Monday, October 31, 2011

Bila bawak keje balik rumah


Minggu ni minggu yang BZ
masing-masing sibuk buat preparation untuk konvo di opis aku
Tugas tahunan aku menyelaras pakaian Graduan..
dah jadi keje hakiki sejak mula keje sini.. dah lali..

2 minggu ni ganti lak ngan bos baru..
so banyak gakla perubahan keje
ada yang sampai aku kena bawak balik rumah
Sebenarnya jarang sekali aku bawak balik keje2 opis ke rumah
MELAINKAN kalau dah URGENt dan penting

Sebab bagi aku waktu keje kita dah selesaikan waktu kerja
dan waktu di rumah adalah waktu kita dan family
dulu bujang aku NO hal punya

tapi sejak ada si kenit..
nak buat keje payah sebab dia pun membantu sama
yang kadang-kadang melambatkan keje..
lagipun rasa bersalah dalam diri.. sebab masa tu la nak luangkan untuk dia yang beberapa jam je jumpa dalam sehari kan....


last week bawak balik ke je balik umah..
kebetulan hubby pun sama bz..
aku minta dia jagakan mika dulu
sementara aku siapkan keje.. TAPI
keje aku belum siap dia pun dah kena kuar ada appoiment juga..

wahhh dalam hati camana ni...
kalau tak siap hati aku tak tenang nak tido..


amboii dia pun selak sama buku mama.. macam la paham..


 Kebetulan pulak MS excel aku kat lappy lupa install..
nak tak nak kena la aku membuat keje guna PC..
Tak syok tul guna PC aku takleh ngadap tv.. hahah (sambil menyelam minum air..)
nak tak nak kena angkut gak kenit ni ke bilik PC( haha bilik kecik umah kami merangkap mini opis hubby)


 

Hikmah mama guna PC.. mika dapat guna lappy... kenyang la awak tengok upin ngan boboiboy kat toutube yek... ni je la jalan nak bagi dia senyap.. kalau tak mau nak duduk atas riba mengacau aku... mmg lega malam tu sampai keje aku siap dalam jam 1 dia masih tak tido layan movie.. dan alhamdulillah tak mengacau...  




Yang tak leh tahannya aku kena ecercise malam tu.. habis je 1 episod.. maaaaaaaaa... dia jerit suh tekan next.. adoii la.. turun naik kerusi je la jawbnya aku.. berkat kesabaran siap keje aku tanpa dia menangis atau merengek.. tengok la tu.. gaya orang senang hati.. kaki ada style silat panggung... tangan dua2 ke atas.. mulut ada songel... ohhh heavennnya ko ye anak...




GA - FM FOTO Free dah TAMAT

TODAY 31 Oktober rupanya
Hampir aku terlupa..
My GA tamat semalam.. hari minggu balik kg so tu yg tak perasan tarikh...

Apapun terim kasih semua..
Tak sangka simple GA ku mendapat tarikan hati korang untuk join..
sekadar suka-suka nak appreciate my follower..

Insya allah keputusan akan di update minggu ni juga


Sebanyak 122 komen yang di tinggalkan.. 
nanti aku kira semua penyertaan tu..
ramai juga yang masuk 2 penyertaan dengan membuat entry di blog mereka
huh jenuh gak nak kira..
demi korang akan aku cekangkan mata untuk mengira
moga ada luck ya...


so tunggu resultnya nanti


minggu ni sangat BZ preparation konvo kat opis aku.. semoga aku ada kelapangan di malam hari untuk kuarkan result pada minggu ni...

GUD LUCK k!!!


Sunday, October 30, 2011

Sape nak FM Foto Free!!

 STICKY MODE until 30/10/2011


Terbuka to all My Follower sahaja...
Appreciate sgt korang yg selalu follow blog ni.. ada yg dah jd kawan baik dah..
I nak hadiahkan PERSONALISED FRIDGE MAGNET FREE untuk korang

Caranya mudah sahaja

1. Mestilah follower blog ni
2. Taipkan "saya nak FM ni!" kat komen entry ni sahaja
3. nak buat entry pun boleh (tak paksa.. ) tp tinggalkan link supaya penyertaan di komen dikira 1 dan penyertaan buat entry dikira 1.. maknanya kalau ada dua2 kira 2 penyertaan la..
4. Pemenang atas CABUTAN bertuah
5. Hanya 3 pemenang di pilih.


TARIKH TUTUP penyertaan : 30 Oktober 2011
10 hari sahaja dari hari ini


Siapa yang bertuah akan menerima sorang 1 FM free gambar korang sendiri..
pemenang akan email kan i gambar mereka sendiri...
dan i order print n pos pada pemenang..

senang je kan...


Ni contoh hadiahnya.. FM pic sendiri, family or anak masing-masing.. terpulang pada pemenang
  • 1 photo per magnet
  • 4” x 3”
  • High quality full color digital print on coated paper + gloss lamination
  • +/- 5mm magnet thickness


Cepat sebelum terlambat... 

Friday, October 28, 2011

Jcard Fiesta AU2 setiawangsa

Ada sape nak pegi...

28 oktober 2011
Harini saje
di jaya jusco setiawangsa



disebabkan kul 11 tadi aku meeting di HQ KL.. abis meeting kul 1
Lunch hour td aku dah singgah.. tp kejap je.. rushing balik opis semula..

sempatla rembat Queen Fitted sheet
dan sket je barang...

kalau hubby nak g harus aku repeat balik keje kang.. tapi mlm ni nak balik kg.. maybe tak kot..

ada sape nak g sila la.. pintu JJ masih terbuka.. hihihi
Barang ada gakla yang murah.. tp jcard day lg banyak sales kot..


aku suka Jcard Wangsa maju.. hihi

Thursday, October 27, 2011

Galak Anak GOSOK GIGI

Cerita pasal gigi..
mika dah 2 tahun 2 bulan..
Gigi dah hampir 20 batang..
aritu aku kira mcm 17 batang.. 
tapi tak kira betul-betul nak suh dia bukak mulut jari aku yg kena gigit..

Gigi dia start tumbuh masa umur 11 bulan.. 
Agak lewat rasanya..
masa tu aku dah risau mana gigi anak aku tak tumbuh2.. hahah


tengokla gigi menyeringai dia... kalau gigit sakit oooo.. mama ngan papa selalu kena gigit kalau dia geram... kadang-kadang saje nak bergurau pun dia gigit kami... yang selalu jadi mangsa papa la..hahah.. mama mesti elak punya kena gigit.. tapi penah gak lengan aku lebam dek kena geget... REDHA je la... dari dia gigit ANAK ORANG biarla dia gigit aku ngan bapak dia je...

Walaupun dia hisap PUTING.. tapi nampak gayanya takdela jongang ke tinggi ke giginya.. sebab aku tak bagi puting yg bulat.. aku pilih yg leper je puting dia.. yang nampak lain sket gigi taring tepi tu kedalam sket... kalau dah 24/7 ko sedut puting apa tidaknya... tapi so far nampak ok je gigi dia.. aku dulu 2 tahun gak isap puting mak aku cakap.. alhamdulillah idokla jugak jongang.. kuasa ALLAH..

memang dah lama ajar dia start gosok gigi.. makan pun dah macam2.. kadang2 dia nak gosok sendiri.. tapi kalu dia gosok sendiri dia gosok yang depan je la... aku kena gosok gak yg dalam2 tu...

so semalam kan public holiday aku ni marayap la ke JJ... jalan-jalan nampakla benda yang menarik ni...

 
Penggantung berus gigi bentuk BEE dan berus gigi baru tuk mika





Kosnya tidakla mahal..
tak sampai RM5 pun tuk 2 barang ni...
menarik pulak kan.. janji dia suka





Lekatkan di dinding toilet



2 berus gigi aku beli.. 1 lagi untuk di nursery


Lekatkan di tempat yang rendah.. supaya senang dia nak ambil..


Semalam bertarung gak aku ngan mika.. sebab keje nak masuk bilik air nak berus gigi dia.. hahahhaa
nak tak nak aku tutup pintu bilik air takut dia wat keje sorang2 dalam bilik air tu...



Mika HAPPY mama pun HAPPY.. gigi rongak nanti tak encem... hihi

Tuesday, October 25, 2011

Anak-anak sekarang

Bertuah anak-anak sekarang kan..
mengikuti peredaran masa dengan dunia IT

yerla zaman kita kalau ada ipad pun mungkin kita merasa...
rezki mereka dapat rasa kecik2 berbanding kita dulu
Mama start pakai HP pun masa zaman kat U tau beli pun 2nd hand awalnya
tu pun dah semester 3 baru ada..
hasil kumpul duit sendiri..


ANAK BERTUAH aku... layan youtube Upin Upin




siap dengan bantal ngan air tepi tu..



macam orang besar la kamu.. meniarap layan movie upin ipin.. mata tak berkelip kalau tengok upin tu.. kalau leh nak masuk jd pelakon sama citer tu gaknya



Kesian laptop mama dah jadi laptop awak... tengokla keypad pun dah tercabut-cabut... sape mau ganti??? huhu ... harus claim kat papa... hahaaa tak pasal2 papa yg kena...




 BERTUAH ANAK-ANAK sekarang kan..

kecik2 dah ada yg merasa ifone, ipad.. segala bagai.. aku yg tua ni pun lum de rezki lg nak pakai tu semua... khikhikhiihkhi... banyak keperluan lain yg perlu didahulukan dan di utamakan... kalau ada lebih baru la boleh fikir2kan nak beli gadget2 canggih tu semua....


Monday, October 24, 2011

Dessert petang hari

Jumpa pic ni..

Jangan ingat aku makan aiskrim ni waktu ni ya...
Aku masih berpantang ais...

tapi alangkah sedapnya kalau dapat aiskrim ni petang-petang hari mcm ni kan
tengah panas lalu kat tekak.. hmm mabelessss
nyum... nyummmmmm







tengok pun dah terliur.. 

tunggula dah boleh makan nanti... huhu

nyum nyummmmm

sedap gak layan aiskrim roti ni.. makan dulu masa kecik2..
aISkrim ni ada kat TAMAN TASIK TITIWANGSA kalau bawak anak main kat situ petang-petang..

Koleksi di OFIS..

 Minggu lepas mengemas bilik... semak aku tengok.. 
nak tukar deko lain.. haaa opis pun nak deko ke?
takla janji mata aku tak semak

sambil mengemas sambil menyusun
Mata aku tertarik lak..


 Koleksi kasut yang ada di opis... selipar tu tuk g toilet amik wuduk dan yg sewaktu dengannya
yang lain-lain tu tuk pakai harian... banyak rupanya..



ni lak bawah meja... adoii ada lagi... huhu abaikan la wayar n plug yang berselirat tu ya...


Aku jenis suka beli kasut.. TAPI akan pakai mana yang aku SELESA dan SUKA je...
heheh... yang lain-lain tu akan di pakai sekali sekala sahaja..


rasa nak let go buang la mana yg dah tak elok ni.. buat penuh je.. saiz kaki aku 4@5 je....


Ni baru kat OPIS.. kat RUMAH??? lagii banyak... hihihi tapi kasut2/ sandals/ selipar lama... nanti nak opesai membuang nampaknya...

Saturday, October 22, 2011

Rogol ANAK kandung selepas KEMATIAN ISTERI


JERANTUT: Seorang lelaki yang sudah kematian isteri, bukan saja tergamak merogol anak tunggalnya berusia lapan tahun malah lelaki durjana itu juga sanggup bergaduh besar dengan ibu dan adik perempuannya selepas keluarganya tampil membuat laporan polis berhubung tindakan kejamnya itu.

Mangsa, seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah di bandar ini dikatakan dirogol bapanya sendiri yang berusia 32 tahun ketika sedang mandi di bilik air rumah mereka di Kampung Jalan Batu Satu, dekat sini, kira-kira jam 2 petang, 14 Oktober lalu.

Sebelum kejadian, kanak-kanak malang itu baru pulang dari sekolah, masuk ke bilik air untuk mandi tanpa mengetahui gerak-gerinya diperhatikan oleh bapanya dan mangsa yang murung menceritakan perbuatan jijik itu kepada ibu saudaranya selepas didesak berbuat demikian.





Ibu saudara mangsa yang terkejut mendengar pengakuan mangsa kemudian menceritakan insiden itu kepada ibunya dan kedua-dua mereka memanggil suspek untuk mendapatkan cerita sebenar daripadanya.
Ketika ditanya, suspek mula berang dan bergaduh besar dengan ibu serta adik perempuannya itu dan dia turut dikatakan cuba bertindak agresif terhadap mereka.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zakaria Kassim, berkata nenek serta ibu saudara mangsa membawa kanak-kanak malang itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut kira-kira jam 2 petang, sehari selepas kejadian.

“Lelaki itu turut membuat laporan polis, dua jam selepas itu dengan tujuan mahu mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan selain mengadu dirinya dikasari oleh adik perempuannya. Dia ditahan sejurus selepas membuat laporan berkenaan,” kata Zakaria.



Harian Metro


Apa yg boleh aku kata "BAPA BINATANG!!!"

Friday, October 21, 2011

Bila mika ANGRY!

Bila mika ANGRY...
Muka pun macam ANGRY BIRD dah...
papa kena layan la moody dia...
kalau dia selsema semua jadi tak kena..

Hahaa papa terpaksa la jadi kuda...
Aku nak gelak pun ada..
Selalunya papa la yg rajin melayan..
sebab kalau malam papa jarang2 juga ada kat rumah.. kadang2 lewat malam baru sampai rumah..
Masa yang ada mmg kena la layan anak teruna sorang dia ni...

 Tengok muka angry bird sama dah muka mika.. muka tengah nangis... pujuk apapun tak jalan.. haa yang ni baru nak mula


 Muka tengah nangis  lagi...


Round la papa sampai ke dapur.. bukan mika je bertenggek.. dengan angry bird dia sekali ikut papa..

Masa ni mula gelak dah... dah suka.... haha pengsan la ko papa....



Ni apa aksi pun tak tau... dia nak duduk terbalik.. memang bertuah tul budak ni... ada je idea dia...


Dan akhirnya bila dah puas.. dia nak turun... papa leh kurus camni.. muka papa tersenyum selepas lepas kena DERA ngan kepenatan... hahahha..



layan camtu esok lusa dia nak lagi tak tau...! hihyihi...

Thursday, October 20, 2011

Gembirakan hati ANAK..

 Semalam dah gembirakan hati mak kan..
Baru cashkan..
cek lum sampai tp maknya dah berjimba..
Hahahaaa dahsyat tul..

Haha takdela.. smlm after lunch g menyinggah kedai ngan my bff NOR
nampak muka angry bird yg comel ni..
Mika suka sgt  angry bird sejak belikan kasut angry bird tu..
tgk harga adalah murah gak so rembat 1 tuk mika...


 Balik umah tunjuk dia.. ni yang ditatapnya dulu.. muka angry bird... bila kuarkan dr plastik perkataan pertama dia.. "waaaaaaaaaaaah" siap tepuk2 tangan.. terharu mama okeh..



 pegang sana sini



 Pandai pulak tutup buka zip...


Testing pakai




belakang lak.. dia sibuk nak tengok kat cermin bila dia pakai.. masalahnya caman nak tengok beg kat belakang.. hih mulala dia nak marah tak nampak beg dia


encem la anak mama.. macam nak pi skull jek... nanti jalan2 bawak beg ni okeh..


selalunya mama la yg kena angkut.. dia nak pakai pun kejap jek... boleh la takat isi botol susu n pampers.. janji Mika HAPPY...

Wednesday, October 19, 2011

Kena gembirakan Hati

 Bila hati berduka..
bila kita stress
Bila kita tension

Kita kena cari jalan gembirakan hati sendiri..

Maka hari ini.. dengan hati terbuka aku telah mengcashkan NUFFNang ku.
Malas nak tunggu lama..
Bertahun kot nak jd beribu...
Takat nak gembirakan hati je...
Yang penting Happy.. Sape tak suka dapat duit kan...??



Jumlah terkumpul.. tak banyak pun.. ni pun dr tahun lepas tak cash kan.. berjanggut tunggu nak naik..Blog tak la glemer mana.. takat dairi sendiri.. Apapun thanx pada yg membaca apatah lagi yang mengklik iklan yg ada.. sgt2 berterima kasih!





Maka dengan ini baki sudah 0.00.. ada la 2 BE je pun.. tu pun dah tak bergerak... wahai cik Nuffnang.. sudila kiranya sedekahkan lg BE kat aku... hihi


Cari Jalan hiburkan hati... untuk hari esok dan seterusnya....

Tuesday, October 18, 2011

HUKUM BERGINCU... LIPSTIK dan BERINAI

Untuk di kongsi bersama....

Adapun bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami


adalah MAKRUH berinai kerana ditakuti akan mendatangkan


fitnah kepada dirinya atau kepada orang lain. Ini turut dijelaskan


oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah: “Jika seorang perempuan itu


tidak mempunyai suami dan dia bukan hendak berihram, adalah


... makruh baginya berinai tanpa ada sebab keuzuran kerana ditakuti akan


berlaku fitnah ke atasnya dengan sebab inai dan berlaku fitnah ke atas


orang lain dengan sebab dia berinai itu”



Mengambil kira keharusan berinai dan berhias sebagaimana yang


telah dijelaskan, maka tidaklah dilarang perempuan bersuami


memakai gincu bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk


suaminya, selama mana gincu itu sendiri suci yakni bukan dari benda najis atau bercampur dengan bahan najis. Adapun perempuan yang


bujang atau yang tidak bersuami adalah MAKRUH memakai gincu


... kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah. 










Tetapi hukum MAKRUH akan bertukar menjadi HARAM bagi perempuan


bujang atau yang tidak bersuami sekiranya dengan bergincu itu boleh


menimbulkan fitnah, seperti boleh menarik perhatian kaum lelaki.


Begitu juga bagi perempuan yang bersuami jika memakai gincu tanpa


keizinan suami dan menunjuk-nunjuk (berhias kerana orang lain) iaitu kepada lelaki yang bukan mahramnya, hukumnya adalah HARAM



 
Warna-warna yang menonjol yang boleh memikat lelaki..




Berhias sekadar sejuk mata memandang.....
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah