Thursday, April 19, 2012

My Mikhail ke Surau... :)

Tiap kali hubby nak ke surau dia mesti nangis nak ikut
aku tak pernah lepaskan lagi
Bukan apa dia kecik lagi.. 
hubby mesti duk saf depan dia plak mesti kat belakang yg tak tau tah apa citer
aku risau dia merayap dalam surau..
sebab selalunya kalau aku bawak dia ke surau jusco ke mana dia tak duk diam dah
dia berjalan-jalan..
sudahnya selalu aku bergilir je ngan hubby
tak bawak dia masuk skali


Tapi semalam lepas mandi hubby siap kan dia sekali
tengok-tengok keluar dah siap baju sedondon anak beranak
baju raya setahun yg lepas..
Kemain suka tunjuk kat mama baju dia sama ngan papa..



Selalu kemain susah nak pakaikan kopiah.. kali ni tengok papa pakai dia pun nak
suka sangat asik tunjuk songkok dia.. dia panggil songkok bukan kopiah.. hehe


nak tak nak lepaskan juga dia pergi semalam..
tapi banyak pesanan aku bg kat hubby
tengok dia la.. jangan jauh dari dia la.. macam2 la...hihi


 Nak pegi surau siap melambai2 tanda bye kat mama


 Slam cium pipi mama kanan kiri n say bye mama katanya... pastu terus jalan tak toleh dah... yang papa pun main laju je sian anak terkedek-kedek kat belakang hihi comel plak aku tgk..


Lepas magrib diorang dah balik
masuk pintu jerit mama... mamaaa

rupanya
.
.
.
.
.
.

.
.



 Pegi surau balik dapat hadiah.

  
 pelik gak aku
"papa kat surau tu mana de kedai
camana boleh beli mainan lak ni?

saje balik bawak dia singgah kedai...

patut la..

hihi







 
 suka sangat dgn kapalterbang ni
tido bawak.. g blik air bawak..


heheh mika... mika... seronok tgk keletah dia
esok g surau no kedai lagi ya.. hihi



hubby kata sepanjang solat dia diam je duk saf belakang ngan budak-budak lain. tapi tak tau la dia ikut solat ke tak.. lepas dah bagi salam hubby toleh kat dia.. baru dia nampak muka papa dia nagis.. rupanya ada budak sebelah dia menagacau cuit-cuit dia.. budak2 tu tertarik ngan puting dia... hihi.. tu la sape suh g surau pakai puting kan mama dah cakap.. hhihihi.. moga mika jadi anak yg SOLEH bila besar nanti ya...

6 bebelan kawanku:

*SiRibenMerah said...

alhamdulilah.. sejuk hati kannnn~

noor said...

moga jd ank yg soleh..bgs mika untie suka!

lelamaisara said...

Kih Kih...Danish yang comel...

Aju Mohit said...

hehehhe sempat ngepow ayah dia ye mika ni. moga jadi anak soleh

mamalieyna said...

alolo comel berbaju melayu..g surau eh...tp berputing pulak..hikhik..

apapun pendedahan yg bagus tu..arif pun sesekali ikut gk, berdiapers g surau..huhu

AdaM Hawa said...

mika g surau isap puting ke? alahai.. cute! sejuk perut mama mika..

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah