Monday, May 31, 2010
Tak mampu ku dengar..
mlm semalam yg dia tak tido bersmsm ngan aku.. byk sms sedih yg aku tak mampu nak kata...
mlm semalam jam 2 pagi...
" along aku tak boleh tido.. aku teringat alysha... apa agaknya dia buat skrg... kesian dia.. kalau dia nagis takde sape nak tepuk2 dia... macam mana keadaan dia.. aku tak dpt lg cium dia sejak dia lahir... aku azan & qamatkan dia pun melalui corong inkubator... sentuh dia pun tak lg..." sebak aku dengar rintihan adik aku... depan dia aku buat kuat semangat walhal aku lg tak tahan sebenarnya.. ibarat anak aku, aku rasa... aku yg berderai hujan airmata..
"tiap kali solat waktu aku buat solat hajat, baca yasin, kalau boleh tunggu dia,aku sanggup tunggu.. tak tido pun tak apa..tiap kali nak balik aku sebak... tak sampai hati tinggalkan dia seorang diri.. sejak lahir tanpa ibu dia disisi"....
Aku pujuk dia lg... suruh dia tido.. sebab pg esok tu dia nak tgk alysha..
" serius aku tak ngantuk.. macamna aku nak lena.. smeua benda aku pandang aku nampak alysha.aku tak tahan. ko bayangkan..kat hidung ada 2 tiub, ada alat oksigen... tangan kanan masuk air, dekat pusat 2 tiub, tapak kaki kanan 2 tiub lg... macamna aku nak lena kenangkan dia..."
"lela sedih td.. dia ckp kat aku... abg.. semua org balik bawa baby.... aku tak mampu nak jawab... takpe nanti alysha sihat kita bawa balik.. dalam hati aku tak sanggup nak tengok lela.. dia sedih tp dia tabah.. dia tak nagis.. aku dah pesan dia tak boleh nangis.. dia kena bg semangat pada alysha"
"aku nak makan macam perit tekak nak lalukan makanan. perut tak terasa lapar langsung.. aku pegang makanan teringat kat anak aku tak menyusu ibu dia pun lg... dah 3 hari lahir belum dpt susu ibu..mcmana aku nak telan mknan... aku sms kat ko ni pun air mata aku menitis... aku cium baju yg aku belikan untuk dia..."
banyak lg sms adik aku yg tak sanggup aku nak baca.. apa yg mampu aku kata hanya bersabar.. perit ku dengar, perit lg dia yg menanggung.... moga tuhan tabahkan hati adikku razi dan adik iparku lela...
Tak Mampu nak pejam kan mata...
Sms dr adik aku...
"harini alysha dah ok sket, dah banyak bergerak, tiub oksigen dah tanggal... doc kata pakai bila perlu, ada wayar2 tiub yg ditangalkan ada sket lg je belum.. nak nangis ada tiub tersedak2 dia.. aku ckp alysya jgn nagis alysha kena kuat semangat nti ptg papa bawa mama dtg lawat alysha " berderai lg air mata aku baca....
Ya allah kau kuatkan la semangat anak kecil itu....
" 1 jam setengah aku lawat dia.. tiap kali aku nak gerak balik dia menagis.. aku pujuk dia.. tak sampai hati nak tinggal... aku tunggu lg... bila dia dah lena baru aku balik... "
anak kecil itu seolah2 faham papa dia ada di sisi dan seolah2 tak mahu ditinggalkan...
"hari ni doc bgtau dia dah boleh feeding, doc masuk susu ikut tiub dia dah tak muntahkan mcm semalam... doc kata kalau dia dah tak muntah dah ok... lepas ni kena hantar susu ibu dia hari2 ke hospital.. mungkin sminggu lg tengok keadaan dia mungkin boleh balik.."
Sebenarnya adik aku dpt curi2 ambil gambar dia disebabkan maklong dia ni teringin sgt2 melihat keadaan dia dlm ICU tu.. kalau di ikutkan hp atau kamera tak dibenarkan bw dlm tu.. tp adik aku kata dia terpaksa curi2 ambil gambar baby sebab buat penawar bila tiada di sisi alysha.. tp atas permintaan adik aku tak dpt nak masukan dlm blog ni...
Sungguh sayu hati aku melihat fathiah alysha.. tangan kanannya biru akibat suntikan.. tp badannya dah mula berisi skit.. ada tiub2 wayar yg tercucuk di kaki dan mulutnya saluran ubat antibiotik dan susu untuk dia...... ada alat bantuan oksigen di mulut.. kadangkala dibuka... tubuh kecilnya putih dan bersih kulitnya... tak sanggup aku tengok keadaan dia...
Tp alhamdulillah adik dah mula boleh makan kalau nak dibandingkan dgn hari semalam.. aku bg semangat kat dia.. sebab dia ada gastrik.. "ko kena jaga diri, kena makan... kalau sakit sape nak lawat alysha.. sape nak bawa mak dia g hospital"..... smlm pun mak kata dia minum milo dgn makan roti je.. tu pun terpaksa telan... ya lah hati mana yg sanggup telan sedangkan anak dah 2 hari masih belum merasa susu ibunya...
Jam dah 1pg.. tp aku tak mampu lena lg.. terbayang2 anak buahku dalam keadaan begitu.. air mata terus menjadi peneman.... aku hanya mampu terus berdoa untuk dia.. moga dia cepat sembuh dan sihat.... Ya allah kau sembuhkan la anak saudaraku.. kau lindungilah dia ya allah... kau berilah sinar kebahagiaan mereka...
Bersambung lg...
(buat masa ni.. segala perkembangan nur fathiah alysha akan kucoretkan di sini... dia juga sebahagian hidupku... anak saudaraku adalah seperti anak ku sendiri)...
Sunday, May 30, 2010
Serba Tak kena...
Semalam hubby ajak aku beli barang dapur.. aku pegi.. tp care4 yg ramai org tu ibarat kosong aku rasa.. hubby yg caribrg yg nak dibeli.. dalam kepala aku terbayang tubuh kecil alisya yang di cucuk dan penuh wayar di badan... nak makan pun terlalu perit nak telan makanan, nak tido mata terbayang2 dia... buat apapun serba tak kena... aku hanya mak saudara itu yg aku rasa.. apatah lg adik dan adik iparku yg menanggung... ya allah tabahkan la hati mereka.. kuatkan la semangat mereka...
Alhamdulillah adik ipar agak tabah berbanding adik aku sendiri... malam td dia boleh lena... mungkin badan dia lemah lg.. mak banyak semangat... mak aku yg jaga dia kini.. mak pakaikan bengkung dan jaga keperluan dia dalam pantang... aku dah pesan kat mak kalau boleh jangan biar dia termenung.. ajak dia berbual2....
Malam td jenuh ber sms dengan adik..dia kata dia takleh tido mengenangkan anak dia dalam keadaan wayar sekeliling badan.. sayu aku baca tiap2 sms dia.. sebak sesebaknya... sape tak sayang anak kan... tp dia ibarat takleh terima kenyataan pada awalnya.. aku banyak beri semangat pada dia... aku nasihatkan dia sentiasa doa.. jgn putus berdoa.. dia tak boleh tido, dia buat solat hajat untuk anaknya... allah sentiasa mendengar setiap rayuan hambanya...
Dalam sms tu berkali2 dia tanya aku...
"along.. agak-agak apa alisya tengah buat, lambatnya hari nak siang.. aku tengok alisya? "
aku mesti bg jawapan yg menenangkan hati dia...
"jangan risau nurse ramai kat sana, ramai orang jaga dia...dia dah tido... papa dia pun tido la.. nanti camana nak yengok alisya kalau mengantuk esok"
dia soal lg...
" takde sape nak usap2 dia kan kalau dia nangis, kalau dia terlanggar wayar kat tangan dia tu mesti dia nangis.. takde sape nak pujuk dia kan along, kalau boleh tunggu aku tunggu dia kat sana.. tak tido pun tak apa.... sian anak aku"
bila yang ni aku tak leh kata apa... aku sebak.. mata aku pun naik bengkak lg....
nanti aku sambung... banyak lg sms dia yg sebak aku nak baca tak sanggup nak baca...mesti aku nangis...
harini hari ke 3 alisya di ICU... mak long sentiasa doakan untuk alisya.. alisya anak yg kuat.... alisya akan sihat..
Saturday, May 29, 2010
Ya ALLAH kuatkan Semangat Adikku..
Masih di tahan lg di bilik rawatan rapi.. adik ipar ku lela dah dibenarkan pulang... Yang merisaukan aku adalah keadaan adik aku..
Semalam dia mengadu yang anak dia kena tahan di unit rawatan rapi... lepas lahir doc bgtau jantung anak dia berdegup laju... sebab tu kena tahan.. kalau nak ikutkan anak dia lahir pada usia 35 weeks... aku teringat kisah aku dulu aku bleeding pada 35 weeks.. aku minta doc buat operation cepat. tp doc tak nak.. dia kata 35 weeks jantung baby lum stabil kalau dikeluarkan dan kena pantau dlm inkubator... so tu yg dia tahan aku kat wad sampai 38 weeks baru dia bg tarikh untuk operation.. aku rasa baby fathiah alisya pun mcm tu... aku terangkan kat adik supaya dia tenang sikit...
Tp pagi td dia sms suh aku call balik.....
Bila aku call dia.. dia nagis teresak mcm anak kecik.... lama aku nak tenangkan dia..
dia menangis sedu sedan yg amat.. aku sbg kakak diperlukan saat ni....
"Kenapa ni?... cakap.... anak ko sakit ke.....".
dia terus menangis.. dia tak boleh nak cakap.... aku tenangkan lg...
"sabar.. kenapa ni.... cakap kat along.... sabar... ingat tuhan..." dia nagis lagi....
Masatu aku tahan sebak juga dengar dia terus nagis.. biar dia lepaskan apa yg terbuku di dada... bila dah ada semangat dia mula cakap....
"anak aku... dia sakit.. doc kata ada infection kat paru2 pulak..." dia terus menangis lg...
Ya allah berat nya ujian kau terima dik....
"doc tgh bg antibiotik... tp dia ada peningkatan berat hari ni..... along kenapa anak aku kena camni... kenapa"
Aku terkedu...
"sabar... ni ujian allah.. mesti ada sebab.. kita kena sabar... along dulu pun dugaan kan nak dpt anak.. cuma cara kita tak sama.... sabar ya..." dia tersedu sedan lg....
kul 12 tu adik ipar aku dah leh kuar wad.. adik aku amik mak kat umah nak teman bw wife dia bawa balik umah.. kebetulan umah kami dekat ngan hospital.. sebab umah adik ipar aku agak jauh dr hospital so dia balik umah kami...
Adik tak sanggup nak bgtau ngan mak.. dia takde kekuatan. dia tak boleh ckp sebab dia sebak.. so aku yg bgtau mak apa yg jadi.. masa aku bgtau mak aku plak yg teresak2 pulak...
Mak bgtau masa on the way nak ke hospital adik aku tak henti2 nangis.. mak risau sgt2 tgk keadaan dia.. sebelum diorg balik adik aku pegi tengok baby.. dia cakap kat baby..
"alisya esok papa dtg tengok alisya lg ya..."
tp mak kata tak tunggu esok petang tu adik ajak mak teman dia lg ke hospital tengok alisya...
tp tempat tu takleh tunggu.. nak masuk pun peraturan ketat...
malam ni adik kata dia takleh tido.. semua benda dia pandang nampak alisya...
Aku dah bengkak mata memikirkan dia... ye la hati mana tak sedih ingat anak sakit...
banyak lg kisah adik citer tentang baby alisya.. aku dah tak sanggup nak taip.. basah baju dgn air mata... nanti ada kekuatan aku sambung lg....
Kawan2 doakan baby NUR FATHIAH ALISYA sembuh ya... moga ada sinar dlm keluarga kami... mlm ni kami teruskan usaha solat hajat....
bersambung....
Minta Tolong
Aku mohon pertolongan kawan2 semua...
semalam kan baru dapat anak sedara...
Anak buah ku mengalami masalah komplikasi jantung... (jantungnya berdegup laju..) dan di dapati ada jangkitan kuman pada paru-parunya... menangis hanya perlahan dan tak mampu menerima susu lg... kalau di beri dia muntah.. sungguh berat dugaan ini
Anak comel itu dah diberi nama NUR FATHIAH ALESYA...
Tolong doakan untuk alesya.. harap2 dia sembuh dan sihat seperti anak2 lain..
Adik aku menangis2 call td... skrg ni doc masih lg memantau kesihatan alesya.... di tempatkan di ICU
Belum boleh lg minum susu ibunya.. semuanya masih dibawah jagaan doc... memakai bantuan oksigen...
MOhon bantuan kawan2 DOAKAN keadaan ALESYA stabil dan doakan dia sihat...
kami sekeluarga setakat ni berusaha buat solat hajat...
kesian dekat adik ipar.. murung dan sedih..
harap2 semuanya akan ok... terima kasih semua...
Friday, May 28, 2010
Aku dah naik pangkat
Tahniah buat adik aku (bob@ka razi) n adik ipar ku lela.... atas kelahiran baby gegirl jam 7.50 pg td...
Kini aku dah bergelar Mak long (aduhai cam tua jek bunyi kan)..
Tapi seronok sgt.. mcm aku lak yg beranak.... hahhahaha
Kini sepasang la cucu mak... mika n gegirl...
riuh la umah mak tok lepas ni korang gaduh....
kul 4 pagi td adik ipar aku kuarair ketuban kat umah.. mak abah n adik bergegas ke hospital... sib baik adik aku ada n nasib baik sgt kena time cuti.. sebab diorg ni PJJ.. sorang di JB sorang di bt pahat....
4.30 mak call aku... aku masa tu dah tak leh lena balik.,. berdebar2 pun ada.. kalau nak ikutkan adik ipar aku belum cukup 9 bulan lg seminggu katanya.... baby lahir pun 1.99kg je.. jantung bergerak laju sket doc kata.. tu yg agak merisaukan kami.. hope takde apa2 la... aku doakan dia dan baby selamat semuanya.. insya Allah....
masih ternanti2 mms gambo baby... hati meronta2 nak balik kg.. tp hubby ada keje urgent lak... makanya tunggu dia abis keje.. ikut hati aku nak je balik berdua ngan mika.. tp hubby risau nak lepaskan... takpela tunggu semuanya selesai kitorg balik kg sama2... eeeeeeeeee seronoknya dpt anak buah....
Thursday, May 27, 2010
v box door gift perkahwinan
Entry coppy paste dari blog my hubby
v box door gift perkahwinan
Sape2 yg tengah survey tu leh la ya... ada banyak lagi koleksi kad kawin pun ada.. tp dia lum update...salam.. promosi setelah sekian lama sebab banyak sambutan, kepada pasangan yg akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun atau suku akhir tahun ini masih sempat menempah v box perkahwinan ini eklusif pada harga cuma RM0.80 sen! ( 1000pcs keatas)
spect rekabentuk / percetakan: saiz: 21cm - 10cm x 8cm x 15 cm, artcard 310 1side coted, print full color cmyk, Matt Lamination, Diecutting
terdapat juga kad perkahwinan custom made mengikut citarasa anda...
Tuhan sayangkan aku...
Harini 2x aku nyaris2 eksiden...
pertama kat simpang masuk opis
kedua kat tesco masa nak lunch tengahari td
pagi td sebab kakak opis aku termakan jalan aku.. nasib baik tak berhentam kereta depan2,.. yang tu mmg kesilapan dia la sebab dia tak perasan keta masuk... dan nasib baik aku sempat break... kaki lutut aku dah menggigil dah pg td.... kalau tak mmg bercium la bumper depan livina ngan pesona...
Sekali lg masa kat tesco.. yang ni salah aku.. sebab aku nak parking .. aku tak nampak ada 1 keta kancil nak jalan tegak.. mmg patutnya aku yg berhenti.. pada awalnya mmg aku tgk clear je tempat tu.. sib baik kawan aku jerit.. kalau tak sekali lg keta aku berdentum.... sekali lg aku mengigil.. aku angkat tangan kat pakcik tu minta maaf.. sib dia ok.. n jalan terus...
syukur ya Allah kau selamatkan aku hari ni...
Fikiran mmg menerawang minggu ni.. byk hal keje terletak atas kepala... semalam balik keje aku pegi pasar malam.. sampai kat pasar malam aku tengok lengang.. dlm hati berkata kenapa lengang... aku call hubby.. rupanya hari semalam adalah hari rabu... pasar malam hari khamis... nampak sgt aku bercelaru.. fikiran menerawang... huhuhu
balik nanti risau aku.. aku nak bawa keta pelan2 je... dan nasib baik gak ada kawan aku yg tumpang keta aku hari ni.. boleh dia tengok jalan sama nanti....
adoii tak sooka mood camni... bahaya kan.... tp tu la yg terjadi... apala aku ni... huhuhu
Kena kurung
Kalau aku nak sembahyang, n kalau hubby takde aku masukan mika dalam babycot.. kalau dulu dia leh meniarap je, tp sekarang dia kan dah boleh berdiri.. babycot dia hubby dah rendahkan sebab kalau tak dah separuh perut dia kalau dia berdiri...
jelir2 lidah gembira bila dapat berdiri....
Bila dah rendahkan makanya dia pun tak sampai konon nak keluar kan... maka terjenguk2 la dia minta simpati suh org amik dia...
Selagi aku tak amik dia mmg dia akan panggil... mamamamaaaaaaaaaaaaa... memula ok lama2 meraung... dia mmg tak suka nak duk dalam tu... tp kalau aku sembahyang mmg takleh letak bawah.. nanti merata dia jalan pastu mcm2 benda kang dia kutip masuk mulut...
Belajar Salam...
Yang kelakarnya.. dia salam dengan dua2 belah tangan... lepas tu cium beriya2 sampai bunyi2 dengus idung hidung tu.... hahahhahahah
Ha tengok ni.. dia salam dengan dua2 belah tangan ... cium tangan sampai berbunyi2 nafas hidung....
Yang ni plak sampai pejam2 mata.. penuh khusyuk salam tgn mama... hahah.. mika wat lawak la...
Tapi bila dah last sekali kan... dah banyak kali aku suh dia salam, last2 dia jilat lak tangan mama... hahahha dah bosan la tu,.....
Wednesday, May 26, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Peminat cilik AF
muka yg khusyuk tgk tv... tp tgn pegang book dia
Elok je duduk kannn
dah penat baring plak.. tgk AF dah nak abis.. nampak muka norman...
Tapi bila dah abis ni la jadi dia... dia merayap plak.. kerusi rotan tu jd pilihan... huhu mika.. mika
Evening Primerose Oil
Kali ni nak share sikit INFO KESIHATAN..
EPO 1000mg - Evening Primerose Oil
Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan
* Membantu mengawalatur kitaran haid
* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
* Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
TESTIMONI :-
" Saya mengalami masalah kesakitan ketika datang haid selama 10 tahun dan perlukan bergantung kepada ubat penahan sakit.Dengan EPO 1000,saya tidak lagi mengalami masalah kekejangan, kesembapan dan kemurungan pada waktu kedatangan haid - Vivian - 24 tahun- Cheras
Sejak saya mengalami menopous satu tahun yang lalu.Saya mula mengalami kepanasan melampau dan masalah tidur.Dengan EPO 1000,saya tidak mengalami masalah ini lagi.Kini, kulit saya juga lebih lembab dan licin - Madam Yong ,47 tahun,Kuala Lumpur
Evening Primrose Oil 1000 - HALAL.
Untuk kesan yg lagi bagus SANGAT SESUAI di makan bersama SUPA EPA>
Gandingan ubat Omega 3 dan Omega 6
Meh aku citer sikit... NI adalah product dr COSWAY.. aku dah lama jd dealer.. bukan nak untung atau nak kaya.. tp aku masuk atas sebab aku nak guna... tp dah alang2 biar la aku story sket..
Kakak kat opis yg kenalkan aku produk ni.. umur dia skrg dah 52. Tp kulit cantik mcm anak dara.. licin lg.. orangnya mmg lawa pun.. aku tanya apa resepi dia kekal cantik (kulit) dia yg kenal kan produk ni..
NI stock aku baru beli...
Aku makan adalah sangat jarang2 dan apabila teringat je...
NI sebenarnya adalah stock untuk mak aku...
dia kdg2 period tak tentu.. 3-4 bulan dtg sekali.. then bila aku suh dia try dia kata period dia ok..
Mak aku gak kekurangan vitamin B dan kadang2 mudah nak pitam, lidah plak ada putih2..
Doc suggest mak suh amik vitamin, dan apabila mak makan EPO ni.. alhamdulillah dia kata lidah dah ok badan pun ringan.. sejak tu tiap2 bulan mmg aku belikan mak EPO ni..
So stock kat atas tu adalah mak aku punya.. hehehhe...
Aku kalau rajin je aku telan... aku kan jenis payah makan ubat...
1 botol ni ada 50 tablet.. 1 hari makan sekali.. kalau nak jimat makan la 2 hari sekali... yang ni 1000mg .. juga didatangkan 500mg.. (murah sket)
Ubat dia mcm ni.. ha mmg besar dabak.. aku pikir 10 kali nak telan.. tp kesan dia adalah bagus untuk kulit.. org kata kalau pgnant pun leh makan nti kulit anak cantik...
Harga adalah promosi mengikut harga setiap bulan.. kdg2 ikut kempen harga tak sama.. tp jangan risau aku mmg tak amik untung atau apa2.. harga biasa saje.. korang sedia wang pos je la...
Harga untuk bulan ni yg 1000mg adalah RM37.50... 500mg = RM24.90 kalau beli 2 harga kurang lg... ada sape nak cuba???
so sesape nak order boleh la ya... sila email me shinbi3@gmail.com
Share tuk kesihatan...
Dapat gak
pagi ni nak buat assesment student.. daaaaa
Monday, May 24, 2010
Kuih gendang Kasturi
Pari bakar Keramat..
Haaa kali ni mmg saje nak bg terliur sebelum waktu lunch.. sure nti ada yg g cari ikan bakar nih....
Ni menu hari sabtu aku... hubby keje pagi sabtu tu... aku pesan kat dia suh beli ikan bakar, dia plak offer diri nak g beli kat pasar keramat tu... untuk pengetahuan semua, Ikan bakar pasar keramat mmg TERBAIKKKKKKKKKKKKKKK...
mmg puji melambung sebab kuah asam dan ikan yg freshh mmmg tak pandang kiri kanan la.. mak mertua duk depan pun tak nampak kot... ahhahahha
Last week hubby aku beli Terubok bakar, jd minggu ni dia beli Pari bakar.. kalau makan Terubok bakar akula yg kena asingkan tulang2 halus tu.. laki aku tak pandai sgt mkn ikan yg banyak2 tulang nih,.... tu yg dia rela beli pari walhal terubok yg amat sedap.. manis je isi dia... Kuah air asam dia mmg mavelesss..........
makan pulak dengan sambal belacan dan ulam-ulaman...
ulam yg segar..
Sup kaki ni mmg pakage dia.. pakcik tu punya kedai lauk dia mmg simple ni je.. tp orang berduyun dtg kdg2 takde tempat nak duduk.. tp haritu hubby tapau je.. so syokk la makan kat umah.. panas2 lak tu.. aku meratah ikan je...
Sape nak try sila la ya.... mmg sedap.. jamin punya.. hihihi
Anak teruna yang Sopan
Malam minggu tengok Final AF.. Mika sgt suka dengar muzik.. Kalau dia tengok AF, Jangan Lupa Lirik dan Macam-macam Aznil.. dia boleh duduk terpegun menonton.. mungkin muzik yg dia suka...
Kusyuk tengok tv...
bila mama panggil dia pandang...
Sebenarnya dia duk landing baekkkkkkkkkk punya atas perut papa dia.. best mcm sofa ya mika... lama gak dia tengok tv camtu..
Papa dah bebel2 mika dah makin berat.. hahahha.. sejak makan bubur nasi badan dia mmg semangat.. bila dukung mmg terasa.. leh lenguh tangan ler... tp berat terkini tak tau pulak.. last 8 bulan aritu pun baru 8kg... tunggu mama beli timbang digital yek mika.. :P
Saturday, May 22, 2010
Tepat jangkaan ku...
SHAHIR
Juara AF 8
Mesti ramai aweks2 suka kat dia.. mmg hensem pon.. hihi
Tapi bukan nak PUJI.. Aku suka LAGU Final dia... BEST!!!!
apapun TAHNIAH SHAHIR...
kebahagiaan dalam perpisahan, shahir AF8
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
(Korus)
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Ada sumber mengatakan kemenangan ni mmg dah plan sape yg akan menang..wallhualam kan.. tp kes dia sama mcm mawi la.. UNDI MASUK then menang.. dah rezki diorg....
AF 8 Layan ke?
iap2 minggu punya konsert pun aku jarang tengok.. tau2 nak abis da.. tp yg kali ni aku tak berapa minat kot.. sorry cakap la mcm tak best sgt aura dia tak sama mcm AF mula2 dulu... tak tau la kenapa... masa zaman ZAHID, MAWI dulu mcm best kan... Pd pandangan aku la .. tak tau la pendapat ramai ????
Malam ni sebab final aku tgk gak la...
Aku kenal 2-3 orang je..
hubby aku tanya AIN dah terkeluar ke sebelum ni.. ntah aku tak kenal pulak mana 1 ain.. hehehhe... laki aku kenal pulak... ehemmmmmm... hihi gurau je..
Apapun aku cuma nak agak sape menang.. Aura tu mcm Shahir tp tau tau la Maybe juga ADIRA,. ... kita tunguuu je la result jap lg.....
Anak Sape ni?
ni malam td punya cerita...
Papa dia suh aku buat cekodok udang...
Dah kul 10 malam.. adoi malam2 buta mau makan cekodok.. buat kan gak la.....
sementara tu dia jaga anak bujang dia....
dan ini lah jadinya........
Tempat ni mmg kesukaan dia.. balik2 dia pegi kat meja tu.... kalau dulu just pegang2 tuk berdiri je....
boleh dia landing kat tengah2 tu... risaunya aku kalau meja tu jatuh kena dia... dia syok2 je duk dalam tu.. landing kat tengah2 tu.. bila aku panggil dia sengih2.. haiyaaaaaaaaaa ini budak..... makin notyy ooooooooooooooooo
Friday, May 21, 2010
Teppayanki @t Home
ni kisah malam td.. hubby aku punya resepi...
balik keje semalam sibuk suh aku singgah kedai beli brg.. aku belikan je la...
dia kata mlm ni papa nak buat teppayanki.. hahha gelak aku dengar.. hubby aku ni suka cuba2 resepi yang dia belasah je sebenarnya,.. janji ada rupa.. rasa leh tahan gak ada la...
sayur goreng ala teppayanki..
berlambak sayur.. dia kalau masak mmg tak tau sikit.. semua dia letak..
daging goreng.. rasa tu ada sket2 sama la.. aku tak makan nasi.. aku ratah 2 lauk ni jek.. boleh tahan sedap gak... hahahah ada dia kembang hidung kalau baca ni...
budak ni gigit jari je la sebab dia dah mkn biskut sebelum tu.. kalau tak sure dia pun sibuk nak makan juga...
Jom Exchange LINK...
-
Your Link/