhehehhehe
heii papa mika ni sebelah tangan pun jadi nak main game ek.... hmmmmm
Thursday, January 7, 2010
Majlis Aqiqah & Cukur Jambul.... mika Turn 5 month
sambung citer kenduri meh ita layan gambo.. tak larat nak taip byk2.. kita layannnnnnnnnnnnnnnnn...
Ni le tuan punya majlis.. yg di raikan yg si "Kecik" yg menguap mulut tu.. hehehhe... tema marroon ntah camana aku dpt idea nak buat theme color ni tah.. belasah je janji meletop .. hahahha
Preparation aku dah buat sikit2 sebulan sebelum tu.. majlis ni buat at umah mak aku at Johor.. mak n abah yg suh aku buat cecepat.. yerla asik tertangguh... nak buat masa lepas pantang dah hari raya pula.. pastu bulan 12 aku suami isteri pack sgt takde masa.. so akhirnya last cuti sekolah tu la baru kami berkesempatan.. alhamdulillah dah selamat dah pun...
Keje-keje menampal sticker aku buat sorg.. ada yg kat atas ada yg kat bawah.. aku tgk mcm ok at atas.. tg lagi sekali mcm tampal kat bawah lak ok.. last2 aku buat 2dua cara.. hahah.. belasah je la...
Surah yasin, mug n chocholate dlm goodies bag tuk tetamu...
Dah mcm nak sambut menantu la pulak rasa.. hahah berangan je aku ni... cantik lak bila dah tersusun bunga telur masin ni.. hihi..
Ni dia hero aku nak berposing sebelum nak kena cukur... aksi melalak tu dia la nombor 1 takleh lawan.. hahahha..
Abah aku yg bawa pusing sesi cuur tu.. hubby lak sibuk amik gambo...
Meriah dengan laungan selawat... kalau kat kg aku ni mmg kumpulan yasin lelaki yg buat ni...
Menu malam tu nasi beriani ngan kambing.. tp kami sediakan gak Lamb tuk buat BBQ... lepas makan2 nasi bakar bbq kambing pulak.. makan ramai-ramai ngan family je...
mika ngan pak n mak sedara sepupu dia...
esok tu aku suh adik aku cukur semua bg botak.. awalnya aku sayang sgt nak buang rambut dia tu.. mesti tak ensem dah kata dlm hati.. hahahhah... ala kejap je nanti tumbuh balik kan...
dan hasilnya.. lihat la dunia...
style 2010 mika...
.
.
.
.
.
.
kasi tutup itu kapala pun cute juga.. hehhehe
today mika turn 5 months old... heppy birthday 5 month sayang... muahhhhhhhhhhh
Tuesday, January 5, 2010
N3 pertama di tahun baru 2010
Nampaknya blog ni sudah ada followers yg ke 100 di awal tahun baru ni.. walaupun aku tau tak ramai yg membaca blog aku ni tp alhamdulillah aku tetap ada kawan-kawan yg sudi menyinggah.... thanx to all......
Jom Exchange LINK...
-
Your Link/