Monday, May 9, 2011

Selamat hari ibu

walaupun agak terlewat sebab smlm balik kg tak larat nak update
tetap nak wish juga SELAMAT HARI IBU kat mak aku...

pagi semalam celik je mata terus call mak ucap selamat hari ibu.. sebak je dia..  tanggungjawab sebagai anak walaupun jauh di mata tp dekat di hati..

tahun ni kebetulan hari ibu aku kat umah mertua.. adik beradik hubby sambut gak buat makan ramai-ramai berkumpul untuk mertua.. untuk mak aku minggu ni aku balik kampung sebab kenduri so boleh la celebrate pulak tuk mak sendiri. kalau kita sendiri yang tak hargai mak kita sape lagi kan...

tu la kewajipan sebagai anak menggembirakan hati ibu bapa selagi hayatnya ada...


terima kasih untuk mak membesarkan kami 2 beradik walaupun banyak dugaan dan rintangan.. aku yang sejak lahirnya asyik menangis sehingga 5 bulan.. berubat pelbagai tempat mak tempuh dengan penuh kesabaran.. adik yang sakit umur 3 tahun terpaksa dikhatankan awal mak juga redha dengan ujian itu.. kalau nak dikirakan banyak lg dugaan di hadapi tapi dilalui dengan tabah..

Aku sendiri apabila telah menjadi ibu aku rasai semua kepayahan dan dugaan untuk membesarkan anak.. tp itu semua nikmat yang tak terbayar dengan wang ringgit.. terima kasih Ya allah memberi aku peluang nikmat menjadi seorang ibu..


mak kini lalui hari-hari yang menggembirakan bukan sahaja sebagai ibu tapi juga sebagai nenek kepada 2 org cucu kesayangan yg nakal ni... hihi



tahun ni along dah tunaikan hajat mak nak shopping kat langkawi.. kira hadiah hari ibu leh tak??? hehheheh takla apapun aku tetap akan beli hadiah tuk mak nanti...

kegembiraan seorang ibu PAHALA untuk kita.. setitik air mata  kesedihan seorang ibu DOSA buat kita sebagai anak.. berbuat baik dan berbaktilah selagi hayatnya ada.. jangan menyesal di belakang hari... renung-renungkan....

10 bebelan kawanku:

[leily.laily] said...

selamat hari ibu gak mummy mika.. =)

Anonymous said...

SELAMAT HARI IBU mama mika...

nur easy said...

singgah sini.. sayu la dgn kata2 dalam quote tu..

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. blog yang ceria.. teruskan lagi blogging.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Unknown said...

wahhh nk bwk mak soping kt lgkawi..mestilah mak suka kan.. hikhik

*2 beradik je eh..

bonda dadif aka akish said...

hepi mothers day utk eda...

=)

ch@ said...

betul, kita pun tunggu balik nanti baru nak celebrate. takla celebrate apapun, dapat jumpakan cucu dia ni pun, dia dah bersyukur seribu rahmat. emak ni, jasa dorang sampai hujung nyawa kan kak?

Diamilikku said...

suka ayat dalam kotak terakhir tu...syahdu je rasa....selamat hari ibu eida..semoga kita semua diberikan kekuatan untuk membesarkan anak2 kita menjadi insan yang berguna kepada agama dan negara...:)

eima said...

aku tak dak mak dah ..so wish kat mil je la

noor said...

slmt hari ibu makcik...jom kita soping lg ek makcik bli handbag 8 lak kali nih heheh

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah