Tuesday, April 2, 2013

My Kitchen Cabinet


 Alhamdulillah tercapai impian nak siapkan dapur
Antara wishlist tahun ini yang tertunda dari tahun lepas
Yerla mana tak tertunda duit standby nak bersalinkan deena
Tapi allah murahkan rezki ku juga
berkat menabung... hihi

dah lama siap tapi asik malas nak menaip..

Dah lama asik betangguh sakit mata tengok dapur tak siap selepas kami pecahkan pintu ke yard untuk buat dapur juga.. pada aku tak perlu yard nak sidai baju sebab kat depan ada balkoni.. maklumla rumah apartment/condo bukan banyak space sangat pun.. kena pelbagaikan ruang yang ada..



 Ini keadaan sebelum..
kabinat lama kami buka
sebab??
nak sambung design yang lama takde material yang sama
sebab yang dulu buat di company lain
so aku decide kabinat lama buka semua
lagipun hubby boleh letak di opis dia
(mini opis di rumah)
Masa ni agak bersepah sebab nak punggah segala barang yang ada..
hubby buka sendiri kabinat lama tu.. huhu



 

 dah selamat mengosongkan tempat sebab kabinat baru nak pasang dah...
 



Tadaaa....
sudah siap..
pilihan kami putih + dark grey brown
bahagian bawah kami buat material melamin je warna gelap
yang atas pilihan aku material glass iplus warna putih
nak buat semua i plus adalah tidak mampu
tu pun kejang biji mata nak kuar RM.. hahah
ikutkan hubby dia kata melamin semua..
takpela kehendak isterinya yg overrr dituruti gak sbb dah berkenan dgn material iplus tu

oven dan microwave saje letak atas.. 
dah takde space aku bubuh je la sebelah peti ais.. masa ni tak susun barang pun lagi
sebab pengalaman oven letak bawah susah aku nak kuar masuk kan kek ketika panas.. 
hah kat atas senang ok sama tinggi lak ngan aku yg sedia pendek ni..

 material bahagian atas


 mesin basuh terselit di situ.. takmo sempit di bilik air yg sedia kecik tu.. heheh
mesti ada tertanya nape ada 2 dapur
1 tu dapur gas
1 lg invection cooker (menang hadiah)
dah alang-alang ada
hubby kata pasang je
kadang-kadang berguna juga bila kehabisan gas.. hahah

Dapur basah..
rumah kecik aje
jadila buat kami 4 beranak wat masa ni


kami buat dengan company SCI cabinet
so far memang berpuas hati..
Harga ?? nak tau pm email la ye.. malas lak nak tulis di sini..

sci ni so far aku puas hati.. 
dulu wardrobe pun buat dengan dia..
siap bagi less sebab dah kenal kami order kali ke 2... hihi
alhamdulillah siap juga tempat main masak-masakku di dapur..

14 bebelan kawanku:

SSulieana said...

cantik...suci je kaler putih kan eda...lepas ni lagi semangat la membaking ye...hehe

Zura Tahir said...

lawalah tue...

JaSSNaNi said...

nak tau price..

Nurmala Mazlan said...

Kak, kalau x keberatan pm kita harga org buat cabinet tu boleh? Hehehehe~ Kita tgh survey org nak buat kabinet dalam bilik.. Thanks kak..Email kita nurmala.mazlan@tpb.com.my

Anonymous said...

cantiknye dapur ;)

Ibu Lala said...

Lepas ni bersemangat la memasak ye.

nad said...

Cantek
Lagi bersemangat la nak masak puri deena ni nnt ehehe

dear anies said...

wah, pasni mesti rajin memasak kan? ;-)

sueada said...

mcm pelik bila mesin basuh letak kt situ. hehe
tapi xper, plihan hati akak.

mamaarifakeemaisy said...

Waaaa..cantik...kemas..suka.... :-)

Bru tmbh semangat nak memasak didpur..lalala...

AdaM Hawa said...

cantik! simple.. tertarik..

ch@ said...

cantik, warna putih jadikan dapur akak lbh luas. nak dtg rmh-nk kek coklat-nk dtg rmh.

piskemi said...

Salam... blogwalking sini la..cantik la kabinet...tgh mencari jgk neh... :-)

Unknown said...

sis< sy tgh survey harga cabinet. nk cek samada ikea atau sci yg murah. boleh pm x gharga x? nurfadzliana@ppukm.ukm.edu.my

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah