Monday, October 29, 2012

Juadah Aidil Adha 2012

 Walaupun dalam keadaan JENTERA BERAT
Kugagahi juga permintaan hubby nak makan ketupat palas
Walaupun hati sedikit cemburu melihat status FB kawan-kawan
Jam di sana sini
Seronok beraya dengan keluarga di kampung masing-masing
Kami hanya 3 beranak beraya dan bertakbir di KL ni
Takpe..InsyaAllah pengorbanan tahun ini Allah akan balas dengan kemanisan


So menu tahun ni....
walaupun macam siput aku di dapur
akhirnya siap juga...


 Ketupat palas sebelum dikukus...aku main lipat je la asal ada rupa...hihihihi


Lepas hubby balik sembahyang raya...
mandikan mika dan hidang untuk makan anak beranak je....




Menu simple....

Cheese cake & muffin...
ni beli di JJ je... cepat dan pantas dah siap...hihi



 2 jenis rendang... rendang udang permintaan  hubby, dia nak cicah ngan ketupat palas...
sehari sebelum raya puas cari udang..semua takde...last2 yang kecik ni je ada.......
Jadila lepaskan hajat hubby..


1 lagi rendang daging....

Makan ngan ketupat nasi





Ready Tuan  Kecik nak santap!


 Muffin coklat pilihan  hatinya....

 Dia teruja nak makan yang mana....

 peace mama..............




 Ada telur rebus permintaan tuan  kecik.... tuan kecik suka makan ketupat rupanya...

Alhamdulillah walaupun kami bertiga je sambut raya... rasa meriah juga dengan hidangan raya.... tak kemana-mana menghabiskan masa di  rumah aje... siapmasak aku flat abis... sebab berdiri lama kaki pun memberontak sakit  sini sana... insyaallah tahun depan kami tak bertiga  tapi berempat  pula... moga ada kelapangan  aku sediakan juadah macam ni lagi walaupun beranak 2..... kepuasan menghidangkan juadah untuk keluarga....


raya korang camana  pula..... ??? :)





5 bebelan kawanku:

mamalieyna said...

Salam aidiladha~

meriah menu tu.. ^_^..puas hati jugak wlu beraya di KL tp juadah raya ada, terasa jugak raya nye tu...

eina biasa jgk mcm ni, beraya diKL ni, menu raya wajib disediakan~

*kite balik Johor, tp sekejap je.. best mmg best, tp jem loor..huu~

eima said...

hebat ... big claps for u dear .....
aku mmg tak mampu nk buat semua ni ... klu nk mkn juadah raya kena balik kg

lurun namzar said...

raya saya biasa2 jer.
saya trliur dgn cheese cake tue. nmpk gebu.

Nur-nba said...

Takpe Eeda.. Ini pun dah cukup meriah.. Sempat juga siapkan juadah untuk suami tercinta..

Nur balik kg beraya dengan ahli keluarga..Semuanya berkumpul dan malam raya ada makan2 /BBQ..

Ibu Lala said...

mcm sedap je rendang ieda tu. share resipi boleh x? hebat lah awk nih. tgh sarat2 pun sempat lg masak. akk ni nasib la rumah MIL dekat. klw nk mkn pegi rumah dia je. Kalau masak pun buat penat je x de orang makan. Anak2 dan husben sume ke sana.

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah