Wednesday, February 29, 2012

Baby tahun Lompat, 29 Februari

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada sembilan bayi selamat dilahirkan di wad bersalin Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini. 

Foto: Nik Hariff Hassan (29/02/2012)

Sumber Harian Metro..

nampaknya baby2 ni akan sambut tarikh lahirnya 4 tahun lagi... huhu

Papa ke mak tok???

Hati berbelah bagi..
menghitung hari... 
esok 1 mac.. ada 18 hari lg nak pegi..
lum prepare apa2 lg.. ayarkkkkkkkkkkkk

yang aku pikir si kenit ni dengan sape aku nak letak selama seminggu

hubby boleh jaga..
tapi yerla kadang2 keje dia tak tentu juga.. 
kalau balik lambat, kalau ada keje urgent
sian anak aku kat nursery lama-lama..

Rasa mcm nak suh mak jaga kat kampung.
tapi nanti mak bawak balik dia ke kampung
aku ngan hubby takde boleh ke dia?
dia tak penah lg duk kg sendiri tanpa kami melainkan masa baby dulu adala seminggu.. 
tu pun mcm orang hilang akal je aku
tiap2 hari rindu nangis ingat dia

hmmm mak lagi suka.. 
memang selalu dia mintak nak jaga
cuma aku je belom rasa nak bg pinjam .. heheh
1 hari tak tgk dia boleh pitam ooo hehehhe


"adik.. adik boleh ke duk ngan mak tok?"
kalau melalak cammana? sian pulak.. 
aduhai serba salah..
mak takleh nak duduk kat KL mcm dulu sangat
abah selalu sakit2 dah.. darah tinggi dia teruk plak skrg..
kejap2 mabuk nak pitam


dah la dia pandai cakap sekarang..
mama ne... papa hilang...
tu la ayat kalau kitorg takde dgn dia...


huhu sedihnya mama... makin hari makin dekat tarikh nak g..
keputusan takde lg..

adik jgn buat muka sedih camni.. lg mama nak tinggal.. kejap je mama g k... tp seminggu pun mama rasa mcm setahun kot...


mika pikir nak duduk ngan sape ke?

pic ni semua masa balik kg aritu

kalau kat kg .. mak tok ngan atok abah mesti rajin layan mika.. tapi mika ok ke duk nga mak tok?? kalau duk ngan papa nanti mika sunyi.. papa lewat ptg baru balik.. hmmm camana ek...



huhuhu buntu lagi.. papaer nak present pun tak siap lg... !@#$%^&*()


Wordless Wednesday~~ mandi kolam

Kecik2 je boleh ya mandi sama-sama.. besor nanti TAK boleh... hahhahaha




seronok jd budak2 kan tau happy je.. takyah nak pikir apa... huhuhu


Tuesday, February 28, 2012

Ekin lahirkan baby Girl!

Selepas majlis perkahwinan mereka yang berlangsung lebih 3 tahun yang lepas pada tahun 2008, kini Mawi & Ekin telah pun dikurniakan cahayamata mereka yang pertama pagi tadi.

Menurut rakan-rakan media, Ekin selamat melahirkan bayi perempuan pada jam sekitar pukul 4 pagi di sebuah hospital di Bangi.


 Pic ni sewaktu ekin hamil 4 bulan

Difahamkan, bayi mereka dilahirkan secara normal dan berat ketika lahir adalah 2.8 kilogram.

Sebelum ini sudah 2 kali Ekin mengalami keguguran dan kini mereka berdua sudah boleh bergembira kerana dikurniakan Tuhan cahayamata. Masih tidak dapat dipastikan nama bayi Ekin dan Mawi ini, tapi majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat.

Sumber SINI 


Ekin sama mcm aku.. 2 kali gugur baru dpt lahirkan sorang (Mika).. hope lepas ni rezki aku plak..  aminn:)

5x ..8.01 minit

Pecah rekod aku bulan ni
5 kali aku lambat 1 minit..
5 kali merah punch aku
yang geramnya 8.01 minit shj...

gambar sekadar hiasan..:P


banyak faktor terjadinya begini

1. aku sendiri memang lambat- tp bukan hari-hari kadangkala sebab takde mood.. ahha boleh?

2. orang parking tepi sekolah melawati hantar anak.. makanya jalan yang dulu ok now sudah jam macam hape.. nak2 ada traffic light.. aku pelik budak2 sekolah skrg 7.40 masih terkedek2.. aku dulu loceng dah bunyi tak berani dah... kul 7 or 7.15 aku dah sampai sekolah

3. terlepas traffic light hijau hampir 3 kali hijau... (stressssssss hokey)

4. Orang depan bawak keta macam nak bersiar-siar di pagi hari... ni yang paling bengang

5. u turn depan opis punya la banyak kereta nak cilok pun payah

6. lepas u turn mata silau panas memancar aku kena bawak slow

7. ada pulak jentolak pepagi yg jalan mcm siput lalu nak masuk opis.. ni 2 x aku kena

8. eksiden orang yang lane lain pun sibuk nak tgk gak

9. Hujan jalan sesak ramai yg bawak keta

10. aku terbangun lambat.. sebab si kenit bgn kul 4 pg setiap hari lately pastu tak tido balik.sesekali je ni..


hahah cukup la 10 alasan  kalau bos aku tanya kan!..

haha gila bulan ni pecah rekod kad aku merah mcm ni teruk
ni semua gara-gara aku hilang mood tukg keje.. tak tau la kenapa..
harap-harap semua ni akan berakhir..
aku nak jd seperti sediakala...
Tak suka keadaan mcam ni


Very-very down!!!!!.......... huwaaaaaaa

Monday, February 27, 2012

KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD.


KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD.




Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH keluar dari JASAD, mereka akan terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah ROH LALAI, yakni orang Islam yang tidak solat dan jarang beramal soleh tetapi menyangka mereka jauh lebih baik dari orang yang beramal soleh dan sering pula menghina para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka selain orang-orang kafir, manakala kelompok kedua adalah ROH BERIMAN.

ROH LALAI, sebaik keluar dari jasad akan terus diperlihatkan neraka jahannam dan mereka terperanjat lalu menangis ketakutan seraya berkata:"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini" (Al Fajr:24)

Sedang ROH BERIMAN, sebaik keluar dari jasad terus dibawa melalui 7 lapisan langit dengan haruman kasturi sehingga berpandangan para penghuni langit seraya memberi salam kepada roh itu. Dibawa malaikat Izrael sehingga roh itu berhadapan dengan Allah Swt, lantas Allah berfirman:

Hai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam syurga ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)

Selepas melihat balasan syurga yang bakal diterimanya pada hari kiamat kelak, roh dibawa semula kepada jasad ketika proses mengkafan jenazah, dan kemudian dibawa ke kubur untuk SOAL KUBUR. Mati itu benar, soal kubur itu juga benar.

SUMBER: fb Sham Kamikaze

Mika & spongebob

 Weekend lepas balik umah mertua di perak..
hantar mertua balik seminggu dia kat KL
Lagipun ayah mertua aku mmg tak sihat

Kat kampung kami tak kemana-mana sangat
duduk di rumah sedangkan papa kena turun ke laut
tengok projek "kerang " dia.
aku melayan mika kat umah..

umah mertua mana ada bebudak sangat
toy pun kakak2 ipar aku yang tinggalkan kat umah tu
ada la jugak sekor spongebob yang mika leh buat main ni ha


Aku nak pecah perut gelak tgk  mika main bola kecik ngan spongebob
Dia cakap dengan spongbob ber "AWAK-AWAK"
Dia bagi bola pada sponge bob then dia suh SB tu bagi balik kat dia..
siap cakap "awak.. awak .. lak"
hahahah mana la dia belajo tak tau..






Yang ni pun aku tak tahan
buat susu untuk dia..
aku ingat dia dah minum
toleh2 tengok2 ini yang dia buat


boleh dia bagi minum kat spongebob ni
bagai nak rak aku gelak.. " awak... awak num air"

hahahhaa

kadang-kadang perlakuan dan perkataan yang keluar dr mulut dia sungguh tak sangka.. but mama so proud la mika.. makin hari ada peningkatan... biarla orang kata lambat cakap pun.. akhirnya pandai juga kan.... kena sabar menanti..



anak mama bijak.. doa mama setiap hari.. muahhhhh

Friday, February 24, 2012

Happy birthday Dwi Ariana Aaron

Semalam Birthday Aaron
today besday anak dia dwi
sweet je kan anak n ayah dekat2 tarikhnya
Suka tgk anak dia sweet sgt
aaron luangkan masa kat taska dwi tuk sambut besday princess dia..

Happy birthday to Dwi Ariana.. n Happy Belated Birthday to Aaron!!
minat aaron.. minat gak tgk family dia .. so sweet!

Kagum dengan LISA SURIHANI

 Banyak entry tayang pic dia nikah kan..
memang sweet..
mmg minat lisa ni


tapi aku tertarik pic ni..
  Majlis Bersiram Mandi Bunga & Berinai,
LISA MANDI BUNGA sebelum majlis perkahwinan dia
menurut sumber lisa patuh pada adat tradisi
dia tak berjumpa yusri hampir 40 hari sebelum dinikahkan
petua dr mak dia katanya

nampak tak besen biru tu

Di sini la tempat lisa mandi bunga.. sweet kan..


 dan 1 lagi yang aku kagum

Cuba perhati betul-betul...  masa lisa sedang di solekkan.. kalau tak silap mata aku

LISA pakai KAIN BATIK ok... walaupun dia artis... mmg sweet la lisa.. hihi



apapun pic ni kredit to En. MIN  .. good Job what u r have done!



Apapun Selamat pengantin baru Lisa n Yusri.. kasih syg hingga ke syurga hendaknya.. aminnn


Gadget Cik Suri di Dapur 2

Sebab suka nak masuk dapur
kena cari benda yang menarik.
betul kata kak sue ummi alesya nak masuk dapur pun kena motivasi baru kita ada semangat nak duduk dapur... saje suka beli benda2 yg unik



Bekas Cofee.. hubby suka kopi uncang.. dia senang nak bancuh.. dia malas nak tapis- tapis kalau yang serbuk.. huhu ikutkan saje..


bekas bawang juga.. beli di cosway..





alas dulu bawah dia.. polkadot green u.. hihi i like


tada dah di isi.. saje taknak masuk bakul2 nak nampak lain sket..  bawangnya sikit je pun.. haha. tp makan space gak la menda alah ni.. tapi tak pe sebab suka... weeeeeeeeeee yang penting happy


dah lama entry ni terperap.. no idea.. kuar la entry gadget  ni.. ahhaha



Thursday, February 23, 2012

Passport Free..

 Siap Sudah..
Sepagi tadi aku g settlekan
Passport dah nak expired April ni
Disebabkan kena g Philpines aku dapat Renew FREE
Ofis yang tanggung pembayaran.. hehehh

Dulu passport yang pertama pun FREE
sebab masa tu opis hantar aku buat keje di Jakarta
masa tu April 2007 dan tamat april 2012
masa tu buat tuk 5 tahun


Dan alang-alang renew Free tadi
aku sambung 5 tahun gak
mac 2012 tamat mac 2017...
senang nanti nak bercuti-cuti ngan family ke passport aku dah ready..
hubby pun nak expired.. mika je takde lg
takde plan lg nak bercuti oversea
budget takde lg.. ahhahha

tunggula nanti kalau allah bg rezki kan






 Yang lama... yang baru...



  walaupun passport dah ready, 11 mac ni tak dpt gak g kenduri singapore umah cousin mak.. masa tu tgh bz prepare nak fly.. huhu sian anak mama, duduk la kamu ngan papa.. mak tok pun takde ... mama pun takde..

Wednesday, February 22, 2012

Spaghetti cabonara

Menu 11 malam
bukan aku yang masak
kalau bab WESTERN ni memag hubby yang pakar
aku bab baking2 leh la

dah malam..
dia kata lapar la pulak..
pegi dapur kata nak masak maggi
tapi dah siap keluarnya ini

Spaghetti carbonara.. hahah agaknya la..

apa yang ada dalam peti dia masuk je la..
mika suka sgtla spaghetti
aku suka yg kuah merah tu lagi..
pedas2 sket..
yang putih ni  kureng tp dah dia masak makan jugak la... tp letak sos
kang kecik ati suamiku.. hihi




Menu apa lunch harini???

Neraka Buat wanita kerana...

Renungan bersama...


Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya, “Saya pernah melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan, iaitu mereka yang tidak tahu berterima kasih kepada suami. Andai kata engkau (suami) berbuat baik kepada seseorang diantara mereka setahun,kemudian ia (isteri) melihat sedikit cela padamu, maka ia akan mengatakan “Saya tidak pernah melihat sama sekali kebaikan darimu.” (HR Bukhari).

* Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan kerja-kerja dirumah.

* Tiada memuji (bersyukur/berterima kasih) diatas kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya (jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih diatas pemberian suaminya)

* Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah contohnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan “sudah 10 tahun saya kahwin dengan awak, tak ada apa-apa pun!”

* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang berdosa contohnya bercakap tentang perabut-perabut rumah dan mengumpat.

* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan lahiriah.


Wallahualam…


Merajukssssssss

Dari jumaat lepas mika demam
sejak demam takleh salah sikit
papa cakap terkuat pun dah nangis berjurai-jurai air mata
lagaknya macam kena pukul
walhal marah sikit je


Dan sejak demam mula jadi sensitif
salah sikit je merajuk
jalan pun tak nak
asik nak berdukung
kadang2 mama naik lenguh..

tengok perangai budak lelaki ni
budak lelaki yang kuat merajuk... malu weeeeeeee



Merajuk time.. Telangkup muka kat bantal... 
Macam hindustan pulak dah.. 
mama pregnant dulu suka tgk hindustan gaknya mika dpt perangai gini.. hahah




Saje menyakat dia..
"uyoooo papa kat tv ada otoman la... "
kepala berpusing tapi buat-buat tido
sebenarnya curi-curi nak tengok tv.. ahhahah



bila tengok kat tv takde pun otoman.. telangkup balik muka sebab dah malu... hahahahha


Mama cuit2.. dia bagi bontot dia lakkat kita.. hahah JUAL MAHAL


bertahan masih merajuk


merajuk sambil goyang-goyang kaki.. ahhaha



bila tengok balik sweet perangai dia.. tapi kelakar..
kali ni memang paling lama dia merajuk
selalu sekejap-sekejap je

aku senang je.. pujuk-pujuk tak jalan..
biorkan je...
lama-lama dia boring dia buat baik balik ngan kita.. ahhaha


yang syoknya masa dia merajuk kt leh tengok channel apa kita suka.. bebas dari tengok cartoon dia.. khikhikhikhi.. apa punya emak la kan..


comel jugak bila anak merajok.. hihihi

Tuesday, February 21, 2012

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...:(


Confirm kena g Pliliphines bulan depan
1 weeks
susahnya hati
 
Berat tanggungjawab atas batu jemala
sesak dalam dada
mcm ada batu hempap kepala

dah jumpa bos..
rayuan tak diterima untuk excuse..


sedih dalam hati
menangis dalam hati..
matila aku nanti....... huwaaaaaaa

wish me luck!!

Main masak-masak with mika..

Kepala buntu..
tepu..
serabut pikir hal keje...
 serius stress gilerr... astaghhfirullahalazim... huhu..

balik umah amik tepung, gula,susu telur...bancuh kek ngan mika..
main masak-masak together2....
lagi bagus kan..hilangkan stress.... hahhahaha....


jom mika  kita buat cupcake choc moist..hihi



tepung n  choc dah siap bancuh..last  skali masuk  telur... bancuh lain step sket kali ni..tengok apa jadi..hahah



My junior chef asisstant... sibuk nak tolong..mari,...mari...kita masak2 sama-sama k....


Nak tolong susun...  tapi cup lain yang dia masukkannya.. suka hati la  nak..janji kamu bahagia....



Ready nak tuang....




pakai jug pun senang..tak  tumpah mcm pakai senduk...


dalam pengukus...  dah naik nampaknya...







menjadiiiiii hoyea........ hilang stresss sekejap...hihihi












Dah nak penuh bekas.... sok mika leh bawak g skul sket... makan dgn kawan2 k...





Akhirnya  penuh dgn kek gebu..hihihihi




siap sudah...



Puas dapat buat kek..suka buat belum tentu suka makan.. mika mkn 2 ketul..papa seketul..mama seketul..

habit aku dari dulu kalau makanan yg aku masak aku lambat nak mkn...tah rasa mcm kenyang bila tgk makanan yg masak sendiri.. tah apa peel tak tau.. dah lapar baru  cari....


yang pasti anak BERTUAH ku sangat suka kuih ni.. 2 ketul dia leh abis sendiri...suka tengok dia makan...dah abis... "mamaaaaaaaaa nak agi...." terasaberbaloi air tangan mama...hahhaha perasan jap..


Ada apa dalam beg mika???

Beg nursery mika...
semestinya mr mickey...heheh
dalam ada baju, pampers, botol & susu je


Balik dari skul semalam mama rasa ada sesuatu mika bawak
pastinya papa yg bekalkan ni...
sebab papa yang hantar dia pagi semalam




2 ekor otomen dia bawak g skul rupanya...

so far kalau dia bawak mainan ke nursery masa balik babysitter mesti masukkan balik mainan dia dalam bag... kalau tinggal pun aku tak kisah ..esok dia main lagi..maybe dah tanggungjawab diorang masukkan juga.. taktaula bebebut ke tak ngan budak lain..tapi setau aku mika kalau  barang dia dia akan pegang je.. tak bagi orang lain ambil... kalau takdia kuar suara harimau dia...maybe bebudak lain pun takut..

babysitter ada cakap..DANISH ni garang...hihihi...... aku tau sgt perangai dia.. kadang2 mama pun kena marah ngan dia..hahahah

Monday, February 20, 2012

Nak nangis ke nak senyum??

Terkedu aku tengok dinding bilik tengah... 
(bilik paling kecik tempat mini opis hubby)


Lihatla... dunia ini MIKA yang ampunya.....

Nah amik kau!!!

habis dinding aku... mikaaaaaaaaaaaaaaa!!!

waktu kejadian..
mama mengemas di dapur.. cuci pinggan segala...
papa.. tengah vakum lantai kat hall...

lepas beberapa minit kami rasa mcm senyap.. mana si kecik ni...
panggil-panggil tak menyahut..
check kat semua bilik

hubby panggil... mama meh la tengok ni!!
mama rasa nak pengsan...

nak nangis ke .. nak pengsan ke atau nak senyum tanpa kata apa-apa????

rupanya sambil tersengih dia pegang benda ni
.
.
.
.
.




waaaaaaaaaaaaaaaa

mana dia jumpa pun tak tau
rasanya kami dah berhabis sorok.. 
tapi dia dah pandai buka drawer sekarang ni
dia dah sampai nak bukak2 segala laci


tempat study dia dah ada.. tp dia lebih berminat kat dinding


nak amik dua2 side dekali dia belasah.....




almari putih baru ni pun dia belasah.. aku hampir menangis gak la... dah la benda tu baru
cecepat amik tisu.. hilang gak sebab cat almari tu mcm cat minyak so tak melekat sgt... pastu aku amik MAGIC sponge yang aku beli kat COSWAY aritu.. katanya berkesan.. alhamdulillah sgt berkesan.. takde tinggal kesan pun kat almari ni aku lap bersih-bersih.. lega... kalau tak aritu gak aku beli cat lain cat almari tu.. hahah




 Benda ni tolong memutihkan kembali almari aku... beli kat cosway sgt bagus untuk anak-anak yg suka conteng-conteng ni... hihi tapi kat dinding tak Hilang la pulak..




mika... mika... makin menyerlah bakat ART dalam diri ek.. tapi napela dinding yang kau pilih sayang... buku byk mama beli.. tapi dinding jugak ko pilih ya.. anak... anakkkkk

ini ragam anakku... nak korang lak camane? meh share... :)

Keranamu Ultraman...

Tq Ultraman..
awak penyelamat keadaan saya..
kalau tak pasti berlakunya pergelutan anak dan mak bapaknya
tiap kali amik neb..
tapi tidak kali ni..
alangkah leganya

mika batuk berkahak... susah nak tidur asik terjaga dan menangis
dah 2 malam mcm tu walaupun bagi ubat..
maybe susah nak bernafas sebab dia kena selsema gak..
bawa g klinik confirm doc suh amik NEB juga



my GOOD BOY sayang..
dah besar .. makin baik.. tak meronta macam dulu

elok diam sampai habis ubat






kalau tak dulu macam ni la keadaanya amik NEB... kena balut.. kena pegang  kuat.. meronta.. menangis.. tengok pun tak sampai hati.. tapi apakan daya demi nak baik..


Tapi semalam mama proud ngan mika.. mika makin bijak n baik kan...tak nangis dan meronta dah...




baik sungguh.. mama betulkan tali pun diam je,....



menjeling kat papa amik pic dia..

senang mama jaga... duduk diam je... papa pun siap relaks...

nak tau apa UMPANnya????


masa awal nurse pakaikan .. aku ngan hubby cakap macam ni..

" wahhhhhhhhh adik pakai ni macam ULTRAMAN la... ame arrr ngan otomen..."

terus dia senyum-senyum dan duduk diam je pakai mask tu.. hahah tapi masa pakai mask tu muka serius je...

tak sangka sangat berjaya dengan 1 ungkapan ayat  mcm tu... disebabkan lately dia suka sgt tengok ultraman. 1 side ada kebaikannya kan.. sebab tu allah kata setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. ehhehe

dalam fikiran dia maybe dia kata.. "yerr akula ultraman" hihihihi


mika budak baik kan.. gud boy.. cayang dia..

see.. mama tak payah pegang dia pun takpe... mudah kerja mama.....


Get well soon sayang.....


Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah